Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 30 September 2016

Azmin Dikritik Kerana 'Mengedik' Dengan Penjual Nasi Lemak Anak Dara - Ini Penjelasannya.





Siang tadi heboh gambar MB Selangor, Azmin Ali bersama penjual nasi lemak - anak dara berlegar-legar di media sosial. Azmin dikritik dan dikecam oleh pengguna media sosial kerana mengamalkan sikap dwi-standard dalam menyelesaikan masalah berbangkit yang melibatkan rakyat.


Menurut laporan, perkara itu mula mendapat perhatian Azmin Ali selepas penjual nasi lemak anak dara yang dikenali dengan nama Siti Hajar meluahkan kekecewaan di Facebook berikutan dilarang meniaga dan disaman MBSA kerana meniaga ditepi jalan tanpa memiliki lesen perniagaan yang sah. 

Siti Hajar kemudiannya meneruskan operasi perniagaan seperti biasa namun terpaksa berulang turun naik tangga menghantar 'order' pelanggan kerana tidak dibenarkan membuka premis perniagaan berdekatan tempat tinggalnya. Nasi lemak anak dara yang dijual oleh Siti Hajar agak popular kerana pernah muncul di kaca tv. Siti Hajar dikatakan mahasiswa contoh yang tidak memilih kerja walaupun belajar dalam bidang kejuruteraan namun tidak kisah meniaga di tepi jalan demi mencari rezeki halal. Susulan dari luahan berkenaan yang viral di laman Facebook, Azmin Ali kemudiannya turun padang ke lokasi perniagaan dan memberikan sokongan kepada perniagaan Siti Hajar. Tindakan Azmin Ali itu kemudiannya ditanggapi secara negatif oleh netizens. 

Lihat pada gambar ;  







** Antara pihak-pihak yang melakukan kritikan terhadap Azmin Ali.

Selepas dikritik dan dipersoalkan bertalu2 oleh netizens, Najwan Halimi pegawai kepada Azmin Ali menjelaskan beberapa salah faham yang timbul menerusi laman Twitternya. 


Menurut Najwan, MB tidak sama sekali meluluskan permohonan lesen secara express sebaliknya hanya menyerahkan borang ketika melakukan lawatan. Siti Hajar tetap perlu melalui SOP yang ditetapkan bagi memohon lesen perniagaan. Ada juga pihak yang mempersoalkan jika Azmin Ali membatalkan saman PBT. Pun begitu perkara tersebut tidak pula diperjelaskan oleh Najwan Halimi. Sebenarnya tindakan turun padang, peka pada permasalahan rakyat ialah perkara betul dilakukan oleh Azmin Ali. 

Dan perbandingan dengan isu air boleh jadi tepat atau boleh jadi tidak tepat merujuk kepada posisi politik kita. Jika kita berada di posisi rakyat, maka sewajarnya juga Azmin turun dan menghadapi secara berdepan mereka2 yang protes demo air. Rakyat perlu penjelasan dan Azmin perlu menjelaskan. 

Jika kita berada di posisi kepartian, maka isu neh telah dipropagandakan secara keterlaluan. Oleh itu jika Azmin bersikap defensif (enggan bertemu pendemo2), mungkin kerana dia malas melayan. Umum tahu penutupan loji air berlaku kerana air-air yang tercemar itu perlu dirawat. 

Tindakan menutup loji berkenaan dilakukan demi menjaga kesihatan rakyat jelata. Ia tidak dibuat secara suka-suka. Kawasan yang terlibat dengan pembuangan sisa toksik lebih luas daripada jangkauan awal. Pendemo sepatutnya berasa marah kepada syarikat yang membuang sisa toksik di sungai. Sungai tercemar, bekalan air bersih rakyat pun turut terjejas. Apabila kerajaan negeri perlu merawat air tercemar, kos tertentu perlu dikeluarkan dan ini membabitkan wang pembayar cukai. Dan selepas dirawat sekalipun entah siapa boleh jamin ketulenannya 100% bersih dan selamat. Sudah tentu syarikat yang terlibat perlu dibawa ke muka pengadilan dengan kadar sesegera mungkin. 

Pelik juga peserta2 demo air tidak membahaskan hal ini. Sedangkan hal ini tidak kurang pentingnya. Motif mereka berdemo hanya mereka sahaja yang tahu. Apa pun aku setuju sebagai MB jangan ditunjukkan sikap favoritism terhadap individu tertentu. Rakyat berbilang rupa. Berbilang status. Nak juga merasa sama dipedulikan menteri sendiri.

Sekian.

Rakyat Dipersalahkan Dalam Isu Kejatuhan Ranking Daya-Saing, Rafizi Soal Kenapa Tak Salahkan #1MDB?


Ranking Malaysia dalam senarai negara berdayasaing di dunia jatuh banyak anak tangga. Kalau sebelum ini bila naik satu anak tangga, gebang tentang Najib Razak genius mentadbir ekonomi.

Bila jatuh 7-8 anak tangga, pak menteri bagi alasan:

1) 30% je yang datang dari maklumat kerajaan. Yang lain maklumat orang ramai. Rakyat Malaysia banyak komplen sampai jatuh ranking

2) Sektor paling teruk merudum adalah kesihatan dan pendidikan sekolah rendah. Sekolah rendah menteri kata sebab orang pergi luar negara bawa anak keluar sekolah jadi nampak ada budak Malaysia tak pergi sekolah.

3) Kesihatan: dia kata sebab dulu tak ada TB sekarang ada balik. Mungkin pekerja asing yang bawa masuk (#bangladesh juga kena, padahal yang bawa masuk pekerja asing ni diorang)

4) Kesihatan: menteri ni juga kata sebab tak aci tak masuk virus Zika, masuk malaria je. Malaysia ada malaria tapi tak ade Zika. Singapura lagi banyak Zika. Kalau masuk Zika mesti Singapura jatuh juga (eyh ada guna juga kuman Zika ni rupanya).

Selama ni Anwar Ibrahim je kena blame. Sekarang kuman pun kena. Saya tunggu bila dia nak blame DS Najib dan #1MDB. Tak keluar2. Padahal sebab 1MDB la ada hutang banyak. Duit GST cukai semua kutip pi bagi untuk bayar hutang 1MDB. Tak cukup duit lalu dipotong peruntukan sekolah dan hospital.

