Rujuk : Dibayar 154,000 sebulan sebagai pemegang amanah YAPEIM.
Susulan daripada pendedahan tersebut, JAKIM dan Jamil Khir diminta untuk tampil menjelaskan tentang kontroversi berkenaan. Walaubagaimanapun, Dr. Asyraf Wadji, timbalan menteri di JPM yang takde kaitan pula menjawab isu tersebut.
Katanya. YAPIEM perlu diberi ruang untuk disiasat mengikut protokol terlebih dahulu sebelum dijatuhkan sebarang hukuman. Masyarakat perlu berlaku adil (dan macam la kerajaan berlaku adil pada masyarakat yang sibuk nak nasihat kita untuk berlaku adil, at least rakyat lebih adil berbanding kerajaan kot).
Dan Jamil Khir tiada kaitan dengan apa yang terjadi di YAPEIM.
Lalu, petang semalam NOW mendedahkan satu lagi bukti di mana menafikan point Asyraf Wadji.
Jamil Khir bukan sahaja terlibat sebagai menteri yang mengetuai JAKIM bahkan sebagai 'PELANTIK' kepada individu2 yang terkait dengan perbuatan salahlaku berkenaan.
Lihat ;
Dan ini apa yang NOW persoalkan ;
Oleh kerana individu-individu berkenaan dipilih oleh Jamil Khir dan Najib Razak hanya proceed dari segi persetujuan (protokol), maka memang tepat juga la apabila NOW meminta JAMIL KHIR menjawab segala macam tuduhan ke atas pengerusi dan timbalan pengerusi YAPIEM.
Mana boleh Jamil Khir elak. Atau hanya wakil2 yang tak berkenaan macam Asyraf Wadji yang menjawabnya pula. Kan?
Setakat neh Jamil Khir masih berdiam diri. Dan ini bukan kontroversi kali pertama membabitkan Jamil Khir sebagai menteri agama. Sebelum neh Jamil Khir pernah dikaitkan menggunakan wang rakyat (zakat) untuk membayar yuran guaman. Selepas pendedahan berkenaan dihebahkan, dimaklumkan wang tersebut telah pun diganti semula namun penggunaannya dihalalkan atas nama JIHAD FISABILLAH.