Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 12 September 2014

Najib Nak Kenakan Anwar, Alih2 Najib Perbodohkan Diri.

2 hari lepas. Kat Buletin Utama. Lebih kurang dalam 7 minit. Waktu puncak siaran berita. Ada di paparkan ucapan Najib dalam satu forum berkaitan GST. Antara sedikit petikan yang aku ingat ialah Najib sebut ;

- GST tidak akan membebankan rakyat.

- Kerajaan buat GST untuk kebaikan rakyat.

- Kadar kenaikan GST ikut kajian kita (kerajaan) akan naik lebih kurang 1.8% (jika aku tak silap ingat).

- Anwar yang mula mencadangkan pelaksanaan GST ketika dalam kabinet sewaktu memegang jawatan menteri Kewangan.

- Kerajaan amek masa 30 tahun dan kaji betul2 akan sistemnya dan barula bertindak untuk melaksanakan perkara tersebut.

- Duit BRIM tambah 300

Ini screenshot yang aku sempat captured dengan tujuan nak mengumpat Najib di sosial M.


Aku perhati aje Najib bercakap dan bercakap dan bercakap dan start dia buka mulut citer pasal pembangkang dan Anwar aku dah agak. Dia neh mesti dah ketandusan hujah. Balik2 heret pembangkang dan Anwar dalam citer GST. 

Owhh. Dalam dok kutuk2 Anwar. Ikut juga saranan Anwar. Aku rasa ramai yang fikir macam tue bila Najib dok kalut heret nama Anwar.

KAH KAH KAH

Yang buat aku meluat ialah berita tv3 neh ramai juga yang tengok. Disiarkan pada waktu puncak. Maka ramai juga geng2 UMNO berjaya diperbodohkan oleh Najib kaw2. Aku memang kesian tengok geng2 UMNO diperbodohkan oleh Najib kaw2. Jadi PM tapi tak memimpin dengan amanah. Dia tak berani mengakui kebenaran dan tak berani cakap benda betul. Sentiasa spin dari membahaskan tajuk sebenar supaya rakyat sentiasa diperbodoh2kan. Kemon Najib. Ko salah faham. Dan ko tahu ko salah faham. Dan ko cuba mengajak rakyat untuk salah faham juga. Ini semua salah.

Apa yang Najib perlu faham?

- Sistem percukaian GST memang effisen dan cekap. Yang neh takde rakyat nafi. Sistem neh bagus. Disebabkan sistem itu bagus maka Malaysia pernah membahaskan isu berkenaan. Tujuannya ketika itu ialah untuk mengantikan sistem cukai pada masa itu kepada satu sistem percukaian yang lebih menyeluruh bagi membolehkan negara mendapatkan pendapatan lebih atas tujuan menguruskan negara.

Ini faham tak Najib?

- Sistem percukaian GST bukan cadangan Anwar. Najib sendiri sebut kerajaan dah melakukan kajian selama 30 tahun lamanya. 2014 - 1992 = 22 tahun. Anwar cuma bahas dan setuju. Bukan pemberi idea. Pemberi idea aku tatau sapa tapi kurang2nya pemberi idea ini mula beri idea pada 30 tahun yang lepas yakni 2014 - 30 = 1984. 

Persoalan tentang GST tidak merujuk kepada sistem secara amnya, tetapi merujuk kepada cara kerajaan menguruskan perbelanjaan negara dan juga kesesuaian (kemampuan) rakyat untuk menyerap perubahan tersebut.

- GST masih satu sistem kutipan cukai yang bagus, dulu dan sekarang. Tapi apa isunya pada rakyat2 yang membantah GST ataupun nama lain bagi GST iaitu VAT? Ingat, negara2 yang melaksanakan GST/VAT tidak dibantah oleh rakyat2 mereka ke? Hello. Pembangkang wujud di mana2. 

Kalau ko nak kenal satu2 negara, kenali pembangkang mereka.

- Tapi apa isunya membantah GST? Isunya di Malaysia ialah ;

1. Ketidakcekapan pemimpin dalam menguruskan kewangan negara. Terlalu banyak skandal rasuah, ketirisan dan penyelewengan dalam agensi kerajaan yang bukan sahaja berjaya dibongkar, didedahkan oleh pembangkang bahkan oleh jabatan audit, dan ada yang dibawa ke SPRM untuk siasatan rapi namun, penyelesaian bagi kes2 begitu adalah bersifat penyelesaian mee segera, acuh tak acuh ataupun tak sampai ke tahap yang boleh memastikan perkara itu takan berulangan lagi.

