Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 31 Disember 2014

Top 3 - Inilah Menteri Yang Paling Banyak Mengeluarkan Kenyataan Bangang Pada Tahun 2014.


Tahun 2014 menyaksikan beberapa pemimpin samada berstatus kerajaan atau pembangkang, dari agensi kerajaan ataupun wakil parti telah mengeluarkan kenyataan2 yang memperbodohkan diri sendiri sehingga menjadi bahan lawak di media sosial oleh netizens.

Dan ini adalah bahagian pertama. 

Ahmad Maslan, Hasan Malek dan Najib Razak antara yang paling kerap mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang bukan sahaja memperbodohkan diri mereka bahkan berupaya membuatkan rakyat marah dengan kenyataan tersebut.

Dimulakan dengan Hasan Malek.

Tahun neh kita diberitakan dengan kenaikan harga minyak bagi RON 95 & diesel masing2 sebanyak 20sen. Dan bagi mengekang kemarahan rakyat, Hasan Malek mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat perlu bersyukur dan bukannya protes tentang kenaikan tersebut kerana kenaikan itu akan mengekang aktiviti penyeludupan yang berleluasa. 

Rujuk sini.

Hasan Malek juga pernah menasihati rakyat bahawa kita perlu kembali kepada budaya menghormati pemimpin, menghormati negara dan bersyukur dengan kejayaan apa yang ada ketika harga minyak dinaikkan. Sungguh pun sampai sekarang aku dan ribuan rakyat Malaysia yang lain gagal mengaitkan kenaikan minyak dengan motif Hasan Malek menasihati kami agar kembali kepada budaya menghormati pemimpin. Nampak?

Selepas teruk dikecam kerana KENAIKAN HARGA BARANG2, Hasan Malek membalas bahawa rakyat sepatutnya berkorban kerana mempunyai pemimpin yang ikhlas. Rujuk sini. Rakyat dinasihati untuk berjimat cermat dan berbelanja dengan berhemah bagi menghadapi kenaikan kos sara hidup berikutan langkah kerajaan mengurangkan subsidi untuk minyak.

Dan disini, Hasan Malek antara yang dispekulasikan mencadangkan kepada kabinet agar pentroll2 isu kangkung dihukum. Kalau sampai ada menteri2 yang mencadangkan dan bersetuju pula agar pentroll2 Najib dihukum, kau boleh bayangkan betapa teruknya mentaliti pemimpin negara kita.

Disini pula, respon Hasan Malek apabila ditroll kaw2 oleh rakyat marhaen dalam isu harga cendol. Sedang orang troll dia, dia tidak tahu bahkan menyeru pula orang mencontohi peniaga cendol dalam keadaan kerajaan sendiri menaikkan harga jualan minyak di negara ini.

Bagi menunjukkan kementerian jagaan Hasan Malek berbuat kerja dia juga melancarkan satu kempen bawa bekal ke sekolah yang mana akhirnya kempen tersebut mati dengan sendirinya. Rujuk sini.

Ini bukan yang terakhir dari Hasan Malek tetapi cukup menunjukkan betapa bangangnya dia bila berkempen undi BN kepada budak2 sekolah. Rujuk sini.

 
Dalam majlis tersebut, Hasan Malek secara angkuh dan egonya berkata, 'BN satu2nya kerajaan di dunia yang mengambil berat kebajikan rakyat dan meringankan beban ibu bapa disamping menasihati mereka2 yang hadir ke majlis tersebut, ibu bapa dan para pelajar agar mengundi BN.

Nampak tak? Kebodohan dia jangan la kita mempertikaikannya lagi.

Diteruskan dengan Ahmad Maslan.

Aku kira menteri2 kita sebenarnya berlumba2 untuk menunjukkan siapa yang paling mahir mengeluarkan kenyataan bodoh di antara mereka. Itu sebab tahun neh Ahmad Maslan beria2 keluarkan kenyataan bodoh. Bukan sekali tetapi berkali2.

Disini. Ahmad Maslan berkata GST hanya dibayar oleh orang kaya sahaja. Dan disini. Ahmad Maslan berkata tiada masalah BN berkempen di sekolah sebab ia aset kerajaan. Rupa2nya kerajaan = BN tue sama rupanya. Disini Ahmad Maslan mengumumkan yang BLUE WAVE ARMY perlu ditubuhkan untuk lawan pembangkang di media sosial. Ya. Lawan pembangkang dengan menggunakan duit siapa? BN ke? Disini pula Ahmad Maslan menjelaskan bahawa kerajaan gunakan masa selama 30 tahun untuk kaji GST. Respon menteri kepada demo anti GST. Punya la beria2 mengkaji jika ia babitkan kutipan cukai. Tapi bab harga rumah taknak pula beria2 kaji. Nampak?

Disini Ahmad Maslan menerangkan kerajaan tak berikan BRIM sekaligus sebab nak elak rakyat guna duit BRIM untuk beli I-phone. Dan sini ialah kenyataan bebal yang dia keluarkan dalam satu forum berkenaan GST. Disini pula Ahmad Maslan kata sapa tolak GST dia jahil. Kat sini, Ahmad Maslan sebut jika mencukai orang kaya banyak2, orang kaya akan lari bagi mengulas cadangan PR bahawa cukai haruslah diselaraskan ikut pendapatan miskin kaya. 

Disini, sini dan sini. Ahmad Maslan memperbodohkan diri sendiri isu cukai petrol. 

Dan ia tak berakhir disitu apabila Ahmad Maslan mengulas kejatuhan ringgit Malaysia patut dilihat dari sudut positif kerana ia membantu kepada sektor import eksport dan rakyat kini boleh mula menggunakan barangan tempatan. Rujuk sini.


Bagaimana pula dengan Najib Razak?

Awal tahun kita dikecohkan dengan isu kangkung. Najib dilaporkan berkata, kangkung dulu naik, sekarang dah turun kenapa tak puji kerajaan? Rujuk sini. Dan sini.


