Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 2 Julai 2016

Lim Guan Eng, Bercutilah Sehingga Siasatan Selesai.


Lim Guan Eng perlu bercuti. Tidak hanya aku mempunyai pemikiran ini bahkan Tony Pua juga ada pemikiran yang sama.


Lihat video ;





Tony Pua berkata jika LGE didakwa oleh SPRM, maka dia perlu bercuti. Oleh kerana LGE sekarang sedang didakwa oleh SPRM maka bercuti la. DAP perlu bersikap konsisten dalam tindakan mereka. Jangan setakat sembang berapi aje.

Lim Guan Eng bercuti bukan bermaksud dia mengakui kesalahan. Aku pun tak tuduh Lim Guan Eng bersalah bila menyeru dia perlu bercuti tanpa gaji. Dia tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya. Prinsip ini jelas. 

Menyeru dia bercuti bermaksud kita taknak wujudnya keraguan bahawa Lim Guan Eng akan menggunakan jawatannya untuk melakukan sesuatu tindakan yang berupaya mempengaruhi siasatan ke atasnya. Senang cakap, mengambil kesempatan untuk melakukan "operasi tawar-menawar la". Faham? Jangan bagi sebab untuk orang tambah keraguan yang lain pula. Jangan buat bayangan karut kononnya dia tak pegang SPRM, PDRM, agensi-agensi pusat, pentadbiran mahkamah so dia tak berkemampuan nak mempengaruhi hasil siasatan. Jangan. Kedudukan dia sebagai Ketua Menteri itu sendiri boleh digunakan untuk melakukan sebarang proses rundingan jalan belakang dengan pihak tertentu secara sulit. 


Tambahan pula inila masanya untuk DAP walk the talk. Tunjukkan contoh yang betul kepada orang ramai, kepada Najib, kepada BN, kepada kami semua bagaimana seseorang yang terpalit dengan skandal, disiasat dan didakwa akan bertindak. Bercuti tanpa gaji. Bersabar sehingga tamatnya prosiding mahkamah. 

Bukan dengan cara mempersoalkan BN. Najib tak bercuti pun. Kenapa Najib boleh, aku tak boleh. Aku beli banglo je pun. Najib lagi teruk sampai berhutang berbillion. Bukan macam tu.

Memang la kau didakwa sebab beli banglo di bawah harga pasaran tetapi bukan itu sebabnya kau didakwa. Kau beli banglo di bawah harga pasaran dari seseorang yang ada kaitan dengan syarikat yang dapat tanah dari kerajaan negeri. Sebut betul-betul pertuduhan neh. Kau beli banglo ketika kau berjawatan Ketua Menteri. Di bawah harga pasaran pula tu. Kau bukan orang biasa yang takde kuasa pemutus dalam kerajaan negeri. Kau bahkan ialah ketua mereka no 1. Ini aje dah mewujudkan sangkaan negatif. Belum masuk lagi jika kita sebut kes neh secara terperinci. Lebih banyak syak wasangka yang akan wujud ke atas kau Lim Guan Eng. Itu tak masuk jawapan kelakar-kelakar kau tu lagi ketika mempertahankan diri.

Aku tak nafikan penyokong2 DAP sekarang neh berasa marah kerana menyeru Lim Guan Eng bercuti. Ada bermacam jenis hujah yang digunakan bagi menghalalkan tindakan keras kepala LGE yang enggan bercuti. Ada juga yang membuat tuduhan bahawanya yang seru LGE bercuti tu macai Rosmah. Kesian. Kita nak tolong perbaiki imej pemimpin kesayangan dia tapi kita pula dituduhnya macai Rosmah. Walaupun jelas kita takde kepentingan politik kat sini. Bukannya jika Lim Guan Eng bercuti kita pula yang sandang jawatan tersebut. Lepas tu ada juga yang gunakan point Najib tak bercuti pun time skandal 1MDB dan derma 2.6b disiasat.


Tengok tu. Mula dah bagi point melalut. Masa Najib tak bercuti korang marah kemain lagi atas nama intergriti. Tapi bila kena tang pemimpin sendiri, prinsip intergriti ke mana, konsistensi pun ke laut.


Najib tak cuti = Lim Guan Eng tak bercuti = sama je peel mereka berdua rupanya. Dan kau semua bangga ke dapat pemimpin yang berpeelkan Najib = UMNO/BN tu?


Bangga?


Aku fikir korang sokong UBAH tapi nampak gayanya ianya sekadar slogan di bibir jela ya. Sebetulnya korang sokong SERUPA, masing2 telah menjadikan tindakan dan pemikiran BN sebagai penanda aras samada pemimpin2 korang patut atau tak patut buat macam tu. Buat apa2 pun mesti nak ada BN sebagai reference. BN tak buat jadi korang pun taknak pemimpin korang buat. Gitew ke? Tatau pula kejahatan untuk diperbanding2kan. Luar biasa zaman kita neh. Sampai nak buat benda betul pun kena rujuk orang jahat punya tindakan. Dia taknak buat maka kita pun malas buat. Gitew yew?


Jauh lagi la nak bercakap soal reformasi. Diri sendiri pun tak terbetul lagi ada ahti nak betulkan pemimpin corrupt.


