Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 1 Julai 2016

MAZA Kritik Ketelusan Pusat Zakat - Zakat Perlis Pula Diserang Kononnya Menjadikan Zakat Sebagai Bisnes - MAZA VS AZNAN.

Seperti yang kita semua sedia maklum, Ustaz Maza sejak sebelum dia dilantik menjadi mufti Perlis buat kali kedua seringkali mengkritik cara kerja pegawai-pegawai pusat zakat. Tujuan kritikan itu dilakukan bukanla dengan bertujuan mahu mengajak rakyat membenci pusat zakat ataupun memboikot pusat zakat sebaliknya MAZA berharap kritikan itu dapat memperbaiki dan menambahbaik beberapa kekurangan yang berlaku dalam institusi zakat itu sendiri.

Dan sekali lagi dalam kehangatan masyarakat mengkritik institusi zakat, MAZA seperti biasa mengambil pendekatan yang serupa, yakni bersama jemaah rakyat dengan mengkritik ketelusan pengurusan zakat dalam melaksanakan amanah yang diberikan.


Baca : MAZA Sindir Pusat Zakat.


Tidak hanya menggunakan laman sosial, kritikan MAZA itu turut disiarkan menerusi lensa kamera.


Dan ianya viral macam goreng pisang panas memandangkan masyarakat sememangnya mempunyai stigma negatif terhadap pengurusan pusat zakat dalam melaksanakan tanggungjawabnya terhadap rakyat yang memerlukan.


Baca : Masyarakat bukan anti pusat zakat tetapi masyarakat sakit hati dengan pegawai pusat zakat.


Mungkin disebabkan melihat keadaan itu, Dr Aznan Hasan tampil mempersoalkan MAZA meskipun ianya secara sindiran dengan niat mahu membela kredibliti institusi-institusi zakat.


Baca kritikan Aznan Hasan. Aznan Hasan ialah sebahagian dari barisan kepimpinan ISMA. 





Antara point kritikan Aznan ialah ; 


1. Pemberian zakat kepada asnaf fi sabilillah, hanya kepada mereka yang belajar agama, tidak kepada mereka yang belajar bidang-bidang lain seperti medic, engineering, economic dan lain-lain. Ehmmmm. Nampak sangat orang yang komen sebegini tak mengikuti perkembangan dan tak tahu apa yang berlaku. Hakikatnya, pemberian zakat di bawah asnaf fi sabilillah dalam bentuk bantuan pelajaran telah lama memberikan bantuan kepada peajar-pelajar dalam bidang yang lain juga. Tolonglah update maklumat anda sebelum mengkritik.


2. Namun, terdapat beberapa kekurangan. Antara yang paling ketara ialah kutipan zakat Perlis. Banyak perkara yang perlu dibaiki. Saya berharap Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perlis melakukan perubahan dalam hal ini. SS Mufti Perlis sepatutnya turut sama mengambil perhatian dalam hal ini. Sesiapa yang membuat kajian dalam hal ini, tahu perkara ini. Tak tahulah saya kalau Majlis Agama dan Jabatan Mufti tak tahu tentang perkara ini. Ada orang yang menjadikan kutipan zakat ini sebagai bisnes dan mendapat sehingga mendapat belasan ribu ringgit di atas ‘bisnes’ kutipan ini. Majlis Agama dan Pejabat Mufti kena cakna berkenaan dengan perkara ini.


-----------------


Untuk jawapan no 1. Salah seorang pengomen di wall berkenaan ada memberikan respon. Dia ialah saksi hidup. Real punya testimoni. Bukan setakat menggunakan hujah takde bukti konkrit. Aku percaya point Ustaz Maza ada asasnya kalau tidak takan dia berani petik terang-terangan. Satu lagi. MAZA kalau dia tersilap, dia akan tarikbalik dan minta maaf. Nampaknya dia tak tarikbalik pun apa-apa posting mengenai kritikan terhadap institusi zakat. So, aku percaya benda tu ada asas. Jika tak meliputi semua institusi zakat negeri, mungkin hanya terpakai pada institusi zakat tertentu.



Lihat ;




Dan bagi persoalan no 1, Aznan yang dikenali sebenarnya sedang membuat artikel atau penghujahan yang pro kepada pentadbiran dan ketelusan institusi zakat dalam menjalankan amanah tetapi dalam masa yang sama dia telah mengkritik institusi zakat Perlis (meskipun telah diedit daripada status asal) yang mana membuktikan persepsi masyarakat tentang institusi zakat itu adalah benar.


Jika institusi zakat yang mendapatkan anugerah kecemerlangan 5 bintang oleh Jabatan Audit Negara pun mempunyai masalah sedemikian (seperti yang didakwa Aznan) bayangkan pula institusi zakat yang langsung tak dapat award macam tu? Tak ke lagi lagi teruk mereka menguruskan wang-wang kutipan zakat? Bukan kah itu yang masyarakat akan fikir. Apakah Aznan berfikir dengan waras ketika menghamburkan kritikan khusus terhadap Perlis (dia menafikan sengaja mengkritik institusi zakat Perlis, tetapi masyarakat tidak bodoh dalam melakukan penilaian)? 


Satu lagi. Apakah Mufti Perlis sengaja diserang kerana mengkritik pegawai pusat zakat? Masyarakat memerhati dan berfikir meskipun tak semua dari mereka bersedia berkongsikan apa yang terbuku dalam ahti. 


Ini pula antara respon yang dipetik dari jawapan MAZA kepada Aznan dalam soal hanky-panky dalam proses pengagihan zakat di Perlis.







Berikut di bawah respon MAZA dalam mengulas dakwaan Aznan Hasan.




Ketika ini di wall MAZA dan Aznan sebenarnya penyokong masing-masing sedang tampil mempertahankan tokoh pilihan masing2. Di wall MAZA, geng2 Dr. Aznan tampil membela Dr. Aznan dan begitu juga di wall Dr. Aznan, pro MAZA tampil membela MAZA.

Ada yang bagusnya bila mufti seperti MAZA tampil melakukan kritikan terbuka terhadap institusi zakat. Sekurang2nya kita tahu bagaimana pendirian sesetengah tokoh yang ada beribu followers.. inila kot prinsip keadilan dan ketelusan yang diamalkan oleh mereka-mereka yang pro kerajaan.. macam terbalik pula dari apa yang diajarkan ke atas aku selama neh..


KAHKAHKAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...