Perkara itu menjadi viral di media sosial dengan pelbagai jenis troll. Samada dalam bentuk video atau remix. Gambar mahupun karangan. Najib teruk diserang pada permulaan tahun 2014. Bahkan ia dilaporkan secara berleluasa oleh media antarabangsa. 

Selepas ditroll isu kangkung, Najib ditroll tentang satu gambar. Gambar itu dia yang sebarkan sendiri di laman facebook. Rujuk sini. Ia berkenaan gambar yang menunjukkan Najib sedang melambai kepada rakyat tapi sayangnya.. semua buat tatau dan malas nak layan dia. Mungkin kerana ketika itu isu kangkung masih lagi panas dan menyakiti ahti rakyat Malaysia. 

Dan disini, entah kenapa Najib mencadangkan agar menteri menjalani latihan untuk elak menteri nampak bodoh depan media. Sedang Najib lupa dari awal tahun hingga ke akhir tahun dia yang paling nampak bodoh depan media.

Dalilnya?

Disini. Najib kaitkan pemberian BRIM dengan hadis. Kata Najib pemberian BRIM ikut syariat Islam. Bukanla BRIM itu yang dikecam tapi tindakan Najib yang syok sendiri dengan beranggapan seolah2 BRIM itu menggunakan duit poket dia sendiri yang membuatkan dia dikritik hebat.

Disini pula Najib dipersendakan masyarakat apabila berbangga-banggaan mengumumkan bahawa Belanda cemburu dengan ekonomi negara.

Dan disini pula Najib dedahkan maklumat operasi pasukan keselamatan negara yang nak mengempur penceroboh Cameron Highland. Seolah2 nak bagi hint agar penjenayah2 tersebut ada masa untuk melarikan diri.


Dan disini, sini dan disini pula Najib tak henti2 mengeluarkan kenyataan yang memperbodohkan diri di hadapan pengguna media sosial dan media selepas dikecam teruk kerana kantoi bermain golf dengan Obama sedangkan beberapa negeri di Malaysia dilanda banjir teruk dan cuaca yang tidak menentu.

Dan disini juga disini, Najib juga dikecam selepas mengatakan pengisytiharan darurat tidak dibuat kerana mahu membantu rakyat mengclaim insurans.

Disini Najib membuat pengakuan dia tak pulang ke rumah lagi (kantoi menipu. Dikantoikan oleh blogger UMNO rujuk sini) sedangkan ratusan ribu mangsa banjir yang lain tiada rumah pun untuk dituju selepas banjir surut.

Tidak setakat itu, sebaran video dari page Zambry Kadir juga mengantoikan Najib Razak dan Zambry yang berlakon dalam air banjir di Perak baru2 neh. Rujuk sini.

Setelah dikumpul2, dihitung2 dan dikira2, ketiga2 pemimpin di atas adalah individu yang paling banyak memperbodohkan diri di hadapan media, orang awam mahupun di laman sosial.

Dan ini adalah episode pertama bagi kenyataan2 bangang keluaran pemimpin bagi tahun 2014. Ketiga2 mereka dalam episode ini adalah top three tiada yang paling top berbanding mereka berdasarkan kepada 'kuantiti' kenyataan bangang yang dikeluarkan.

Batalkan Karnival Di Permatang Pauh, Jangan Tambah Kritikan Ke Atas Anwar Ibrahim Wahai PKR.

Bukan batalkan terus. Hanya perlu ditunda ke satu tarikh baru yang lebih bersesuaian dengan keadaan.

Ini karnival yang dimaksudkan.

Lihat gambar ;


Sebenarnya. Jika karnival yang dianjurkan ini dalam skala kecil aku tak rasa ralat. Ada sesiapa kat sini yang berhenti untuk makan, bekerja, keluar membeli belah atau hidup sekalipun bagi menunjukkan rasa kesedihan dan simpati terhadap apa yang berlaku ke atas mangsa2 banjir terutamanya di Kelantan?

Takde kan.

Semua tetap meneruskan aktiviti harian seperti biasa.

Menderma atau tak menderma, membantu atau tak membantu, kita semua tetap meneruskan kehidupan seperti biasa.

Tetapi ini akan dijadikan isu oleh penyokong BN apabila melihat sebaran poster di bawah ;


Ada muka Anwar dan pimpinan PR yang lain. Ada pula logo PKR. Kalau logo UMNO yang tertera atas poster tue laju2 kena bahan. Kalau muka Najib yang terpampang kat atas poster tue laju2 lagi dia kena bahan.

So, tak hairan juga kalau Anwar dan PKR Permatang Pauh akan dikritik disebabkan penganjuran karnival di atas.

Cadangan aku. Kalau taknak batalkan pun harap2 Anwar tak turun ke karnival tersebut pada esoknya. Tak baik untuk reputasinya yang kini 50 - 50 di mata rakyat. Dan 100% hancur di mata penyokong2 PAS dan BN.

Kenapa?

1. Anwar lambat hadir ke Kelantan.

2. Lambatnya Anwar ke Kelantan dikaitkan dengan hubungan PKR dan PAS yang berantakan disebabkan isu hudud dan menteri besar Selangor.

3. Jadi penyokong2 PAS menganggap hubungan Anwar dan beberapa pimpinan PAS di Kelantan ialah dingin.

4. Itu sebab Anwar lambat turun padang dan hanya update dari luar negara.

Rujuk ;



5. Ini bukan hanya disebarkan oleh penyokong2 BN bahkan pembangkang juga.

6. Ya. Anwar sudah pulang dan dilaporkan sedang menuju ke Kelantan.

7. Tetapi kalau esok dia terpacak kat karnival tue orang akan bercakap. Rupa2nya balik semata2 nak p karnival tersebut. Kebetulan ada masa maka buat2 la tinjau keadaan di Kelantan. So ada la alasan geng2 PKR untuk membekap Anwar tadinya tue.

