Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 2 Julai 2016

Dari Ikat Jamin Kepada kempen Solidariti - Wang Derma 1j Utk Kempen Pula Kata DAP.


Dan Steven Sim menulis ;

Kenapa nak kutip RM1 juta untuk wang jamin LGE? Bukankah Phee Boon Poh sudah bayar? Buat apa sudah jadi kerajaan negeri masih selalu kutip derma? Ini antara soalan-soalan yang berlegar di ruang maya. Yang cybertrooper saya tak layan. Tapi ada penyoal ikhlas seperti aktivis Sdr Fahmi Reza.

Pertama wang jamin memang sudah dibayar, kalau tidak Ketua Menteri tidak akan dibebaskan. Tapi ianya bukan wang Sdr Phee Boon Poh. Sdr Chow Kon Yeow, pengerusi DAP Pulau Pinang telahpun memberi penerangan dari mula, wang jamin RM1 juta dibayar oleh DAP Pulau Pinang sebanyak RM890,000 dan selebihnya oleh DAP Kebangsaan sebanyak RM110,000.

Berikutan itu, ramai orang awam telah menyatakan hasrat untuk menderma ke arah itu. (Sumber: https://m.malaysiakini.com/news/347272) Bagi sebuah parti yang bergantung kepada sumbangan dan derma untuk beroperasi, RM1 juta yang terbeku bukan jumlah kecil. Walaupun sudah jadi parti kerajaan negeri sejak 2008, DAP masih lagi "parti kutip derma" kerana parti tidak salahguna kuasa dan sumber kerajaan negeri untuk kepentingan parti. Wang kerajaan wang rakyat, bukan wang parti, itu pendirian tegas DAP.

Sebarang kos operasi dan program parti tidak guna satu sen sekalipun wang atau sumber kerajaan. DAP juga tiada penderma Arab yang boleh derma RM2.6 billion. Derma kami datang dari rakyat Malaysia yang percaya kepada perjuangan parti. Justeru biar pemimpin dan ahli-ahli DAP terus diketawakan oleh Barisan Nasional kerana masih perlu ambil tin milo untuk kutip derma dari orang awam, ini tetap prinsip parti.

Jumlah RM1 juta ini yang bersamaan dengan jumlah wang jamin Sdr Lim Guan Eng menjadi simbol kezaliman rejim terhadap pembangkang. Bukan sahaja Lim Guan Eng malah pemimpin-pemimpin UMNO sendiri yang menentang Najib Razak seperti Dr. Mahathir, Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dll.

Paling penting sekali, tokoh Reformasi, Anwar Ibrahim yang kini sudah lebih 500 hari dalam penjara rejim. Melalui derma ke arah RM1 juta ini, rakyat memberi mesej "I'm in!" (Saya turut serta perjuangan ini!) bersama tokoh-tokoh yang melawan rejim.

Wang derma telah disumbangkan oleh rakyat Pulau Pinang dan rakyat Malaysia pelbagai kaum, agama, dan pandangan politik. Walaupun ramai yang menderma RM10 (Contoh: https://www.facebook.com/StevenSimCK/posts/1095875720483542:0), namun dalam tempoh 21 jam sahaja jumlah derma sudah mencecah RM1,009,000 menunjukkan kuasa rakyat bersolidariti dengan pemimpin mereka.

Wang yang dikutip akan disalurkan kepada kempen Solidariti Bersama Guan Eng termasuk sesi-sesi penerangan dan persiapan menghadapi PRU ke-14. (Sumber: https://m.malaysiakini.com/news/347352)

Harap soalan saudara saudari terjawab.

Tapi sebelum itu ;



Sedikit pendapat ;

1. Pada awalnya DAP kutip derma atas tujuan nak bailout Lim Guan Eng.

2. Tetapi netizens mempersoalkan kewajaran kutipan berkenaan apabila Lim Guan Eng
telah pun selamat diikat jamin pada hari kutipan derma.

3. Tambahan pula gaji Lim Guan Eng bukannya rendah. Paling2 koman dia berkeupayaan untuk sediakan 500k wang ikat jamin dari poket sendiri.

4. Selain itu, DAP turut dipersoalkan meminta derma sedangkan wang ikat jamin akan dipulangkan semula.

5. Tak pasal-pasal kantung simpanan DAP bertambah dari sejuta ke dua juta dalam tempoh 24 jam.

6. 1juta yg di bayar awal untuk ikat jamin walau tak bertambah hasil pelaburan kat bank of PDRM tu tetapi juga tidak akan luak sedikit pun. DAP akan dapat kembali selepas perbicaraan selesai.

7. Dan kini selepas diasak bertubi2 soal kewajarannya, Steven Sim tampil menjelaskan bahawa wang hasil kutipan akan digunakan untuk berkempen solidariti Lim Guan Eng. Aik. Sudah tukar ka?

8. Peguam dah dilantik. Kes dah berjalan. Mahkamah sebagai kuasa pemutus. Tinggal lagi kita tunggu kedua2 pihak saling berbaling bukti & hujah. Semua tu akan ditentukan dalam kamar mahkamah. LGE high profile. Media pasti beri liputan. Itu secara tak langsung dah bersolidariti dengan LGE bila media laporkan hujah masing2. Ini siap nak buat roadshow bagai. Kenapa? Tak yakin ke dengan diri sendiri yang beria kata bersih & bebas dari sebarang perbuatan salahlaku dalam urusniaga tersebut yang sampai nak berkempen mencari simpati, sokongan & kepercayaan umum neh? 

9. Tapi tak aneh juga. Bercuti pun dia taknak. Takut sangat hilang jawatan ke.

10. Duit tu bagi kat pihak yang lagi memerlukan lagi bagus. Buat kempen solidari pada pemilik banglo bagi aku karut. Apa guna ko lantik peguam hebat2 kalau akhirnya ko tetap perlu turun ground untuk yakinkan masyarakat yang ko tak bersalah. Tapi eh, ko tak bersalah ke? Dari segi undang2 aku taknak komen tapi sejak kau amek tapak tanah org miskin dan beri kepada kapitalis ko dah pun bersalah dalam kanun undang2 pemikiran aku aku. Setiap yang membuli orang miskin ialah penjenayah berdasarkan hukum marhaen yang aku guna pakai.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...