Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label 'Datang Haid' Menyebabkan Wan Azizah Tak Layak Jadi MB Kata Peguam UMNO.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 'Datang Haid' Menyebabkan Wan Azizah Tak Layak Jadi MB Kata Peguam UMNO.. Papar semua catatan

Rabu, 27 Julai 2016

Babitkan Zeti Dalam Isu Politik, Pemuda UMNO Diserang Kaw-Kaw Oleh Netizens.


Azwan Bro atau Azwan Bodoh?

Sekadar bertanya.

KAHKAHKAH

Semalam Zeti trending di Twitter. Gara-gara kerja Pemuda UMNO yang membuat laporan polis. Pemuda UMNO yang diketuai oleh Khairul Azwan Harun ataupun dikenali dengan nama Azwan Bro (rujuk Twitter) telah membuat laporan polis  terhadap bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kasim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Laporan itu dibuat supaya PDRM menyiasat gerakan menjatuhkan Najib Razak sebagai Perdana Menteri yang sah. Kononnya ketiga-tiga individu tersebut ada komplot samada secara bersendirian mahupun secara berkumpulan mahu menjatuhkan kepimpinan Najib Tun Razak.

Hehe.

Antara ketiga-tiga nama yang disebutkan oleh Azwan Bro, nama Zeti paling banyak menjadi sebutan netizens. Kenapa Zeti? Ini kerana Zeti bukanlah individu yang terlibat dalam dunia politik dan reputasinya juga cemerlang. Zeti ialah bekas Gabenor Bank Negara yang baru sahaja tamat perkhidmatannya. Zeti ialah statewoman yang mengendalikan institusi berkaitan kewangan. Perkhidmatan cemerlang Zeti juga dibuktikan dengan beberapa anugerah antarabangsa yang pernah diraihnya suatu ketika dahulu. Beberapa kali pula tu. Pendek kata kemampuan dan prestasi Zeti terbukti unggul kerana mendapat pengiktirafan bertaraf antarabangsa. Bukan calang-calang punya merit. 

Gani Patail dan Abu Kassim tidak mendapat sokongan dan simpati umum. Ini kerana kedua-dua individu berkenaan terpalit isu-isu kontroversi yang membabitkan skandal politik. Kedua-dua individu itu sebenarnya tidak dipercayai oleh rakyat kebanyakan. Bukan kerana mereka menyakini kedua-dua individu berkenaan mahu menjatuhkan Najib sebaliknya rakyat langsung apa tak hel walau apa pun nak terjadi kepada kedua-dua orang tersebut. Ko nak berkomplot jatuhkan Najib ke taknak ke apa ke ada aku kesah? Najib nak serang ko ke apa ke ada aku peduli? Bukan korang kawan akrab ke suatu ketika dahulu? Hehe. Lebih kurang macam neh la pemikiran rakyat. Imej dan intergriti Abu Kassim dan Gani Patail sebenarnya dah berada di bawah tapak kaki rakyat. Bagi dorang Abu Kassim dan Gani Patail mahkluk yang takde reputasi.

Hehe.

Sebab tu antara ketiga-tiga nama yang dipetik Azwan Bro,  hanya nama Zeti je menjadi sebutan ramai dan mendapat simpati umum.

Pada rakyat. Mereka tak kesah samada Zeti ada komplot atau tiada komplot untuk menjatuhkan Najib. Ini kerana reputasi cemerlang yang ditunjukkan Zeti sepanjang berkhidmat sebagai Gabenor Bank Negara telah membuatkan rakyat merasa yakin, percaya dan selamat dengan tindakan-tindakan Zeti.

Jika Zeti ada komplot mahu menjatuhkan Najib, rakyat berpendapat bahawa perkara itu perlu kerana skandal 1MDB benar-benar merosakkan nama baik negara dan menyusahkan rakyat. 

Jika Zeti tiada apa-apa komplot untuk menjatuhkan Najib, mereka tetap bersama Zeti kerana Zeti menjadi mangsa orang politik dan difitnah sebegitu rupa. Hanya kerana Bank Negara mendedahkan beberapa perkara tidak enak tentang kewangan 1MDB adakah ini bermaksud Zeti berkomplot menjatuhkan Najib? Zeti menjalankan tugasnya sebagai ketua kepada institusi perbankan negara. Adakah Zeti patut tunduk kepada tekanan politik dan mengutamakan kepentingan Najib berbanding kepentingan public?

Nah, inila pemikiran rakyat. Kerana itu apabila Zeti dilibatkan dalam laporan polis semalam, nama Azwan Bro menjadi busuk dalam sekelip mata.

Pemuda UMNO sekali lagi menjadi sasaran serangan di alam maya. Kerana melibatkan Zeti dalam permainan politik mereka. Reputasi Pemuda UMNO dibanding Zeti ibarat api jauh dari panggang. Tak usah perasan.

Netizens menghamburkan pelbagai kritikan, sindiran, makian bahkan hinaan juga terhadap makhluk bernama Azwan Bro. Dorang siap tag lagi. Kutuk depan-depan kot (online).

"Kau neh bagi busuk nama UMNO yang dah memang busuk la".

"Perlu ke babitkan Zeti dalam isu neh? Dah takde kerja bodoh lagi nak buat ke".

"Rani Kulop pun hantuk kepala tengok laporan polis Pemuda UMNO".

"Ini semua taktik nak alih isu DOJ je neh".

"Baru lepas makan dedak. Kena la buat kerja sikit".

"Isu 1MDB taknak report pula. Dasar mahkluk bangkai".

"Jilat selagi boleh. Elok frame kebodohan tu. Senang sikit anak cucu nak ludah".

Dan macam-macam lagi la komen-komen yang mengutuk tindakan Azwan Bro semalam.

Aku setuju juga dengan point-point yang mengatakan ini semua taktik nak alih isu DOJ ja.

Kalau nak diikutkan pada tahun 2014 lagi dah ada dah blog yang mensasarkan Zeti. Blog tersebut menyerang kredibliti Zeti dengan tuduhan rasuah dan skandal yang kononnya suami kepada Zeti menggunakan pengaruh Zeti bagi mendapatkan manfaat atas angin dalam satu projek.

