Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 29 Jun 2016

Pemain Muzik Jalanan Diaibkan & Dituduh Pengemis - Ini Jawapan Bodoh JKM Yang Anda Mesti Baca.

Previously di Facebook ;
KES NAYA ORANG TUA SI PENIUP SAKSOFON

[Nota tambahan: agensi kerajaan yang terlibat adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan bukannya Majlis Perbandaran Sungai Petani. MPSP tiada masalah dengan aktiviti busking di Sungai Petani. Anak Cikgu Man (orang tua peniup saksofon) sendiri dah berjumpa dengan kedua-dua pihak]
.
.
[Nota tambahan 2: Biodata Cikgu Man telah disisipkan di bahagian bawah post ini. Terima kasih banyak kepada yang beri semangat kepada Cikgu Man. Semoga Allah balas jasa anda semua.]
.
.
Orang tua ini adalah peniup saksofon di Sungai Petani. Orang lama. Selalu ada di kawasan medan selera, jam besar dan pasar-pasar malam di sekitar Sungai Petani.
.
.
Orang tua ini jiwanya muzik. Dia ada Diploma in Jazz dari sebuah sekolah muzik di Pulau Pinang. Boleh main piano dan keyboard. Boleh tiup saksofon dan trumpet. Boleh main drum set dan gitar. Boleh menyanyi. Boleh karang lagu.
.
.
Beliau pernah berkhidmat di SMK Ibrahim sebagai band instructor. Lagu sekolah pun dia yang karang. Pernah bermain saksofon di hadapan DYMM Sultan Kedah dan di dalam pelbagai majlis rasmi dan tak rasmi. Pernah masuk Kilauan Emas. Berpengalaman mengajar di banyak tempat termasuk UiTM dan sekolah muzik swasta. Pendek kata, power.
.
.
Sejak bersara, beliau bermain secara solo busking di Sungai Petani untuk menghiburkan orang kebanyakan. Waktu siang beliau pergi mengajar, malam beliau bermain muzik. Jiwa beliau memang betul-betul free bird. Beliau seringkali buat 'tribute' kepada artis tempatan, terutamanya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
.
.
Tapi beberapa hari lepas, beliau ditahan oleh satu agensi kerajaan di Sungai Petani atas alasan meminta sedekah. Beliau terangkan yang beliau bukan pengemis atau gelandangan tapi sekadar bermain muzik. Martabat beliau direndahkan di khalayak ramai. "Banyakkah dapat duit?" mereka tanya, sambil orang tua ini digelakkan. Mukanya diambil gambar dan masuk surat khabar. Saksofonnya dirampas dan tidak akan dipulangkan selagi beliau tidak menandatangani akujanji untuk tidak bermain muzik di khalayak ramai lagi. Nak tak nak, beliau tandatangan juga akujanji tersebut. Dan sekiranya Cikgu Man ingkar, beliau akan dihantar ke rumah orang tua-tua Bedong.
.
.
Beliau tak balik rumah dan terus ke masjid kerana malu yang teramat-sangat. Cikgu Man Sungai Petani yang pernah main muzik dengan artis dan depan agong kena tangkap kerana dituduh minta simpati orang ramai. Masuk surat khabar!
.
.
Saya kata, macam mana orang ini dituduh pengemis? Tengok pakaian dia. Tengok saksofon dia. Saksofon yang dia pakai bukan seribu dua ringgit punya saksofon ya. Harga saksofon dia boleh beli motor cash tau. Tiga anak beliau semua masuk universiti, menantu-menantu beliau pun belajar tinggi. Dia bukan kacau orang. Dia cuma main muzik tepi jalan.
.
.
Saya kata, nasib baiklah orang tua ini bukan bapak kandung saya. Kalau tidak, siap. Dah besar sangat agaknya jadi pegawai kerajaan? Bapak saya dulu pun pegawai tinggi kerajaan. Mak saya pun dulu kerja di pejabat menteri. Saya sendiri pun dapat tawaran M41 PTD. Nak berlagak apa? Rasa hebat dapat tangkap orang, dapat tunjuk kuasa? Seronok dapat merendahkan orang? Meh saya rendahkan awak pulak, baru tau langit tinggi rendah, berani? Suka masuk surat khabar, dapat publisiti? Rampas periuk nasi orang, seronok?
.
.