Ubat nak dapat tunggu lama. Sebab GST kos barang semua ada keluarga anak berhenti sekolah. Jadi score kita bab itu rendahlah. Tapi tak apa; kita ada kuman dan pekerja Bangladesh. Banyak guna diorang ni...

Rafizi Ramli
Ahli Parlimen Pandan

Khamis, 29 September 2016

Orang Asli Ditindas Angkara Pembalakan Berleluasa - Husam Sound PAS Kaw-Kaw.


DENGARLAH SUARA ORANG ASLI KELANTAN

Melihat foto deretan Orang Asli, termasuk wanita dan kanak-kanak, membuat sekatan ke atas pembalak untuk masuk - mengharukan. Ia adalah isu kemanusiaan besar yang memerlukan perhatian semua pihak, khususnya Kerajaan Negeri. Tidak patut Kerajaan Negeri membisu.

‘Orang Asli juga adalah manusia seperti kita. Mereka adik beradik kita’, begitulah antara kata-kata Almarhum Tuan Guru Nik Aziz yang masih saya ingat. Mereka juga adalah rakyat Kelantan. Kerajaan Kelantan WAJIB menjaga dan memelihara kepentingan dan nasib mereka. Mereka diiktiraf Islam sebagai pihak yang mempunyai hak dan maruah.

Hak untuk melindungi kehidupan mereka. Jika benar bumi mereka telah dibersihkan, sesuatu perlu dilakukan untuk membetulkan keadaan. Sebagai sebuah Kerajaan yang menggunapakai Islam sebagai slogan, kecuaian menguruskan isu ini dengan baik dan berkesan akan mencemarkan nama baik Islam.

WAJIB bagi Kerajaan Kelantan melindungi nama baik Islam dari tercemar dengan insiden yang sedang berlaku kini dengan bertindak berani, pantas, adil, berperikemanusiaan dan prihatin.

Ini adalah kewajipan agama, bukan hanya kewajipan demokrasi dan tanggung jawab sosial. Jagalah nama baik Islam. Saya telah berkali-kali memberikan teguran atas amalan pembalakan semborono.

Apa lagi jika ia secara langsung mengakibatkan kemusnahan kepada penduduk sekitar, sekali pun mereka adalah Orang Asli. Insiden yang sedang berlaku kini, sekali gus menunjukkan pembalakan atau pembalakan tebang habis untuk perladangan telah masuk jauh ke dalam kawasan pendalaman Kelantan.

Aktiviti ini sedang mendaki Banjaran Titiwangsa! Saya agak, kawasan terlibat agak tinggi kedudukannya dan curam kontornya. Saya tidak dapat bayangkan kemusnahan yang boleh berlaku tatkala hujan lebat musim monson tiba. Curahan air yang banyak melanda deras dari puncak tinggi!

Laungan dan jeritan batin anak-anak Orang Asli dan perempuan-perempuan mereka, mungkin sebenarnya untuk menyelamatkan rakyat Kelantan yang lain dari bencana. Bukan kita selalu diajar, bila manusia tidak mempunyai manusia untuk bersimpati atas musibah yang menimpa, meraka akan berpaling ke Langit untuk mengadu?

Ketika itu, Allah jua yang tahu! Oh pemimpinku, di manakah telinga dari hati nurani anda.

Husam Musa
29 September 2016
27 Zulhijjah 1437

Rabu, 28 September 2016

PAS Kantoi Lagi, Bantah Pindaan Syariah Pada Tahun 2013, Tak Kafir Pula Soal Pengkritik!


TIDAK MENYOKONG PINDAAN AKTA 355 JATUH IMAN – ADUN PAS KEDAH DAN PAS KEDAH TERLEBIH DAHULU JATUH IMAN.

Seorang Yang Di-Pertua PAS Kawasan dalam kuliahnya yang tersebar luas di alam maya seperti facebook dan applikasi whatsapp mengutarakan suatu senario di Dewan Rakyat.

Mengambil contoh Datuk Sri Dr Wan Azizah yang tidak menyokong pindaan Akta 355 yang dibawa oleh Yang Berhormat Marang sebagai jatuh iman dan jika ditakdirkan mati selepas itu hanya layak ditanam di jirat cina yang secara tidak langsung difahami bahawa Datuk Seri Dr Wan Azizah menjadi kafir.

Semalam aku dah tulis beserta rekod Penyata Rasmi Dewan Rakyat sejak tahun 1965 apabila Akta 355 digubal kemudiannya dipinda pada tahun 1984 di mana Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat juga tidak bersetuju dengan pindaan Akta 355 waktu itu. Tulisan aku semalam tidak dibaca keseluruhan sedangkan aku menasihati agar jangan mudah mengkafirkan orang hanya semata-mata berbeza pendapat dalam isu fiqh bukannya aqidah, tetapi yang dipandang ialah aku ahli DAP.

Baik, hari ni aku nak tunjukkan sedikit, jika membantah pindaan Akta 355 jatuh iman dan menjadi kafir sehingga layak ditanam di jirat, apa pula kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Kedah seramai 7 orang yang membantah pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman).

PINDAAN ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 1988 Pada Ogos 2013, Kerajaan Kedah yang diketuai oleh Datuk Sri Mukhriz Mahathir ketika itu mencadangkan suatu pindaan kepada Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) melalui suatu rang undang-undang bernama Rang Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013. Tujuan RUU tersebut diusulkan ialah bagi meminda dan memasukkan peruntukkan bagi kesalahan pemujaan salah, doktrin palsu, pendapat yang bertentangan dengan fatwa, penerbitan agama yang bertentangan dengan hukum syarak dan lain-lain.

Mengikut Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Kedah, apabila suatu Enakmen hendak dipinda, keseluruhan Enakmen akan ditarikbalik dan kemudiannya dimasukkan suatu RUU baru bersama peruntukkan-peruntukkan asal dan selepas diluluskan oleh Dewan maka ianya akan menjadi Enakmen. Jadi apa yang berlaku pada waktu itu ialah Enakmen yang lama telah ditarikbalik dan kemudiannya suatu RUU dimasukkan untuk meminda dan menambahkan peruntukkan yang baru bersama-sama semua peruntukkan sedia ada.