Kan tak elok untuk reputasi Anwar dan PKR yang semakin terjejas teruk dan hilang kepercayaan dari masyarakat disebabkan apa yang berlaku di Selangor? Sepatutnya gunakan masa2 ini untuk bina semula keyakinan masyarakat terhadap korang. Bukannya sibuk anjur karnival berdekatan dengan tarikh orang dilanda banjir le. Hadoi.

Seperti yang kita ketahui. Geng2 BN dah sebarkan poster mencari pimpinan2 PR yang hilang.


Apa tujuan mereka? Nak bagitau yang pimpinan PR pun dua kali lima macam pimpinan PR. Nak kena seru baru terhegeh2 tunjuk muka. Dan depa pun sakan bercuti ke luar negara.

Sesetengahnya beranggapan perbandingan ini kurang tepat. Ya. Kalau banding jawatan dengan jawatan memang tidak tepat. Mari kita banding wakil rakyat VS wakil rakyat. Bantuan yang boleh dihulurkan sebagai ketua pembangkang ada banyak dan macam2 woo. Kalau Anwar sendiri laju2 tinjau ke lokasi banjir, dia boleh laju2 'issue' kelemahan2 yang wujud sebab berada di ground.

Atas kapasiti ketua pembangkang yang mewakili rakyat Malaysia dia boleh catit satu persatu kelemahan yang ada dan huraikan untuk perbahasan dan pengetahuan kerajaan pusat dan negeri bagi menambahkan lagi kecekapan SOP dalam berhadapan dengan musibah banjir.

Nampak tak kat situ macam mana?

Najib. Individu yang berperanan mentadbir negara agak lambat bertindak. Namun, Anwar, individu yang dilantik untuk memantau Najib dan kerja2 pentadbiran oleh kerajaan BN pun lambat untuk menguruskan permasalahan. Kita ada ketua negara dan ketua pembangkang yang lambat bertindak sebenarnya.

Terima la hakikat rakyat Malaysia oi..

Aktivis Bantu Mangsa Banjir Kongsikan Pengalaman Sikap Orang Kuat PAS Kelantan YG Tunjuk Kuasa.


Hari ni ada orang kuat PAS kelantan datang nak ambik barang dalam kuantiti yg banyak lepas tu arah sukarelawan suruh angkat barang sesuka hati ... semalam team pakai baju 1 malaysia juga ada datang dgn cara yg sama ...
Lepas tu arahkan sukarelawan itu dan ini ... seolah2 seperti kami semua ni kena patuh pada arahan mereka ... Waittt !! at least pikirlah sikit ... tanyalah sikit ... siapa yg incharge ... merendah diri ... bukan satu tempat je teruk bnyk tempat yg teruk ...

at first kami tak bagi mereka ambil barang2 tu ... ini amanah orang ramai untuk saya uruskan ...saya x nak barang2 ni x sampai pada sasaran dan hanya golongan tertentu yg dapat ... lepas bagi explanation baru masing2 nampak faham ...

Saya tak kira siapa ... PAS ke UMNO ke DAP ke PKR ke ... kalau tak betul saya tegur ... supaya perbaiki dan jadi lebih baik ... macam tu baru parti boleh jadi hebat ... negara akan jadi maju ...baru boleh kekal berkuasa ... tengok jepun dan korea ... bila orang tegur terus mintak maaf ... bukan macam orang kita ... bila orang tegur dia kata kita fitnah ...

Letak tepi soal politik ... kita tolong ramai yg kebulur disana ... ada nyawa yg perlu di selamatkan ...

Contohnya, bila orang sebut, marah atau tegur keburukan seorang dari lapan anak kita ... itu tidak bermakna kesemua satu keluarga itu teruk. Itu tak bermakna mak bapak tu jahat dan gagal. Mak bapak yg hebat bila seorang anak dia di tegur, atau di marahi atau buat silap maka mak bapak ini akan cuba perbaiki anak dia tu ... dengan cara ini keluarga ini akan jadi hebat ... mak bapak ini akan jadi parents yg sangat hebat !

Macam zaman saya kecik dulu, bila orang tegur anak jahat atau nakal maka mak bapak akan pukul anak tu ... bukan backup ... bila backup anak tu maka anak tu akan membesar jadi jahat dan tak terkawal.

Saya bukan penentang kerajaan ... saya bawak minyak diesel drive 4 jam dgn kaki palsu ke agensi kerajaan untuk hidupkan generator ... saya juga bukan ahli parti pembangkang sbb tu saya buat misi ni kat masjid walaupun pejabat parti pembangkang hanya beberapa depa je dari masjid ni ...

Kami rakyat malaysia yg sayangkan negara ini dan sangat sedih dengan tragedi banjir ini ...

Accept critics ... appologize ... then change ... we will be better and stronger !


Rujukan : Raja Shamri.

2014 - Tahun Sedih Buat Rakyat Malaysia.


Hari ini ialah hari terakhir bagi tahun 2014 sebelum kita memasuki tahun baru 2015 bermula jam 12 tengah malam nanti.

Hari-hari terakhir menjelang tahun 2014, pada tahun 2013, rakyat Malaysia telah melakukan pelbagai protes bagi menyatakan kebimbangan ahti mereka untuk berhadapan dengan tahun 2014 yang akan menyaksikan rakyat Malaysia dihimpit dengan masalah kos sara hidup yang semakin lama semakin tinggi dan tidak tercapai dek kemampuan mereka.

Nampaknya jangkaan awal rakyat Malaysia tidak salah. Tahun 2014 menyaksikan kerajaan telah mengurangkan pelbagai jenis subsidi sehingga memutuskan untuk menghapuskan terus subsidi minyak selepas harga minyak mentah global, jatuh. Cuma apa yang rakyat Malaysia tidak menyangka disamping mereka berdepan dengan masalah kos sara hidup dan ketidaktentuan ekonomi negara disebabkan pentadbiran kerajaan yang tidak amanah dan tidak cekap, mereka diselitkan pula dengan pelbagai jenis tragedi yang menambahkan lagi kesedihan dan kesakitan di sanubari mereka.