Memandangkan pegawai yang menangkap dan merendah-rendahkan orang tua ini enggan meminta maaf dan menarik balik surat akujanji yang ditandatangani secara paksa walaupun dah diajak berbincang, maka sebuah aduan rasmi telah dibuat kepada ibu pejabat agensi peringkat negeri di Alor Setar dan juga di peringkat kementerian di Putrajaya. Dan Cikgu Man juga dah lantik peguam untuk ambil tindakan undang-undang. Jangan pandang rendah pada anak-anak, anak menantu, anak murid dan penggemar serta penyokong pemuzik jalanan. Kita lawan!
.
.
Oh ya, by the way, orang tua ini adalah bapak mertua saya. Nasib baik saya ni duduk jauh, dan ini bulan puasa. Kalau tak, dah dipendekkan cerita dah.
.
.
Saya harap buskers-buskers di Sungai Petani dan di serata Malaysia tau bagaimana mereka melayan pemuzik jalanan seperti anda. Ketahui hak anda dan martabat anda, walaupun anda adalah pemuzik jalanan. Ambil tahu dan jaga hak anda. Jangan biar orang pandang anda haprak. Jangan dipermain dan diperkotak-katikkan, hanya kerana anda cuma tau bermain muzik!
.
.
BIODATA CIKGU MAN
1. Berpengalaman bermain muzik selama 40 tahun. Pernah bermain grand piano dan vocal di hotel selama 17 tahun, dan pernah membuat rakaman di radio dan bakat RTM.
2. Cikgu Man menggunakan saxophone Yamaha Professional model tenor yang harganya lima angka dan diterbangkan khas dari Jepun ketika ditahan, di mana saxophonenya dirampas dan dirinya dimalukan sebelum dibawa pergi dengan van di khalayak ramai bersama pengemis.
3. Cikgu Man terpilih sebagai 10 calon terbaik Zon Utara untuk program Kilauan Emas 2 di Astro Prima. Adnan Abu Hassan pernah memberi komen VERY GOOD PERFORMANCE kepada beliau ketika pertandingan tersebut setelah memainkan lagu Hati Emas menggunakan teknik husky vocal tone.
4. Beliau pernah mengajar di pusat serenti untuk menarik minat bekas penagih supaya bergiat dengan muzik.
5. Pernah mengajar 10 pasukan pancaragam dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
6. Pernah mengiringi ARTIS LAGENDA seperti Sudirman, Noor Kumalasari, DJ Dave, Hail Amir, Uji Rashid, Datuk Syarifah Aini, Azlina Aziz, M Nasir, M Daud Kilau, Jamal Abdillah, Latif Ibrahim, Aman Shah dan L Ramlee.
7. Berganding secara professional dengan Prof. Madya Razif Mohd (Fakulti Seni USM, Pulau Pinang).
8. Cikgu Man adalah pengarang lirik dan lagu Sekolah Menengah Ibrahim, Sungai Petani yang masih dinyanyikan sehingga hari ini.
9. Cikgu Man adalah bapak mertua saya, dan dia hadiahkan saya gitar akustik Taylor Big Baby sebagai hadiah kahwin. Nampak? Adakah pengemis mampu beli Taylor Big Baby? Saya sendiri pun tak mampu.
Gambar oleh Mienanie Ghazali & Jalan-Jalan Cari Makan Di Kedah - Rasmi
Sumber : Mohamad Nazmi Zaidi Moni.
Dan nak tahu apa respon JKM?
Baca selanjutnya ;
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Muda menafikan pihaknya telah mengaibkan seorang lelaki yang bermain saksofon dengan merampas alatan muziknya di Bazar Ramadan Taman Delima Sungai Petani, minggu lalu.
Pegawai JKM, Adnan Abdul Rashid berkata, beliau telah memberitahu lelaki itu, Abd Rahman Zainol, 57 atau lebih mesra dengan nama Cikgu Man bahawa aktivitinya boleh menjerumus kepada aktiviti meminta sedekah.
Katanya, Cikgu Man telah bermain saksofon dengan meletakkan bekas untuk diisi wang oleh pengunjung yang hadir.
“Kita bukan aibkan dia, kita cakap dengan dia baik-baik, encik punya aktiviti ini tak boleh kerana ia menjerumus kepada orang minta sedekah. Kalau orang lain, kita ambil tindakan, pada encik pun kita kena ambil tindakan.