Rakyat juga bukan buta. Kita perhati aje permainan dorang. Ikan bilis kena tangkap laju2. Tapi ikan bilis yang songlap, dia tak boleh songlap buta2. Dia nak songlap kena ada kelulusan, sign dan cop. Tapi seringkali orang atasan bebas atas nama ini KRONISM. Masalah utama dalam agensi kerajaan ialah RASUAH. Pemimpin negara gagal mengatasi masalah CORRUPTION yang melibatkan agensi mereka lagi mao sembang kencang bab tambah pendapatan negara? Hak ala.

Tak payah. Boleh blah.

2. Laksanakan GST untuk bayar hutang. Ini bukan cakap tipu2. Idris Jala pernah keluarkan statement. Bahkan diakui secara direct ataupun indirect oleh menteri2 dalam forum, sidang media ataupun pertanyaan2 oleh wartawan ke atas mereka. Kerajaan mahu kutip duit cukai2 banyak2 disebabkan beban hutang yang ditanggung negara. Sila baca kenyataan Mahathir kat sini. Mahathir juga akui hutang negara sudah meningkat wo.

3. Tapi siapa yang buat hutang2 ini? Betul ke negara berhutang untuk kebajikan rakyat? Ini point2 yang selalu disebarkan oleh geng2 UMNO. Are you sure negara berhutang demi rakyat? Dah takde duit sapa suruh buat istana mahal2? Tak rasa bongok ke? Bina istana demi rakyat? Dah tahu takde duit sapa suruh labur sana labur sini buat projek2 pembangunan yang berskala besar tapi tak memberikan impak sosial, kebajikan mahupun pertambahan nilai ekonomi ke atas rakyat? Contohnya bina jambatan kat tempat yang takde orang nak guna? Dan bina stadium runtuh? Ataupun bina menara demi menara padahal dah ada 2 menara antara tertinggi di dunia? Ada banyak projek gajah putih. Tahu, banyak. Ada banyak projek yang lepas siap tak memberikan nilai pada rakyat, ya kemajuan ada, tapi tak selari ataupun selaras dengan apa yang rakyat perlukan. 

Contohnya.

Ko ada kereta. Satu hari kereta ko kehabisan minyak. Maka ko isi kereta ko dengan air. Ko rasa dia boleh bergerak tak? Mestila tak kan.

Rakyat di negara ini perlukan pemimpin yang melakukan sesuatu berdasarkan kepada keperluan. Jangan ko lakukan sesuatu berdasarkan kepada kehendak. Owh yeayy.. pemimpin perlu bina kekayaan dan jaringan ekonomi untuk nepo dan kroni. Pe kata kita wujudkan satu projek dan kita makan sama2. Janji ada sikit2 dapat kat rakyat sudah la. Kemudian depan rakyat sembang kencang dok cakap ini semua projek2 untuk rakyat. Untuk rakyat kepala butoh kau.

4. Sepatutnya kerajaan kau cermin diri. Cari dari mana puncanya negara berhutang banyak2. AKu rasa antara punca utama negara kehilangan wang berbillion2 ringgit adalah disebabkan ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan. Contohnya projek PKFZ. Ini berapa banyak billion punya rugi. Sekor pun tak kena hukum. Lancau betul. Kan aku dah naik angin.

5. Lepas tue yang buat rakyat tak setuju GST ialah kita sudah ada terlalu banyak jenis cukai. Ko cakap. Ko gantikan SST kepada GST. Kerajaan tidak menambah cukai baru. Kerajaan hanya enhanced sahaja sistem percukaian sedia ada atas nama kecekapan.

Satu lagi taktik nak perbodohkan rakyat. Yang sebetulnya. Memang la SST ditukar kepada GST. Kerajaan memang tak tambah jenis cukai hanya mengantikan sistem sahaja. Tapi apa beza sistem lama dengan sistem baru? Bezanya ialah KERAJAAN MELUASKAN LAGI SKOP KUTIPAN CUKAI.

Jangan tipu2. Kalau ko yakin apa yang ko buat ialah benda betul, maka berjujurla. Bahasa apa yang aku guna neh setan. Lantak. Jika dulu ada kumpulan tak perlu membayar cukai tapi kumpulan itu perlu membayar cukai. Jika dulu ada barangan dan perkhidmatan tak terikat pada cukai, kini sudah ada cukai. Maka pada mereka walaupun GST adalah dari SST tapi mereka tetap perlu mengeluarkan wang lebih untuk mendapatkan sesuatu barangan / perkhidmatan dengan pelaksanaan GST kelak. Ini ada ko sembang tak Najib? Tak kan. Asyik nak mislead rakyat aje.

