Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 31 Mei 2016

Diblock Oleh Pengerusi Amanah Hanya Kerana Tanya Soalan TTG Wakil Rakyat PAS YG Mahu Lompat Parti - DGN Kemaskini.

Kena block. Semata-mata bertanya tentang 10 wakil rakyat PAS Kelantan yang dikatakan mahu melompat parti kerana Husam Musa dipecat keahlian PASnya.

Ianya bermula apabila seorang individu (facebooker) mengutarakan satu persoalan di laman fb peribadinya ;



Jangan tak percaya, Wan Rahim menjawab kepada status berkenaan selepas ditag oleh pengomen di status tersebut ;



Kata Wan Rahim ;

1. 10 yang nak keluar parti ada menghadiri majlis kenduri kesyukuran di rumah Husam baru-baru ini.

2. Sila check foto yang dikongsikan.

Bila scroll lagi komen-komen untuk mencari gambar seperti yang dikatakan Wan Rahim, jawapannya tak ada. Tak ada di status berkenan, lalu ada di mana?

Kemudian kita periksa pula fb Wan Rahim. Tak ada juga majlis kenduri Husam Musa. Konon ada pada foto-foto yang dikongsikan. Tapi tak ada di wall dia. Dipadamkan ke?

Beria pula check di ebfi-efbi rasmi atau tak rasmi DHM. Juga tak ada. Takde langsung gambar apatah lagi tentang hebahan kenduri kesyukuran di rumah Husam Musa. 

Biar betul Wan Rahim neh. Ko nak main auta ke apa. Jika sungguh ada bukti bergambar, maka dapatlah kita kenalpasti wajah2 wakil rakyat yang nak melompat tu. Ini bukan cikai-cikai punya bukti. Jari jangan suka2 cipta kontroversi, Wan Rahim.

Selepas didapati diblock oleh Wan Rahim, facebooker yang dikenali dengan nama Ali Abu kemudiannya mengupdate satu status susulan bagi mengkritik tindakan Pengerusi PAN Kelantan tersebut ;

Pengerusi PAN Kelantan blok den

Den tak ponah fren fesbuk dgn Wan Rahim. Apotah laie like fanpagenya jikalau ado. Dan pagi tadi den bertanyo kpd Wan Rahim tentang 10 Yb yg mahu keluar PAS setelah pemecatan Husam. Den tak tag bekas Speaker DUN Kelantan ini krn seperti yg dinyatokan tadi den bukan fren fesbuknya. Den cumo mengharapkan ahli-ahli PAN yg melihat status ini di newsfeed mrk menjawab bagi pihak Wan Rahim. Tibo-tibo time den makan nasi lomak dlm opis tgk kluar notification Wan Rahim masuk komen. Baru den nak reply apo yg dio komen, tgk-tgk dio dah blok den. Aik? Heran den. Takkan bekas Speaker DUN begitu tisu hatinya.

Sedangkan den menulis dgn agak sopan juga bilo bertanyokan soalan kpdnya (dlm status) kalau nak dibandingkan dgn Abg Mut. Den balun bekas CEO Dubook Press, Mut masuk thread den rilek-rilek je. Elok Mut je yg jadi politician ganti kau Wan Rahim. Bangang-bangang Rafizi pun, dio cumo blok org yg masuk fesbuk dio yor. Ini Wan Rahim masuk komen fesbuk den, belum sompek den nak jawab, dio pulak yg blok den. Ingat geng, bukan den yg pi masuk fesbuk Wan Rahim. Korang bulih periksa sendirilah kek status bawah ni.

