Rabu, 27 Julai 2016

Babitkan Zeti Dalam Isu Politik, Pemuda UMNO Diserang Kaw-Kaw Oleh Netizens.


Azwan Bro atau Azwan Bodoh?

Sekadar bertanya.

KAHKAHKAH

Semalam Zeti trending di Twitter. Gara-gara kerja Pemuda UMNO yang membuat laporan polis. Pemuda UMNO yang diketuai oleh Khairul Azwan Harun ataupun dikenali dengan nama Azwan Bro (rujuk Twitter) telah membuat laporan polis  terhadap bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kasim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Laporan itu dibuat supaya PDRM menyiasat gerakan menjatuhkan Najib Razak sebagai Perdana Menteri yang sah. Kononnya ketiga-tiga individu tersebut ada komplot samada secara bersendirian mahupun secara berkumpulan mahu menjatuhkan kepimpinan Najib Tun Razak.

Hehe.

Antara ketiga-tiga nama yang disebutkan oleh Azwan Bro, nama Zeti paling banyak menjadi sebutan netizens. Kenapa Zeti? Ini kerana Zeti bukanlah individu yang terlibat dalam dunia politik dan reputasinya juga cemerlang. Zeti ialah bekas Gabenor Bank Negara yang baru sahaja tamat perkhidmatannya. Zeti ialah statewoman yang mengendalikan institusi berkaitan kewangan. Perkhidmatan cemerlang Zeti juga dibuktikan dengan beberapa anugerah antarabangsa yang pernah diraihnya suatu ketika dahulu. Beberapa kali pula tu. Pendek kata kemampuan dan prestasi Zeti terbukti unggul kerana mendapat pengiktirafan bertaraf antarabangsa. Bukan calang-calang punya merit. 

Gani Patail dan Abu Kassim tidak mendapat sokongan dan simpati umum. Ini kerana kedua-dua individu berkenaan terpalit isu-isu kontroversi yang membabitkan skandal politik. Kedua-dua individu itu sebenarnya tidak dipercayai oleh rakyat kebanyakan. Bukan kerana mereka menyakini kedua-dua individu berkenaan mahu menjatuhkan Najib sebaliknya rakyat langsung apa tak hel walau apa pun nak terjadi kepada kedua-dua orang tersebut. Ko nak berkomplot jatuhkan Najib ke taknak ke apa ke ada aku kesah? Najib nak serang ko ke apa ke ada aku peduli? Bukan korang kawan akrab ke suatu ketika dahulu? Hehe. Lebih kurang macam neh la pemikiran rakyat. Imej dan intergriti Abu Kassim dan Gani Patail sebenarnya dah berada di bawah tapak kaki rakyat. Bagi dorang Abu Kassim dan Gani Patail mahkluk yang takde reputasi.

Hehe.

Sebab tu antara ketiga-tiga nama yang dipetik Azwan Bro,  hanya nama Zeti je menjadi sebutan ramai dan mendapat simpati umum.

Pada rakyat. Mereka tak kesah samada Zeti ada komplot atau tiada komplot untuk menjatuhkan Najib. Ini kerana reputasi cemerlang yang ditunjukkan Zeti sepanjang berkhidmat sebagai Gabenor Bank Negara telah membuatkan rakyat merasa yakin, percaya dan selamat dengan tindakan-tindakan Zeti.

Jika Zeti ada komplot mahu menjatuhkan Najib, rakyat berpendapat bahawa perkara itu perlu kerana skandal 1MDB benar-benar merosakkan nama baik negara dan menyusahkan rakyat. 

Jika Zeti tiada apa-apa komplot untuk menjatuhkan Najib, mereka tetap bersama Zeti kerana Zeti menjadi mangsa orang politik dan difitnah sebegitu rupa. Hanya kerana Bank Negara mendedahkan beberapa perkara tidak enak tentang kewangan 1MDB adakah ini bermaksud Zeti berkomplot menjatuhkan Najib? Zeti menjalankan tugasnya sebagai ketua kepada institusi perbankan negara. Adakah Zeti patut tunduk kepada tekanan politik dan mengutamakan kepentingan Najib berbanding kepentingan public?

Nah, inila pemikiran rakyat. Kerana itu apabila Zeti dilibatkan dalam laporan polis semalam, nama Azwan Bro menjadi busuk dalam sekelip mata.

Pemuda UMNO sekali lagi menjadi sasaran serangan di alam maya. Kerana melibatkan Zeti dalam permainan politik mereka. Reputasi Pemuda UMNO dibanding Zeti ibarat api jauh dari panggang. Tak usah perasan.