Semua Adun PAS ketika itu berjumlah 9 orang bersesama menolak RUU tersebut atas alasan RUU tersebut tidak menepati syarak. Yang Berhormat Alor Mengkudu yang ketika itu merupakan Ketua Pemuda PAS Negeri berkata “Kami menolak kerana rang undang-undang ini kerana ianya bertentangan dengan syariah Islam di beberapa fasal.”

Beliau mengambil contoh Fasal 17 berkenaan minum arak yang apabila disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM3000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya. Tiada langsung hukuman sebat sedangkan dalam Islam hukuman bagi kesalahan minum arak ialah sebat. Ahmad Yahya juga mempersoalkan Fasal 21 berkaitan persetubuhan luar nikah (zina), jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau sebat tidak melebihi enam kali, atau mana-mana kombinasi hukuman tersebut.

Mengikut undang-undang Islam sebenar penzina belum berkahwin disebat manakala penzina sudah berkahwin direjam hingga mati. Untuk makluman semua yang membaca, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) telah wujud sejak tahun 1988 yang dikenali sebagai Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1988.

Hukuman-hukuman bagi kesalahan arak, zina, qazaf telah ada sejak penggubalannya yang mana hukumannya adalah sama seperti yang dicadangkan semasa RUU pindaan Enakmen dimasukkan pada tahun 2013 yang dibantah oleh PAS. Selama PAS memerintah Kedah sejak 2008 sehingga 2013, Enakmen yang sama digunapakai oleh Kerajaan Kedah tanpa sebarang pindaan atau cubaan meminda.

Alasan tiada pindaan kerana PAS tidak mempunyai cukup kerusi bagi mendapatkan majoriti meluluskan pindaan sedangkan PAS tidak pernah berusaha untuk membuat pindaan, mendapatkan sokongan untuk meminda dan sebagainya. Alasan mudah ialah kami tiada kerusi yang cukup. Apabila BN di bawah pentadbiran Mukhriz hendak meminda, PAS membantah sedangkan hukumannya tetap sama dengan hukuman yang ada ketika PAS memerintah. Semasa PAS memerintah, ianya mengikut syariah tetapi apabila BN memerintah, ianya bertentangan dengan syariah. Menolak keseluruhan Enakmen hanya kerana tidak bersetuju di beberapa fasal sedangkan Enakmen yang sama digunakan selama PAS mentadbir Kedah.

Sekarang, PAS melalui YB Marang hendak mencadangkan pindaan Akta 355 yang hanya membolehkan kesalahan syariah dihukum dengan penjara tidak melebihi 3 tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau sebatan tidak melebihi 6 kali kepada menghukum seperti yang dibenarkan oleh undang-undang syariah kecuali hukuman mati. Cadangan pindaan ini mengikut PAS dan ahli-ahlinya serta penyokong-penyokongnya HENDAKLAH disokong, jika tidak, anda jatuh iman dan seterusnya kafir.

Adakah memberikan kuasa kepada Mahkamah Syariah menghukum mengikut undang-undang syariah kecuali hukuman mati itu menepati syarak? Jawapannya sudah semestinya TIDAK kerana jika hendak menepati syarak, tidak boleh dikecualikan hukuman mati kerana di bawah undang-undang syariah, hukuman bagi kesalahan qisas bunuh ialah hukuman bunuh (mati), begitu juga hukuman bagi kesalahan murtad dan zina boleh dihukum mati.

Jika hukuman mati tidak boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah mengikut cadangan Haji Hadi, maksudnya cadangan pindaan Hj Hadi tersebut tidak patuh syariah sama seperti cadangan pindaan Enakmen oleh Mukhriz di DUN Kedah pada tahun 2013 dahulu.

Jika semasa memerintah Kedah tidak boleh meminda kerana tidak cukup kerusi, adakah sekarang boleh pinda Akta 355 kerana PAS cukup kerusi di Dewan Rakyat? Jika sekarang PAS boleh ke hulu ke hilir mengadakan roadshow meminta sokongan untuk meminda Akta 355, kenapa semasa mentadbir Kedah, tiada cubaan untuk meminda dan mengadakan roadshow meminta sokongan untuk meminda Enakmen menjadikannya patuh syariah?

Jika di Kedah, Adun PAS berjumlah 9 orang membantah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah kerana tidak menepati syarak dan tidak jatuh iman, maka tidak menyokong pindaan Akta 355 yang dibawa Hj Hadi yang jelas tidak menepati syarak juga tidak jatuh iman dan menjadi kafir. Jika tidak menyokong pindaan Akta 355 itu jatuh iman dan kafir, Adun PAS Kedah dan seluruh PAS Kedah lebih dulu jatuh iman dan kafir. Sebelum nak kafirkan orang, jaga diri dulu supaya kita tidak kafir.

Aku Ahli DAP.
DAP tidak anti Islam.
BERANI BERUBAH - TERUS BERUBAH.
ZULHAZMI SHARIFF.
Ahli Biasa DAP Cawangan Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur
28 September 2016

3 Ditahan, Sekatan Berjaya Dimusnahkan Polis, Syarikat Pembalakan - PAS Kelantan Masih Buat Bodoh Sampai Sekarang, Kenapa?

Hentikan pembalakan. Ianya terlalu berlebihan sehingga menjejaskan penempatan dan kediaman mereka. Itulah yang disuarakan oleh Mustafa, Setiausaha kepada Jaringan Kampung Asli Kelantan Orang (JKOAK).

Menurut laporan yang pernah tersiar di portal Free Malaysia Today pada 27 September yang lepas (laporan versi English rujuk sini), pembalakan secara keterlaluan berlaku di antara kawasan Pos Simpur dan Kuala Bering, berdekatan Kuala Betis, Gua Musang, dan pembalakan itu juga dikatakan menjadi punca kepada berlakunya pencemaran teruk di kawasan sekitarnya. 

