Rabu, 27 Julai 2016

Isu Bubar Dun Penang - PKR & DAP Pula Saling Serang Menyerang Menggunakan Media - PADAN MUKA.

Anda dapat apa yang anda tuai. Pinjam kata-kata anak perempuan Rosmah jap. Buat benda baik dapat balasan baik buat benda jahat dapat balasan jahat. Padan muka DAP dan PKR juga.
Sekarang penyokong2 tegar korang akan pening kepala nak karang ayat untuk counter kritikan netizens. 
Walaupun selepas ini PKR dan DAP akan berbaik-baik semula, ia tetap tidak akan memadamkan babak-babak pergaduhan antara DAP dan PKR ketika ini.
Ketika bergaduh ini la masing-masing akan pecahkan rahsia masing-masing. Masing-masing akan luahkan apa yang disimpan dalam ahti selama neh. Masing-masing akan tunjukkan wajah sebenar masing-masing. Kesian. Selama neh korang bekerjasama atas dasar tolenrasi dan hormat menghormati ke ataupun atas dasar keterpaksaan mengikut kehendak dan tuntutan pihak-pihak yang mendesak. 
Salah DAP bersetuju dengan Langkah Kajang tajaan PKR sampai sanggup berputus arang berkerat rotan dengan PAS. Itu semua DAP buat demi PKR. Dan sekarang PKR tak tunjukkan pula kesetiaan yang sama kepada DAP. Kesian kan? Rasa terhina sekali. Tapi DAP pun memang terhina juga. Dalam dok mengata PKR meninggalkan DAP ketika krisis, DAP boleh pula menaja AMANAH yang berpecah dari PAS angkara krisis juga. Itu bukan kawan tikam kawan juga ke? Sama je la korang semua. Ko mengata aku, aku mengata kau padahal semua sama je perangai masing2. Muhasabah diri tak mahu. Menyalahkan orang ke kerjanya 24 jam. Perasan diri tu Tuhan. Itulah masalahnya. Bodoh sombong. Orang tengah berapi2 serang 1MDB. Masa tu juga korang nak bertepik bergaduh baling batu sesama sendiri. BODOH. BODOH NAK MAMPOS. BODOH TAK PERNAH BELAJAR. ELOK KO SEMUA PERGI MAMPOS. LAGI ADA FAEDAH. Rasakan. Ini yang memang dah lama aku nak cakap sejak dari dulu lagi.
KAHKAHKAH
Laporan oleh Malaysiakini ;
Dalam sindiran pedas kepada kenyataan Ketua DAP Selangor, Tony Pua sebentar tadi, Latheefa Koya berkata, PKR tidak boleh terus bersetuju dengan segala permintaan rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan.
Mengenai kebocoran maklumat kepada media berkenaan pilihan raya mengejut Pulau Pinang, anggota jawatankuasa pusat PKR turut mempersoalkan individu pertama yang mengumumkan perkara tersebut.
"Atau sekejap... siapa yang secara bersendirian umumkan terkuburnya Pakatan Rakyat?
"Atau sekejap... siapa yang umumkan pembentukan Pakatan Harapan - kepada semua media sebelum keputusan muktamad?
"Jangan lucutkan semua terlebih dahulu dan kemudian mengadu ditinggalkan telanjang," katanya dalam catatan Facebooknya.
Terdahulu, Pua melahirkan rasa kesal dengan rakan-rakan yang gagal bersama seperti yang dijangkakan.
"Kadang-kadang, kita tertanya-tanya, apa jenis rakan yang kita ada. Apabila mereka dalam krisis, kita ke hulu dan ke hilir menyokong mereka ke hulu, tanpa mengira apa yang bakal berlaku.
"Tetapi apabila tiba masa kita perlukan sokongan, mereka bocorkan segala-galanya terlebih dahulu kepada media, meninggalkan kita dalam keadaan telanjang sepenuhnya.
"Ataupun mengumumkan kepada dunia secara terbuka sebelum mereka berbincang dengan kami," katanya dalam laman Facebook petang ini.
Sesetengah pihak membuat spekulasi bahawa Pua yang juga adalah ahli parlimen Petaling Jaya Utara merujuk kepada pendirian PKR mengenai cadangan DAP yang mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.
Pua sendiri, bagaimanapun, menolak untuk menyatakan beliau merujuk kepada PKR dan pendirian parti itu berhubung rancangan mengadakan pilihan raya mengejut.
DAP pada tahun 2014, berdiri teguh dan menyokong PKR semasa krisis menteri besar di Selangor.
Mengulas lanjut, Latheefa yang mengetuai biro undang-undang PKR juga menegaskan, sebab untuk mengadakan pilihan raya mengejut juga sering berubah.
"Pertama, ia bertujuan mendapatkan kembali apa dipanggil mandat rakyat yang peliknya kamu  berkeras masih belum kehilangannya.
"Kemudian kata ia bukan mengenai pendakwaan ke atas pemimpin kamu (Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng).
"Dan sekarang kamu kata, ia sebagai referendum terhadap (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak) berdasarkan pendedahan terkini DOJ (Jabatan Kehakiman) Amerika Syarikat.

"Mungkin, kamu perlu membuat keputusan terlebih dahulu dan kemudiannya berunding dengan kami, yakinkan kami," katanya tanpa menyebut DAP mahupun Pua.
Pilihan raya mengejut tersebut didedahkan buat kali pertama oleh Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy berikutan tuduhan rasuah berkembar terhadap bosnya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...