Sabtu, 4 Jun 2016

D Untuk Diktator, Pemuda Ini 'Sindir' Mahathir Depan-Depan Dan Kini Dibawa Ke Balai Polis.

Terbaikla Fahmi Reza. Aku mesti respect keberanian dia. Memang dia berani dan ianya terbukti.

Kalau korang nak tahu baca sat ;


Masa majlis pelancaran buku terbaru Mahathir, aku naik pentas untuk bagi dia satu naskah buku mewarna aku. Aku kata, "Ini buku mewarna ABC Politikus Malaysia." Mula-mula dia senyum. Tapi masa aku serahkan buku tu, aku buka mukasurat "D untuk diktator" yang dihiasi dengan lukisan wajah dia yang tengah tunjuk middle finger. Dia speechless tak kata apa-apa, tapi aku boleh dengar bunyi dengusan disapproval dari dia. Hehehe.
Kredit kepada Albert Ng yang sempat tangkap gambar ni dan izinkan aku kongsi semula.

By Fahmi Reza.

Bukti Fahmi tunjukkan gambar karikatur Mahathir yang D untuk Diktator tu sila lihat gambar berikutnya ;


Aku dapat dari Hakim Mohd So'od.

Mula2 Mahathir senyum. Sebab badut tu karikatur Najib. Memangla muka ada senyum. Sekali Fahmi tunjukkan karikatur dia D untuk Diktator. Dia merengus. Marah agaknya.

KAH KAH KAH

Tetapi sekarang Fahmi ;


Aku tahu kerajaan Najib dah lama berangin dengan Fahmi punya badut tu. Mana taknya. Merata kot rakyat Malaysia tampal benda tu. Kat papan tanda. Kat tiang simen. Kat luar negara. Kat dalam train. Kat PWTC. Perghh. Badut Najib dah menjelajah banyak tempat dan setiap kali orang viralkan benda tu dapat sokongan netizens. Ada yang mengkritik tetapi lebih ramai yang menyokong. Tindakan Fahmi membadutkan wajah Najib memang satu kempen melawan yang berkesan sebab tu sampai pihak penguatkuasa bertindak dengan menyiasat Fahmi. Dan terbaru ditahan kerana jual TSHIRT KAMI SEMUA PENGHASUT. TSHIRT neh pada aku TSHIRT mesti beli. Tunggu aku dapat duit sikit Fahmi. Aku nak beli. Ko jangan lelama kat balai tu. Dorang bukan betul sangat pun. Fahmi pada aku dia relax je. Sebab dia tahu undang2 dah.. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...