Kawasan-kawasan hutan telah ditarah sehingga mengangu tanah adat yang didiami oleh kumpulan orang asli itu juga. Sekaligus menjejaskan kehidupan sekumpulan orang asli yang mendiami kawasan sekitarnya. Pernah menyuarakan notis bantahan menerusi beberapa surat sebelum ini namun ianya seakan diabaikan. Untuk makluman, tanah yang terlibat dalam pembalakan tersebut ialah tanah yang diluluskan oleh kerajaan negeri. 

Syarikat yang melakukan kegiatan pembalakan bukanlah syarikat haram. Mereka telah menerima lesen yang sah dari kerajaan negeri. Persoalannya, disitu wujudnya kawasan penempatan orang asli. Tidak kah kerajaan negeri menyedari hakikat tersebut? Banjir yang sebelumnya tidak cukup teruk untuk mendidik kerajaan PAS Kelantan? Lesen pembalakan dihentikan? Kenapa apa yang terjadi tak sama seperti apa yang pernah diucapkan?

Disebabkan tidak mendapat respon balas yang sepatutnya, kumpulan orang asli itu nekad melakukan protes dengan membuat sekatan bagi melarang syarikat pembalakan meneruskan operasi pembalakan mereka. Protes itu dijadualkan berlangsung pada hari ini. 

Dan tadi menerusi kemaskini peguam kepada kumpulan orang asli tersebut, Siti Kassim, kami mendapat maklumat, dengan kerjasama pihak polis, syarikat pembalakan berjaya 'memusnahkan' sekatan tersebut bagi memasuki kawasan pembalakan.

Berikut apa yang dikongsikan oleh Siti Kassim sebentar tadi.



3 ditahan kerana membantah demi melarang pembalakan yang menyebabkan terjadinya pencemaran.

Polis juga membawa senjata bagi membantu syarikat pembalakan mengalihkan sekatan tersebut. 

Sebelum itu Siti Kassim telah didatangi oleh beberapa wakil dari syarikat pembalakan agar jangan masuk campur dalam permasalahan di antara orang asli dengan syarikat pembalakan tersebut.

Dalam rakaman tersebut, Siti Kassim memarahi dan menegur kelakuan wakil2 syarikat tersebut yang pada anggapannya sedang melakukan ugutan terhadap dirinya sebagai seorang peguam untuk membela hak asasi masyarakat orang asli yang sedang ditindas.

Wakil2 syarikat tersebut juga menjelaskan mereka bukannya pembalakan haram kerana telah mendapat lesen dari kerajaan negeri, sepatutnya hak mereka untuk membalak dibenarkan dan tidak patut menerima sekatan seperti ini.

Selepas bercakap selama beberapa minit, kumpulan yang mendatangi Siti Kassim kemudiannya meninggalkannya namun sempat memberikan amaran agar jangan 'tambah api dalam bara' dan "you berani masuklah, sama-sama cakap". Siti Kassim juga disuruh agar "jangan buat hal". Intimidasi yang dilakukan terhadap Siti Kassim ini sebenarnya menyalahi undang-undang dan diharapkan polis menjalankan siasatan seadilnya.

Rujuk rakaman video ;

PROTON Mahu Jual 51% Sahamnya Kepada Syarikat Asing Lapor Bloomberg - Adakah Ini Berita Baik?


Memetik laporan Astro Awani ;

Syarikat pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd dilaporkan akan melepaskan sehingga 51 peratus saham miliknya sebagai sebahagian dari strateginya untuk menarik rakan kongsi dari luar negara dan menambah kecairan tunainya, lapor Bloomberg hari ini.

Memetik sumber, Bloomberg diberitahu Proton sedang melihat syarikat Volkswagen AG’s Skoda dan Suzuki Motors Corp sebagai kemungkinan menjadi rakan kongsi.

Turut dipertimbangkan cadangan dari Renault SA dan PSA Group yang memiliki Peugeot dimana rundingan berasingan dikatakan sedang berlangsung.

Proton berharap dapat menyenarai pendek calon akhir dan melepaskan pegangan majoritinya, termasuk pegangan dalam syarikat dari Britain, Lotus Cars Ltd, pada Oktober lapor Bloomberg lagi.

Syarikat kewangan Malayan Banking Bhd juga dilaporkan telah dilantik untuk “memberikan nasihat jualan” dan pegawai syarikat itu dikatakan akan ke Jepun untuk bertemu pegawai syarikat Suzuki minggu hadapan, disusuli dengan pertemuan dengan pegawai syarikat Renault.

Bloomberg bagaimanapun belum mendapatkan sebarang pengesahan mengenai perkara itu dari Proton. Begitu juga tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh syarikat Suzuki, Skoda dan Malayan Banking.

------------------

Berita di atas dilaporkan oleh Bloomberg namun agensi berita ekonomi berkenaan tidak mendapatkan maklum balas ataupun pengesahan dari Proton. 

Apakah yang menyebabkan Proton mahu melepaskan pegangannya sehingga 51%?
Proton berdepan dengan masalah kewangan kah?
Adakah ia perkara yang baik untuk negara kita?
Korang rasa macam mana?

Yang Kutuk English Zahid, Terer Sangat Ke English Korang Tu? - Teguran MAZA Kepada Pengkritik Zahid.


Aku perati je geng-geng pembangkang diperbodohkan Syed Saddiq. Pada Syed Saddiq kurang fasih English merupakan masalah besar. Mungkin dia English Nazi. Tak boleh tengok, dengar atau tahu ada orang yang 'menyalahgunakan' English agaknya. Sebab itu beria dia perbesarkan cerita. 

Bagi aku Syed Saddiq patut focus isu-isu yang babitkan kaum marginal. Punya la kita tengah kecoh bahas masalah PATI di Sabah boleh pula dia tak amek port nak bidas. Ke sebab yang create masalah ini dulu-dulu ialah pemimpin yang dia sayangi? Macam neh punya watak sakai, orang kaya pilih isu bodoh, korang jadikan ikutan? Dah nak mampos gamaknya penyokong-penyokong pembangkang neh. 

MAZA pun turut sama ikut campur mengulas perkara ini. Walaupun aku rasa agak pelik tetapi point MAZA ini ada asasnya. Korang yang kecoh bab kefasihan English neh sebenarnya memalukan. Korang yang memalukan. Ya. Memalukan. 