Tapi tuduhan berhenti setakat itu. Selepas beberapa kali update secara bersiri, tuduhan tersebut tidak disambung lagi. Dalam blog yang sama juga mendedahkan rancangan komplot menjatuhkan Najib. Abu Kassim, Gani Patail dan Zeti antara nama-nama yang terlibat. Jika benar sekalipun pertuduhan itu, aku tak nampak salahnya.

Najib perlu dijatuhkan kerana skandal 1MDB mencengkam negara.
Bukan kerana kita dengki dengan jawatan yang dia miliki.
Atau menjatuhkan dia atas isu-isu fitnah lagi merepek.
Pendek kata mereka mahu menjatuhkan Najib atas sebab Najib membuat masalah dan masalah tersebut mendatangkan impak negatif ke atas negara. Impak negatif ke atas negara bermaksud rakyat terkesan secara langsung, juga dari sisi yang negatif.

Mereka mempunyai matlamat yang betul jika benar ada komplot mahu menjatuhkan Najib. Selepas beberapa minggu mendedahkan rancangan atau komplot menjatuhkan Najib, Gani Patail akhirnya hilang jawatan (dan mendapat jawatan baru, hehe) dan Abu Kassim bersama Timbalannya ntah hilang ke mana selama beberapa hari.

Zeti juga dilaporkan berada di luar negara ketika itu oleh blogger pro Mahathir. Kononnya kerana kusut dengan keadaan kucar kacir berkaitan siasatan ke atas 1MDB. Dia hanya mahu menjalankan tugasnya dengan amanah dan dedikasi. Tetapi orang-orang politik nampaknya secara biadap telah campurtangan dalam urusan kerjanya. Tekanan yang diterima sedikit sebanyak mendatangkan kesan dari sudut emosi. Kerana itu dia ke luar negara 'untuk berfikir dengan tenang' dan lari dari sebilangan orang.

Semua perkara-perkara di atas berlaku pada penghujung tahun 2014 dan 2015. Tetapi kenapa baru sekarang Azwan Bro nak jadikan ianya isu? Kenapa lambat sangat dalam mengikuti perkembangan semasa. Lambat sehari dua pun orang dah kutuk macam-macam. Ini lambat setahun dua. Internet apa ko guna Azwan Bro oi? Internet dedak ka?

KAHKAHKAH

Disebabkan tindakan Azwan yang begitu lembab nak mampos sampai siput babi pun kalah dengan kelambatan si Azwan Bro, maka tak pelik juga kenapa ramai yang beranggapan ini sebagai salah satu taktik nak kalih mata-mata rakyat dalam isu DOJ.

Sorry la. Taktik anda gagal. Semakin diserang Zeti semakin rakyat menyangka pendedahan dan tindakan DOJ itu ada asas dan kebenarannya. Apatah lagi ada nama Jho Low, Riza Aziz dan Malaysia Official no 1 lagi dalam keterangan saman tersebut.

Azrene Soraya pun siap masuk dalam drama lagi dalam babak kali ini. Nak lari mana? Rakyat bukan bodoh macam Ahmad Maslan la Azwan Bro oi.

KAHKAHKAH

Btw, untuk pengetahuan korang, Zeti dan Abu Kassim akan mendapatkan pandangan peguam berhubung tindakan Azwan Bro. Manakala Gani Patail malas nak melayan dakwaan tersebut.

Hehe.

Selasa, 26 Julai 2016

Kos Projek Keretapi Laju Naik 2 Kali Ganda Kerana Ada Konspirasi Nak Bayar Hutang 1MDB Lapor Sarawak Report.

Ini versi copy paste je. Untuk mudahkan pembaca-pembaca yang gagal akses Sarawak Report dan malas nak cari jalan untuk skip sekatan yang dikenakan oleh SKMM.

Secara ringkasnya Sarawak Report mendedahkan beberapa perkara iaitu ;

1. Mereka telah berjaya mendapatkan satu maklumat sulit berkaitan pembinaan keretapi laju.

2. Projek keretapi laju tu ialah satu projek usahasama dengan syarikat China.

3. Projek itu dianggarkan bernilai 30b. Tetapi nilai itu meningkat dua kali ganda (bakal diluluskan) iaitu dianggarkan sebanyak 60b.

4. Sumber dalaman menyalurkan maklumat bahawanya proposal berkenaan peningkatan kos itu sedang dalam kelulusan. Kertas kerja dah siap dan sekarang neh ianya dalam penilaian menteri2 kabinet dan dijangka apa proceed seperti biasa.

5. Peningkatan kos itu berlaku disebabkan mahu mendapatkan wang tambahan sesegera yang mungkin bagi membayar hutang 1MDB (Jho Low).

6. Whistle-blower turut mendedahkan bahawanya 30b yang lain akan disalurkan kepada anak-anak syarikat berkaitan 1MDB.

7. Dibayangkan juga seolah2 syarikat China yang dibackup oleh kerajaan China sepertinya mengetahui tentang hakikat ini dan bersetuju dengan peningkatan kos tersebut kerana bakal memperolehi reward yang generous dari kerajaan Malaysia. Tanah, pengaruh dari kerajaan serta diberikan hak untuk mendapatkan keuntungan semaksima yang mungkin adalah apa yang dipersetujui antara kedua-dua belah pihak.

8. Turut dinyatakan bahawa syarikat China tersebut dikecualikan dari GST selama 10 tahun.

9. Najib memerlukan sekurang2nya 7.5b USD = 29b Ringgit Malaysia bagi melupuskan kesemua hutang2 dan notis tuntutan hutang terhadap 1MDB.

Berdasarkan kepada dokumentasi-dokumentasi yang didapati di portal SR, aku dapati ada banyak tulisan cina. Adakah pihak kita yang membocorkan maklumat ataupun dari pihak sana?

Dan ini adalah versi penuh laporan Sarawak Report. Baca dan nilai kebenarannya sendiri.

---------------

Marked “For Internal Use Only” an Appendix to a Term Sheet due to be approved by the Malaysian Cabinet today (27th July) lays out in detailed figures how  Najib plans for over US$7 billion in accumulated 1MDB/Jho Low company debts to be wiped out by taxpayers in a secret deal between his Ministry of Finance and the Chinese state company CCCC (China Communications Construction Company).

The PM’s ‘cunning plan’ is to get the Malaysian Government to agree to inflate the actual cost of the East Coast Rail Project from only RM30 billion to RM60 billion, all to be borrowed from the Chinese Government, in order to disguise the payment of 1MDB’s (and Jho Low’s) company debts!