Jika SPRM dituduh membuat pendakwaan terpilih (dan ya pula SPRM bersikap begitu, bukan nak menafikan oke) maka korang pun dua kali lima macam SPRM juga. SPRM yang kau semua tuduh-tuduhkan, maki-makikan, marah-marahkan. Sama dan serupa, takde beza dalam berbicara soal konsistensi kau semua.


Kau semua juga membuat penilaian terpilih. Berpihak. Bias. Double standard. Tidak tetap pendirian. Tidak tegas dalam berprinsip.


Apa salahnya kau semua amek pendekatan menasihati Lim Guan Eng bercuti tanpa gaji. Rehatkan diri bersama keluarga. Jalan-jalan. Buat sementara waktu boleh isi masa terluang buat kerja2 wakil rakyat di dua kawasan yang dia jaga. Jenguk2 pengundi, turun padang, tinjau masalah. Bukannya suruh pergi mati. Bercuti sehingga perbicaraan kes mahkamah dimuktamadkan. Bersalah atau tidak. Tunggu sampai waktu tu. Jika tak bersalah, kembali la bertugas seperti sedia kala. Tu aje. 


Tidak hanya keengganan Lim Guan Eng bercuti menjadi isu bahkan isu DAP berjaya mengutip 1 juta ringgit dalam masa kurang sehari juga menjadi persoalan.


Lim Guan Eng sebelum ini telah diikat jamin dengan nilai 1 juta ringgit. Dan menurut Fahmi Reza, samada bersalah atau tidak, wang jaminan tersebut akan dikembalikan. So maksudnya, ia tidak akan menjadi milik PDRM, SPRM mahupun mana-mana mahkamah. Sebaliknya ia berfungsi sebagai warranty untuk mengelak Lim Guan Eng dari melarikan diri. 


Lim Guan Eng juga berkeupayaan untuk membayar wang jaminan sendiri kalau kita tengok kemenangan demi kemenangan wang saman yang berjaya diperolehi oleh Lim Guan Eng hasil dari tindakan wartawan-wartawan yang pernah menfitnahnya.


Cuba baca post kat bawah neh kejap ;





200k + 200k + 300k + 500k = WOW, ini setakat nak beli banglo lelong cash senang-senang je dapat neh.

Takan media-media tu tak bayar lagi hutang terhadap Lim Guan Eng kes dari kemenangan saman tadinya tu?

The fact DAP Penang ada 890k untuk mencukupkan jumlah 1juta wang ikat jamin Lim Guan Eng cukup membuktikan yang mereka mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Itu baru DAP Penang aje. DAP ada cawangan seluruh negara. Jika DAP Penang ada masalah kewangan disebabkan wang berhabis untuk bayar wang ikat jamin Lim Guan Eng, DAP-DAP cawangan lain boleh je bantu hulurkan sumbangan serba sedikit buat belanja sebulan dua sementara tunggu kes perbicaraan tamat.


Tak betul ke pendapat aku neh?


Sebab tu aku heran yang DAP beria kutip derma 1 juta dari rakyat bukannya mereka tatau yang wang ikat jamin akan dapat semula. Wang orang ramai tu dorang buat apa? Pelaburan untuk gandakan keuntungan bagi menggerakkan parti politik mereka? Bijak. Bagi aku tindakan itu bijak. Tapi aku kesian kat rakyat yang menyumbang. Meskipun bukan paksaan tetapi unsur2 mempergunakan sentimen rakyat yang bersimpati dan ikhlas mempercayai tu aku jadi tak suka.  






Tapi di Malaysia begini la kita. Selebriti politik mudah mendapat bantuan disebabkan pengaruh sentimen. Manusia mencurahkan sokongan berdasarkan unsur-unsur favoritism. 

Aku teringat baru-baru neh aku menulis bagaimana kakitangan High5 hilang punca pendapatan nak dekat-dekat nak raya. Sudahla gaji dibayar setengah bulan tanpa pampasan, wang kwsp tak dicarum selama lapan bulan, mereka diberhentikan tanpa budi bicara. Aku kongsikan kesusahan mereka. Aku share semua posting PSM tentang ini.

Tapi. Aku bukan Lim Guan Eng. PSM je pun yang peduli. PSM bukan popular bhai. Orang tak berapa amek port dengan kesusahan pekerja2 yang jelas tertindas ini jika aku dan kau yang sebar. Kita bukan selebriti politik. Orang akan peduli, kutuk besar-besaran, maki sana maki sini jika ahli politik parti elit yang lantang menyuarakan pendapat. Mereka sendiri meletakkan sokongan dengan melihat kepada sosok tubuh bukan melihat kepada isu. Kes Lim Guan Eng neh sebagai contoh dan bukti jelas. Dan memang ya, aku cemburu nyata. Aku cemburu, marah dan terguris. Aku tak faham kenapa masyarakat mudah meletakkan simpati yang tidak kena pada tempatnya. Aku tak faham bagaimana masyarakat yang sama bercakap tentang soal moral politik, perjuangan dan ketelusan ialah masyarakat yang sama melanggar prinsip-prinsip ini apabila melibatkan intergriti pimpinan sendiri. Mungkin kerana aku belum cukup mahir hadam kitab hipokrasi. Kegagalan aku untuk score penuh dalam subjek itu merupakan kesalahan di mata penyokong2 Lim Guan Eng. Maaf. Akhir kata. Maaf. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...