Cuba korang buat homework dulu sebelum jadi lembu Syed Saddiq. Orang mengkritik, dia pun sibuk sama nak mengkritik. Orang tu mengkritik sebab sentimen, dia takde tajuk nak up bagi bekap kaum tertindas sebab memang perjuangan dia bukan ke situ. Dia sebelum fasih, bangang juga. 

Sebenarnya ada pros dan cons tindakan Zahid. 

Yang pros. 

1. Usaha dan kesungguhan. Pensyarah English aku selalu nasihat. Never afraid to be wrong when you speak English. It's apart of learning process. Maksudnya kalau ko nak mahir English kau tak boleh tidak akan lalui proses try and error. Ini sebab sesetengah melayu rasa rungsing nak bercakap English (mereka nak bina skill untuk tujuan kerjaya). Mahkluk2 tak guna macam korang tak supportive. Kerja nak caci maki saja. 

2. If you don't try then you don't hope. Jika kita tak mencuba, mana nak ada peluang. Aku tengok Zahid mencuba. Dari sudut kesungguhan dia nak bertutur English. Kesalahan itu perkara biasa. Itu benda yang dia lalui sebab beria sangat nak belajar. Jangan cakap aku bela Zahid pula. Bab kepimpinan aku tak sokong. Tapi semangat nak belajar English tu aku sokong. Ramai melayu2 ada semangat macam tu. Update status English sebab nak berlatih. Tetapi orang kondem cakap berlagak la apa la. hadoii.. 

3. English bukan penanda aras ko tu pandai atau bodoh. Tahu banyak bahasa itu ilmu. Tak tahu English bukan bermaksudnya kau mesti bodoh. Bersepah mat salleh speaking English bhai. Ko ingat dorang bijak sangat eh? Dorang pun yang mother tongue English bersepah grammar berterabur tahu tak. Relax je act like a boss. Kita neh yang bukan bangsa English beria pula MEmaharajaKAN bahasa itu. Untuk apa? 

4. Najib terer English. Ada rasa bunga-bunga ke tengok dia tadbir negara sekarang neh? Mahathir pun bijak English. Ada rasa cinta-cinta ke bila dia buat IPP dan dasar penswastaan tu? Takde kan. Sebab pemimpin yang kita perlukan sekarang bukan pemimpin yang fasih English tetapi pemimpin yang fasih keadilan dan keamanahan. Pemimpin Jepun, Rusia, Turki, Iran, Korea dan China relax ja tak fasih bahasa omputih speaking kat worldwide conference lagi dengan dorang punya lidah pekat pelat. Masa kena interview kadang journalist pun berpusing akai nak memahaminya. Tetapi itu perkara biasa. Aku harap Zahid tak berhenti mencuba dan mencuba. 

Yang cons.

5. Lainkali baca nota ucapan dulu. Berlatih, tanya dan buat semakan. Ini tidak, terkial-kial baca di persidangan dunia. Entah faham entahkan tidak. Ini betul juga. Pemimpin yang baik akan buat semakan. Tak buat last minute preparation. Zahid terima nota sahaja. Bukan sediakan nota. Itupun malas!

6. Bila memimpin macam sakai, maka kesalahan kecik pun orang pandang macam besar. Hilang rasa hormat kerana mengenangkan pengkhianatan Zahid kepada rakyat. Dia bukan nak rangka polisi2 yang pro rakyat. Jahanam kalau dia ganti Najib kelak. Dah la ada rekod gangsterism. 

7. Cakaplah bahasa melayu. Promote sikit bahasa kita. Tak pandai English tak apa. Kenapa nak paksa sendiri. Banyak je pemimpin2 lain berucap menggunakan bahasa kebangsaan negara mereka, kenapa Zahid tak ikut tiru sikap mereka? (tapi percayalah, kalau dia speaking melayu pun tetap akan ada yang mengutuknya).

Hahh itulah sedikit sebanyak pemikiran aku. Masih aku ingat suatu ketika dahulu dalam demo Gerakan Merah ada sorang mamat tu tak fasih English dok cakap protex (protect) kat sorang wartawan neh ketika ditemubual. Pemuda tu ditanya kenapa sertai perhimpunan tersebut oleh wartawan luar negara. Pemuda tu tak pandai English. Dia sembang macam hapa ntah. Aku memang gelakkan dia kaw-kaw. 

Bukan aku kutuk dia sebab dia tak fasih English. Tetapi sebab dia tak faham kenapa dia turun berhimpun. Bila berdepan dengan situasi seperti ini, layaknya cakap melayu sahaja. Jangan segan. Baik pemuda tersebut, baik aku, baik kau, baik Zahid Hamidi, kita kena faham. English ialah bahasa, ia bukan lambang kebijaksanaan. Nak bijaksana, contohi China, Jepun dan Korea. Setiap tahun beribu2 buku ilmiah dalam pelbagai bahasa lain diterjemahkan kepada bahasa kebangsaan dorang sendiri bagi memudahkan penyerapan ilmu. Perkara2 macam neh la kita patut tiru. Ini tidak asyik tiru benda negatif ja. Sampai mati pun negara tetap ketinggalan. 

Teguran MAZA ;

Ucapan YAB TPM di UN Ramai yang cuba memberikan komentar tentang ucapan YAB TPM di UN dalam bahasa Inggeris. Para pengulas sibuk memperkatakan tentang pronunciation beliau itu dan ini. Saya enggan mengulas hal seperti itu. Ia bukan rukun utama kemampuan seorang pemimpin. 

Walaupun bahasa Inggeris mempunyai kepentingannya di peringkat antarabangsa namun dalam konteks Malaysia, bahasa Melayu adalah rukun seorang pemimpin. Ia bahasa negara ini. Malangnya, ramai pemimpin politik di Malaysia yang tidak fasih berbahasa melayu. 

Ironinya, tidak pula kita mengkritik bersungguh-sungguh. Malu jika kita mendengar ucapan pemimpin utama Singapura dalam bahasa Melayu. Sangat tersusun dan teratur. Rukun utama seorang pemimpin ialah kemampuan melaksanakan keadilan untuk rakyat bawahan. Itu perkara asasi. 