Sarawak Report can reveal the secret figures behind the deal, which has been inflated 100% to hide the payments for 1MDB!

Sarawak Report can reveal the secret figures behind the deal, which has been inflated 100% to hide the payments for 1MDB!
A whistleblower, who has supplied full details of the project, described the plan to Sarawak Report:
“The Malaysian Government is planning to award an overvalued project to launder money in order to fill the loophole of 1MDB. 
The plan is to award the East Coast Rail Project to a Chinese Company, China Communication Construction Company Limited (CCCC). The initial budget for the project is MYR 30b, but they have overvalued the project for another MYR 30b, making it MYR 60b. The extra MYR 30b will be use to launder out cash to 1MDB related companies. 
The project has been proposed to the cabinet on 25/7/2016 and will be approved by the cabinet on 27/7/2016 with total value of MYR 60b. 
The Chinese company, which is backed by the China Government, will help pay off the 1MDB dept in advance and progressively. In return, this Chinese company will be rewarded with high profits and land, and of course extra influence with the Malaysian government”.

Doubling the cost of mega-project

The outrageous plan is blatantly laid out in the term sheet and internal report, which have been leaked to Sarawak Report.

The report says baldly that the actual cost of building the railway, has only been estimated by CCCC at RM27 billion. However, there is to be a so-called “Additional Differential” cost of RM29.85 billion, which will more than double the cost to make a total bill of RM60 billion, including a fat percentage of profit for the company (handily based on the total and not just the construction costs):

Najib plans to double the cost of the Railway to RM60 billion to hide his 1MDB missing money

Najib plans to double the cost of the Railway to RM60 billion to hide his 1MDB missing money
The company makes no bones about the incentives provided by the Malaysian Government in this “Direct Contract”, meaning that there was no open tender to get the best deal for the project.

CCCC says it has been given land on generous terms, including a chunk of land which was given cheap by Najib to 1MDB, then inflated in value at Ayer Item – the land which is valued at US$1.3 billion will be offered to CCCC for US$850 million.

CCCC will also gets tax breaks including from GST for the next ten years. And then, as a Chinese State-owned company CCCC notes the benefit of the extended influence over Malaysia the project and the massive loan of the cash (at a generous 2% interest rate) will provide.

So much for Najib Razak’s much vaunted ‘inward investment’ plans from fellow Islamic countries and his stirring of hatred against the so-called ‘Chinese Tsunami’!

What is in this deceitful deal for the Chinese?  Just take a look!
What is in this deceitful deal for the Chinese? 
Just take a look!

Sneaking 1MDB’s debts into the project

The quid pro quo for the Chinese partners in this lucrative deal is to assist in Najib’s corrupted exit strategy for getting shot of his multi-billion dollar debts at 1MDB at a total cost of US$5.63 billion!

The first priority being to get 1MDB off the hook over its outstanding payments to Abu Dhabi’s IPIC.  In the first instance this will be achieved through the payment of the $850 million to 1MDB for the Ayer Item land, but after that the company will assume the repayment of the remaining debts for the disastrous ‘power purchase’ and ‘strategic partnership loans’ which lost billions (mainly stolen).

The Malaysian taxpayer will of course have to pay the whole lot back with interest over the next 7 years in payments, all planned to be disguised by the inflated Rail Project!

Sneaking a write off of 1MDB's debts in an up-front payment
Sneaking a write off of 1MDB’s debts in an up-front payment
Laughably, this outlay is set to be disguised by a repayment in ‘assets’ valued to the same amount of US$5.63 billion.  

The assets concerned are largely duds – vaunted ‘liquid and cash assets’ tucked away by 1MDB in dodgy bank accounts, including the 1MDB Brazen Sky account at BSI (alleged worth $940 milllion) and also the supposed assets of 1MDB Global at BSI, (alleged worth US$1.56 billion).
Significantly, we note that the 1MDB Global money, which was raised through a Goldman Sachs loan, is now also described as ‘Units’, raising the probability that these are in fact worthless pieces of paper representing bogus investments, similar to the ‘Units’ in Brazen Sky, which would imply, that like the PetroSaudi funds, the billions raised by 1MDB Global have all been stolen:
Worthless 'units' from Brazen Sky and 1MDB Global are being dumped into the deal as if they had been 'bought', whereas in fact all costs are being separately covered by the 'additional items' on the inflated projected
Worthless ‘units’ from Brazen Sky and 1MDB Global are being dumped into the deal as if they had been ‘bought’, whereas in fact all costs are being separately covered by the ‘additional items’ on the inflated projected

List of Payments totals US$7.5 billion/ RM29.8 billion


Just last week the United States DOJ explained in searing detail how all that missing 1MDB money, which is now being sneaked onto the East Coast Rail tab, was stolen by Najib and his family and associates, including Jho Low and IPIC’s Khadem Al Qubaisi, to be spent on gambling, drinking, jets, yachts, record-breaking fine art purchases (in many cases depicting under-dressed female forms).
The report sheet in our possession lays out in precise detail what CCCC/The Chinese Government has agreed to funnel through the project, in order to get Najib off the hook on all his problems.

The astonishing list contained in an Appendix to the agreement is clearly costed and totals over US$7,5 billion. It includes writing off 1MDB’s debts to the Abu Dhabi sovereign wealth fund IPIC, which is currently suing 1MDB to the tune of US$6.5 billion over unpaid guarantees.

RM30 billion 'Added Differential' ie bail out for 1MDB and Jho Low
RM30 billion ‘Added Differential’ ie bail out for 1MDB and Jho Low

Bailing out Jho Low’s companies also!!

Significantly, the list also includes an agreement to buy out two Jho Low related companies, which have long been suspiciously associated with Najib’s record of personal plunder from 1MDB.  These are Loh & Loh Corporation Berhad and Putrajaya Perdana Berhad, for which Jho Low and his partners will receive a healthy US$315 million:

Jho Low related companies which funnelled money to Najib are also in the secret bail out package!
Jho Low related companies which funnelled money to Najib are also in the secret bail out package!
Sarawak Report has long since exposed how Jho Low used 1MDB money, which was secretly channeled through a so-called Islamic loan agreement with the company PetroSaudi to ‘buy out’ the Sarawak UBG group in which he and Taib Mahmud held the major stakes.