Tragedi #MH370.

Ketika kita sedang di ambang protes memperkatakan tentang masalah kos sara hidup dan harga barang yang kian naik tiba2 bagaikan kilat menyambar kita mendapat berita pesawat MH370 hilang pada 8 March 2014.

Pesawat tersebut membawa 239 penumpang bersama 12 anak kapal. Berlepas dari KLIA menuju ke Beijing pada 12.41 malam. Penumpang paling ramai melibatkan warganegara China iaitu sebanyak 154 orang, Malaysia 50 orang (termasuk anak kapal), Australia 6 orang, India 5 orang, Perancis 4 orang dan Amerika sebanyak 3 orang.

MH370 masih dicari sehingga kini dan kehilangannya menimbulkan pelbagai jenis teori, hujah konspirasi, spekulasi, fitnah dan tuduhan yang tidak berasas.

Ini ialah tragedi pertama MAS di peringkat global dan segala kekurangan dan kelemahan kita dijadikan kontroversi dan mendapat kritikan meluas di peringkat antarabangsa. Kritikan dan analisa media antarabangsa terhadap teori kehilangan MH370 ada yang berasas namun lebih banyak yang tiada asas. Yang paling mengarut sebaran mereka apabila menuduh kredibliti pilot yang mengendalikan MH370, kapten Zaharie yang juga menjadi antara aset kebanggaan MAS sebagai bunuh diri kerana Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman bersalah dalam pertuduhan liwat II yang menyabitkan Anwar bakal berdepan dengan hukuman penjara 5 tahun. 

Tuduhan itu tidak berhenti disitu. Ia disambung oleh blogger kita. Dan media luar terus menuduh dan mengaitkan ISLAM dan keganasan sebagai punca MH370 gagal ditemui sehingga kini.

Kehilangan MH370 juga menyaksikan bagaimana rakyat Malaysia terus berbalah dan berpecah sesama sendiri berdasarkan blok partisan berbanding menghuraikan isu berdasarkan fakta kes. Ada di antara mereka lebih suka menyerap fitnah media luar terhadap insiden MH370. Tanpa mereka sedari setiap penulisan2 mereka dibaca oleh ahli keluarga mangsa yang terkesan dengan setiap sebaran tersebut. Itu tak masuk lagi dengan sikap wartawan pelbagai pelosok dunia yang menyerbu ahli keluarga mangsa bagi bertanyakan pendapat dan perasaan mereka tentang tragedi yang berlaku. Kita nampak dan perhalusi kegagalan dan kelemahan menteri2 kita dalam mengendalikan insiden MH370. Penyampaian maklumat yang tidak tersusun, kenyataan yang menimbulkan keraguan dan kegagalan menguruskan tragedi dengan cepat dan secekapnya. Kita akui. Namun dalam masa yang sama perlu juga kita akui dan terima kelemahan diri kita dalam menyampaikan dan menyebarkan maklumat. Kita semua sama2 bersalah. Baik menteri mahupun diri kita.

Tragedi #MH17.

4 bulan telah berlalu dan kita masih bersedih dengan tragedi MH370 yang hilang tanpa dikesan. Kita dihadapkan dengan masalah kewangan MAS dan risiko MAS bakal muflis dengan insiden tersebut. Dan sekali lagi. Berita yang sama sampai kepada kita. Kali ini ianya tidak hilang tetapi pesawat kita ditembak jatuh.

MH17, ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 di ruang udara Ukraine yang juga ruang yang terlibat dalam peperangan antara kumpulan pemisah dengan negara Ukraine. Membawa 298 penumpang termasuk 15 anak kapal. Pesawat itu berlepas dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur. 154 penumpang adalah warganegara Belanda, 45 dari Malaysia (termasuk anak kapal dan 2 bayi), Australia 27 orang, Indonesia 12 orang termasuk bayi, United Kingdom 9 orang, Jerman dan Belgium masing2 4 orang, Filipina 3 orang, kanada 1 orang, dan 41 yang lain tidak dapat disahkan warganegaranya.

Seperti MH370, insiden ini turut membuahkan pelbagai jenis teori dan konspirasi. Seperti MH370, insiden ini juga menghasilkan pelbagai2 pakar2 penyiasat segera yang belajar dan mendapat ilmu melalui facebook dan media sosial. Sebaran maklumat palsu, fitnah, tidak berasas dan sebagainya terus dilakukan oleh pihak2 tertentu di dalam negara neh tanpa mengambil peduli emosi ahli keluarga mangsa yang terjejas. 

Dan tragedi ini sekali lagi membuatkan Malaysia dikecam oleh masyarakat antarabangsa. Berbanding menyalahkan yang menembak pesawat itu, kita lebih teruk dipersalahkan atas alasan tidak peka. Bukan hanya orang luar bahkan rakyat di negara ini juga. MAS yang telah jatuh dalam insiden MH370 kini tinggal nyawa di hujung tanduk. Lebih ramai kakitangan MAS yang takut dengan situasi semasa sehingga memaksa mereka berhenti. Ironinya. Kapal kita terbang bersama2 kapal orang lain. Di ruang udara yang sama. Di waktu yang lebih kurang sama. Tetapi kapal kita yang jadi mangsa. Dan kita teruk dikecam kerananya. Insiden berkenaan masih disiasat dan sehingga kini baik pihak Rusia mahupun Ukraine bermain tarik tali dan pass button 'kesalahan' ke atas orang lain. Manakala Malaysia, MAS dan yang terkorban dalam insiden berkenaan terus menjadi mangsa keadaan dalam tragedi berkenaan. Kita ialah mangsa dalam tragedi ini. Tetapi orang kita bahkan ada yang bersekutu dengan pihak luar dengan menukarkan situasi mangsa kepada kita ialah pemangsa dalam tragedi berkenaan. Sekalipun pemimpin kita jahat, sekalipun kita benci BN, tetapi adakah pemimpin di negara luar itu adalah boleh dipercayai berbanding mempertahankan negara kita? Ahli politik adalah sama. Dalam ataupun luar negara. Tak rela kena tipu dengan pemimpin dan pihak media sendiri tetapi rela membiarkan diri kena tipu dan dimanipulasikan oleh pemimpin dan media luar, itu juga kebodohan.