Bagi menjawab komentar Wan Rahim di status itu (ofkoslah dio takkan baco sobab dio dah blok den), den cumo nak tanyo, kau Wan Rahim ckp pd wartawan bhw akan ado 10 Yb nak keluar PAS jikalau Husam dipecat. Nah skrng ni Husam sudahpun dipecat PAS, jadi kpd wartawan jugaklah kau isytihar namo-namo Yb-Yb tersebut. Sebagai Pengerusi 'Amanah' negeri, konolah amanah. Apo lak kau suruh den cari gmbr 10 Yb yg makan nasi briyani di rumah Husam? Ini bukan peraduan cari bondo tersembunyi bai. Paling gampang, gmbr yg dimaksudkan tidak disertakan ke dlm thread status pertanyaan den. Wei bahlol den nak cari kek mano gambar yg kau maksudkan tuh? Belum sompek den nak tanyo ni sumo, Wan Rahim blok den. BANGANG!



Dan seseorang turut memaklumkan bahawanya jika menyebut PAN, Wan Rahim ;


Block Ali Abu sebab dia tulis PAN? Bukan ke PAN singkatan kepada Parti Amanah Negara? Parti2 lain relax je kita sebut singkatan. Macam UMNO, PAS, PKR ,PSM dan DAP. Yang PAN tak bagi kita guna singkatan PAN kenapa? 

AMANAH tu bukan singkatan pada PAN.AMANAH tu macam rebranding dari Parti Amanah Negara, nak senang sebut, sebut AMANAH tapi kalau dalam bentuk shortform, kita sebut PAN. Orang sebut PAN pun kau nak block? Ahti tisu neh bukan sekadar dimiliki oleh sesetengah kaum kerabat bahkan oleh ahli2 politik yang kononnya pro progresif bagai juga ye.. seriyus alasan macam hapa.

Malu dengan nama PAN. Sebab mewakili spesis kuali dalam bahasa English konon.

Apa ada pada shortform kalau diri kau memang sedang berAMANAH sepertimana nama parti kau. 

Ini semua hal2 kecik. Bayangkan seorang pengerusi negeri ada kelakuan macam neh, seriyus layak ke dia jadi ketua?

Setakat orang sebut PAN pun nak block padahal dalam politik cabaran kau lebih besar. Silap2 boleh mati dalam memperjuangkan hak rakyat. Ini orang baru sebut PAN nak block bagai. Tak payah masuk politik la. Duduk dalam gua senang citer. Takyah bercampur dengan manusia. Orang2 UMNO baik yang ketua mahupun ahli2 biasa, rakyat panggil UMENO, parti rasuah, amno, dan macam2 lagi la label2 yang terhina, kutuk keji lagi mengejikan, tak pernah dengar case kena block. Kalau kena siasat ada la. Itu sebab kacau UMNO dan pemimpin2 dia. Bukan sebab kita melabel parti dia dengan pelbagai gelaran. Kiranya keras lagi ahti UMNO dari pengerusi PAN negeri. Sangat memalukan.

Dan last. Mana 10 wakil rakyat PAS yang dikatakan nak keluar PAS sebab Husam kena singkir dari PAS. Mana? Nak block ke apa ke bagi la jawapan tu dulu. Jangan block selepas orang tanya atas alasan orang sebut nama parti kau PAN. Jangan nak krik krik krik kepada persoalan asas yang kita bahaskan disini. Mana jawapan tu? Kau jawab dulu kepada persoalan yang ditanyakan. Bukannya block orang Wan Rahim oiii..


Updated.

Dimaklumkan bahawanya individu yang diblock oleh Wan Rahim tidak menyebut PAN di dalam status tersebut. Dan Wan Rahim tidak memblocknya kerana individu tersebut menyebut PAN. Individu tersebut benar2 diblock kerana bertanyakan tentang wakil rakyat PAS yang mahu lompat parti.

Tolak RUU Hudud, Tidak Murtad, Sesat Mahupun Menjadi Kafir Kata Penasihat Agama PKR.