The purported buyer was Javace Sdn Bhd, a supposed subsidiary of PetroSaudi International, Seychelles (a bogus subsidiary of PetroSaudi, whose Director was Tarek Obaid, also a director of PetroSaudi). 

However, secret transactions obtained by Sarawak Report showed that all the money in Javace was controlled by a company Panama Investment Manager, which was owned by Jho Low.

The two subsidiaries of UBG Putrajaya Perdana and Loh & Loh are still identified as crony companies controlled by Low and Putrajaya Perdana was identified by investigators as having played a key role in funnelling cash from 1MDB’s subsidiary SRC into Najib’s own personal accounts:

The diagram held up by Attorney General Apandi showing Putrajaya Perdana's role in passing public money to Najib
The diagram held up by Attorney General Apandi showing Putrajaya Perdana’s role in passing public money to Najib
Plainly therefore, Najib hopes to use his over-reaching powers at the MOF/PM’s office to launder all his dirty linen through the same simple mega-project, courtesy of secret and politically motivated Chinese cooperation.

Public estimate leaves out the 1MDB costs and commitments?


A huge sum of RM85 million is also put aside in the contract for a ‘nominated company’ to be awarded a “publicity” and “communications” and “strategic consultation” role on the project – no guesses that this will go to a crony outfit.

Finally, also attached to the papers is a totally conflicting set of calculations, which are not listed as being “only for internal consumption” and which appear to represent the public face of the planned deal.  These consist of a broad-brush, ‘back of the envelope’ set of figures, which provide a broad estimate for the project at the fuller figure of RM60 billion.

In this list there is no mention of any of the costs due to be carried for 1MDB!

Public figures?  How the same project is being costed  at RM60 billion, but with no mention of 1MDB
Public figures? How the same project is being costed at RM60 billion, but with no mention of 1MDB
The agreement is due to be passed by Najib’s compliant cabinet….. about now!

Rabu, 20 Julai 2016

Jabatan Keadilan AS Failkan Saman Berkaitan Siasatan 1MDB - Mana Najib Mahu Lari?


Park sini dulu. Nasib baik foc. Sini DBKL tak boleh caj suka-suka woorr.

KAHKAHKAH

Baca update WAF, nampaknya telahan-telahan dia tentang isu 1MDB pada tahun lepas semakin lama semakin terbukti kebenarannya. Satu persatu apa yang dia jangkakan terjadi..

Tadi katanya ;



Hmm...siapakah 'Malaysian Official 1' dalam indictment yang WSJ dapat daripada Jabatan Peguam Negara Amerika Syarikat?

Punya lengkap indictment ni, kalah Sarawak Report, laporan PAC, laporan audit Jabatan Audit Negara.

http://www.wsj.com/public/resources/documents/1MDB-Filing-07-20-2016.pdf


WOW. Siap boleh akses secara online lagi. Best gile. Malaysian Officer tu tak lain tak bukan sudah semestinya refer kepada Naaaaaaa... hah korang habiskanla ayat aku. Macam tatau pun.

KAHKAHKAH

Apa-apa pun ini satu perkembangan yang menarik. Kita tunggu punya tunggu punya tunggu Najib menyaman WSJ pada hari selasa tapi rupa-rupanya yang kena saman tu dia pula. Pada hari rabu. Kan tak pasal-pasal..

Dan Wan Ahmad Fasyhal pernah menulis pada tahun lepas ;

MINGGU lalu badan Persekutuan Bola Sepak Dunia, FIFA, telah dituduh menutup sebelah mata ke atas jenayah pecah amanah dan salah laku kewangan di kalangan pegawai kanan dan tertinggi mereka selama lebih 20 tahun.

Tujuh pegawai kanan FIFA telah ditahan di Zurich, Switzerland atas tuduhan rasuah. Mereka bakal berhadapan dengan ekstradisi ke Amerika Syarikat (AS), negara yang membuka siasatan ke atas FIFA melalui cabang perundangannya, Jabatan Keadilan AS.

Walaupun berita ini membawa kegembiraan kepada ramai pihak, usaha pembersihan dan pembaikpulihan tadbir urus badan itu hanya dipandang sepi oleh pimpinannya. Usaha Jabatan Keadilan AS yang membuka tuduhan perundangan jenayah ke atas FIFA membawa kepada peletakan jawatan presidennya, Sepp Blatter.

Bagaimanapun, tindakan Jabatan Keadilan ini seharusnya menimbulkan tanda tanya lebih penting; kenapa tuduhan ke atas FIFA dibuat oleh sebuah negara yang bukanlah meraikan sukan bola sepak sebagai sukan utama negara mereka?

Apakah asas perundangan (locus standi) untuk Jabatan Keadilan menyenaraikan 47 jenis tuduhan dan juga permintaan ekstradisi ke atas pegawai kanan FIFA yang rata-rata bukan rakyat Amerika dan tidak terikat dengan mana-mana peruntukan undang-undang persekutuan AS?

Hal ini hanya berkemungkinan berlaku di bawah Bab 96 dalam peruntukan perundangan jenayah AS atau lebih dikenali sebagai Akta RICO.
Apa itu RICO?

RICO adalah singkatan daripada Akta Pengaruh Catut dan Pertubuhan yang Pecah Amanah di bawah peruntukan perundangan persekutuan AS yang memberi kuasa besar kepada badan perundangan AS untuk menyekat aktiviti-aktiviti jenayah kumpulan mafia dalam melakukan jenayah kewangan seperti pelaburan wang haram, rasuah, peras ugut, penipuan atas talian dan banyak lagi.

Sebelum RICO digubal, kerajaan AS berhadapan kesukaran untuk mendakwa kumpulan mafia secara keseluruhan kerana mereka licik dalam menyembunyikan jenayah.

Hal ini dapat dilakukan dengan menggunakan orang perseorangan yang tampak tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kumpulan mereka juga melalui syarikat perniagaan yang sah di sisi undang-undang yang bertindak sebagai ‘muka depan’ kepada aktiviti haram kongsi gelap dan mafia.

Ringkasnya RICO bertindak seperti pukat tunda untuk mendakwa individu yang bernaung di bawah badan yang menjalankan kegiatan jenayah samada mereka sendiri lakukan atau bersubahat yang berlaku di bawah perhatian badan yang tertuduh.

