Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 29 Julai 2016

Rafizi Tawar Audit 1MDB secara Percuma Selepas Firma Audit Enggan Audit 1MDB.


Diharapkan BOD 1MDB sambut baik kesudian Rafizi yang sanggup berkhidmat secara free neh.  Free kot.  FREE! wa cakap lue.

Duit 1MDB dah banyak hilang. Kena songlap. Kalau dapat jimat sikit kat bahagian audit pun bagus juga kan. Lagipun takde sapa sudi nak audit dah agaknya. Masing2 pakat lari sebab pening kepala kena kacau kot.

Kahkahkah

--------

Kesian 1MDB semua firma audit antarabangsa yang ternama tidak akan pergi dekat. Juruaudit sebelum ini telah meletakkan jawatan dan menyatakan penyata kewangan 1MDB sebelum ini yang diaudit tidak boleh digunapakai kerana mereka tidak dimaklumkan maklumat penyelewengan yang didedahkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat baru-baru ini.

Sebab itu saya mahu mencuba nasib dan menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai juruaudit baru 1MDB. Jika bersetuju, mohon share sebagai tanda sokongan.

KENYATAAN MEDIA RINGKAS

Sebagai seorang akauntan bertauliah yang berdaftar dengan Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales (ICAEW) dan Institut Akauntan Malaysia (MIA), saya ingin menyatakan minat dan kesediaan saya untuk menyertai pasukan audit baru yang akan dilantik untuk mengaudit 1MDB. 

Saya juga menyatakan kesediaan saya untuk berkhidmat secara percuma. Jika Lembaga Pengarah 1MDB yang baru yakin tidak ada sebarang penyelewengan di dalam urusan 1MDB, cara paling mudah untuk meyakinkan rakyat secara percuma ialah dengan melantik saya menyertai pasukan audit baru 1MDB. Saya akan menulis secara rasmi kepada Tan Sri Irwan Siregar, Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB mengenai perkara ini.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...