Bapak sapa la neh. Weiii kelakar la dia weii..
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH
Kelakar. Kelakar. Kelakar. Dia memang seorang menteri yang kelakar (bangang).
KAH KAH KAH
Atas nama bisnes, aku tak fikir ianya perkara yang salah untuk ada cita-cita seperti point Ismail Sabri tu.
Tapi kan, ko tu menteri jaga apa?
Ko cuba baca kritikan neh kejap ;
Menteri suroh balik kampung.Rakyat jgn kutok dulu statement menteri. Jgn jadi zombi politician pembangkang yg mengiyakan aja apa pembangkang kata.Menteri cakap style menteri. Style management. Maka, kita kekadang kena intepret cara management. Bukan mengikut tafsiran dan persepsi netizen semata.Isunya adalah migrasi penduduk kg ke bandar untuk cari pendapatan. Selaku menteri dalam Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan, dan Kerajaan Tempatan (KPKT), maka dia kena jaga penduduk bandar. Maka, yg merunsingkan penduduk bandar adalah :1) Migrasi yg berlebihan bakal menjejaskan ketenteraman awam akibat tekanan dr jurang sosio-ekonomi yg tinggi.2) Kepadatan yg melampaui, sehingga menjejaskan keberkesanan aliran pengangkutan awam.3) Aktiviti jenayah kerana tekanan ekonomi yg tinggi... juga dr jurang sosio-ekonomi yg tinggi4) kelambakan homeless5) dll.Dlm pd itu, bg melindungi kepentingan penduduk bandar, maka Menteri dlm kementerian terbabit, mmg akan menyarankan rakyat yg kurang berkemampuan ada baiknya berpindah ke kampung. Dan "kampung" yg dijelaskannya membawa maksud "luar kota Kuala Lumpur / bandar" dan bukannya kampung yg kerjanya cuma bersawah aja.Maka, yg perlu dikritik bukanlah Rahman Dahlan tetapi Kementerian Pembangunan Luar Bandar yg gagal mencipta peluang pekerjaan yg mencukupi sehingga penduduk luar bandar terpaksa berhijrah ke bandar.Apa citer Ismail Sabri?Apa yg diperkatakan dek Rahman Dahlan sebenarnya perlu dijawab dek Ismail Sabri yg tak buat kerja dgn baik.
Banyak peluang pekerjaan boleh dicipta di kawasan kampung. Netizen yg kata "kerja kampung tu tanam sayur", anda boleh pelangkung kepala dia sebanyak tiga kali.
Somehow, ada benarnya point di atas. Menteri Kemajuan Luar Bandar yang ada kini gagal, yang dulu pun dah terbukti gagal untuk wujudkan keberdayasaingan penduduk bandar dan luar bandar dengan secara seimbang.
Ko wujudkan sistem jaringan pengangkutan yang berat sebelah, memajukan negara secara berat sebelah, mewujudkan peluang pekerjaan secara belah sebelah, membina rumah secara berat sebelah dan sebagainya hingga menyebabkan mereka2 yang nak kepada 'perkhidmatan, kemajuan, pendidikan, pekerjaan, kesihatan & tempat tinggal' perlu berhijrah agar dapat menikmati kemudahan-kemudahan tersebut secara selesa dan effective.
Sebagai menteri, yang patut kau jaga kau tak jaga, kau sibuk citer VAPE.
Kau tengah gosok menteri mana dok beria-ria bahas VAPE?
Kelakar kan.
Ketika rakyat dilanda kesulitan dek pelaksanaan GST dan masih bergelut tentang itu, di manakah kau dalam 'USAHA MEMBANTU MELAYU?'
Sekarang rakyat dok fikir tentang TPPA. Apa tindakan kementerian kemajuan luar bandar neh?
Tolong la jangan bayangkan semua melayu gila nak meniaga VAPE.
Aku tertarik dengan luahan neh juga ;
Sisi negatif vape.
Tak masuk lagi kalau depa dok perangai macam neh ;
Tatau la. Kalau muka-muka neh kita mengajak melawan penindasan depa nak join sekaki ke taknak. Tetapi kebanyakkan golongan wanita yang aku perhatikan. Kalau bab dunia memang laju kemain.
Nak jadi cantik.
Nak jadi kurus.
Nak barangan mewah.
Nak hidup kaya.
Berangan bagai bak princess.
Serba serbi nak standard apa semua.
Tak heran itula golongan majoriti penyumbang kepada kemenangan BIEN. Penyokong BN kebanyakkan WANITA.
Dah aku sebut berulang kali. VAPE ada logiknya jika golongan perokok yang guna. Untuk kurangkan kebergantungan ke atas ketagihan nikotin. Tetapi kalau seperti di atas la cara kau menggunakan vape, sebagai TREND, COOL, ATAUPUN ASPIRASI ANAK MUDA.
KAU MEMANG BODOH.
Paru-paru sihat korang tu, berapa ramai yang sakit mengidamkannya. Kan baik kalau korang jaga elok2, dan bila kita semua mati nanti, kita boleh derma organ kita kepada insan-insan yang memerlukan.
Tapi nak buat macam mana, hanya otak berspesiskan menteri je akan berkelakuan dan berfikiran seperti menteri Malaysia.
KAH KAH KAH
Baca ;
Di sebalik kontroversi dan pertikaian sama ada kerajaan harus mengharamkan vape, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu produk vape Malaysia dikenali di seluruh negara.Katanya, beliau mahu anak muda dan usahawan Melayu/bumiputera untuk terus menghasilkan perisa yang terbaik tanpa menggunakan bahan terlarang.“Saya ingin melihat produk vape Malaysia dikenali di seluruh dunia dan yang lebih membanggakan adalah hasil kreativiti anak-anak muda Melayu/bumiputra,” katanya di Facebook hari ini.Vape menjadi topik hangat selepas Kementerian Kesihatan memilih menyerbu kedai yang menjual cecair yang mengandungi nikotin, bahan terkawal yang memerlukan permit untuk menjual dan menganggapnya sebagai e-rokok.Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata kesan e-rokok adalah sama seperti menghisap rokok.Serbuan itu dibidas pelbagai pihak termasuk rakan-rakan kabinet, terutamanya selepas mesyuarat jemaah menteri Jumaat lalu memutuskan bahawa vape tidak akan diharamkan buat masa ini.Sementara itu, Ismail berkata, beliau yakin penjualan vape akan terus dibenarkan walau bagaimanapun akan tertakluk kepada peraturan-peraturan yang akan dikeluarkan.“Saya berharap usahawan muda vape akan gunakan kesempatan ini utk mengembangkan perniagaan mereka.“Manakala pengusaha perasa vape terus kreatif dalam menghasilkan perisa yang terbaik tanpa menggunakan bahan terlarang,” katanya. -Mkini.