Untuk mengesahkan kegiatan jenayah yang tersusun telah dilakukan tertuduh, pihak pendakwa mesti membuktikan bahawa pihak defendan telah melakukan sekurang-kurangnya dua daripada 35 jenis jenayah yang termaktub dalam akta jenayah AS dan RICO dalam jangka masa 10 tahun antara kedua-duanya yang berlaku dalam naungan dan kegiatan organisasi tertuduh.

Bagaimana RICO dikenakan ke atas FIFA

Dengan tuduhan dan dakwaan ke atas FIFA melalui RICO, pihak pendakwa raya telah memutuskan bahawa FIFA adalah seperti badan mafia. Ini kerana dakwaan salah laku di kalangan ahli tertinggi FIFA sudah acap kali menjadi bahan mulut dan disiasat banyak pihak. 

Mungkin pihak pendakwa raya lihat hanya RICO sahajalah jenayah salah laku dan pecah amanah FIFA dapat dirangkumkan ke dalam satu bentuk tuduhan.

Secara zahir, tiada masalah jika RICO dikenakan ke atas defendan yang tinggal dan di bawah takluk perundangan AS tapi pertuduhan ke atas FIFA agak ganjil. Apakah RICO mempunyai hak dan kemampuan perundangan yang boleh dikenakan kepada mana-mana pihak di luar AS?

Ini kerana RICO digubal oleh Kongres AS dan bukannya sebahagian daripada undang-undang antarabangsa.

Dalam kes Morrison v. National Australia Bank (2010), Mahkamah Tinggi AS telah menidakkan kebolehan RICO untuk diguna pakai di luar AS. Akan tetapi mahkamah rayuan AS Sirkit Kedua (Second Circuit) dalam keputusan penghakiman kes European Community v RJR Nabisco, Inc. (2014) telah memutuskan sebaliknya iaitu RICO boleh digunakan di luar AS kalau mana akta dan perlakuan jenayah (predicate act) tertentu yang terangkum dalam cakupan RICO.

Contoh, jika warganegara AS di bunuh di luar negara, pendakwa raya boleh mengeluarkan tuduhan dan lakukan ekstradisi kepada defendan untuk dibicarakan dan dihukum di AS.

Maka mana-mana akta jenayah yang mempunyai cakupan luar batasan AS digunakan melalui RICO (seperti kes bunuh warga AS di luar negara), maka RICO juga boleh digunakan untuk mendakwa di luar batas sempadan AS.

Badan perundangan AS telah menyenaraikan 47 jenis tuduhan ke atas FIFA yang merangkumi cakupan akta jenayah seperti penipuan atas talian, pelaburan wang haram, rasuah yang berlaku di dalam negara AS atau mengguna laluan talian perbankan AS.

Inilah antara asas membolehkan AS menggunakan RICO sampai ke luar negara berasaskan undang-undang persekutuan AS.

Tatkala seluruh dunia bergembira dengan pertuduhan yang dikeluarkan badan perundangan AS ke atas FIFA, Presiden Rusia Vladimir Putin menyelar tindakan tersebut.

Media arus perdana cuba membingkaikan selaran Putin ini sebagai tanda tidak puas hati ke atas kejayaan Rusia yang disyaki mengamalkan rasuah untuk memenangi bidaan untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018.

Hakikatnya media gagal melihat mesej utama yang Putin ingin sampaikan iaitu keabsahan RICO untuk digunakan di luar sempadan AS yang boleh dijadikan asas kepada cengkaman undang-undang persekutuan AS di seluruh dunia yang sebenarnya AS tiada punya sebarang hak perundangan dan kedaulatan.

Pembocor maklumat

Tuduhan yang dibuat oleh Jabatan Keadilan tidak akan berhasil kalau tiada orang dalam yang membocor maklumat penting berkenaan jejak-jejak jenayah FIFA.

Individu yang disyaki bertanggungjawab bekerjasama dengan pihak penyiasat adalah Charles Blazer, mantan pegawai kanan FIFA dari AS yang beliau sendiri telah berhadapan dengan tuduhan rasuah dan gagal melunaskan cukai pada tahun 2014.

Blazer bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak pendakwa raya untuk memungkiri rakan-rakan sepenjawat di FIFA dan juga CONCACAF – badan pengelola sukan bola sepak di benua Amerika Utara dan Caribbean sebagai salah satu daripada usaha rayuan tawar-menawar (plea bargaining) untuk mendapatkan hukuman yang lebih ringan.

Apakah mungkin RICO dikenakan ke atas 1MDB?

Apakah keberangkalian dan risiko 1MDB untuk berhadapan dengan akta RICO kalau mana pihak pendakwa raya di AS dapat membuktikan bahawa terdapat unsur-unsur jenayah yang tersusun dalam kegiatan 1MDB?

Pertama, banyak transaksi 1MDB atas talian antara rakan kongsi dan bank adalah menggunakan matawang US Dollar melalui sistem bayaran antarabangsa SWIFT. Faktor ini saja sudah membolehkan pihak pendakwa raya daripada US untuk menyiasat dan mengeluarkan tuduhan melalui RICO kalau mana didapati ada jenayah saluran wang atas talian (wire fraud).

Kedua, pelaburan 1MDB yang pada asalnya berada di Kepulauan Cayman dan kini setelah dijelaskan oleh pihak pengurusan 1MDB untuk dibawa ke Bank BSI di Singapura juga terdedah kepada risiko RICO. Dalam pertuduhan RICO ke atas FIFA baru-baru ini, didedahkan dua bank daripada Kepulauan Cayman terlibat dengan penyaluran dan pemindahan wang rasuah para defendan FIFA.

Bank BSI di Singapura mempunyai kejutan lebih besar di mana syarikat induknya BSI SA di Lugano, Switzerland adalah bank pertama yang diluluskan di bawah ‘Program Swiss Bank’ anjuran Jabatan Keadilan AS – satu program untuk menyelesaikan liabiliti jenayah bank-bank Switzerland daripada bersubahat dengan penjenayah yang menggunakan sistem bank mereka.

Ini bermakna Jabatan Keadilan AS mempunyai laluan ke atas mana-mana pemilik akaun BSI, termasuklah 1MDB.

