Khamis, 12 November 2015

Banjir Lumpur Karak & Kaitannya Dengan Kemusnahan Hutan Simpan - Kereta Rosak, Bayar Tol, Duit Lagi - Di Mana Peranan Kerajaan?

Laporan akhbar berikut dipetik dari laman rasmi MP Kuantan, Fuziah Salleh.

Baca ;







Semalam berlakunya banjir lumpur di Lebuhraya KL - Karak. 

Rujuk.

Hujan lebat + tanah runtuh = bergabung meletup rakyat jadi mangsa.

Nasib baik tiada yang terkorban ketika kejadian. Walaubagaimanapun kita tertanya-tanya, apakah punca kepada kejadian tersebut. Apakah ada kaitan dengan aktiviti pembalakan yang berleluasa di kawasan nahas?

Menurut laporan Awani disini, dan gabungan artikel-artikel berita yang disebarkan oleh MP Kuantan, kita boleh kata jawapannya kemungkinan besar ialah YA.

Laporan Awani menyebut secara jelas ;

1. Projek ada kaitan dengan TNB. Sungguh pun laporan di atas TNB menafikan pembabitan diri mereka.

2. Bantahan telah dilakukan secara berulang kali termasuklah menghantar surat kepada KERAJAAN NEGERI.

3. Kawasan2 yang digondolkan bukan sahaja melibatkan kawasan-kawasan projek bahkan turut membabitkan hutan simpan kekal, kawasan tadahan air dan kawasan-kawasan yang diluar projek pembangunan di mana sama sekali tiada kaitan dengan projek. 

4. Bahkan kawasan yang tidak pernah dilanda banjir seperti di eko pelancongan Tanah Aina Fareena turut dinaiki air.

5. Ini merupakan kesan daripada aktiviti pembalakan yang tidak terkawal.

Soalnya, kenapa aduan-aduan, bantahan-bantahan diabaikan walaupun terdapat pelbagai pihak yang menyuarakan kebimbangan melalui pelbagai medium?

Sapa punya project neh sampai penguatkuasa tak boleh nak langgar (atau memang taknak langgar?).

Dalam pada itu, konsesi tol turut menyuarakan kebimbangan yang sama, rujuk sini.

Punya berlapik pihak konsesi tol mengatakan mereka mengesyaki wujudnya kegiatan pembalakan tetapi tak berani nak mengesahkan atau melakukan apa-apa tuduhan.

Hak eley. Apa pasai nak takut sedangkan aktiviti pembalakan memang wujud pun di kawasan berkenaan bahkan telah dilaporkan oleh media sejak dari tahun 2014. Ini mesti ada seseorang yang POWER incharge ataupun berkaitan dengan aktiviti pembalakan tersebut, ye tak? Itu pasai kena berlapik, kan?

Hihi.

Susulan kejadian semalam, ini apa yang pengguna di laluan tersebut terpaksa tanggung ;

1. Kereta rosak. 

- Tak sure insurans dia cover bencana alam ke tidak. Kalau tak cover, mampos. Duit nak merepair sapa nak bagi? Konsesi tol ka? Kerajaan ka? Kecuaian ini ada kaitan dengan konsesi tol dan kerajaan. Kenapa?

Pertama. Kegagalan konsesi tol dalam memastikan semua LALUAN mereka adalah SELAMAT DIGUNAKAN.

Bila ko buat aspection yearly atau monthly la (itu kalau ada la, aku rasa sepatutnya ada sepertimana yang aku tengok rancangan dokumentari), ko dah boleh tahu kawasan-kawasan apa di dalam jagaan kau sedang menghadapi sesuatu risiko yang memudaratkan pengguna lebuhraya.

Yang ini peranan kau sebagai konsesi, perlu bertindak tegas bagi membendung aktiviti tersebut. So, konsesi tol Karak neh ada buat apa?

Kedua. Terbukti sudah ada pihak yang peka dengan aktiviti pembalakan yang berleluasa di kawasan yang melibatkan hutan simpan dan tadahan air. Bantahan telah dibuat. Sebelum kejadian berlaku. So, pihak penguatkuasa buat apa?

2. Bayar tol walaupun terpaksa patah balik.  Ada logik ka? Dah kacau perjalanan orang. Tol mana boleh kutip. 

3. Duit minyak bertambah, sebab patah balik. Ini boleh claim kerajaan ka? 

Apa? Berkira? Pasal apa rakyat tak boleh berkira dengan kerajaan sedangkan kerajaan berkira dengan rakyat? Subsidi demi subsidi dihapuskan. Beban tanggungan rakyat bertambah dengan pelaksanaan GST disamping penarikan beberapa subsidi. Kat sini suka tak suka, terima tak terima, memang terbukti sudah perbelanjaan rakyat bertambah. Bila berlakunya kejadian bencana alam akibat kecuaian dan kelalaian dari pihak kerajaan dalam memastikan aktiviti pembalakan tidak menganggu ekologi seterusnya mendatangkan nahas yang membabitkan nyawa dan keselamatan rakyat, pasal apa kerajaan tak boleh dipertanggungjawabkan dalam menanggung kerugian yang perlu dibayar oleh rakyat?

Kalau la yang kena neh stok yang banyak duit mungkin la dia masih boleh bertenang. Bayangkan yang kena neh jenis makan pun cukup-cukup, secara tak langsung kejadian tersebut dah menyusahkan hidup dia tau.

Kalau tak menyusahkan hidup dia dari segi kewangan pun tidak semestinya kerajaan boleh lepas tanggungjawab apatah lagi kejadian ini berkait rapat dengan kegagalan kerajaan memantau aktiviti berkenaan.

Apatah lagi ada pihak yang mengaitkan projek berkenaan dengan TNB. Ini lagi la secara direct berkaitan dengan KERAJAAN PUSAT.

So, kerajaan di bawah Najib Razak kena pulangkan semula duit tol, duit minyak, duit terpaksa tidur hotel, dan lain-lain tanggungan berkaitan yang perlu dibayar oleh pengguna lebuhraya pada semalam akibat nahas yang berpunca dari kegagalan pihak penguatkuasa dalam menguatkuasakan undang2 berkaitan aktiviti pembalakan. Titik.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...