“Cikgu Man ini bagus, dia bagi respon yang baik jadi barang-barang dia kita tolong angkat masuk van, kita minta tandatangan akujanji, kita pulangkan saksofon dia, kita tak rampas,” katanya kepada Malaysiakini.
Pemegang diploma jazz
Sabtu lalu, seorang lelaki yang merupakan menantu kepada Cikgu Man telah memuat naik status di Facebook dengan mendakwa ayah mertuanya telah dimalukan oleh JKM dengan alasan meminta sedekah dengan bermain Saksofon.
Katanya, ayah mertuanya pemegang diploma dalam Jazz dari sebuah sekolah muzik di Pulau Pinang dan pernah bermain saksofon di hadapan sultan Kedah.
Lelaki itu mendakwa JKM meminta ayah mertuanya menandatangani akujanji untuk tidak lagi mengemis dan sekiranya mengingkarinya, beliau akan dihantar ke rumah orang tua-tua Bedong.
Ujarnya lagi, susulan perkara itu, pihak keluarga Cikgu Man telah melantik seorang peguam bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap JKM.
Sementara itu, Adnan berkata, pada hari tersebut, pihaknya menjalankan operasi menyelamat kutu rayau dan pengemis dengan terjumpa Cikgu Man yang sedang bermain alat muzik.
Cikgu Man didakwa melakukan kesalahan bawah Seksyen 2 Akta Orang-orang Papa 1977 iaitu mengemis atau mendorong pemberian sedekah dengan berpura-pura menyanyi, bermain, berlakon dan menawarkan sesuatu untuk jualan.
Adnan berkata, selepas operasi itu, pihaknya membawa pengemis-pengemis yang telah ditahan ke pejabatnya bagi menandatangani akujanji dan majlis berbuka puasa bersama-sama.
Malah katanya, beliau melayan Cikgu Man dengan baik apabila mempelawanya untuk makan semeja bersamanya dan pegawai-pegawai lain.
“Kita bawa majlis buka puasa di pejabat saya dan dia duduk semeja dengan saya, dengan pegawai-pegawai lain di peringkat Alor Setar dan orang lain saya tak jemput,” katanya.
Malah katanya, pihaknya turut menghantar Cikgu Man ke tempatnya ditahan kerana beliau tidak mempunyai telefon bimbit untuk menghubungi ahli keluarganya.
“Kita tanya dia ada tak orang yang akan jemput dia pulang dan dia kata, dia tak ada telefon, tak boleh nak hubungi ahli keluarga terdekat.
“Oleh sebab dia tak ada kenderaan jadi kita hantar dia bersama tujuh pegawai kita ke tempat yang kita ambil kerana ada motor dia di situ.
“Kita pulangkan saksofon, dan gambar-gambar allahyarham Tan Sri P Ramlee, kita bagi lagi bubur lambuk untuk dia bawa pulang,” katanya. -Malaysiakini.

-----------------------
1. Woah main muzik di jalanan pun kena tuduh pengemis? Main muzik kan satu perkhidmatan. Bukan paksa orang bagi duit. Kalau orang suka dengan muzik tu dorang bagi duit lagipun tak semua yang suka akan bagi duit.
2. JKM slumber rocknya menuduh Cikgu Man aka pakcik Saksafon tersebut sebagai berpura2 main muzik demi nak mengemis bagi mendapatkan wang. Ada bukti ke atas dakwaan tersebut?
3. Menantu kepada Cikgu Man mendakwa, Cikgu Man siap ada diploma Jazz lagi dan lulusan sekolah muzik. Kau dah apahal JKM?
4. Jawapan pun macam gampang. Suka-suka ahti nak tuduh itu tuduh ini tanpa pembuktian yang jelas.
5. Apa salahnya minta maaf bila dah tersalah tangkap orang?
6. Ini siap nak pertahankan dakwaan lagi.
7. Dah la sombong bodoh pula tu. Pegawai JKM macam neh la yang menyebabkan JKM dipandang hina oleh masyarakat sampai seringkali menjadi sasaran kemarahan netizens di laman sosial. Fikir-fikirkanla ya. Staff-staff JKM sepatutnya membawa imej yang baik biar bersesuaian dengan jawatan dan misi yang kerajaan hendak laksanakan di bawah agensi JKM, bukannya bertambah kondemkan agensi kerajaan sehingga membawa kepada persepsi negatif. Bangang!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...