Ketiga, paling kontroversi dan tidak langsung adalah berkenaan individu bernama Jho Low yang sering kali dikaitkan dengan 1MDB. Dalam satu laporan khas akhbar tersohor The New York Times (NYT) tulisan Louise Story dan Stephanie Saul, Jho Low dilaporkan sebagai telah dikenal pasti membeli beberapa lukisan dengan harga yang amat tinggi sehingga dikatakan bernilai puluhan juta dolar dalam jualan lelongan berprestij anjuran Christie’s.

Bukan itu saja, Jho Low juga dikatakan telah membeli beberapa hartanah yang bernilai jutaan ringgit menggunakan syarikat proksi berliabiliti terhad (shell company) dalam satu pembelian yang samar (opaque).

Apa yang lebih disyaki ialah Jho Low juga merupakan rakan rapat kepada Riza Aziz, yang merupakan anak tiri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB dan juga Menteri Kewangan yang bertanggungjawab dalam hal 1MDB.

Hubungan Jho Low dengan 1MDB walaupun acap kali dinafikan tidak dapat dibendung lagi bahawa ianya punya asas hubungan yang kukuh. Dalam laporan penuh keputusan mahkamah di Britain iaitu kes McKillen v Misland (Cyprus) Investments Ltd and others (2012), Hakim David Richards telah menjelaskan bahawa bidaan The Wynton Group – yang dikuasai oleh Jho Low – untuk membeli Kumpulan Claridge’s Hotel, telah mendapat surat sokongan penuh daripada 1MDB.

Ada banyak lagi contoh berkemungkinan besar boleh mengheret 1MDB ke dalam pertuduhan di bawah Akta RICO. Kalaupun RICO digunakan untuk pertuduhan ke atas 1MDB, ianya tidak akan berlaku secara terang-terangan sebaliknya memerlukan pembocoran maklumat daripada orang dalam seperti mana Charles Blazer lakukan kepada FIFA untuk menzahirkan keseluruhan salah laku FIFA.

Persoalannya kini, adakah 1MDB mempunyai sosok seperti Blazer yang bersedia berpaling tadah dengan 1MDB? Daripada bukti-bukti yang ada, keberangkalian itu sangat tinggi.  Soalannya, siapakah individu itu?

Sumber.

Baca, baca, baca.
Hadam analisis dia.
Ini antara benda-benda yang menarik untuk kita fahamkan kot. Hehe.
Kbai.

Isnin, 11 Julai 2016

Ini Bukti Nga Kor Ming Yang Kantoi Menipu & Kenapa Kita Perlu Nyahkan Dia Sebagai Wakil Rakyat Untuk Selama-Lamanya.

Aku macam tak berapa faham ataupun tak dapat tangkap mesej Aidilfitri yang cuba disampaikan oleh Nga Kor Ming sebenarnya.

Aku sebenarnya sibuk bercuti raya. Selain bercuti raya, aku bercuti internet. Bukan takde akses internet tetapi aku memilih untuk tidak membusykan diri dengan gajet dalam percutian kali neh. Nak betul2 merasai suasana percutian yang tenang dan bebas dari benda2 internet bagai neh. Kalau nak tahu selama mana aku kenal internet, selain dari sakit atau tidur, pendek kata 24 jam sepanjang tahun aku bersama internet. Hantu internet sungguh. Hehe.

Then bila on fb otak macam blur-blur sikit bila baca kritikan-kritikan terhadap Nga Kor Ming. Aku tak faham sangat bab hinaan, yang aku fikir dia neh salah upload gambar ke apa. Macam bangang je bendera Malaysia dan bendera Amerika tak reti nak beza. Dah la gambar tak kena tema. Tema Aidilfitri kan biasanya ketupat, lemang, tangan salam-salam, ada bulan bintang dan sewaktu dengannya. Jadahnya kau buat gambar yang takde kaitan dengan tema. Bahlol. Tu je aku fikir. Seriyus sampai sekarang aku tak faham sangat tang mana penghinaan tu. Yang aku nampak Nga Kor Ming ataupun admin dia benak otak ada la. Dah la sebelum neh fitnah Rosmah hadir mesyuarat. Aku siap komen lagi. Sekali puak2 pembangkang melayu ke cina ke india ke mai tibai aku. Macam bangang je aku tengok puak2 taksub neh. Aku nak betulkan sebaran palsu tu. Sekali dengan aku2 kena maki.  Nakharom.

Rupa2nya memang la jauh sungguh aku ketinggalan. Padan la aku tak faham-faham. Betul la orang kata zaman sekarang zaman internet. Takde internet kau ketinggalan beb.

KAHKAHKAH

Mulanya si Nga bahlol tu ataupun admin dia upload gambar mesej ucapan Aidilfitri yang takde kaitan langsung dengan tema Aidilfitri.

Kemudian dia upload pula gambar kartun Aidilfitri yang mengambarkan pemberian duit raya sebagai dedak.

Bodohnya. Duit raya = angpow. 

Adakah bagi angpow = rasuah?

BODOH BODOH BODOH. Tatau dia neh BODOH kuasa berapa. Tapi yang pasti dia memang BODOH. Dan orang2 yang pernah marah aku teruk2 pasal si Nga sejak2 aku up isu bekal baju & tanah lebih BODOH lagi.

Isu tu tahun berapa ek. Tahun 2011? 2012? Aku pun tak ingat sebab dah lama sangat. Tapi tu la sejak2 dari isu2 tersebutla aku dah nampak kebodohan aku jika aku masih nak sokong MP tak guna macam si Nga neh. 

Aku nak ulas sikit je pasal kebodohan Nga Kor Ming dan permainan dia. Korang kena fahamkan betul2 dan lepas neh kalau rasa2 ada otak, sebagai ahli DAP tolong la pastikan dia tak tercalon lagi sebagai calon wakil rakyat Taiping. 

Aku baca laporan berita Nga Kor Ming disini.


Dia secara jelasnya menyebut enggan meminta maaf tentang kartun Aidilfitri yang sindir pasal pemberian wang raya tu.

Rujukan : sini

Sebelum itu aku p godek facebook dia. Tak jumpa. Aku p twitter dia. Aku godek-godek post dia. Dan nampak beberapa tweet linked dengan fb. Aku klik link tersebut. Page not found katanya. Then selepas beberapa seketika baca sana baca sini baru dapat info malaon tue deactivatedkan fb dia.