Pihak yang menolak usaha PAS meminda Akta 355 tidak boleh dituduh kafir, murtad, munafik atau sesat, kata seorang ustaz muda PKR Wan Ji Wan Hussin.
Ketua biro agama Pemuda PKR itu berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya membentangkan pindaan sebuah akta dan bukan membentangkan hukum syariah.
Wan Ji juga berkata, gelaran sama tidak boleh diberikan terhadap pihak yang menolak enakmen hudud di Kelantan.
“Ini kerana enakmen itu sendiri dipenuhi dengan pandangan ulama-ulama PAS, bukan sepenuhnya syariah.
“Sifat syariah tidak boleh diubah dan dipinda kerana ia hak mutlak Allah,” kata Wan Ji di laman sosial Facebook beliau.
Beliau berkata, pindaan dibuat pada enakmen itu sebelum ini kerana ia hanya pandangan golongan itu.
“Jika mereka anggap enakmen itu adalah syariah, sudah pasti mereka tidak akan pinda.

“Justeru, jika ada menganggap murtad kepada orang yang tidak menerima enakmen itu, sudah pasti ulama-ulama PAS yang pinda itu lebih murtad.

“Kerana meminda lebih teruk dari tidak terima. Ini sudah pasti mustahil,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kecenderungan mengafirkan di Internet oleh pihak yang menolak usaha Hadi itu.
Kerajaan pada minggu lalu mengusulkan supaya rang undang-undang persendirian Hadi bagi meminda Akta Mahkamah Syariah di parlimen dipercepat.

Hadi bagaimanapun meminta ia ditangguhkan ke sidang depan kerana kesuntukan masa lapor Malaysiakini.
Dan berikut adalah versi asal pendapat Wanji berkenaan isu RUU Hudud yang dibentangkan baru-baru ini di parlimen oleh Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang.
---------------
Kedua : 

Isu melibatkan Presiden Pas yang mengusulkan pembentangan pindaan akta 355?

Komen saya adalah seperti berikut;

1. Kalau tidak salah saya, Presiden Pas tidak membentangkan hukum syariah, tetapi mengusulkan untuk keizinan membentangkan pindaan salah satu akta dalam perlembagaan. Justeru, sesiapa yang tidak terima atau tolak usul presiden itu tidak boleh dituduh kafir, murtad, munafiq dan sesat sepertimana yang berlaku dalam media sosial.

2. Turut tidak boleh dituduh kafir, murtad, sesat dan munafiq, walaupun ada tanggapan mengatakan bahawa pindaan tersebut membolehkan perlaksanaan enakmen hudud Kelantan. Ini kerana enakmen itu sendiri dipenuhi dengan pandangan ulama-ulama PAS, bukan sepenuhnya syariah.

3. Sifat syariah tidak boleh diubah dan dipinda kerana ia hak mutlak Allah. Namun, enakmen hudud Kelantan itu adalah pindaan dari 1993 kepada 2015. Pindaan berlaku pada enakmen kerana ulama-ulama pas sendiri sedar, ia bukan syariah, tetapi pandangan-pandangan mereka. Jika mereka anggap enakmen itu adalah syariah, sudah pasti mereka tidak akan pinda.

4. Justeru, jika ada menganggap murtad kepada orang yang tidak menerima enakmen itu, sudah pasti ulama-ulama Pas yang pinda itu lebih murtad. Kerana meminda lebih teruk dari tidak terima. Ini sudah pasti mustahil.

Wallahu 'Alam.

Jumaat, 27 Mei 2016

Najib Kantoi Lagi - Bank Negara Sahkan Jho Low Watak Disebalik Good Star Limited, Yang Terima Wang 1MDB.

Aduh.

Syall la syall la.

Aku baru aje checkmatekan Mahathir isu Deklarasi Rakyat. Parti pun tak buat lagi neh. Ko dah bagi aku bom pula. Apa neh WSJ. Hari selasa lambat lagi kot. Macam mana nak saman kau laju2. Fakla babe. Fak tau.

KAH KAH KAH 
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH

Over gile aku gelak. Puak sana attack Mahathir aku update. Puak sini attack Najib aku sebar. Terserlah kebatuapian aku. Neh kalau biyen tak tumbang-tumbang lagi tatau ar nak cakap apa dah.

