Sabtu, 14 November 2015

Sultan Pahang Pula Tampil Menafikan Pembalakan Haram Punca Banjir Lumpur Karak.


Pelik bin ajaib.

Kenapa beria sangat pentadbiran Pahang termasukla monarki dok menafikan wujudnya kegiatan pembalakan haram di kawasan berlakunya banjir lumpur?

NST sebentar tadi melaporkan ;

The Sultan of Pahang has refuted allegations that the mudslide at KM52.4 of the KL-Karak Highway on Wednesday was caused by illegal logging on the hillslopes. Sultan Ahmad Shah said there had been no reports of illegal logging in the area and the authorities had not informed him of any such activity. 

"There is no such thing. If there were, those responsible can be arrested, but so far I have not been informed of such activities," he said. He was speaking after a two-hour visit to the site of the disaster where he was briefed on repair works and safety checks by authorities.
Yakni, maksudnya ;

1. Sultan Pahang sangkal dakwaan pembalakan haram di cerun/kawasan bukit punca kepada berlakunya banjir lumpur.

2. Tiada ada laporan berkaitan pembalakan haram pernah direkodkan.

3. Apatah lagi penguatkuasa sama sekali tidak mengetahui kewujudan aktiviti berkenaan = maksudnya bila penguatkuasa tidak tahu ianya bermaksud tidak wujud.

4. Jika ada sudah tentu sultan akan maklum perkara berkenaan dan mereka yang melanggar peraturan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Lebih kurang begitu la.


Laporan itu turut menyebut ;

Sultan Ahmad Shah also refuted statements made by Works Minister Datuk Fadillah Yusof on Thursday, in which he said investigations by the Fire and Rescue Department and the Public Works Department found land-clearing activities on hill, which could have caused the formation of a waterlogged pool that eventually broke under pressure of constant rainfall, causing the mudslide. "He should make statements based on facts, not speculation. I can tell you there is no illegal logging in this area," said Sultan Ahmad Shah.


Yakni, maksudnya ;


1. Kementerian kerja raya mengatakan hasil siasatan mendapati wujudnya aktiviti pembalakan di kawasan cerun-cerun bukit sehingga menyebabkan terbentuknya kolam berair yang akhirnya pecah akibat tekanan sehingga mengakibatkan berlakunya tanah runtuh.

2. Kementerian tak sebut bahawa pembalakan itu aktiviti HARAM pun?

3. Tetapi sultan menegaskan tiadanya pembalakan haram berlaku dikawasan berkenaan dan menafikan kenyataan kementerian yang berpandukan kepada HASIL KAJIAN JABATAN BOMBA.

4. Sultan menasihati menteri agar mengeluarkan kenyataan berpandukan fakta dan bukan berdasarkan spekulasi.

Kejap.

Hasil kajian pihak bomba = spekulasi ka?
Kenyataan sultan Pahang yang tak menyertakan apa2 solid bukti dan sebagainya = fakta kah?

Perkara neh menarik perhatian aku. Sebab sejak dari awal lagi PEKA mengatakan aktiviti pembalakan tersebut dilakukan secara berleluasa. Dan ramai aktivis2 pro alam sekitar turut menyuarakan hal yang sama. Sehingga menjejaskan kawasan hutan simpan + kawasan eko pelancongan + kawasan tadahan air.

Tak disebut pula aktiviti yang dilakukan itu adalah HARAM.

Takde bayang-bayang macam itu pun.

Laporan demi laporan dibuat tetapi tiada tindakan.

Alih2 MB Pahang, Jabatan Perhutanan (Pahang) dan Sultan Pahang menafikan wujudnya kegiatan pembalakan di kawasan berhampiran berlakunya tanah runtuh.

Kenapa neh?
Kenapa aku merasakan ada sesuatu yang ragu-ragu disitu?
Kenapa aku terfikir isu LYNAS?
Kenapa aku terbayang isu BAUKSIT?
Kenapa aku teringat isu Cameron Highlands?
Kenapa? Kenapa? Kenapa? 


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...