Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 29 Julai 2016

Selangor Anjur Pesta Buku Islamik Main2, Bawa Masuk Selena Gomez Beria Pula kritik Penulis Terkenal.


Serahkan pada yang pakar ;

1. Pertama, ni bukan Khutbah Jumaat. Tapi panjang, jangan baca kalau malas.

2. Pesta Buku Selangor yang kini diadakan di SACC, Shah Alam akan berlangsung sehingga 7 Ogos 2016.

3. Tapi ada tak nampak bunting di sekitar Shah Alam? Ada dengar promosi di radio utama (bukan RTM tau?)? Ada nampak promosi di media sosial, sebulan atau seminggu sebelum pesta buku ini dijalankan?

4. Orang duduk Shah Alam pun tak tahu di Shah Alam kini berlangsung Pesta Buku.

5. Yang paling jahanam, pesta buku ni dianjurkan oleh kerajaan negeri melalui Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Kerajaan negeri ni kerajaan negeri Islam ke, sampai nak kena buka nasyid sepanjang pesta ni?

6. Dalam negeri Selangor ni, tak ada Cina tak ada India ke, sampai pesta buku anjuran kerajaan negeri ni perlu jadi pesta buku Islamik?

7. Kenapa masa pesta buku, tiba-tiba nak berlagak alim jadi Islamik padahal beberapa hari sebelum, dok bawa masuk Selena Gomez buat konsert? (Jangan sampai aku buka statistik rumah urut Selangor ni)

8. Dan paling tak masuk akal, yuran tapak dah nak sama dengan harga yuran PBAKL, sedangkan jumlah pengunjung tak sampai 10% daripada jumlah pengunjung PBAKL.

9. Jadi sekarang ni aku nak tanya, kenapa orang kita bila bab buku je, lemah syahwat betul?

10. Bila agaknya kita boleh serius nak jual buku ni?

11. Bila agaknya kita boleh serius nak promosi acara jual buku sebulan sebelum, iklan di TV, radio dan pacak banner di 10,000 tempat seluruh negeri?

12. Bila agaknya, kita boleh jadikan pesta buku tempat pelbagai kaum rai ilmu, Cina, India dan Melayu sama-sama berdagang dan membeli buku?

13. Kita kena ingat Tuan-tuan, Negeri Selangor ni negeri Pakatan Rakyat, Pakatan Harapan. Rizab berbilion, bagi bonus raya kemain banyak ke kakitangan. Tapi kenapa tak boleh urus pesta buku bersungguh-sungguh?

14. Dan ingat, bukanlah aku beriya-iya sangat nak komplen pasal nasyid tu, tapi bayangkanlah, pesta buku kerajaan negeri tapi orang boleh buka booth jual kurma jual coklat? Bila agaknya kita boleh serius tentang ilmu, tentang buku ni?

15. Pesta buku ni depa buat ala kadar macam buat pertandingan nasyid tadika je, tak serius langsung. Tapi yelah, hadiah sastera pun depa buat asal ada je. Kerajaan macam ni ada cita-cita nak tawan Putrajaya?

Puii. Boleh blah.

ZF Zamir

Dan selepas ini bersiapla untuk dimacaikan penyokong2 kerajaan negeri.

Kah kah kah

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...