KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH
PDRM kau buat lawak. Best gila kot dapat 'titikkan' penipuan mereka dalam isu berkaitan politik. Itula. Kita dah sebut banyak kali. PDRM patut tumpu siasat kes-kes berkaitan jenayah, isu-isu berkaitan keselamatan negara dan rakyat.
Isu-isu politik, remeh-temeh macam neh toksah la beria-ria layan untuk puaskan nafsu orang atasan. Mana stand polis? POLIS DIRAJA MALAYSIA kan? Bukannya POLIS TERPAKSA MERAJAKAN PEMIMPIN2 NEGARA kan? Cuba lawan sikit pemimpin2 politik yang memanipulasikan peranan polis untuk kepentingan politik. Asyik tunduk dan menyerah je kenapa. Sampai mati pun kena pijak kalau macam tu.
Baru-baru BERNAMA update ;
Untuk bidas Azmin Ali yang mempersoalkan tindakan polis yang memanggil anaknya ketika musim peperiksaan. PDRM nak siasat anak Azmin berhubung tindakannya hadir ke perhimpunan BERSIH 4.
"Sejak Julai lepas".
Ya, itu polis kata. Dah lama panggil tapi anak Azmin buat bodoh.
Itupun bebal juga. Budak berusia 15 tahun. 15 tahun dibawah tanggungjawab family. Patut panggil mak bapak budak, bukan budak itu sendiri.
15 tahun kot? Apa ko expect budak 15 tahun punya pemikiran? Siasatan patut terarah kepada mak bapak budak tu. Kenapa bawa budak ke apa ke macam mana ke. Ini dok panggil budak tu. Macam buat jenayah pula.
KAH KAH KAH
Itu satu. Yang kedua. Jadahnya polis siasat anak Azmin sebelum perhimpunan BERSIH 4 berlangsung?
Himpunan BERSIH 4 kan diadakan pada bulan kemerdekaan = OGOS.
Bukannya bulan JULAI.
Belum berlakunya perhimpunan, POLIS dah tahu yang anak Azmin tentu hadir?
BAPAK GILA BACK TO THE FUTURE POLIS kau neh. Kalau sebegini hebat boleh la cegah jenayah2 lain dari berlaku. Dah boleh spot individu2 yang bakal melakukan jenayah di hari mendatang, ye tak?
KAH KAH KAH
Bila keluarkan kenyataan 'YANG TIDAK TEPAT' sedangkan diri kita itu adalah badan yang berautoriti untuk mengesahkan sesuatu insiden secara TEPAT, SAHIH, TELUS & FAKTA, sudah tentu la jadi sasaran kritikan.
Awak tu PDRM. Apa yang rakyat akan fikir dengan kenyataan penipuan tersebut? Ia bukan la sesuatu yang boleh kita sebut sebagai tersasul. Untuk mengatakan polis memanggil anak Azmin 'SEJAK JULAI LAGI' ia bermaksud at least polis tersebut perlu difahamkan terlebih dahulu tentang fakta kes.
Adakah nak membayangkan yang polis-polis neh tak payah tengok facts, dokumen apa bagai just mention je apa2 yang nampak 'betul' di hadapan media?
Tak payah go through dengan hasil siasatan, report dan perjalanan siasatan, asal media tanya buat-buat je macam kita dah tahu semua benda, begitu kah?
Terpakai untuk kes-kes lain ke?
Hei, hei, hei, tak perlu rasa terancam diri bila dikritik kerana korang sendiri yang tunjukkan kebodohan diri sendiri.
Hihi.
Dan selepas dimalukan, PDRM tampil menjelaskan kekeliruan ;
Polis hari ini menjelaskan anak lelaki Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dipanggil memberi keterangan berhubung pembabitannya dalam perhimpunan BERSIH sejak September lalu dan bukan Julai seperti yang dilaporkan oleh Bernama.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata kenyataannya yang dilaporkan media semalam, tidak seperti yang dimaksudkannya."Segala kekhilafan amatlah dikesali," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.Tajudin dilaporkan Bernama semalam sebagai berkata, bahawa anak lelaki Mohamed Azmin dipanggil memberi keterangan kepada polis sejak Julai lalu, namun gagal berbuat demikian.- Bernama
Apa maksudnya "kenyataan ai semalam tidak seperti yang dimaksudkan"?
Boleh jamin ke kenyataan pembetulannya di atas adalah seperti apa yang dimaksudnya? Dah salah, menipu, kantoi, mengaku sudah la.
Boleh pula berkias apa yang ai cakap semalam tu kan, actually tu bukan apa yang ai maksudkan. Bila ai kata anak Azmin mula disiasat sejak Julai, actually ai maksudkan yang lain.. camne nak citer ehh.. ehmmmm errhh aduhh tergeliat dan terbelit la lidah ai neh.. susah betul nak sebut minta maaf uollss ai terkantoi kot.
Nasib baik yang lapor tu BERNAMA. Yang QUOTE statement polis tu pun BERNAMA. Maka PDRM nak kalihkan kesalahan ke atas media pun tak boleh. GENG sendiri. Nak taknak terpaksa la rangka ayat molek-molek tanpa perlu minta maaf bagi menyatakan kesilapan.. ego mesti mao jaga maaa.. PDRM la katakan..
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH