Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 9 September 2014

Kenapa Ali Lawan Monarki?


8 tuduhan. Di bawah akta hasutan dan juga akta multimedia tak silap aku. Apa yang tertimpa ke atas Ali sangat meragukan dan mengelirukan. Mula2 PDRM panggil Ali ke balai untuk jalani proses soal siasat. Dia pergi dan ada bagitau yang polis melayan dia dengan baik sepanjang sesi soal siasat berjalan.

Dan kemudiannya selang beberapa hari dia menerima laporan dari pihak polis bahawa dia akan didakwa di bawah satu akta hasutan 1948. Atas satu kesalahan. Dia pun pergi. Dengan peguam. Jalani perbicaraan. Bayar ikat jamin. Alih2 lepas bayar ikat jamin tetiba polis buat wayang.

Datang dan tahan dia semula.

Rupa2nya dia perlu hadapi 7 kes yang berbeza di bawah satu akta yang sama. Mungkin merangkumi akta multimedia juga. Kenapa dari awal2 lagi polis tak terangkan Ali perlu berhadapan dengan 8 kes sekaligus?

Jangan cakap dengan aku polis sesama polis yang berbeza cawangan dan negeri takde link. Aku tak terbeli dengan alasan bullshit itu. Maaf. Kalau takde link macam mana pula polis Shah Alam boleh predict yang Ali akan jalani perbicaraan di Selayang? Kalau takde link macam mana pula polis boleh meminta agar Ali diikat jamin supaya boleh di bawa ke Johor untuk jalani kes yang lain pula?

Untuk rekod.

Selayang satu.
Shah Alam dua.
Johor lima.

Semuanya atas kes yang membabitkan sultan. Tetiba ramai orang suci datang dan menasihati Ali. Datang dan menasihati aku. Jangan mencarut kalau nak mengkritik sultan. Untuk rekod, tiada keperluan untuk Ali mengaku salah dalam kesemua kes yang membabitkan dia dalam akta hasutan. Aku tak pernah anggap dia bersalah dan tiada sebab pula untuk dia mengaku salah. Aku tahu. Ramai juga yang sebarkan screenshot dia maki kononnya. Katakanla, screenshot itu benar, maka makian itu bukan la apa2. Nak dibandingkan apa yang monarki buat pada rakyat, maka makian itu bukan la apa2.

Bayangkan. Kalau la adik kau kena rogol. Dan kau berhadapan dengan perogol tersebut. Adakah kau akan berfikir bahawa aku kena cakap baik2 dengan dia neh, tak elok marah2, tak baik. Adakah kau benar2 akan berfikir seperti itu? Kalau ye memang aku tabik la. 

Actually. Makian itu kalau pun berlaku ia hanyala pelepas geram. Kalau kau marah sangat ko balas la makian. Bukan tak boleh pun. Takde sapa mati pun kalau kena maki.

Tapi ramai juga yang mampos bila monarki tak peduli hal ehwal rakyat.

Ramai juga marah. Ramai juga yang berhujah. Monarki takde kuasa untuk campur tangan dalam pentadbiran. Atas sebab perlembagaan mengatakan ia begitu.

Nak pertahankan hak rakyat yang tertindas ko perlukan kuasa melalui garis perlembagaan ye?

Maksudnya. Takpela rakyat tertindas dan tak la ko bersuara atas sebab ko tiada kuasa?

Owhh.

Nak menipu pun agak2 la woi. Siapa kata sultan tiada kuasa. Sultan ada kuasa. Dan kuasa dia tertakluk seperti apa yang digariskan dalam perlembagaan. Setakat nak kritik BN dan polisi2 zalim BN terhadap rakyat dah terlebih2 dia mampu buat. Setakat surat, perjumpaan, bincang dan menasihati BN agar tidak sesekali menindas rakyat, pun dia mampu buat. Masalahnya sekarang bukan nak suruh campur tangan, suruh nasihat pun dia tak buat. Bersama2 rakyat melawan kezaliman pun dia tak buat. Ini orang takde kuasa macam aku pun boleh buat. Langsung takde pangkat. Harta. Kedudukan. Pun boleh buat. Bayangkan pula kalau ko sultan? Kalau ko kaw2 balon BN agar berhenti tindas rakyat, ko rasa BN akan buat apa?