Masa neh info kat aku masih samar-samar lagi. Maklumla hampir seminggu off internet kot.

Buka fb kawan-kawan.
Baca yang kawan-kawan update.

Kemudiannya aku macam terperasan. Tadi baca MalayMail dia kata dia taknak minta maaf. Kawan pun ada tulis begitu. Tapi di twitter malaon tu kata dia kena fitnah.

Tengok ;


Kejap.

Aku fikir. Fikir. Fikir.

Gabung. Gabung. Gabung.

Cilok info sana. Curi info sini. Cedok penulisan kawan sana. Imbas laporan berita sini.

Last-last aku rasa cerita dia macam neh.

MP biol tu memang ada kaitan dengan page yang upload karikatur sindir pemberian duit hari raya. Sebab tu benda tu link dengan twitter rasmi dia. Tambahan pula aku beberapa kali pernah nampak dia share gambar dari fb yang dia kata dibuat oleh penyokong dia tu. Indirectly dia dan penyokong (admin fb page tu) ada connection. Kalau setakat share tu ada maafnya lagi. Masalahnya siap link dengan twitter rasmi dia lagi. Pa citer.


Aku klik satu persatu link. Memang semuanya not found. Sah. Page yang sama deactivated adalah page yang sama linked dengan account rasmi twitter dia. Pirahh mabuk. Kat sini pun kau dah kantoi.

Lepas kena kutuk kaw-kaw kau cakap kena fitnah. Mabuk lagi. Mulanya kata kalau tak makan cili tak usahla terasa. Lepas tu kata kena fitnah. Posting tu takde kaitan atau kena mengena dengan diri dia. Hak ala. Belit kuasa 10 terus. 

Penafian dia korang baca sini. Full edition.

Aku petik sikit untuk ulasan ;


Nampak?

Tetiba cybertrooper si biol neh salah kan. Pergi mampos la kau Nga. Kurang2 kau berbakti pada pengundi2 Taiping yang dapat bantuan ekpress. Kehkehkeh

Kronologi.

1. Admin (yang NKM restui **) telah update post ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang berunsurkan American. Nga kena ketuk.

2. Kemudian. Admin (yang NKM restui) update lagi isu Selamat Hari Raya. Kali neh sindir tentang duit raya = rasuah. Nga kena ketuk lagi. Lebih teruk dari sebelumnya.

3. Mula2 rasa tak berapa nak goyang. Dia pertahankan karikatur dengan mesej kalau tak makan cili nak terasa pedas dah kenapa. (Sapa2 yang terima duit raya ofcos la rasa pedas, dah kenapa kau nak samakan ia seperti rasuah).

4. Tapi bila dah ramai kritik, lepas tu geng2 pembangkang pun JV tibai sama dia dah merasa goyah. Oke la kali neh menafikan sambil menfitnah cybertroopers yang fitnah dia dalam kempen untuk buruk2kan DAP. Dia yang buat masalah, DAP yang dia heret supaya nak nampak masalah tu lagi besar dan agih2kan beban kesalahan ke atas DAP sama. Apa punya terukla mangkok ayun neh.

5. Then PDRM buka kertas siasatan. Masa neh dia memang dah cuak aku rasa. Sebelum neh dah kantoi fitnah Rosmah lepas tu minta maaf. Page yang update karikatur pun terus lenyap. Apa benda. Nak main lari2 pula. Pandai merepek pandai la tanggung akibatnya. Pun begitu bagi aku kes Nga Kor Ming neh tak perlu la sampai kepada siasatan polis apa semua. Cukupla manusia2, pengundi2, penyokong2, masyarakat2, rakyat Malaysia kenal dan maklum ahti budi manusia bernama Nga Kor Ming tu. Dia tu tak layak, tak patut, takde merit, kredibliti, kejujuran, amanah layak dipertikaikan untuk menjadi seorang wakil rakyat yang berintergriti. Pendek kata, perwatakan dia more to bussinessman. Bukannya Wakilrakyatman. Dengan lidah putar-alam dan pembelit kuasa 10 yang dia miliki, dia sesuai menjadi seorang bussinessman yang berteraskan penipuan. Dia takde ketokohan sebagai seorang wakil rakyat. 

Ntah macam mana benakla pengundi2 dia neh aku pun tatau la. 

Sekarang Nga Kor Ming suruh sesiapa yang attack dia tolong beri focus bahas isu 1MDB, ekonomi apa bagai tah. Untuk kalih isu. Biol.Biol. 1MDB kau tak payah ajar. Aku memang perati je permainan Najib kat situ kot. Sekarang neh aku nak buat proses pembersihan (walaupun benda neh dah lama berjalan kot) untuk masyarakat mengenal ahti budi wakil rakyat masing2. Misi aku, undi wakil rakyat yang baik akan membuatkan negara kita bertambah maju dan bagus dari hari ke hari. Hanya undi yang baik2 je. Nga Kor Ming bukan wakil rakyat yang baik. Dia wakil rakyat yang biol. Selalu merepek ntah apa2 dengan posting poster dia tu. Benda takde isu pun dia merapik tak tentu hala.

Btw, sesiapa yang pernah maki aku pasal Nga Kor Ming sejak dari tahun 2011. Aku nak tanya satu benda. Sedap ke jilat ludah sendiri? Tu la. Orang tulis elok2 nak kongsi cerita. Kau orang maki aku tak ingat dunia. Bukannya apa. Kita neh nak ubah negara. So attitude kita untuk menajamkan pemikiran kita dalam mengenal wakil rakyat kena la kita upgrade dari masa ke semasa. Cuba la jangan degil sangat. Cuba la jangan taksub tak tentu hala. Payah la cakap dengan korang neh. Orang takde kepentingan politik macam aku pun korang taknak percaya. Yang terang2 berkepentingan dan bermanfaat tu juga yang korang terhegeh2 nak agungkan, utamakan, dewa2kan. Lepas tu pongpangpongpang bising kenapa la masyarakat kita tak berubah. Korang ada berubah tak? Tanya diri sendiri la woi.

Kahkahkah.

** Kenapa aku sebut Nga Kor Ming restui? Simple. Page tu JV (linked) dengan twitter rasmi dia. Tu tak restui lagi ke apa ke tu? Lue fikirlah sendiri.

