Selasa, 5 Julai 2016

Kenderaan Akan Dikunci & Ditunda Jika Parking Lebih 2 Jam Sekitar KL Mulai 16 Julai.


Sila baca jap apa menteri gila ko nak buat kat kita bermula 16 Julai nanti bagi tambah menyusahkan hidup kita disebabkan kegagalan mereka menyelesaikan isu traffic jam sekitar bandaraya Kuala Lumpur ;

Belum masa untuk sistem baru parkir di KL 4 Jul 2016, 12:25 tengahari 4 Jul 2016, 1:00 tengahari.

MP Segambut mempertikaikan "kerajinan" Datuk Seri Tengku Adnan Mansor membantu operator meter parkir memperoleh keuntungan segera melalui pelaksanaan sistem baru mulai 16 Julai ini. Kata Lim Lip Eng, Menteri Wilayah Persekutuan itu wajar menyatakan apakah kepentingan beliau melaksanakan dasar berkenaan yang disifatkan sebagai "tergesa-gesa."

Memetik laporan akhbar Lim berkata tiada mana-mana persatuan peniaga, pekedai atau orang awam yang bekerja di kawasan terbabit dimaklumkan tentang peraturan baru mengenai sistem letak kereta berkenaan. Malah, kata Lim, tidak ada perbincangan diadakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan mereka yang terlibat.

"Justeru dasar baru ini patut ditangguhkan sehingga penduduk dan pemilik perniagaan di ibu kota diberi taklimat oleh kerajaan tentang kajian apa yang dijalankan serta alternatif untuk mereka yang perlu meletakkan kereta lebih dari dua jam di kawasan-kawasan yang dimaksudkan," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini. Kelmarin Tengku Adnan menyatakan DBKL akan menguatkuasakan peraturan mengehadkan tempoh orang awam meletak kenderaan di sekitar kawasan pusat perniagaan kepada dua jam saja mulai 16 Julai ini.

Langkah kurangkan kesesakan Kata beliau melalui peraturan baru itu sesebuah kenderaan dikenakan kadar RM2 untuk sejam pertama diikuti RM3 untuk jam kedua. “Apabila tempoh dua jam habis, kenderaan yang masih diletakkan di kawasan berkenaan - seperti sekitar Bukit Bintang, Imbi and KLCC akan dikunci dan ditunda ke depoh DBKL," katanya. Peraturan itu turut dilaksanakan di kawasan Bangsar, Sri Hartamas dan Kepong. Kata dengan pelaksanaan peraturan baru itu Tengku Adnan berkata kerajaan beharap kesesakan lalu lintas di kawasan terbabit berkurangan dan lebih ramai pengguna pula memanfaatkan pengangkutan awam memasuki kota raya laporan Malaysiakini.

 Lim juga bertanya adakah DBKL mempunyai kekuatan anggota dan jentera mencukupi untuk menguatkuasakan peraturan baru itu. "Tengku Adnan wajar memberitahu apa sebenarnya kepentingan untuk beliau dengan dasar yang dibuat secara tergesa-gesa ini," katanya. Lim yang juga Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan berkata sepatutnya DBKL menghantar lebih ramai anggota untuk mengawal lalu lintas di kawasan sesak lain, terutamanya di berhampiran sekolah dan bukannya mengerah mereka memeriksa had waktu letak kenderaan.

Katanya penduduk, pekerja dan pemilik perniagaan di kawasan terlibat sepatutnya diberi permit letak kereta yang mengecualikan mereka daripada had waktu tersebut, selain memberi diskaun kepada caj meter biasa. "Malah kita sepatutnya menunggu sehingga projek MRT siap dan beroperasi buat seketika sebelum sebarang peraturan baru lalu lintas dilaksanakan," katanya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...