Netizens menghamburkan pelbagai kritikan, sindiran, makian bahkan hinaan juga terhadap makhluk bernama Azwan Bro. Dorang siap tag lagi. Kutuk depan-depan kot (online).

"Kau neh bagi busuk nama UMNO yang dah memang busuk la".

"Perlu ke babitkan Zeti dalam isu neh? Dah takde kerja bodoh lagi nak buat ke".

"Rani Kulop pun hantuk kepala tengok laporan polis Pemuda UMNO".

"Ini semua taktik nak alih isu DOJ je neh".

"Baru lepas makan dedak. Kena la buat kerja sikit".

"Isu 1MDB taknak report pula. Dasar mahkluk bangkai".

"Jilat selagi boleh. Elok frame kebodohan tu. Senang sikit anak cucu nak ludah".

Dan macam-macam lagi la komen-komen yang mengutuk tindakan Azwan Bro semalam.

Aku setuju juga dengan point-point yang mengatakan ini semua taktik nak alih isu DOJ ja.

Kalau nak diikutkan pada tahun 2014 lagi dah ada dah blog yang mensasarkan Zeti. Blog tersebut menyerang kredibliti Zeti dengan tuduhan rasuah dan skandal yang kononnya suami kepada Zeti menggunakan pengaruh Zeti bagi mendapatkan manfaat atas angin dalam satu projek.

Tapi tuduhan berhenti setakat itu. Selepas beberapa kali update secara bersiri, tuduhan tersebut tidak disambung lagi. Dalam blog yang sama juga mendedahkan rancangan komplot menjatuhkan Najib. Abu Kassim, Gani Patail dan Zeti antara nama-nama yang terlibat. Jika benar sekalipun pertuduhan itu, aku tak nampak salahnya.

Najib perlu dijatuhkan kerana skandal 1MDB mencengkam negara.
Bukan kerana kita dengki dengan jawatan yang dia miliki.
Atau menjatuhkan dia atas isu-isu fitnah lagi merepek.
Pendek kata mereka mahu menjatuhkan Najib atas sebab Najib membuat masalah dan masalah tersebut mendatangkan impak negatif ke atas negara. Impak negatif ke atas negara bermaksud rakyat terkesan secara langsung, juga dari sisi yang negatif.

Mereka mempunyai matlamat yang betul jika benar ada komplot mahu menjatuhkan Najib. Selepas beberapa minggu mendedahkan rancangan atau komplot menjatuhkan Najib, Gani Patail akhirnya hilang jawatan (dan mendapat jawatan baru, hehe) dan Abu Kassim bersama Timbalannya ntah hilang ke mana selama beberapa hari.

Zeti juga dilaporkan berada di luar negara ketika itu oleh blogger pro Mahathir. Kononnya kerana kusut dengan keadaan kucar kacir berkaitan siasatan ke atas 1MDB. Dia hanya mahu menjalankan tugasnya dengan amanah dan dedikasi. Tetapi orang-orang politik nampaknya secara biadap telah campurtangan dalam urusan kerjanya. Tekanan yang diterima sedikit sebanyak mendatangkan kesan dari sudut emosi. Kerana itu dia ke luar negara 'untuk berfikir dengan tenang' dan lari dari sebilangan orang.

Semua perkara-perkara di atas berlaku pada penghujung tahun 2014 dan 2015. Tetapi kenapa baru sekarang Azwan Bro nak jadikan ianya isu? Kenapa lambat sangat dalam mengikuti perkembangan semasa. Lambat sehari dua pun orang dah kutuk macam-macam. Ini lambat setahun dua. Internet apa ko guna Azwan Bro oi? Internet dedak ka?

KAHKAHKAH

Disebabkan tindakan Azwan yang begitu lembab nak mampos sampai siput babi pun kalah dengan kelambatan si Azwan Bro, maka tak pelik juga kenapa ramai yang beranggapan ini sebagai salah satu taktik nak kalih mata-mata rakyat dalam isu DOJ.

Sorry la. Taktik anda gagal. Semakin diserang Zeti semakin rakyat menyangka pendedahan dan tindakan DOJ itu ada asas dan kebenarannya. Apatah lagi ada nama Jho Low, Riza Aziz dan Malaysia Official no 1 lagi dalam keterangan saman tersebut.

Azrene Soraya pun siap masuk dalam drama lagi dalam babak kali ini. Nak lari mana? Rakyat bukan bodoh macam Ahmad Maslan la Azwan Bro oi.

KAHKAHKAH

Btw, untuk pengetahuan korang, Zeti dan Abu Kassim akan mendapatkan pandangan peguam berhubung tindakan Azwan Bro. Manakala Gani Patail malas nak melayan dakwaan tersebut.

Hehe.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...