KAH KAH KAH

Nah baca sat. Aku malas gile nak translate.

-------------------
Letter confirms early reports by both Wall Street Journal and Sarawak Report that those accused or suspected of siphoning 1MDB money used an intricate, complicated web of companies layered in such a way to create confusion to investigators.

But WSJ’s revelation explains it

In its revelation on its online.wsj,com website, the US based newspaper that broke the story (together with sarawakreport) of the money transferred to the personal account of the top Malaysian political figure, said it received a confidential letter that indicates Good Star Limited is beneficially owned by Low Teak Joh, commonly referred to as Jho Low.

On April 6 Bank Negara Malaysia, the central bank of Malaysia, sent a letter to the Public Accounts Committee president Datuk Hasan Ariffin regarding the troubled 1MDB.
In the letter, published on http://online.wsj.com, the bank said it received information from foreign entities in relation to who owns Good Star Limited, the company said to belong to a crony of some political leaders.

The letter also indicated there was no change in ownership of GSL since its inception.
Bank Negara, in the letter clearly indicated the information was not to be made public or was to be used in any prosecution cases.

Another source, named as Foreign Authority 2, in the BNM letter is said to have revealed that GSL applied to open an account at RBS Coutts AG, Zurich on June 9 2009.

The sole director of the application form appears to be Smart Power Lid, and the sole director and bearer of the single bearer share in SPL appears to be Jho Low.

The authority also said Jho Low appears to be the only beneficial owner of the account at RBS.

BNM said in its letter to Hasan, it is waiting for a response from the PAC chief.

The BNM also said any decision to use these information in public had to be made through the proper channel and in advance.
-------------



Point penting sudah.

1. WSJ colab dengan SR dedahkan dokumen dari BNM.

2. BNM menulis kepada PAC apa kaitan Jho Low dengan Good Star.

3. Good Star ialah syarikat yang dikaitkan dengan dana 1MDB. Syarikat yang menerima wang dari 1MDB dan kemudiannya wang tersebut hilang entah ke mana. Macam2 alasan diperbuat. Ada yang mengatakan hilang, ada yang mengatakan duit2 berkenaan jadi pelaburan, ada yang mengatakan pindah ke account pesisir luar, ada yang mengatakan buat filem anak Rosmah..

4. Selain mendedahkan kaitan Jho Low dengan Good Star, BNM juga mendedahkan Jho Low satu2nya individu secara proksi yang berauthoriti ke atas kesemua wang2 yang dimasukkan ke dalam Good Star. 

5. Ini ialah dokumen yang diperolehi oleh WSJ dan sedang hangat disebarkan pada ketika ini.





Persoalannya.

- Dokumen neh terang2 merupakan surat BNM kepada PAC.

- Terang2 menyatakan menurut maklumat yang BNM ada setakat neh berdasarkan kepada bukti dari pihak berkuasa, Jho Low terang2 pemilik Good Star Limited.

- Good Star Limited antara syarikat yang dikatakan terbabit dalam skandal kehilangan (kerugian) wang 1MDB berjuta2 ringgit banyaknya).

- So, punya terbukti kaitan antara 1MDB dan GSL, kenapa tak siasat Jho Low? Kenapa tak panggil dia? Macam takde contact? Kenapa tak guna peruntukkan undang2 untuk panggil Jho Low pulang bagi menghadapi siasatan? Kenapa PAC tak dedahkan maklumat penting neh? Kenapa surat neh dikatakan OSA? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Ahhh sambil-sambil otak kita berbahas kenapa, kenapa meh baca neh sat ;



Rais Husin tanya Tun Faisal. Dokumen tu tulen ke fake ke apa. Tun Faisal tak jawab soalan tapi dia mempertikaikan kredibliti BNM yang asyik terdedah je dokumen-dokumen sulit dorang.

Nampak?
Nampakk?
Nampakkk?