Jumaat, 1 Julai 2016

MAZA Kritik Ketelusan Pusat Zakat - Zakat Perlis Pula Diserang Kononnya Menjadikan Zakat Sebagai Bisnes - MAZA VS AZNAN.

Seperti yang kita semua sedia maklum, Ustaz Maza sejak sebelum dia dilantik menjadi mufti Perlis buat kali kedua seringkali mengkritik cara kerja pegawai-pegawai pusat zakat. Tujuan kritikan itu dilakukan bukanla dengan bertujuan mahu mengajak rakyat membenci pusat zakat ataupun memboikot pusat zakat sebaliknya MAZA berharap kritikan itu dapat memperbaiki dan menambahbaik beberapa kekurangan yang berlaku dalam institusi zakat itu sendiri.

Dan sekali lagi dalam kehangatan masyarakat mengkritik institusi zakat, MAZA seperti biasa mengambil pendekatan yang serupa, yakni bersama jemaah rakyat dengan mengkritik ketelusan pengurusan zakat dalam melaksanakan amanah yang diberikan.


Baca : MAZA Sindir Pusat Zakat.


Tidak hanya menggunakan laman sosial, kritikan MAZA itu turut disiarkan menerusi lensa kamera.


Dan ianya viral macam goreng pisang panas memandangkan masyarakat sememangnya mempunyai stigma negatif terhadap pengurusan pusat zakat dalam melaksanakan tanggungjawabnya terhadap rakyat yang memerlukan.


Baca : Masyarakat bukan anti pusat zakat tetapi masyarakat sakit hati dengan pegawai pusat zakat.


Mungkin disebabkan melihat keadaan itu, Dr Aznan Hasan tampil mempersoalkan MAZA meskipun ianya secara sindiran dengan niat mahu membela kredibliti institusi-institusi zakat.


Baca kritikan Aznan Hasan. Aznan Hasan ialah sebahagian dari barisan kepimpinan ISMA. 





Antara point kritikan Aznan ialah ; 


1. Pemberian zakat kepada asnaf fi sabilillah, hanya kepada mereka yang belajar agama, tidak kepada mereka yang belajar bidang-bidang lain seperti medic, engineering, economic dan lain-lain. Ehmmmm. Nampak sangat orang yang komen sebegini tak mengikuti perkembangan dan tak tahu apa yang berlaku. Hakikatnya, pemberian zakat di bawah asnaf fi sabilillah dalam bentuk bantuan pelajaran telah lama memberikan bantuan kepada peajar-pelajar dalam bidang yang lain juga. Tolonglah update maklumat anda sebelum mengkritik.


2. Namun, terdapat beberapa kekurangan. Antara yang paling ketara ialah kutipan zakat Perlis. Banyak perkara yang perlu dibaiki. Saya berharap Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perlis melakukan perubahan dalam hal ini. SS Mufti Perlis sepatutnya turut sama mengambil perhatian dalam hal ini. Sesiapa yang membuat kajian dalam hal ini, tahu perkara ini. Tak tahulah saya kalau Majlis Agama dan Jabatan Mufti tak tahu tentang perkara ini. Ada orang yang menjadikan kutipan zakat ini sebagai bisnes dan mendapat sehingga mendapat belasan ribu ringgit di atas ‘bisnes’ kutipan ini. Majlis Agama dan Pejabat Mufti kena cakna berkenaan dengan perkara ini.


-----------------


Untuk jawapan no 1. Salah seorang pengomen di wall berkenaan ada memberikan respon. Dia ialah saksi hidup. Real punya testimoni. Bukan setakat menggunakan hujah takde bukti konkrit. Aku percaya point Ustaz Maza ada asasnya kalau tidak takan dia berani petik terang-terangan. Satu lagi. MAZA kalau dia tersilap, dia akan tarikbalik dan minta maaf. Nampaknya dia tak tarikbalik pun apa-apa posting mengenai kritikan terhadap institusi zakat. So, aku percaya benda tu ada asas. Jika tak meliputi semua institusi zakat negeri, mungkin hanya terpakai pada institusi zakat tertentu.



Lihat ;




Dan bagi persoalan no 1, Aznan yang dikenali sebenarnya sedang membuat artikel atau penghujahan yang pro kepada pentadbiran dan ketelusan institusi zakat dalam menjalankan amanah tetapi dalam masa yang sama dia telah mengkritik institusi zakat Perlis (meskipun telah diedit daripada status asal) yang mana membuktikan persepsi masyarakat tentang institusi zakat itu adalah benar.


Jika institusi zakat yang mendapatkan anugerah kecemerlangan 5 bintang oleh Jabatan Audit Negara pun mempunyai masalah sedemikian (seperti yang didakwa Aznan) bayangkan pula institusi zakat yang langsung tak dapat award macam tu? Tak ke lagi lagi teruk mereka menguruskan wang-wang kutipan zakat? Bukan kah itu yang masyarakat akan fikir. Apakah Aznan berfikir dengan waras ketika menghamburkan kritikan khusus terhadap Perlis (dia menafikan sengaja mengkritik institusi zakat Perlis, tetapi masyarakat tidak bodoh dalam melakukan penilaian)? 


Satu lagi. Apakah Mufti Perlis sengaja diserang kerana mengkritik pegawai pusat zakat? Masyarakat memerhati dan berfikir meskipun tak semua dari mereka bersedia berkongsikan apa yang terbuku dalam ahti. 


Ini pula antara respon yang dipetik dari jawapan MAZA kepada Aznan dalam soal hanky-panky dalam proses pengagihan zakat di Perlis.







Berikut di bawah respon MAZA dalam mengulas dakwaan Aznan Hasan.




Ketika ini di wall MAZA dan Aznan sebenarnya penyokong masing-masing sedang tampil mempertahankan tokoh pilihan masing2. Di wall MAZA, geng2 Dr. Aznan tampil membela Dr. Aznan dan begitu juga di wall Dr. Aznan, pro MAZA tampil membela MAZA.

Ada yang bagusnya bila mufti seperti MAZA tampil melakukan kritikan terbuka terhadap institusi zakat. Sekurang2nya kita tahu bagaimana pendirian sesetengah tokoh yang ada beribu followers.. inila kot prinsip keadilan dan ketelusan yang diamalkan oleh mereka-mereka yang pro kerajaan.. macam terbalik pula dari apa yang diajarkan ke atas aku selama neh..


KAHKAHKAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...