Ahad, 26 Jun 2016

Gesaan Tangkap Pengawai SPRM Yang Beri Rafizi Maklumat, Bukti Pendedahan Rafizi Benar.

KAHKAHKAH
KAHKAHKAHKAH
KAHKAHKAHKAHKAH
Sikit-sikit nak tangkap orang. Pantang betul kena cuit dorang-dorang tu. Sensitif tak hingat donia.
KAHKAHKAH.
Aku membaca laporan dari FMT tadi.
Rujuk ;
Seorang pemimpin MIC hari ini menggesa polis menyiasat dan menangkap pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa mendedahkan maklumat dalaman kepada Rafizi Ramli.
Bendahari Agung MIC S Vell Paari berkata kenyataan Setiausaha Agung PKR itu mengesahkan kebocoran maklumat berlaku.
“Saya minta polis supaya menyiasat dan menangkap pegawai-pegawai kanan yang mendedahkan hal dalaman SPRM kepada pembangkang untuk kepentingan politik mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Seruan itu menjawab dakwaan Rafizi bahawa seorang pegawai kanan SPRM memaklumkan kepadanya bahawa Ketua Pesuruhjaya Datuk Abu Kassim Mohamed dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Mohd Shukri Abdull dipaksa meletak jawatan.
“Ini menunjukkan pembangkang mungkin mencampuri penyiasatan SPRM kerana Rafizi sendiri menyatakan bertemu pegawai kanan terbabit dan membincangkan urusan dalaman suruhanjaya,” katanya.
Vell Paari menambah, hubungan rapat Rafizi dan pegawai berkenaan mungkin menjadi sebab siasatan SPRM keatas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak lengkap.
Kertas siasatan SPRM diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada 26 Mei, tetapi diserahkan semula kepada SPRM untuk tindakan lanjut.
“Mungkin ini memberikan masa kepada pembangkang untuk menyembunyikan maklumat penting,” dakwa pemimpin MIC itu.
Semalam, Abu Kassim berkata perletakan jawatannya dibuat secara rela hati, manakala Shukri pula bersara wajib.
Rafizi, dalam satu kenyataan semalam mendakwa “orang luar” akan menggantikan mengisi dua kekosongan itu dan menggesa wakil rakyat pembangkang yang menganggotai Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah untuk meletakkan jawatan sebagai tanda bantahan.
Mereka adalah Dr. Tan Seng Giaw (DAP), Datuk Fauzi Abd Rahman (PKR) dan Dato’ Takiyuddin bin Hassan (PAS).
Sebelum ini Rafizi mendedahkan orang no 1 dan no 2 SPRM diarahkan meletak jawatan.
Rujuk sini
Aku seperti mempercayai apa yang didedahkan Rafizi ini disebabkan kedua-dua orang penting SPRM ini pernah 'terhilang' suatu ketika dahulu ketika skandal SRC dan 1MDB hangat diperkatakan. Malahan, staff-staff SPRM sendiri  bersolat hajat bagi diberikan kekuatan dan kecekalan bagi meneruskan siasatan tersebut dengan telus.
Tidak cukup dengan itu, terdapat kakitangan SPRM yang rumah mereka diserbu juga. Yang ditahan polis pun ada kononnya atas nama mengambil keterangan. Yang dipindahkan jabatan pun ada. Semua tu berlaku pada tahun lepas. Tiada siapa tahu apa yang berlaku disebalik tabir meskipun begitu masyarakat tetap mempersoalkan keraguan yang timbul samada secara gosip sesama sendiri di kedai kopi mahupun berspekulasi di laman sosial.
Pendedahan Rafizi itu akhirnya menyebabkan Abu Kassim bersuara. Katanya dia meletakkan jawatan secara sukarela. Hehe.
Manakala Shukri pun dikatakan telah sampai tempoh untuk wajib bersara. Hehe lagi sekali.
Kalau pendedahan Rafizi tu fitnah tak perlu la tangkap dan siasat pegawai2 SPRM yang dedahkan atau bocorkan maklumat kepada Rafizi pun. Hanya jika perkara tu dianggap maklumat barulah boleh dikatakan membocorkan maklumat. Jika ianya bukan maklumat maksudnya siasat aje Rafizi kerana sebarkan fitnah. Tetapi bila ada gesaan dibuat supaya tangkapan dibuat terhadap pegawai SPRM yang membocorkan maklumat kepada Rafizi ini mengesahkan apa yang Rafizi dedahkan tu benar sebab tu la kita sebut sebagai MEMBOCORKAN MAKLUMAT.
Faham
Cerita pasal banglo LGE. Kalau pun SPRM tak siasat dengan terperinci, peguam negara pada bila-bila masa boleh bekerjasama dengan pdrm untuk lakukan siasatan. Maksudnya mereka tak semestinya perlu bergantung harap pada siasatan yang dijalankan oleh SPRM semata-mata. Tak payah nak konar baring banyak sangat. Ada bukti sangat, meh la laju2 dakwa LGE kat mahkamah. Jangan sembang kencang. Saiful tu boleh je Anwar ke penjara walaupun bukti hanya berdasarkan air liur dia semata-mata. 
KAHKAHKAH
KAHKAHKAHKAH
KAHKAHKAHKAHKAH 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...