Sah-sah mengantoikan diri. Dokumen tak palsu, ori. Sekarang satu Malaysia dah tahu. GSL Jho Low punya. Pihak2 tertentu di Malaysia melindungi Jho Low. Dan pihak2 tertentu tersebut sedang gigit jari kerana terkantoi satu lagi penipuan yang dia berusaha nak tutup sampai mati.

Btw, di akhiri dengan satu gambar.
Sekadar hiasan.



KAH KAH KAH

Updated. 

Sekali lagi. 

Jom

KAH KAH KAH 
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH

*Untuk versi PDF, sila klik link rujukan berita versi English.

TQ.

Suruh Tepuk Tangan Bergurau Je Kata MB Terengganu - Beria Orang Buat Latihan Kau Kata Bergurau Pula, Waklu!

KEPALA BANA KAU BERGURAU.

Minta gambar sebagai bukti.
Minta rakaman video sebagai kesahihan wujudnya aktiviti.
Siap ada arahan agar latihan dilakukan selama 5 minit.
Lepas dah kantoi alih-alih kau kata bergurau?

KEPALA HOTAK KAU BERJAMBUL LA!

Aku perati je pembohongan embi kau orang neh.

Baca sat ye;


1. Bukan budaya. Kata Ahmad Razif. Kalau ia bukan budaya = amalan kebiasaan makanya dah terbiasalah guru2 neh bertepuk tangan ketika Ahmad Razif menghadiri satu2 majlis ye? Bila orang dari bertepuk tangan kepada tidak bertepuk tangan, faham ke maknanya embi? Ke nak aku cakap direct baru kau faham?

KAH KAH KAH

2. Guru2 yang hadir kebanyakkannya belum pernah sambut hari guru? Teruja pergi = apa kaitannya dengan tidak bertepuk tangan? Apesal aku tengok macam tak relate je hujah kau neh? Berbalik kepada kebanyakkannya belom pernah sambut hari guru = sebab tu tak bertepuk tangan = adakah guru2 tu guru2 baru? Dan adakah dengan menghadiri majlis sambutan hari guru je kita akan tahu bagaimana nak bertepuk tangan? Lantak p la pernah hadir ke tak pernah ke kalau orang nak tepuk dia tepuk juga. Tak gitu ke embi?

KAH KAH KAH

3. Ini paling tak boleh blah. At least bagi la response. Samada aktiviti latihan itu akan diteruskan ke atau tidak. Ini diam-diam je taknak respon. Kenapa? Dalam ahti ada dendam ke?

KAH KAH KAH

Korang geguru Terengganu sila berjaga2 sikit. Silap2 ada yang kena transfer sebab leak info. Silap2 ada dendam kesumat sedang dirancang bagi menderitakan hidup korang. Dorang neh bukan nak peduli pun kesusahan rakyat. Tahu nak puaskan nafsu depa je. Hal tak tepuk tangan pun sampai 'terkial-kial' nak mengadu bagai. Pirahhhhhhhhhhhh. Ingat orang nak tambah hormat? Level benci makin upgrade lagi la ada.

KAH KAH KAH

Dibelasah VVIP UMNO, Lelaki Ini Sebarkan Bukti Bagi Menuntut Keadilan - Apa Kata Datuk Azmi Che Husain, Timb. Speaker Kedah?


Pada 15/5/2016 Ahad jam lebih kurang 5.45 petang semasa saya keluar dari Aman Central kemudian saya terus membawa kereta saya memasuki lorong tengah di lampu isyarat di hadapan Aman Central tersebut. 

Datang sebuah kereta jenis Toyota Harrier berwarna hitam yang di pandu oleh lelaki melayu berumur 20-An dan di dalam kereta tersebut juga terdapat 2 lelaki melayu berusia 20-An dan 50-An. Pemandu tersebut telah membuat hon panjang dan berada di sebelah kiri kereta saya. Sewaktu itu,lampu isyarat berwarna merah. Kemudian pemandu kereta tersebut telah menurunkan tingkap keretanya dan berkata 'Kenapa,kenapa..Hang tak kenal lagi aku siapa' berulang kali kepada saya dan meminta saya turun dari kenderaan saya. 