Siri penculikan di Sabah.

Selain dua insiden yang membabitkan pesawat diperkatakan oleh pihak luar sehingga ada di antara mereka menjadikan ia sebagai bahan senda gurauan di laman sosial dan menghilangkan kepercayaan orang ramai terhadap MALAYSIA AIRLINES, kita turut berdepan dengan siri penculikan demi penculikan di perairan Sabah. 

Kenapa ini jadi masalah besar? 

Ini kerana penculik tersebut tidak lagi menculik pelancong ataupun orang Sabah untuk dijadikan tebusan semata-mata bahkan sanggup bertindak jauh sehingga membunuh anggota keselamatan negara kita.

Perkara itu juga menjejaskan sektor pelancongan negara lapor MIER. Rujuk sini. Keselamatan di perairan Sabah yang longgar menjadikan Sabah sasaran mudah kumpulan penculik untuk melakukan onar di negara ini disamping masalah PATI yang tak berkesudahan. 

Hujahnya. 

2 April - Goa Hua Yun berumur 29 tahun pelancong China dan Marcy Dayawan 40 tahun pekerja resort warga Pilipin diculik oleh kumpulan penculik di perairan Sabah. Ini berlaku selepas MH370 hilang.

6 Mei - Yang Zai Ling 34 tahun dari China diculik dari pusat ternakan ikan di sekitar perairan Sabah dan dilarikan menggunakan bot.

16 Julai - Chai Sai Chun, 32 warga Malaysia diculik berhampiran pekan Kunak.

12 Julai - Konstabel Zakia Alep diculik di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna manakala Koperal Ab. Rajah Jamuan pula terkorban kerana ditembak mati oleh kumpulan penculik.

Kesemua tebusan tersebut berjaya dibebaskan hasil dari rundingan namun nasib konstabel Zakia masih lagi dalam rundingan PDRM bersama kumpulan penculik. 

Ini. Telah menyebabkan sektor pelancongan jatuh dan tahap keselamatan dalam negara khususnya di perairan Sabah diragui oleh masyarakat antarabangsa.

Pelbagai dana diperuntukan kepada ESSCOM untuk memastikan rakyat Sabah merasa selamat dan terlindung tetapi mereka gagal bekalkan tahap keselamatan yang diharapkan sehingga kepada satu tahap, PDRM mengisytiharkan darurat berterusan di Sabah bagi mengekang aktiviti penculikan. Ini membuktikan selepas insiden Lahad Datu, tahap keselamatan di Sabah bukan lagi perkara biasa yang boleh diabaikan. Pelancong dan warga tempatan diculik bahkan ada yang telah ditembak mati. Perairan Sabah mudah ditembusi meskipun dana untuk keselamatan kian meningkat. Anggota keselamatan dibunuh. Siasatan menunjukkan yang bekerja dan bersuhabat dengan kumpulan penculik adalah mereka2 yang memiliki IC palsu atau kewarganegaraan segera. Masalah PATI semakin menakutkan bahkan salah seorang dari mereka pernah mengemparkan negara apabila membunuh pegawai BANK yang bekerja di AMBANK. Rakyat Sabah terus merayu bahawa mereka risau hidup dikeliling PATI. Bahkan ada di antara PATI2 itu lebih sudu dari kuah di negara ini. Tapi di manakah pemimpin2 negara kita?

2.9 juta ialah jumlah PATI yang dianggarkan berada di dalam negara ketika ini. Stastistik itu tidak termasuk dengan mereka2 yang menipu menggunakan IC palsu dan menyamar sebagai warga Malaysia. Dan perlu berapa banyak yang mati dan terkorban sehingga kerajaan benar2 mengambil satu inisiatif yang menyeluruh dan telus dalam membanteras kegiatan tersebut? Untuk rekod, Nazri Aziz sebagai menteri pelancongan juga mengakui secara terbuka, dia takut untuk ke Sabah. Jadi bayangkanla, betapa teruknya tahap keselamatan di negeri tersebut.

Musibah banjir 2014.

Ia memang banjir tetapi kesan akibat banjir adalah selepas sesudah tsunami. Itu la yang diibaratkan berlaku di Kelantan khususnya di Kuala Krai. Pada awal tahun kita telah diberitakan dengan perkhabaran El nino. Rujuk sini dan sini.

Cuaca di negara kita panas sepanjang bulan2 terawal dalam tahun 2014 dan kita merungut dengan masalah jerebu, pencemaran dan masalah kekurangan bekalan air.

Untuk bulan2 terakhir pada tahun 2014 kita ditimpa hujan yang tak berkesudahan sehingga mengakibatkan banjir di beberapa buah negeri dengan negeri yang paling teruk terjejas ialah di Kelantan. Mangsa banjir yang terlibat dalam perpindahan dilaporkan sebanyak 247,104 mangsa dan ini ialah catatan pada 30 disember 2014. Namun. Harus kita bezakan. 247k ialah merujuk kepada mereka yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir. Angka mangsa yang terjejas angkara banjir adalah lebih besar dari itu kerana bukan semua mangsa banjir mahu berpindah dan berpindah ke pusat2 yang diselia oleh kerajaan.

Musibah banjir 2014 berlaku di beberapa buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis, Kedah dan Johor. Di Pulau Pinang pula berlaku rentetan demi rentetan peristiwa ribut yang mengorbankan nyawa orang awam. Yang terbaru di Balik Pulau yang mana mencederakan seorang dan merosakkan 500 rumah rakyat di daerah tersebut. Rujuk sini. Sebelum neh pada tahun lepas, menara telekomunikasi di bangunan UMNO pernah jatuh dipukul ribut yang menyebabkan dua maut dan belasan yang lain tercedera dalam kejadian tersebut. 

