Selasa, 31 Mei 2016

Diblock Oleh Pengerusi Amanah Hanya Kerana Tanya Soalan TTG Wakil Rakyat PAS YG Mahu Lompat Parti - DGN Kemaskini.

Kena block. Semata-mata bertanya tentang 10 wakil rakyat PAS Kelantan yang dikatakan mahu melompat parti kerana Husam Musa dipecat keahlian PASnya.

Ianya bermula apabila seorang individu (facebooker) mengutarakan satu persoalan di laman fb peribadinya ;



Jangan tak percaya, Wan Rahim menjawab kepada status berkenaan selepas ditag oleh pengomen di status tersebut ;



Kata Wan Rahim ;

1. 10 yang nak keluar parti ada menghadiri majlis kenduri kesyukuran di rumah Husam baru-baru ini.

2. Sila check foto yang dikongsikan.

Bila scroll lagi komen-komen untuk mencari gambar seperti yang dikatakan Wan Rahim, jawapannya tak ada. Tak ada di status berkenan, lalu ada di mana?

Kemudian kita periksa pula fb Wan Rahim. Tak ada juga majlis kenduri Husam Musa. Konon ada pada foto-foto yang dikongsikan. Tapi tak ada di wall dia. Dipadamkan ke?

Beria pula check di ebfi-efbi rasmi atau tak rasmi DHM. Juga tak ada. Takde langsung gambar apatah lagi tentang hebahan kenduri kesyukuran di rumah Husam Musa. 

Biar betul Wan Rahim neh. Ko nak main auta ke apa. Jika sungguh ada bukti bergambar, maka dapatlah kita kenalpasti wajah2 wakil rakyat yang nak melompat tu. Ini bukan cikai-cikai punya bukti. Jari jangan suka2 cipta kontroversi, Wan Rahim.

Selepas didapati diblock oleh Wan Rahim, facebooker yang dikenali dengan nama Ali Abu kemudiannya mengupdate satu status susulan bagi mengkritik tindakan Pengerusi PAN Kelantan tersebut ;

Pengerusi PAN Kelantan blok den

Den tak ponah fren fesbuk dgn Wan Rahim. Apotah laie like fanpagenya jikalau ado. Dan pagi tadi den bertanyo kpd Wan Rahim tentang 10 Yb yg mahu keluar PAS setelah pemecatan Husam. Den tak tag bekas Speaker DUN Kelantan ini krn seperti yg dinyatokan tadi den bukan fren fesbuknya. Den cumo mengharapkan ahli-ahli PAN yg melihat status ini di newsfeed mrk menjawab bagi pihak Wan Rahim. Tibo-tibo time den makan nasi lomak dlm opis tgk kluar notification Wan Rahim masuk komen. Baru den nak reply apo yg dio komen, tgk-tgk dio dah blok den. Aik? Heran den. Takkan bekas Speaker DUN begitu tisu hatinya.

Sedangkan den menulis dgn agak sopan juga bilo bertanyokan soalan kpdnya (dlm status) kalau nak dibandingkan dgn Abg Mut. Den balun bekas CEO Dubook Press, Mut masuk thread den rilek-rilek je. Elok Mut je yg jadi politician ganti kau Wan Rahim. Bangang-bangang Rafizi pun, dio cumo blok org yg masuk fesbuk dio yor. Ini Wan Rahim masuk komen fesbuk den, belum sompek den nak jawab, dio pulak yg blok den. Ingat geng, bukan den yg pi masuk fesbuk Wan Rahim. Korang bulih periksa sendirilah kek status bawah ni.

Bagi menjawab komentar Wan Rahim di status itu (ofkoslah dio takkan baco sobab dio dah blok den), den cumo nak tanyo, kau Wan Rahim ckp pd wartawan bhw akan ado 10 Yb nak keluar PAS jikalau Husam dipecat. Nah skrng ni Husam sudahpun dipecat PAS, jadi kpd wartawan jugaklah kau isytihar namo-namo Yb-Yb tersebut. Sebagai Pengerusi 'Amanah' negeri, konolah amanah. Apo lak kau suruh den cari gmbr 10 Yb yg makan nasi briyani di rumah Husam? Ini bukan peraduan cari bondo tersembunyi bai. Paling gampang, gmbr yg dimaksudkan tidak disertakan ke dlm thread status pertanyaan den. Wei bahlol den nak cari kek mano gambar yg kau maksudkan tuh? Belum sompek den nak tanyo ni sumo, Wan Rahim blok den. BANGANG!



Dan seseorang turut memaklumkan bahawanya jika menyebut PAN, Wan Rahim ;


Block Ali Abu sebab dia tulis PAN? Bukan ke PAN singkatan kepada Parti Amanah Negara? Parti2 lain relax je kita sebut singkatan. Macam UMNO, PAS, PKR ,PSM dan DAP. Yang PAN tak bagi kita guna singkatan PAN kenapa? 

AMANAH tu bukan singkatan pada PAN.AMANAH tu macam rebranding dari Parti Amanah Negara, nak senang sebut, sebut AMANAH tapi kalau dalam bentuk shortform, kita sebut PAN. Orang sebut PAN pun kau nak block? Ahti tisu neh bukan sekadar dimiliki oleh sesetengah kaum kerabat bahkan oleh ahli2 politik yang kononnya pro progresif bagai juga ye.. seriyus alasan macam hapa.

Malu dengan nama PAN. Sebab mewakili spesis kuali dalam bahasa English konon.

Apa ada pada shortform kalau diri kau memang sedang berAMANAH sepertimana nama parti kau. 

Ini semua hal2 kecik. Bayangkan seorang pengerusi negeri ada kelakuan macam neh, seriyus layak ke dia jadi ketua?

Setakat orang sebut PAN pun nak block padahal dalam politik cabaran kau lebih besar. Silap2 boleh mati dalam memperjuangkan hak rakyat. Ini orang baru sebut PAN nak block bagai. Tak payah masuk politik la. Duduk dalam gua senang citer. Takyah bercampur dengan manusia. Orang2 UMNO baik yang ketua mahupun ahli2 biasa, rakyat panggil UMENO, parti rasuah, amno, dan macam2 lagi la label2 yang terhina, kutuk keji lagi mengejikan, tak pernah dengar case kena block. Kalau kena siasat ada la. Itu sebab kacau UMNO dan pemimpin2 dia. Bukan sebab kita melabel parti dia dengan pelbagai gelaran. Kiranya keras lagi ahti UMNO dari pengerusi PAN negeri. Sangat memalukan.

Dan last. Mana 10 wakil rakyat PAS yang dikatakan nak keluar PAS sebab Husam kena singkir dari PAS. Mana? Nak block ke apa ke bagi la jawapan tu dulu. Jangan block selepas orang tanya atas alasan orang sebut nama parti kau PAN. Jangan nak krik krik krik kepada persoalan asas yang kita bahaskan disini. Mana jawapan tu? Kau jawab dulu kepada persoalan yang ditanyakan. Bukannya block orang Wan Rahim oiii..


Updated.

Dimaklumkan bahawanya individu yang diblock oleh Wan Rahim tidak menyebut PAN di dalam status tersebut. Dan Wan Rahim tidak memblocknya kerana individu tersebut menyebut PAN. Individu tersebut benar2 diblock kerana bertanyakan tentang wakil rakyat PAS yang mahu lompat parti.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...