Tetapi saya enggan turun. Tiba tiba lelaki 50-An dari kereta tersebut telah turun dari keretanya dan membuka pintu kereta saya dan menarik kunci kereta saya. Lelaki 50-An telah menumbuk saya di bahagian mulut saya. Akibat dari itu, mulut saya mengalami luka. Kemudian lelaki 50-An tersebut telah menarik tangan saya untuk keluar dari kereta dan apabila saya keluar dari kereta saya telah menumbuk lelaki 50-An tersebut. Datang pula (2) lelaki 20-An dari kereta tersebut dan mereka bertiga memukul saya. Teman wanita saya telah keluar dari kereta saya dan cuba meleraikan pergaduhan di antara kami. 

Tetapi teman wanita saya juga telah di tarik dan di tumbuk di bahagian dada,tangan kanan dan kiri. Datang orang ramai untuk meleraikan pergaduhan tersebut. Kemudian kereta tersebut terus beredar dari tempat kejadian. 

Saya telah membawa teman wanita saya ke KMC Alor Star Kedah kerana telah mengalami sesak nafas yang sangat teruk. Selepas beberapa hari dari hari kejadian, barulah saya mendapat tahu dari rakan ayah saya yang bekerja di Wisma Negeri Kedah yang lelaki berusia 50-an tersebut adalah Dato Azmi Che Husain Timbalan speaker Negeri Kedah. Tujuan saya kongsikan perkara ini adalah untuk beliau tampil memberi keterangan kepada pihak polis agar kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Saya amat tidak berpuas hati kerana saya dan teman wanita saya dipukul oleh 3orang samseng jalanan yang berpangkat (VVIP). 

Sekian

----------------------------------



Video ;



(Ini versi Youtube (reupload). Versi FB klik sini. Adam Hoonigan tak beri option untuk orang embed video dia menjadikan kerja2 penyebaran seperti embed dalam blog menjadi sukar. Leceh kot nak download, reupload. Lainkali kalau kerja2 kutuk UMNO apa bagai je, takyah tutup option embed, kasi jalan aje semua. Sebab kita nak sebarkan laju2 kat semua jenis medium yang boleh disebarkan. UMNO kot. Mana boleh diam2kan aje. KAHKAHKAH)


Bapak gile mafia. Patutlah KPN sampai ke luar negara nak cari ilmu.




KAH KAH KAH





Kes yang tengah kecoh sekarang. Sama-sama nantikan penjelasan dari pihak yang didakwa melakukan keganasan. Oleh kerana individu yang mendakwa hadir dengan bukti video dan gambar maksudnya dia dah bersedia dengan pertarungan neh. 


Mari kita sama-sama tengok samada undang2 kita akan membela masyarakat yang tertindas atau VVIP yang menindas.


Btw, kalau rajin baca Berita Hairan neh jap.
===> http://www.bharian.com.my/node/119859

Elok 'tidur' jadi MB Kedah dari 'jaga' tapi belasah orang. Suwei betui.


Errr.. polis, aku tanya engkau apa khabar? Report polis kan sudah dibuat..
Apekah tiada tindakan susulan..
Adekah kerana VVIP yang buat masalah..
Maka kau merasa serba salah..


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH

Khamis, 26 Mei 2016

KPN 'Merendek' Di Hotel Mewah Di Luar Negara, Siapa Tanggung Kos Soal SR.

WOAHH.

Ingat Ketua Polis Negara gaji sen-sen ke?
Setakat bermalam di hotel, rasanya dia lebih dari mampu kot.

Tetapi kali ini apa yang dipersoalkan adalah bukan setakat bermalam di hotel semata-mata. Sebaliknya bermalam di hotel mewah yang mahal + bersama pasangannya. Dan ianya melibatkan hampir 10 anggota pegawai-pegawai polis. Kesemua mereka juga dilaporkan membawa pasangan masing-masing.