Musibah banjir yang melanda di beberapa buah negeri telah meragut 21 nyawa dan 10 yang lain masih hilang. Ini ialah catatan pada petang 30 disember 2014. Manakala ratusan ribu yang lain hilang tempat tinggal dalam sekelip mata. 

Yang hilang rumah terus.
Yang rumahnya musnah habis.
Yang rumahnya dibawa arus.
Yang ada sekadar tinggal tapak.
Yang hilang nyawa ahli keluarga dan harta benda.
Yang dirompak oleh mereka2 yang mengambil kesempatan pun ada.

Kesakitan mangsa banjir semakin terasa apabila gambar Najib Razak bermain golf di Hawaii bersama Obama dilaporkan secara meluas oleh media massa. Tidak cukup itu, Najib dilaporkan bercuti tetapi menggunakan pesawat rasmi. Percutian itu dibiayai oleh wang pembayar cukai dalam saat mangsa banjir bertarung nyawa berpaut pada pokok minta diselamatkan oleh pasukan keselamatan yang lambat tiba disebabkan faktor cuaca yang buruk disamping arus air yang deras dengan keadaan yang serba kekurangan tenaga dan aset akibat arahan untuk kerahkan bantuan lambat dikeluarkan.

Ketika Najib menhayun kayu golf itu, ada anak kecil yang terpisah dengan neneknya dan dibawa oleh arus deras apabila bumbung tempat mereka berlindung ranap dan runtuh diserang arus deras banjir.

Ketika Najib upload gambar selfie dengan muka sedih di Twitter, ratusan ribu mangsa banjir terperangkap di beberapa lokasi menunggu bantuan kunjung tiba.

Najib perlu dipanggil pulang oleh rakyat Malaysia bagi megetuai pasukan keselamatan untuk membantu mangsa banjir. Menteri Malaysia pula perlu dipanggil pulang oleh perdana menteri menerusi media massa agar turun padang bagi meninjau dan melakukan operasi menyelamat di lokasi yang terjejas.

Apa situasi yang cuba disampaikan ini?

Adakah sebagai seorang pemimpin, rasa prihatin itu perlu diarah berbanding ia timbul atas kesedaran diri sendiri dan rasa anggungjawab?

Ada sesuatu yang tak kena disini. Berbalik kepada cuaca. 

Panas. Hujan atau ribut. Kita tetap merungut.

Cuaca yang panas dan cuaca yang tidak panas bukan la cuaca yang kita mahukan. Kita mahukan cuaca yang mana bila panasnya, panasnya itu tidak merumitkan kehidupan kita dan bila tidak panas, tidak panasnya itu tidak menjejaskan kehidupan kita. Boleh ke?

Yang sebenarnya. Apa yang kita boleh buat ialah ubah cara kita menjaga alam ini. Ubah cara kita menguruskan dan membangunkan negara, sistem perparitan, cara kita menggunakan air, cara kita melayani alam kerana dengan itu, sekurang2nya kita boleh meminimakan kesan negatifnya ke atas kehidupan kita. Musibah banjir ini bukan pengajaran kepada mangsa banjir sebaliknya ia ialah pengajaran kepada kita. Jika kita boleh bina bangunan yang tinggi, apa sebab kita gagal sediakan sistem perparitan yang effisen. Jika kita boleh predict cuaca yang luar biasa, apa sebab kita gagal menyediakan langkah pencegahan bagi menangganinya. Jika kita boleh tebang pokok dan kacau alam sekitar, apa sebab kita gagal sediakan plan tambahan bagi mencegah mudarat akibat dari tindakan tersebut. Inila pengajaran yang kita kena renungkan.

Kehilangan dan penemuan #QZ8501

Menutup tirai 2014. Kita tidak berhenti pada musibah banjir 2014. Ia bukan tragedi terakhir yang melibatkan intergriti Malaysia. 28 disember 2014. Ialah tarikh #QZ8501 sebuah pesawat Air Asia dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan. Penerbangan QZ8501 itu menggunakan pesawat Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC.Pesawat membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal (dua juruterbang, lima kru kabin) itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya pada jam 5.35 pagi.

Ia sepatutnya mendarat di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan. Penerbangan tersebut membawa 156 rakyat Indonesia, tiga rakyat Korea, dan masing-masing seorang rakyat Singapura, British dan Malaysia. Daripada jumlah itu, 138 adalah dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi.

 
Sungguhpun Air Asia Indonesia tiada kaitan dengan Malaysia secara langsung namun Air Asia ialah sebuah syarikat penerbangan yang terkait dengan Malaysia disebabkan ia jenama hasil idea anak Malaysia yang berubah menjadi antara jenama antarabangsa yang dikenali dunia.


Pada awalnya ketika pesawat Air Asia dilaporkan hilang tumpuan diberikan kepada Malaysia berbanding Indonesia sehingga pihak berkuasa Indonesia terpaksa mengeluarkan kenyataan penafian. Air Asia Berhad memiliki 49% saham di Air Asia Indonesia namun Air Asia Indonesia ialah sebuah syarikat yang beroperasi dan berpengkalan di Indonesia. Namun masyarakat dunia masih mensasarkan Malaysia kerana ini ialah tragedi pesawat ketiga yang melibatkan Malaysia dalam satu tahun yang sama. Intergriti Air Asia dan MAS terus diperkatakan kerana terkait dengan Malaysia.

Nasib QZ8501 akhirnya berjaya disimpulkan apabila memasuki hari ketiga, pasukan SAR berjaya menemukan mayat dan serpihan dari pesawat yang hilang itu. Ketika ini 7 mayat telah ditemui dan diangkat oleh pasukan penyelamat. Salah seorang yang ditemui berpakaian pramugari dan seorang kanak-kanak. Pesawat tersebut dikatakan membuat permintaan mahu melencong ke kiri dan naik lebih tinggi dari aras semasa disebabkan liputan awan yang tebal dan faktor cuaca yang buruk. Selepas 10 minit, mereka terputus hubungan sebelum ditemui terhempas di bahagian kalimatan.