Ahli-ahli sejarah meriwayatkan bahawa apabila Khalifah ketiga 'Uthman bin 'Affan dilantik, beliau gagal memberikan ucapan yang baik pada hari pelantikannya. Beliau gugup dan tidak dapat memberikan ucapan yang hebat. 

Ia mungkin juga atas faktor dirinya yang merupakan seorang yang pemalu. Namun, beliau sempat mengungkapkan satu ungkapan yang bermakna untuk kita semua renungi. 

Kata Saidina 'Uthman bin 'Affan: إنكم في حاجة إلى إمام عادل خير من خطيب فصيح (Sesungguhnya kamu memerlukan seorang pemimpin yang adil lebih utama dari seorang pemidato yang fasih). 

Negara ini memerlukan pemimpin yang adil. Itu lebih utama dari membincangkan tentang seorang pemimpin yang fasih. Walaupun kefasihan itu ada kelebihannya, namun keadilan adalah rukun kepimpinan. Mari kita tumpukan perbahasan dalam perkara asas bukan pinggiran. 

Dr MAZA.

Kalau Kak Wan Tak Sokong RUU 355, Boleh Jatuh Iman, Nanti Tanam Di Jirat (Kubur Cina) Kata YDP PAS.


"Yang Berhormat Kak Wan, Kak Wan nanti Tan Sri Pandikar tanya ahli-ahli yang berhormat siapa yang menyokong akta 355 sila angkat tangan. Kak Wan, Kak Wan kena angkat tangan. Kalau Kak Wan tak angkat tangan, boleh menyebabkan jatuh (gugur) iman, kalau ditakdirkan lepas tak angkat tangan tu mati, kami tanam jirat (perkuburan cina)".

Rujuk sebaran video di bawah ini ;



Inilah kenyataan yang dikeluarkan oleh YDP PAS Padang Serai yang menjadi kontroversi pada ketika ini. Menurut YDP PAS, kegagalan seorang muslim (Kak Wan) menyokong usul pindaan akta RUU 355 boleh menyebabkan akidahnya terjejas sehingga dikatakan akan ditanam di kawasan perkuburan cina (membayangkan seseorang itu telah murtad, jatuh kafir). 

Yang menjadi persoalannya sekarang RUU 355 ialah suatu undang-undang ciptaan manusia. Mohon memahaminya dari segi kerangka undang-undang terlebih dahulu, rujuk sini.

Mengapakah jika seseorang tidak bersetuju dengan sekumpulan manusia yang mahu meminda undang-undang ciptaan manusia kepada undang-undang ciptaan manusia yang lain menyebabkan seseorang itu jatuh iman?

Dalam kes akta ruu 355 ialah, PAS mahu meminda undang-undang tersebut dari segi menambahbaikan. Yakni mahu meningkatkan lagi nilai (denda) / tempoh (penjara) / jumlah (sebatan) hukuman.

Contoh mudah.

Ali telah mencuri. Mencuri ialah jenayah. Untuk menghukum penjenayah pencuri, akta A digunapakai sebagai rujukan. Menurut akta A, Ali boleh dikenakan hukuman semaksimanya 2 tahun penjara, denda 2,000 jika didapati bersalah.

Dalam kes ruu 355 ialah, Hadi Awang (presiden PAS) yang membawa usul pindaan tersebut mencadangkan agar bidang kuasa hakim mahkamah syariah dibenarkan untuk menjatuhkan apa-apa hukuman yang tidak tertakluk kepada ;

1. Penjara tidak lebih dari tempoh 3 tahun;

2. Denda tidak boleh melebihi 5,000;

3. Sebatan tidak boleh melebihi dari 6 kali;

4. Ataupun gabungan di atas samada 2 gabungan atau 3 gabungan ketika menjatuhkan hukuman;

Semata-mata.

Hadi Awang mahu memperkasakan mahkamah syariah dengan berharap agar hakim mahkamah syariah diberikan kuasa yang lebih besar dalam menentukan hukuman yang setimpal dengan kesalahan penjenayah.

Boleh jadi nak hukum pesalah dengan 7 kali sebatan, boleh jadi nak denda pesalah 10,000, boleh jadi nak hukum pesalah dengan 10 tahun penjara, atau kedua-duanya sekali, atau ketiga-tiganya sekali, tak kisah la yang penting taknak ada had masa, nilai denda dan jumlah sebatan yang dibenarkan.

Itu yang dilakukan oleh Hadi Awang.

Pinda undang-undang ciptaan manusia kepada undang-undang ciptaan manusia yang lain. Jenis-jenis kesalahan syariah masih tertakluk kepada bidang kuasa yang dibenarkan. Andai pindaan diluluskan sekalipun, ia masih hanya boleh membicarakan kes-kes yang dibenarkan dalam bidang kuasa mahkamah syariah.

Usaha Hadi Awang neh bukan perkara jahat. 
Tetapi menghukum orang lain sebagai jatuh iman, kafir dan sebagainya kerana tidak bersetuju dengan usul Hadi Awang, itu yang jahat. Lebih teruk lagi mislead dengan membayangkan undang-undang ciptaan manusia tersebut ialah undang-undang Allah dan diharamkan keras dari tidak bersetuju ke atasnya.

Sebenarnya aku pun tak bersetuju dengan pindaan tersebut. Sebagai satu langkah protes kepada PAS (walau sebenarnya bagus juga pindaan tersebut). Aku marah dengan PAS sekarang. Ada banyak benda salah dan kecuaian yang dorang buat sehingga menimbulkan perasaan marah ini. Aku marah dengan permainan politik mereka sepertimana aku marah dengan parti-parti pembangang yang lain juga. Jangan kata PAS, aku pun banyak benda tak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh parti-parti seperti PAN, DAP dan PKR juga. Terpaksa aku cakap neh. Sebab dah selalu sangat penyokong taksub dari blok2 pembangkang dan kerajaan suka menuduh sebarangan hanya kerana aku ada pandangan tersendiri. Bagi mereka hanya ada kiri dan kanan. Tidak boleh ada depan dan belakang, atas dan bawah, tepi, dan sudut. Pandangan mereka terhad dua tetapi bukan semua orang semestinya begitu pula.