Pergi bercuti ke tu? 
Bercuti ramai-ramai ke tu?

Eh, bukan juga. Menurut portal tersebut, KPN bersama para pengawainya sepatutnya (dikatakan, dilaporkan, dijadualkan) sedang membuat lawatan kerja ke Itali.

Mereka dilaporkan ke luar negara kerana sedang mengkaji (belajar) teknik tertentu bagi mengawal kegiatan mafia.

Hehe.

Dan menurut portal itu juga, apa yang terjadi ialah ;

1. Pemerhati SR mendapati KPN, Khalid dan para pengawainya menginap di hotel mewah 5 bintang di Rome.

2. KPN dan para pengawainya juga didapati membawa pasangan masing-masing.

3. Hotel mewah yang dimaksudkan adalah Majestic Hotel yang bertaraf lima bintang.

4. Kumpulan itu didapati telah menginap beberapa hari di hotel berkenaan.

5. KPN juga dilaporkan akan berlepas ke London bersama para pengawainya atas alasan memenuhi tuntutan kerja. 

6. Mereka ke London atas alasan memperdalami lagi 'skills' bagi membanteras penjenayah.

Hehe. Patutlah Twitter senyap sunyi.

7. Dan memetik sedikit dari laporan portal tersebut ;

“They were very casually dressed and although their wives were covered they were all in the non-halal buffet of the hotel, enjoying the spread. The Italians love their pork cuts and bacon of course, so it seemed they were content to behave in a way they make a show of not behaving back home”, the observer told us.

Huhu. Kita tak tuduh apa-apa okay. Sekadar melaporkan sahaja.

8. Turut dilaporkan bahawa kumpulan tersebut juga bermanja-manja dengan 'rokok' yang mahal harganya.

9. Ini ialah 2 gambar yang dipetik menerusi portal tersebut.





Ada 3 perkara yang dipersoalkan oleh portal tersebut samada secara direct mahupun indirect.

Pertama. KPN dan para pengawainya ke luar negara atas alasan lawatan kerja untuk mempertingkatkan mutu kecekapan kerja bagi mengawal jenayah dalam negara terutamanya membabitkan jenayah mafia dan organisasi jenayah yang ter-rancang (eh macam mana eja neh, ahh syalll la .. terlupa aku) tetapi kenapa membawa pasangan bersama? Sapa tanggung kos dorang tu? Dari naik flight sampai ke menginap di hotel mewah? Dah bawa pasangan tidur mesti sekali. Kalau semua lelaki boleh je kongsi2 bilik maka jimatlah duit. So, sapa bayar neh woi? Ce citer. Ce citer.

Kedua. Perbelanjaan ketika di luar negara seperti makan, minum dan shopping bagai, guna duit siapa? Sendiri berhad ke rakyat berhad? Ce citer, ce citer.

Ketiga. Betul ke keluar negara untuk belajar skill-skill bagai neh? 

Hehe.

Aku sekadar penterjemah sahaja. Versi cincai boncai asal amek yang penting sudah.

Nak baca versi asal klik sini. English.

Aku tunggu je la penjelasan KPN kau tu. Aku tak tuduh-tuduh kau tau Khalid. Buat relax sudah. Ko jawab je dakwaan si Sarawak Report tu laju-laju cukuplah.

KAH KAH KAH.

1.2 Juta Tandatangan? Penipuan Mahathir Terdedah - Pemimpin PH Diperbodohkan Mahathir Kaw-Kaw.

KAHKAHKAHKAHKAH
KAHKAHKAHKAHKAHKAH
KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH

Woi sedap ke kena tipu dengan Mahathir?
Best ke jadi talibarut Mahathir lepas tu diperbodohkan kaw-kaw?