Memasuki tahun baru 2015. 

Yang suram dan muram dalam bulan2 terakhir 2014 tidak dapat dilupakan. Masalah ringgit yang jatuh dan ekonomi negara yang tidak stabil. Ramalan pakar ekonomi mengenai kadar inflasi, penganguran dan kadar faedah pinjaman akan terus naik pada awal tahun 2015 sudah cukup mengusarkan kebanyakan rakyat Malaysia. Penggantian cukai SST kepada GST yang menyebabkan lebih banyak barang dan perkhidmatan akan dicukai di negara ini. Orang miskin akan terus tersepit. Dan masalah kos sara hidup yang semakin membebankan dengan harga rumah yang naik melonjak dan ahli politik kerajaan dan pembangkang yang tidak cekap dan jujur dalam melaksanakan tanggungjawab masing2 antara faktor2 yang menyebabkan rakyat Malaysia terus suram untuk tahun2 mendatang.

Blogger UMNO YG Kantoikan Rosmah Guna Pesawat Rasmi - Ini Jawapan Kehilangan Pesawat Milik Negara.

So. Aku dah dapat jalan cerita yang lebih jelas. Pemimpin2 PR termasukla Ketua Pemuda Penerangan PKR tak pernah sesekali pun menyebut Rosmah menaiki pesawat milik negara. Apa yang dia sebut?

1. Kenapa Najib p Hawaii guna pesawat milik negara dan balik guna pesawat TUDM?

2. Bukan kah ini menyebabkan pertambahan dari segi kos perbelanjaan?

3. Kenapa bukan pesawat rasmi negara yang membawa pulang Najib Razak?

4. Kenapa pesawat itu terbang ke LA dan kemudiannya berakhir di Indianapolis?

5. Siapa yang guna dan apa tujuannya?

Part 1 rujuk sini.

Dan sekarang. Geng2 BN dok counter attack kata kita fitnah padahal kita tanya. Macam biasa. Bila kita tanya depa kata fitnah.

Oi, kau nak p mana tue = tanya.

Tapi pada anggapan geng BN = tanya = fitnah.

Pepatah lama mengatakan, malu bertanya sesat jalan. Pepatah baru pula mengatakan rajin bertanya maksudnya fitnah.

Dah sudah. Tanya pun tak boleh.

Dah alang2 depa kata kita fitnah (secara tepatnya, fakta dan hakikat, kita bertanya), kita akan dedahkan kat sini siapa sebenarnya yang menyebut nama Rosmah Mansur menaiki pesawat tersebut.

Bukan dari geng2 PR atau non partisan macam aku tau. Tapi dari geng2 UMNO juga. Ini apa yang ASD sempat copy ;

Yup. The official jet took Rosmah and her gang to Indianapolis. Last reports say the official jet was still there in Indianapolis.

So the First Lady of Malaysia did not bother coming home to meet the flood victims. But she has an office in the PMO called 'Office of the First Lady'??

Najib returned home to KL first on a commercial flight. Tukar baju, tukar flight and flew back from KL to Kota Bharu. Everyone thought that Najib had flown directly from Hawaii to Kota Bharu. I thought the same. Rupanya we have been had.

Here is that Malaysiakini report : http://s.m5.malaysiakini.com/news/284757.html. I have truncated it.

PM puts flood victims before family

4:00PM Dec 28, 2014

-His family (Rosmah) was sad to see him leave Hawaii (Rosmah still in US)
-Najib decided to put his vacation aside my family was sad that I had to leave them (Rosmah still on holiday)
-Najib came under fire playing golf in Hawaii as flood worsened.
-Najib had cut short his holiday and returned to the country yesterday.

However he appears to have taken a different plane from the government jet that had ferried him to Hawaii.That carrier went the opposite direction to Los Angeles before ending up in Indianapolis, Indiana, where it has remained till now, according to data on flight tracking website Flightradar24.

Upon his arrival, Najib's first stop was in Kota Bharu, Kelantan

Read carefully folks :

However he appears to have taken a different plane from the government jet that had ferried him to Hawaii.That carrier went the opposite direction to Los Angeles before ending up in Indianapolis, Indiana, where it has remained till now, according to data on flight tracking website Flightradar24.

So this is what has been really going on. I believe the Malaysian taxpayer has provided the Prime Minister an official jet (more than one) so that the PM can attend to important matters of State, including returning home as quickly as he can to oversee relief efforts during natural disasters. (OK lah if the PM wants to use it for his holiday - I dont mind.)

But it looks like the PM left the official jet for his wife's personal use to continue her holiday in Indianapolis. Then the PM spent even more taxpayers money to take a commercial flight back home to Malaysia. Pasal apa bayar duit dua kali?

Since when does the PM's wife have the right to use the official jet for her private holiday - without the PM?

If she has an "Office of the First Lady of Malaysia" in the PMO with a full budget and staffing then why not the First Lady also cancel her holiday and return home to be with the flood victims?

If the PM is going to use commercial flights then why the need for official jets?

Artikel di atas di petik dari sini. Dari blogger UMNO. Dan selepas beberapa jam, artikel itu hilang. Ya. Hilang. Kenapa dia hilang? Mana aku tau. Nak kena p tanya blogger tersebut la. Kenapa dia remove artikel dia. Btw, dia blogger UMNO yang pro Mahathirism okay.

Dan. Apa yang berlaku ialah dia terbitkan artikel yang lain tentang kehilangan kapal terbang tersebut bersama2 dengan kehilangan Rosmah Mansur mama angkat aku tue.

Rujuk sini.

Kali neh penulisan tersebut berbeza sedikit nadanya berbanding penulisan di atas. Untuk rekod, penulisan di atas hanyalah sebahagian dari apa yang ASD dapat petik. Owh demm.. kita tak dapat petik penulisan penuh dia disebabkan artikel tersebut telah dibuang dari blog tersebut.