Ini yang aku sebut banyak kali. Monarki yang tak berperanan. Kenapa perlu aku kritik monarki agar memainkan peranan dia membela rakyat tertindas? Kenapa Ali mahu melakukan begitu? 

INI KERANA MONARKI KESAYANGAN KORANG NEH TELAH MEMAKAN DUIT CUKAI RAKYAT MALAYSIA.

Najib makan duit cukai rakyat = dia kena buat kerja.
Menteri makan duit cukai rakyat = dia kena buat kerja.
PDRM makan duit cukai rakyat = dia kena buat kerja.
Wakil rakyat makan duit cukai rakyat = dia kena buat kerja.

Monarki makan duit cukai rakyat = apa yang dia kena buat as return?

Istana kita bagi. Perbelanjaan, gaji kakitangan semua kita bagi. Api, air semua dalam tanggungan. Kos pembaikan istana pun kita beri. Semua yang mereka perlukan untuk keselesaan hidup, kita sediakan. Kita sediakan dengan cukup baik sehingga ia melebihi dari apa yang kita sediakan untuk diri kita dan keluarga kita sekalipun. Seluruh rakyat Malaysia bersatu bayar cukai untuk membiayai keperluan mereka. At least, do something la to protect your people dari kezaliman pemerintah kan.

Itu pun gagal. Takde langsung kedengaran raja mahu membantah GST. Takde langsung kedengaran rakyat tegur BN isu kos sara hidup. Ataupun harga rumah. Tapi nak dihormati. Nak diterima. Nak diperlihatkan macam mesra rakyat. Pro rakyat. Tapi tak membela rakyat atas isu2 yang menjejaskan kehidupan mereka. Setakat bayar lesen sendiri, bawa jurugambar, then sebar gambar di sosial M, dapat pujian, dapat like, dapat title sultan berjiwa rakyat. Bayar lesen aje pun. Jiwa rakyat apa kebenda nya tue?

Itu baru satu cabang perlawanan. Cabang perlawanan yang mana bila raja2 kau neh buat salah, dia terselamat dan berlepas diri dari hukuman. Ini pun tak betul juga. Sampaikan tak boleh kena kritik langsung. Macam la semua tindakan2 mereka tue benar. Pegang title ketua agama Islam.

WOW.

KETUA AGAMA ISLAM tue.

Kasino? Ketua agama Islam?
Kedai judi bersepah? Ketua agama Islam?
Kilang arak bahkan ada 'melayu' yang jadi pemegang saham pula tue? Ketua agama Islam?
 
Ketua agama Islam neh tak nasihatkan ke pemimpin2 BN agar mentadbir ikut acuan agama? Ke, yang neh kena ada kuasa baru boleh buka mulut?

Nak tegur pemimpin muslim agar ikut apa yang digariskan dalam Alquran, kena ada kuasa dulu ke?

Kalau takde kuasa tak boleh buka mulut, menegur, menasihati mahupun mengkritik ke?

Kita ada banyak sultan. Dan kita ada banyak mufti. Kita ada begitu banyak institusi agama. Takde sorang pun yang boleh protes isu kasino lama mahupun kasino baru yang dalam perancangan ke?

Kita ada monarki yang pegang title ketua agama Islam. Tapi tak berperanan menegakkan apa yang Islam anjurkan.

Kita ada begitu banyak mufti yang dibayar gaji tapi takde sorang pun yang berperanan menasihati monarki agar hidup bersesuaian dengan protokol Islam.

Kita ada begitu banyak institusi agama tapi takde sapa pun yang berani menegur penyelewengan agama yang dibuat oleh pemimpin2 negara.

Maka masyarakat kita yang sakit lahir. Mereka memerhati. Melihat dan mengkaji. Ada di antaranya yang berani. Ada di antaranya memilih melawan mufti. Ada di antaranya memilih melawan pemerintah. Dan Ali, antara yang memilih melawan monarki. 