KAHKAHKAHKAHKAH

PADAN MUKA.
BODOH NAK MAMPOS.
ADA AHTI NAK TADBIR RAKYAT.
DENGAN PERANGAI BODOH NAK MAMPOS KORANG TU.

KAHKAHKAHKAHKAH

Lihat ;

Seorang Pengaturcaraan Komputer Bebas, Azharuddin Othman mendedahkan beliau dijanjikan bayaran RM5,000 untuk mendapatkan 1.2 juta data base penduduk Malaysia untuk keperluan Tun Mahathir bagi projek Deklarasi Mahathir.

Beliau diminta oleh seorang wanita yang dikenali dengan panggilan 'Ratu Naga' melalui pesanan ringkas 'Whatsapp' pada 27 April 2016 untuk member
ikan database bagi Pilihan Raya 
Umum ke-13.

Tambah beliau, sebanyak 800,000 database telah diberikan kepada 'Ratu Naga' melalui email dengan menyatakan Tun Mahathir tidak mahu dilibatkan dalam penipuan ini.

Jelas beliau, sehingga kini bayaran yang dijanjikan belum dilunaskan dan hanya RM1,000 sahaja yang dibayar.


Azharuddin bercakap dalam satu sidang media di ibu negara yang turut disertai Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard.





Video inside ;





Aku ada baca beberapa kritikan ke atas individu yang menjual maklumat tersebut kepada Ratu Naga. Kata mereka ;


- Budak neh ke jual2 maklumat kat syarikat Telco yang kacau-kacau orang dengan mesej spam tu.


- Perlu didakwa kerana melakukan jenayah.



- Eley sebab terima seribu je kalau terima 5k mesti tak dedah punya.


Aku nak bagitau korang. Aku tak fikir apa-apa macam di atas. Yang aku fikir. Bagus budak neh. Bagus. Terbaik. Pendedahan kau akhirnya telah membuktikan betapa bahlol nak mamposnya pemimpin2 PH yang sah-sah diperkotak-katikan oleh Mahathir macam sampah sarap yang tiada nilainya.



Cuba fikirla. 


Kalau dia tak dedahkan, mao sampai kiamat mao puak2 PH diperlembukan Mahathir.


Sangat menjijikkan bhai. Jijik.


Akhirnya ada juga seseorang yang tampil ke hadapan tanpa mengambil peduli risiko yang bakal dia tempuhi untuk mendedahkan apa yang menjadi tanda-tanya aku selama neh.


Seriyus beb. Aku terfikir-fikir betul ke ada 1.2j orang yang sign DR? Kenapa time demo, ceramah kehadiran kerusi lebih ramai berbanding manusia? Kau tak pelik ke?


Rupa2nya kalau dah akarnya pun menipu maka menipu juga pokoknya.


Tindakan berani mati dia tu aku salute. Bagus. Silap2 puak2 Mahathir tengah cari dia sekarang. Nak tempeleng ke apa ke. Kita mana tahu.


Jangan-jangan neh memang satu perangkap nak perkenakan Mahathir. Saja je buat deal dengan Ratu Naga dengan tujuan memerangkap. Macam-macam kemungkinan ada kot. Kita mana tau kan.


Apa apa pun jom kita tanya geng2 pro DR. Sedap ke kena kelentong.


KAHKAHKAH
KAHKAHKAHKAH
KAHKAHKAHKAHKAH

Rabu, 25 Mei 2016

Cikgu-Cikgu Kini Perlu Berlatih Tepuk Tangan Demi Menyambut Kehadiran VVIP. (Video Inside)

Baca ;


Lihat ;


Tonton ;



Tak sangka ye. Selain dibebankan dengan kerja-kerja perkeranian, bersilih ganti module itu module ini, sistem itu sistem ini, cikgu2 sempat juga mengulangkaji silibus baru.

Semoga cikgu2 semuanya berjaya mendapat A+++ dalam 'subjek' tersebut ye. 

KAHKAHKAH
KAHKAHKAHKAH
KAHKAHKAHKAHKAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...