Yang aku tertarik tentang huraian dia ialah ;

1. Dia sebut Najib terbang ke Hawaii dengan diiringi Rosmah. Aku dah cuba2 godek gambar Rosmah di Hawaii. Sorry tak jumpa. Gambar lama ada. Tapi gambar baru takde. Yang tersebar tue gambar lama. Mula2 aku pun terkena gak. Then masa nak tulis artikel siang tadi, aku cuba dapatkan pengesahan agar tak tersalah tembak. Nampak gayanya, memang bakal tersalah tembak kalau aku laju2 je sebar gambar Rosmah di Hawaii sedangkan itu gambar lama. Nasib baik.

2. Najib sebenarnya p bercuti bersama2 keluarganya. Hak ala. Bukan mama aje kau. Dengan family dia angkut sekali naik pesawat tue tau.

3. Then. Najib perlu meninggalkan percutian tersebut kerana utamakan mangsa banjir berbanding percutian. Kat sini aku tertarik sebab perkataan percutian tue hah. Kau kalau bercuti guna la pesawat kau sendiri. Apa kaitan pesawat rasmi dengan hal peribadi kau pula neh Najib woii.

4. Apa hak Rosmah gunakan pesawat tersebut tanpa kehadiran atau penglibatan Najib.

Hmm..

Sapa bayar?
Sapa tanggung?
Guna duit sapa?

Itu yang aku dok fikir2 sekarang neh beb.

Dan dalam artikel terbaru dia berkenaan pesawat tersebut ada disediakan jawapan pesawat rasmi milik negara 9M-NAA yang hilang secara misteri tue.

Ini yang aku petik dan sreenshot ;


So, aku buat sedikit research, ini yang aku jumpa ;



Sumber rujukan dari geng2 UMNO juga. Klik sini.

- Najib dari Hawaii ke Hong Kong naik pesawat komersil. 

- Dan pesawat milik TUDM amek kat Hong Kong dan terus dibawa ke Kota Bharu. (contradiks dengan artikel yang dipadamkan dari laman blog OSTB).

- Hal ini kerana pesawat yang membawa Najib telah dibawa ke US untuk tujuan penyelenggaraan disebabkan beberapa masalah teknikal yang perlu diberikan perhatian.

- Pesawat berkenaan tidak ditinggalkan untuk kegunaan peribadi keluarga Najib Razak dan keluarga Najib Razak juga tidak berada di Indianapolis. Maksudnya pesawat memang berada di Indianapolis tetapi family Najib tah di mana tah..

Owh baikla.

Satu kebetulan yang amat menarik apabila pesawat tersebut dihantar untuk diperiksa dalam waktu kita tak nampak kelibat Rosmah Mansur.

Hmmm oke. Aku akan fikirkan jika aku perlu buat2 percaya dengan alasan di atas. Dalam pada itu, untuk geng2 BN yang tak habis2 kata geng2 PR asyik meroyan isu gambar Najib dan sticker BN pada beras punca bantuan lambat sampai tue..

Nah, baca bawah ;


Lalalala..

Blogger korang yang sebarkan gambar tue rupa2nya. Ini rujukan rasmi. Gambar yang menunjukkan petugas sibuk menampal sticker propaganda dan sticker tersebut perlu ditampalkan pada beras sebelum melakukan pengedaran.

Faham tak?

Yang sebarkan dan complain huha huha ialah puak2 korang. Kita orang neh sambut je sebab isu tersebut relevan untuk diperkatakan. Apa salahnya bagi aje beras tue tanpa bersticker bagai dengan muka piem kau tue. Tak jemu ke? Buka tv, tutup tv, p merata tempat asyik terserempak dengan wajah PM je. Bagi la mata rakyat neh relaks kejap..  HAHAHAHAA..

Selasa, 30 Disember 2014

Ini Harga Baru Bagi RON 95 & Diesel.

Updated. 

Berikut adalah harga terkini minyak bagi RON 95, 97 dan diesel seperti yang diumumkan menteri sebentar tadi.


Harga baru diesel 1.93 sen.
Harga baru bagi RON 95 ialah 1.91 sen.
Manakala harga baru bagi RON 97 ialah 2.11 sen.



Ini adalah apa yang dinyatakan oleh Ahmad Maslan menerusi laman twitternya.

1. Harga baru bagi RON 95 di antara 1.90 - 1.95 sen seliter.

2. Harga baru bagi diesel juga dianggarkan antara 1.90 - 1.95 sen seliter.

3. Harga baru akan diumumkan oleh menteri yang jaga KPDNKK iaitu Hasan Malek.

4. Dan Ahmad Maslan berharap, dengan penurunan harga minyak tersebut, para peniaga akan mengambil inisiatif untuk menurunkan harga2 barang jualan mereka.

Itu je yang menteri kau update. Tak pula dinyatakan secara tepat harga baru bagi kedua2 jenis minyak tue. Tapi info2 yang tersebar di wassap ialah  ;

Harga baru bagi ron 95 = 1.93 bermula 1 Jan 2015

Harga baru bagi diesel = 1.97 bermula 1 Jan 2015

Untuk ron 97? Tatau samada harganya akan turun atau tidak. Menteri sebut ron 95 dan diesel aje kat twitter.

Tapi yang tersebar di wassap ialah harga baru bagi ron 97 akan turun kepada 2.13 seliter bermula 1 jan 2015.

Apa2 hal. Tunggu la pengumuman rasmi dari mereka nanti. Ia harga baru yang belum disahkan. Dan satu lagi. Contradiks dengan kenyataan menteri kau. Harga diesel tue dianggarkan paling mahal 1.95 sen seliter. Yang tersebar di wassap 1.97 sen seliter. Dah lebih 2 sen tue. Aku sekadar nyatakan apa yang tersebar jek.

Harap2 aku bukan la individu yang bakal diburu sebab laporkan apa yang tersebar di wassap.

Haha.

Bai.

Artikel ini akan dikemaskini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...