Patutnya. Dah meluaskan skop jaringan kutipan cukai, ko kena la turunkan cukai2 lain. Macam cukai kereta dimahsuhkan. Ini tidak. Bapa punya banyak la cukai kat negara neh. Banyak gila. Dan mereka masih lagi bertanya berapa banyak cukai yang kita bayar. Kalau semua rakyat bersatu tak bayar cukai aku nak tengok geng2 UMNO neh boleh sembang kencang tak tanya rakyat berapa banyak cukai yang rakyat banyak. Banyak cukai yang rakyat bayar. Setiap kali topup pun ada cukai. Itu baru topup aje. Topup. Tak masuk benda lain. Hak ala.

6. Pelaksanaan GST akan menyebabkan kos sara hidup rakyat bertambah. Ini sebab rakyat tak setuju. Perubatan, pendidikan, pengangkutan, perumahan, kos sara hidup, jaminan keselamatan, semuanya sedia mahal. Dengan pelaksanaan GST ia akan membuatkan perkara2 itu bertambah mahal. Sepatutnya kerajaan cari jalan untuk sesuaikan keadaan. Laksanakan GST pada kadar rendah. 2% macam SG. Ini terus2 buat pada kadar 6%. Alasan Ahmad Maslan kenapa kerajaan tetap pada 6% ialah kerana jika dibuat kurang dari kadar itu, maka serupa macam kerajaan tak tukar dari SST kepada GST. Takde pertambahan dari segi kutipan cukai sebab matlamat kerajaan buat macam tue ialah nak tambahkan jumlah kutipan cukai. Ye ye jek Ahmad Maslan ko berhujah macam tue tanpa tunjukkan solid evidence. Dia bercakap macam tue dalam satu forum di tv1 tak berapa lama dulu. Sebenarnya. Itu hanya kenyataan dia je. Bagi dulu bukti jika GST pada tangga 2% tidak akan menambah jumlah kutipan cukai. 

Dan kalau pun pada kadar 2% tak menambah hanya mengekal maka apa masalahnya? Kerajaan patut focus untuk dapatkan lebihan dana daripada sumber lain jika kerajaan bercita2 nak bayar hutang negara. CONTOHNYA, PASTIKAN AGENSI KERAJAAN BERBELANJA DENGAN CEKAP DAN BEBASKAN DIRI DARI UNSUR2 KORUPSI DAN BUANG DUIT DALAM PROJEK GAJAH PUTIH. Kenapa tidak kerajaan buat hukuman bahawa setiap yang didapati bersalah dalam menyeleweng duit kerajaan perlu dibayar balik setiap satu sen? Hukuman penjara? Dok dalam penjara lagi rakyat nak tanggung. Dah rompak duit rakyat satu hal. Dok dalam penjara pun rakyat nak bayar. Ini babi punya undang2. Aku nak bahas isu penjara terbuka suatu hari nanti. Aku ada idea bagaimana penjara terbuka (ikut idea aku) bukan saja berperanan kepada mendidik pesalah yang berbuat salah bahkan berperanan menambahkan pendapatan negara. 

Setelah memahami point2 kenapa RAKYAT TOLAK GST, ada tak Najib nampak kami tolak GST sebab Anwar yang suruh tolak ataupun sebab PR yang suruh tolak? Tak kan. Ia tiada kaitan pun dengan pembangkang. Ia atas kesedaran rakyat. Yela, rakyat tak berapa faham nak ulas GST dari kerangka ilmiah disebabkan yang mereka bukan tolak GST itu kerana GST tapi mereka tolak pemimpin2 yang tak amanah. Bagi rakyat tiada keperluan untuk beri penambahan cukai kepada pemimpin2 yang tak amanah. Sama juga balik2 duit hilang sana sini dalam projek2 yang merugikan rakyat selagi mana BN tidak mengubah cara mereka mentadbir negara.

Kena faham. Beza rakyat tolak GST kerana sistem ataupun rakyat tolak GST kerana BN. Tak mustahil rakyat akan terima GST andaikata PR naik. Ia bergantung kepada cara kau uruskan perbelanjaan negara. Jika ko dapat banyak2 dan kau agihkan kekayaan negara kepada semua pihak, semua rakyat mendapat faedah dan manfaatnya, maka rakyat takan bising. Nak bising pasal apa? Kita bayar cukai sama2 dan kita terima faedahnya sama2. Ini, tidak. Di Malaysia, ko kutip cukai sana sini tapi bab agih kemain lagi. Hanya golongan tertentu mendapat faedah langsung, golongan tertentu pula ramai yang diabaikan sampai naik meluat pada pentadbiran BN. Memang korang bermasalah, mengaku sudah. Kalau ada maruah, berambos sama.

KAH KAH KAH

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...