Khamis, 2 Jun 2016

Mempersembahkan Silat Di Muktamar, PAS Diperlekehkan Cuba Tiru Budaya UMNO.

Gimik PAS kali neh memang menjadi. Siapa punya idea neh. Bapak gile bagus. Orang yang tak pernah peduli tentang muktamar PAS pun boleh siap respon bagai. Ini membuktikan 'marketing' PAS dalam sesi muktamar kali neh memang ada ummphhh sampai terdorong orang sana sini nak merespon bagai.

Sebelum ini PAS dikritik dan disindir kerana memakai baju pahlawan melayu ketika merasmikan muktamarnya. Kesian aku tengok orang2 yang kutuk tu. Haram ada asas.

Ada ka dikutuknya PAS kerana berpakaian melayu. Salah ke? Pakaian aje pun. Bukannya bogel. Bukannya mencuri. Bukannya pi membunuh. Memakai baju melayu yang tak kacau sesiapa pun ada juga orang nak tersentak bagai. Sungguh bodoh orang2 seperti itu.

Tapi aku bersetuju pada yang mengkritik yang ada asas. Ada yang mempersoalkan siapakah yang sponsor pemimpin2 PAS dengan busana2 yang sebegitu mahal. Adakah sponsornya? Jika ada, berapa dan kenapa. Jika tidak ada, agak membazirlah untuk seseorang pemimpin yang begitu lantang mempromosikan Islam melakukan pembaziran sedemikian rupa. Islam tidak menganjur kepada pembaziran. Islam menganjur kepada keserdahanaan.

Aku tidak berpihak pada yang menyokong mahupun mengkritik tanpa ada asas. Tetapi aku juga tak bersetuju dihamburkan tuduhan melulu. Pendapat aku nak mengatakan ' busana itu mahal' juga belum ada asasnya. Alangkah baiknya jika kita tahu berapakah harga busana tersebut. Setimpalkah dengan kualitinya dan mengikut harga pasaran semasa kah? Jika pemimpin2 PAS membelinya, bukan untuk dipakai sekali kemudiannya dicerukkan di dalam almari, aku rasa tak salah mereka memiliki busana seperti itu. Terlalu umum nak mengikat tindakan mereka dengan pembaziran. Kerana sebagai manusia mereka juga ada keperluan. Boleh jadi busana tersebut ada keperluan lain selain dipakai untuk menghadiri muktamar. Yang itu aku taknak komen lebih. Lebih baik kita bertanya terus kepada yang terlibat.

Jika ada yang mempersoalkan langkah PAS yang begitu melayu dengan cara meniru UMNO, aku mesti kata mereka itu bodoh.

Menjadi melayu apa hinanya?
Apa salahnya?
Apa teruknya?
Apa jahatnya?

Menjadi melayu dengan mengamalkan budaya melayu masalahnya?

Unless mereka melakukan kemungkaran, kejahatan, kezaliman, penindasan baru la kau persoalkan. Menjadi melayu itu tak sepatutnya menjadi isu. 

Sebab tu aku tak nampak apa masalahnya PAS memakai baju melayu tradisional. Lantak mereka la. Jika ada persembahan silat pun dah kenapa.

Ini apa yang menjadi kritikan ketika ini ;


Silat aje pun tapi ;


Fuhh respon mak ai..

Tapi aku dapat tahu ;


Tiap2 tahun ada persembahan silat? Tapi baru tahun neh kena kutuk? Betul ke? Ntah. Mana aku tahu. Aku muktamar pun tak pernah pergi kot.

KAH KAH KAH

Hadoi.

Semua benda nak kutuk. Kadang benda takde isu pun nak kutuk. Pasal dah gian nak mengutuk.

Bagi aku. Aku suka nak dengar isi ucapan pemimpin2 PAS. Aku lebih suka nak mengutuk bab tu. Sebab ia mencerminkan akal, tindakan, pemikiran dan halatuju PAS sebelum dan selepas ini.

Bab2 remeh macam berbusana melayu, selagi tak kacau hak orang, lantakle.

Bersilat bagai, selagi tak menyusahkan hidup sesiapa lantak ko le.

Aku teringat kata2 kawan aku suatu ketika dulu. Agak lama juga. Beberapa tahun lepas mungkin. Dia kata zaman sekarang nak menjadi melayu dengan jatidiri melayu adalah dianggap racist. Aku kata padanya tidak. Orang marah pada penyelewengan. Pada rasuah. Pada penindasan. Pada penipuan. Pada pentadbiran yang tidak telus dan penuh dengan salahlaku. Orang marah dilayan double standard. Satu set undang2 untuk orang biasa. Satu set undang2 untuk VVIP. Orang marah ini. Bukan marah melayu. Dia kata aku silap. Aku tak nampak apa yang dia nampak. Dia kata dia tak heran orang bukan melayu tolak budaya melayu. Tapi sekarang orang melayu yang bila kau amal budaya melayu pun kau akan dipandang negatif. Racist. Aku tak bersetuju dengannya pada ketika itu. Tak bersetuju selama beberapa tahun.

Tetapi apabila melihat sesetengah pemikiran melayu dalam mengkritik PAS yang berbusana tradisional, bersilat bagai baru aku faham apa yang dia katakan. Melayu yang mengkritik itu dalam nak mengkritik sebenarnya dia tak sedar dia sebenarnya sedang memperlecehkan apa yang menjadi jatidiri bangsa dia selama neh. Paling2 koman pun benda tu pernah menjadi sebahagian lambang kemegahan melayu. Walaupun ia adalah perkara silam. Sesuatu yang tidak kita amalkan lagi sebagai tradisi mahupun cara hidup. Tetapi salah ke kalau2 kita menghidupkan kembali dalam bentuk gimik dan lakonan sekadar nak memperingati apa yang pernah menjadi budaya kehidupan orang zaman dahulu. Ianya sebahagian dari sejarah. Seronok apa memperingati sejarah. Kenapa memperingati sejarah melayu kini dianggap racist. Aku pun tak faham. 

Berbalik pada isu asas. Pendapat aku. Ini bukanlah perkara yang patut kau kritik dan pandang. Ada banyak benda bengong yang PAS buat. Benda2 bengong tu la yang patut kau semua kritik. Apa yang pasti bila kau kritik PAS bersilat kekononnya tiru budaya UMNO maka kau la yang bengong sebenarnya. Bukannya PAS. Dah la nak p tukar baju la. Aku tengah pakai baju merah neh kot time update. Kang tak pepasal orang ingat aku UMNO. Tak gitew ke?

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...