Penyokong PAS jangan sentimental secara membuta tuli menghukum manusia lainnya tanpa memahami asas perundangan yang tertakluk dalam RUU 355. Jangan mengikut emosi yang tak berkesudahan korang tu atas tajuk Islam kononnya.

Bagi aku, komitednya sesetengah penyokong2 PAS mempropagandakan usul pindaan ruu 355 sebagai hudud adalah satu permainan politik. Jangan buat kerja macam tu lagi. Tak baik. Sudahla memberikan gambaran secara serong, lepas tu hukum orang lain macam-macam padahal dia tahu sangat pindaan ruu 355 tu apa dia sebenarnya.

Tak dinafikan kadang2 yang tak bersetuju pun jauh terpesong juga pemahaman mereka. Yang menyokong, yang membantah, sama-sama saling tak faham dan akhirnya memanjangkan lagi ketidakfahaman itu kepada salah faham yang berpanjangan. Mari hentikan salah faham tersebut. Sampai bila korang nak bergaduh atas perkara salah faham. Bincang elok-elok. Yang bersetuju atau tak bersetuju tak perlu mencapai blok persefahaman pun, cukup dengan cara bincang elok-elok. Jangan sampai nak tanam orang kat jirat cina.. kerana beria pertahankan undang-undang dunia, betul tak?

Selasa, 27 September 2016

Muhyidin PM Jika Pembangkang Menang Kata Mahathir, Tony Pua Kata Kami Mahu Anwar.

Mahathir berada di London ketika membuat kenyataan tersebut. Mahathir mengatakan jika pembangkang menang dalam PRU mendatang, Muhyiddin Yasin akan diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sungguhpun begitu, Mahathir turut mengeluarkan kenyataan bahawanya tindakan mengumumkan nama bakal Perdana Menteri (bagi mewakili pembangkang) sebenarnya akan mengundang perpecahan dan menyebabkan sebahagiannya (penyokong) berasa marah.

Selepas kenyataan itu dilaporkan menerusi portal Malaysiakini, netizens tampil dengan pelbagai respon. Ada yang bersetuju ada yang tidak bersetuju. Ada yang mempersendakan Muhyiddin tak kurang juga yang menyindir pembangkang. 

Sebelum ini, Muhyiddin ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan banyak kali mengkritik pembangkang ketika berada dalam kerajaan. Muhyiddin juga beberapa kali menyelar Anwar Ibrahim dan pernah mengatakan PAS parti sesat. Perkara itu berlaku tidak beberapa lama dahulu, tidak aneh jika ianya masih berbekas di kalangan penyokong2 pembangkang.

Dengan mengangkat Muhyiddin sebagai PM Malaysia mewakili pembangkang, ianya seolah2 membuktikan percakapan orang ramai bahawanya Mahathir hanya menjadikan DAP, PKR, PAS dan AMANAH sebagai batu loncatan (keldai, kuli batak) demi mencapai hasrat peribadinya. Ini menyebabkan penyokong2 pembangkang menjadi marah. Tidak hanya UMNO/BN berpecah disebabkan tindakan Mahathir, Mahathir telah/cuba memecahkan lagi kesatuan pembangkang. Untuk pengetahuan umum, parti baru Shafie telah pun berjaya mencuri adun PKR dan dijangka akan mencuri beberapa adun dari PKR dan DAP dalam masa terdekat. PKR dilihat bersetuju dengan tindakan Shafie namun penyokong2 mereka memberikan reaksi yang sebaliknya. PKR diperlihatkan seperti lembu yang diperbodohkan oleh bekas-bekas pemimpin ternama UMNO. Shafie sepatutnya menarik pemimpin2 ternama UMNO dan bukannya mencuri adun dari DAP dan PKR. Itu keluhan penyokong2 parti pembangkang.

Muhyiddin juga dijangka akan berucap di atas pentas PAS dalam satu program yang diadakan di Terengganu kelak. Sebelum ini spekulasi tersebar mengatakan BERSATU sedang berurusan secara sulit dengan Pakatan Harapan dan PAS agar tidak bertembung sesama sendiri di kerusi PRU. Langkah ini diambil bagi membolehkan BERSATU mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi kerusi-kerusi di kawasan yang mereka bakal bertanding pada PRU ke 14 kelak. 


Dalam satu tinjaun yang dijalankan oleh IDE Malaysia, kedudukan Muhyiddin agak memberangsangkan kerana berada di no 3 sebagai Perdana Menteri Pilihan, di belakang Anwar sebanyak 30% dan Mahathir 24%. Muhyiddin mendapat sokongan sebanyak 17%. Hadi dan Lim Kit Siang yang turut berada dalam senarai survey itu agak ketinggalan dari segi sokongan di Selangor.

Tony Pua dalam satu kenyataan berasingan menegaskan bahawanya Pakatan Harapan tegas mempertahankan hanya Anwar sebagai PM Malaysia jika pembangkang menang kelak.

Rujukan artikel : 

http://www.malaysiakini.com/news/357066
http://www.malaysiakini.com/news/357024
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/09/27/anwar-best-person-to-lead-country-survey-shows/

PKR Sabah Bakal Lumpuh, Beberapa ADUN Bakal Lompat Parti Lagi Kata Chegu Bard.