Bukan la melawan hanya kerana suka2 nak melawan. Sapa pula nak buat kerja bodoh biarkan diri disakiti. Tak tau ke macam mana masyarakat akan mengutuk kau. Ini bukan kerja senang. Jauh sekali kerja yang disukai. Oleh kerana untuk membebaskan diri dari penindasan dan kezaliman itu perlu dibuat walau macam mana sekalipun, maka ianya dibuat juga oleh sebilangan orang di negara ini. Oleh kerana menegakkan kebenaran itu perlu juga dilakukan walaupun ia bertentangan dengan amalan biasa di negara ini maka ia dibuat untuk menyedarkan masyarakat betapa kita diperbodohkan selama ini. Suka ke kau hidup dalam keadaan kau berpura2 macam bagus tapi hakikatnya bersepah kejahatan di sekeliling kau dan kau tak pernah suka tentangnya dalam ahti? Salah ke kalau ada orang2 lain bersikap berani mewakili apa yang kau fikirkan dalam ahti ke depan bersuara bagi pihak kau selama ini?

Sampai bila kau nak paksa rakyat fikir bahawa kita perlu menjadi bisu dengan semua kemungkaran kat Malaysia neh?

Sampai bila kau nak paksa rakyat fikir kita negara Islam walaupun akhlak kita dan akhlak pemimpin2 kita jauh sangat dari protokol Islam?

Sampai bila kita nak tipu diri kita sedangkan kita tahu Allah takan tertipu?

Kita boleh hidup berpura2 kat dunia neh. Kat alam ini. Kat depan orang lain. Tapi bukan di akhirat. Bukan dalam kubur. Bukan depan Allah. Bukan depan malaikat.

Kesedaran itu ada pada Ali. Maka dia bangkit dan melawan walaupun berbakul2 makian dan kecaman yang dia terima. Dia tak la nak dianggap suci atau baik tapi sekurang2 dia sedar bahawa perkara yang jahat perlu dilawan. Perkara yang tak betul perlu ditegur. Dan benda neh tak ada pada semua orang sebenarnya. Untuk jadi berani pun ia memerlukan keberanian. 

Aku sedih sahabat aku jadi mangsa kezaliman pemimpin yang melarang rakyatnya dari menegur monarki. Dan aku sedih juga melihat dia dihadapkan dalam 8 pertuduhan yang berbeza. Sedih juga aku melihat dia ke dalam dan rakan2 kata wajahnya agak sayu. Mungkin rasa kurang selesa berada dalam penjara. Aku juga sedih melihat ahli keluarganya pasti tercari2 wang jaminan untuk membebaskan dia dalam lokap. Aku sedih juga melihat ramai orang tidak faham kenapa Ali bangkit melawan monarki. Aku sedih banyak sebab dan aku sedih juga sebab susah juga nak buat orang faham apa yang kau perjuangkan ini sebenarnya untuk menyelamatkan mereka daripada lembah kezaliman. 

Aku rasa. Ini agaknya. Sedikit. Walaupun hanya sedikit. Sangat sedikit dan memang tak terbanding. Ini agaknya yang pejuang2 islam rasai bila ditindas ketika memperjuangkan kebenaran dan membela masyarakat tertindas di zaman dahulu kala. Walaupun hanya sedikit dan bukan aku pula yang dipenjarakan tapi aku masih sedih melihat sahabat aku di dalam. 

Aku sedih sebab bukan kaya dan tidak pula mampu membantu meringankan beban dia. Kalau la aku yang kat luar ini sudah begini sedih bagaimana pula dia yang berada di dalam. Aku tidak tahu. Tapi kalau ada yang bersimpati mahu membantu Ali. Kalau yang mampu. Hanya yang mampu. Kalau tak mampu jangan paksa diri. Hanya untuk yang mampu dan mahu. Kalau tak mahu pun jangan menambahkan lagi kesedihan kami. Tolong la bantu sahabat seperjuangan kami yang ditindas melalui keadilan diskriminasi di negara ini. 


Realiti. Orang (pemimpin) yang merompak dan menyusahkan rakyat pun tak dilayan sebegini melalui undang2. Jauh sekali menerima kecaman masyarakat. Ali hanya orang biasa. Dan hanya kerana bercakap tentang kebenaran dia ditindas. Kebenaran memang takan tertegak selagimana rakyat malas nak mempertahankan hak mereka. Tangan kita. Kaki kita. Badan kita. Diri kita. Jika kita sendiri malas bergerak ke arah kebenaran jangan kita pernah tanya kenapa kebenaran tak kunjung tiba. Tolongla. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...