Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 8 September 2014

Pendapatan Isi Rumah Rakyat Meningkat Kepada RM5,900 Sebulan Kata Menteri.


Betul ke kajian ini?

Angka awal Kajian Pendapatan Isi Rumah 2014 yang dijalankan kerajaan, menunjukkan taraf hidup rakyat meningkat, dengan purata pendapatan isi rumah melepasi RM5,900 sebulan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata ia merupakan pencapaian yang ketara berbanding hasil kajian pada 2012 yang merekodkan purata pendapatan isi rumah sebanyak RM5,000 sebulan.

"Daripada segi meningkatkan ekonomi, kita sudah berjaya, dan dibuktikan dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 6.3% pada separuh pertama tahun ini. -TMI-

Kalau tanya aku, aku akan jawab aku percaya kajian ini betul. Menurut menteri pendapatan isi rumah rakyat melepasi RM5,900. Maksudnya RM5,901 dan ke atas.

Apakah kaedah yang digunapakai oleh kerajaan untuk melakukan pengiraan ini? 

- Kerajaan akan campurkan gaji semua pihak tanpa kira miskin kaya.

- Kemudian kerajaan akan lakukan pengiraan purata.

- Dari situ kerajaan mendapatkan satu angka purata yang menunjukkan pendapatan isi rumah rakyat menunjukkan peningkatan.

Mungkin kerajaan akan menggunakan point bahawa tindakan mereka menaikkan gaji minima membantu kepada peningkatan tersebut.

Agak2 korang. Kerajaan kira sekali tak gaji2 warga asing kat negara neh?

Haha.

Sebenarnya. Tujuan kerajaan mendedahkan kajian ini adalah untuk mendapatkan persepsi positif. Untuk memberikan gambaran bahawa usaha2 mereka untuk memulihkan ekonomi negara berada di landasan yang betul. Kajian pendapatan isi rumah telah membuktikan bahawa tindakan mereka adalah tepat. Benda macam neh kalau dicampakkan kepada rakyat yang buta politik mereka mesti percaya bulat2 dan memuji kerajaan kita siang malam tanpa henti. Tapi sayangnya. Rakyat Malaysia pada hari ini bukan la macam rakyat Malaysia pada zaman dulu2. Main telan aje semua input dan percaya. Rakyat Malaysia pada hari ini telah melalui proses kematangan dan bangkit daripada terus diperbodoh2kan oleh kerajaan kau neh.

Kalau Wahid nak buat kajian. Maka buat kajian betul2 yang merujuk kepada kelompok rakyat semata2.

Apa kata Wahid buat kajian pendapatan isi rumah tanpa ;

- Memasukkan gaji warga asing
- Memasukkan gaji orang2 kaya

Kita tengok berapa yang rakyat raih setiap bulan. Berani kah kerajaan kita? Orang nak beli rumah pun tak mampu dah zaman sekarang. Apa nak dibanggakan dengan kajian purata pendapatan isi rumah yang meningkat pun? Rakyat terbanyak raih tak banyak mana pun dalam sebulan. Berbanding dengan apa yang perlu dikeluarkan bagi menampung keperluan untuk hidup. Wahid.. Wahid.. sejak2 jadi menteri makin menjadi2 perangai ko ye. Hak ala..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...