Catatan umum

27 September 2016
1. Bila Datuk Seri Shafie Apdhal dipecat dari Umno kerana terlibat bercakap isu 1MDB dan derma RM2.6 billion yang dikaitkan Datuk Seri Najib Razak, maka pimpinan PKR antara yang menyambut dia umpama wira. Ini amat pelik dan penuh hipokrasi kerana bila saya sendiri bercakap soal korupsi Azmin Ali yang merupakan Timbalan Presiden PKR saya dipecat dan dituduh memburukkan imej parti dan memecah belahkan parti. Maka apa beza PKR dengan Umno dalam perkara ini ?
2. Berbalik semula kepada isu Shafie Apdhal diraikan umpama wira, PKR menyokong beliau sehinggalah beliau menubuhkan parti. Antara hujahnya konon Shafie akan membawa lari orang - orang Umno keluar dan Umno khususnya di Sabah akan lumpuh. Minggu lepas Shafie mengumumkan menubuhkan parti, belum pun apa - apa lagi bukan orang Umno keluar parti tetapi ADUN PKR diculik Shafie.
3. Menjadi lebih pelik ialah apabila Presiden PKR memuji tindakan ADUN yang menjadi Naib Presiden lantikan PKR itu sebagai tindakan betul dengan keuar parti dan memasuki parti tempatan Sabah bagi menumpukan isu tempatan. Ini secara tidak langsung mengiktiraf tindakan tersebut dan membayangkan Keadilan gagal bertindak sebagai parti Sabah ? Isu pimpinan PKR Sabah keluar parti ini saya sudah saya catatkan seawal 5 September apabila menghidu ada transaksi sedang berlaku.
4. Terkini dalam masa terdekat beberapa lagi ADUN dan pimpinan PKR Sabah akan umum bersama parti Shafie ini dan dijangka PKR akan lumpuh di Sabah. Serentak dengan itu makin kuat kedengaran khabar transaksi jutaan ringgit berlaku. Antara nama yang disebut ialah Datuk Peter Antony seorang peniaga jutawan yang mendapat banyak 'peluang' perniagaan bawah Kementerian yang diterajui Shafie sebagai penyumbang kali ini
5. Shafie dan Peter Antony yang juga dikatakan sebagai Ketua KDM Malaysia harus tampil menjelaskan perkara ini. Adakah benar syarikat Jati Engineering atau nama asalnya Saga Sempurna mendapat projek beberapa projek dengan nilai puluhan juta dibawah KKLW ketika Shafie menjadi Menteri dan adakah benar dakwaan kini beliau menjadi penyumbang operasi mengkhianati sehingga menyeberangnya ADUN - ADUN pembangkang ? Ini penting kerana, ya benar perubahan perlu diasak tetapi adakah perubahan yang dicitakan boleh dicapai dengan cara begini ? Jangan sampai lari dari mulut harimau masuk mulut buaya.....
6. Kesempatan ini juga saya ingin menegaskan bahawa saya dihubungi oleh beberapa pimpinan kanan PKR untuk berdiam dan menerima pemecatan. Saya diamkan namun keadaan tidak berubah, kartel Azmin menyerang saya dengan fitnah termasuk fitnah seks yang jijik (contohnya oleh AMK PJS), malah terbaru ada yang menghubungi keluarga saya kononya mereka ada bukti kerana mereka memasang penyiasat pensendirian mengekori saya. Itu belum lagi beberapa teman - teman yang rapat dengan saya diugut dengan perbagai cara agar menjauhi saya. Perangai pemimpin seperti ini lebih buruk dan jijik dari pemimpin Umno. Saya cuma boleh katakan saya tahu apa saya lakukan dan jadual seharian saya, jangan cabar saya dedahkan semua kerana ingatlah saya pernah duduk dalam kelambu PKR itu sendiri. Tolong jangan himpit saya ke dinding.
7. Saya sudah menjawab surat pemecatan saya dengan surat terbuka kepada Presiden PKR dan sehingga kini tidak berbalas. Klikhttp://chegubard.blogspot.my/…/jawapan-surat-pemecatan-moho… untuk baca surat terbuka kepada Kak Wan. Presiden PKR dibawah kawalan dan tekanan kartel Azmin yang boleh memuji tindakan ADUN keluar PKR wajib menjawab surat saya. 48 jam jika tidak mendapat jawapan jangan salahkan saya kerana membuat aduan polis berkenaan tandatangan palsu dan laporan ROS juga. Saya tegaskan saya bercakap soal keadilan terhadap diri saya yang bercakap mendedahkan berkenaan korupsi Azmin yang saya buktikan, adakah ia salah ? klik http://chegubard.blogspot.my/…/jom-fahami-apa-dia-skandalaz… untuk video #skandalAzmin68054
8. Tidak pelik SPRM bertindak perlahan, kena ingat 1998 ketika BPR sudah ada kertas siasatan lengkap namun Mahathir, melindungi dia dari pendakwaan. Sila klik untuk baca kertas siasatan lengkap BPR http://chegubard.blogspot.my/…/kertas-siasatan-bpr-ke-atas-…
catatan : che'GuBard, SAMM
Sila klik http://chegubard.blogspot.my/…/shafie-harus-respon-isu-peng… untuk senarai projek 'kroni' shafie

Pemuda UMNO Kongsi Tips Uturn Express - Batal Laporan Polis Kerana Dokumen Tak Sahih, Memalukan!!!!

Memalukan!!!


Semalam kemain riuh lagi kata nak membuat laporan polis terhadap dua individu taukeh besar. Dengan sebaran kepada team media, seolah-olah benda tu sepertinya akan mendatangkan impak yang besar selepas dia membuat laporan polis.

Pun begitu, tiada laporan polis oleh Pemuda UMNO terhadap dua individu yang didakwa terlibat dalam gerakan menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Exco Pemuda, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, laporan itu dibatalkan kerana ia didapati tidak sahih memetik laporan Astro Awani.


Menurut rakaman video yang diperolehi dari Astro Awani, Armand berkata ;

==> Sebanyak sembilan dokumen saya terima tempoh hari berkaitan perkara ini. "Pandangan dan perbincangan dengan pelbagai pihak mengenai dokumen tersebut didapati ia tidak sahih dan saya telah mengambil keputusan untuk tidak meneruskan laporan polis terhadap dua individu yang diperkatakan.

==> Saya telah menyemak dokumen tersebut, saya dapat dokumen tersebut pada hari ahad, selepas perbincangan malam tadi, sembilan dokumen yang diserahkan kepada saya didapati tidak benar, tidak sahih.

-------------

Faham dah.

Kaedah dorang. Dapat dokumen. Sebar dulu bagi kecoh. Lepas tu baru semak kesahihan. Dah confirm tak sahih. Uturn dengan muka tebal.

Aiyohhh.

Sebar untuk tanya kepastian takpe juga. Ini kenyataan media semalam macam dah beria-ria sangat ada buktinya. Siap sebut dua nama orang tu lagi.

Sakai la korang neh.

KAHKAHKAHKAHKAHKAH!    
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...