Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 13 September 2014

Rafizi Kena Sound Kaw2 Dengan Keluarga Abdul Jalil.

Rafizi sekarang tak macam Rafizi dulu. Rafizi dah banyak berubah dan aku tatau kenapa. Rafizi dulu adalah Rafizi yang baik. Rafizi sekarang adalah Rafizi yang aku tatau siapa dan kenapa.

Rafizi sudah tidak seperti dulu.

Baru2 ini di twitter. Aku rasa ramai juga agak meluat bila dia menulis respon begini ;


Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas. Untuk rekod aku tidak menyediakan gambar ini. Aku sekadar nak tunjukkan komen Rafizi di twitter dan respon adik beradik Abdul Jalil jek.

Sebenarnya. Aku agak tak faham kenapa Rafizi melihat kepada batang tubuh. Masih terngiang2 di telinga aku. Ketika itu berada dalam kereta Ali. Dia bagitau aku. Akta hasutan ini zalim. Akta hasutan ini kita kena lawan. Biarpun dia marahkan PAS (sebab geng2 unit amal belasah dia, dan PAS tidak respon kepada insiden tersebut, mungkin atas alasan MELIHAT KEPADA BATANG TUBUH AGAKNYA?) tapi jika pimpinan PAS kena dia akan lawan habis2an demi memastikan pimpinan PAS tidak dianiaya dengan akta zalim. PAS, DAP mahupun PKR kalau kena dia akan lawan habis-habisan. Sebab perlembagaan membenarkan rakyat bersuara. Kerajaan tak boleh sekat kita dengan akta zalim. Kalau BN kena pun dia akan lawan akta ini. Tak kira sapa. Bagi dia hujah lawan hujah. Kalau tak bersetuju jangan tangkap. Lawan la balik kenyataan dia. Jangan tangkap macam BN, jangan belasah macam unit amal. Masing2 ada mulut, ada jari. Gunakan ia untuk meraikan perbezaan.

Dalam erti kata lain, ko nak setuju ke taknak setuju ke kau punya pasal. Tapi jangan disebabkan kau rasa tak setuju kau nak gunakan akta2 zalim untuk sekat orang punya pandangan. Jika dia fitnah, kau betulkan fitnah. Jika dia menipu, kau betulkan penipuan dia. Jika dia berhujah, kau bidas hujah. Ini sahaja dah cukup. 

Atas sebab itu, setiap yang dikenakan akta hasutan dia lawan habis2an. Sapa yang friend dengan dia kat facebook mahupun di alam realiti boleh sahkan kenyataan aku ini. Aku tak buat citer penyedap rasa nak bela kawan aku. Aku cakap pasal perjuangan dia. Sebab memang itulah dia yang sebenarnya.

Sebab tue aku tak faham Rafizi kenapa dia tengok pada batang tubuh? Dia kan pemimpin. Dia patut membezakan tajuk menggunakan akal yang matang. Bukan menilai ikut emosi. Jika nak melihat pada batang tubuh, nescayala, mana2 pemimpin pun ada perangai buruk masing2. Dan mereka juga kadang2 membuatkan rakyat rasa meluat.

Pemimpin A macam tue.
Pemimpin B macam neh.
Pemimpin C pula macam2.

Begitu juga dengan rakyat. Nescayalah rakyat tak layak menegur pemimpin jika nak melihat kepada batang tubuh sebab rakyat pun bukan semuanya bermoral dan berakhlak bagus.

Rakyat dan pemimpin, jika moral dan akhlak yang jadi keutamaan, kita kena cermin diri. Kita patut tahu kita tak layak sembang kencang bab akhlak orang.

Sebab tue kita kena pandai membezakan isu. Jangan dilihat pada batang tubuh kerana tiada yang sempurna di mata kita. Lihat la pada tajuk. Tajuk kat sini ialah akta hasutan. PKR kata dia lawan akta hasutan. Maka lawan la apa yang berlaku ke atas Ali kerana dia ditindas dengan 8 pertuduhan di bawah akta hasutan yang mana paling terbanyak dalam rekod ketika ini memandangkan kesemua kes itu berjalan serentak dalam satu masa. Paling teruk dia kena. PKR tak bunyi sebab mereka melihat pada batang tubuh. 

Memang Ali anarki.
Memang Ali fackkan semua parti politik.
Bukan salah dia berfikiran begitu.
Kerana aku punya fikiran yang sama.

Kenapa?

Perlu diberikan ruang untuk mendengar kepada penjelasan.

Dengar dulu kenapa kami berfikiran demikian. Setelah tahun demi tahun berlalu, setelah peluang demi peluang diberi, setelah masa demi masa berlalu, setelah kita kaji, analisis, perhati, cuba faham dan menyelongkar, kita dapati parti2 politik ini sasaran mereka ialah kuasa dan bukannya rakyat.

Ini bukan cakap kosong.

Tindakan2 parti politik telah membuktikan banyak kali kenyataan aku.

Kami sebagai rakyat memerhatikan juga cara korang berpolitik. Kami tahu sebagai rakyat setakat mana yang terbaik mampu korang buat jika rakyat ialah matlamat korang. Kita jangan tipu2. Dan aku taknak tipu diri sendiri. Penat.

Parti politik hanya mahu undi. Dan kami ialah subjek mereka bila undian itu diperlukan. Bila undian dah dapat, maka kami bukanla subjek lagi. 

Ia berlaku ulang ulang dan ulang lagi. Kitaran yang sama setiap kali PRU. Mahupun PRN dan PRK. Jika dilihat kepada parti politik, percayalah aku pun meluat. Tapi aku kena didik diri aku buat pengasingan tajuk. Lihat kepada isu. Mana2 isu yang didapati membawa kepada kebaikan rakyat aku perlu sokong dan bahas. Mana2 isu yang menzalimi rakyat aku perlu lawan dan tentang. Jangan guna emosi buat penilaian. 

Kalau la ini Rafizi faham, aku tak rasa dia akan keluarkan statement begitu di twitter. Tapi nampaknya dia tak faham bahawa sebagai pemimpin kita patut melihat kepada tajuk permasalahan, bukan kepada batang tubuh individu. Kalau batang tubuh jadi point maka mana2 pencuri yang didapati sedang menjalani hukuman penjara jika mati dibunuh, tak boleh la kita bela kematian dia disebabkan dia pencuri kan?

Ada dua pecahan.

Seorang pencuri yang sedang menjalani hukuman atas perbuatan mencurinya.
Seorang pencuri yang mati dibunuh.

Part dia menjalani hukuman, dia sedang jalani hukuman.
Part dia kena bunuh itu kisah lain.

Sama macam Ali.

Part dia fackkan semua partisan atas penindasan yang dia dan aku, bahkan rata2 yang rakyat terima ialah satu tajuk.

Part dia kena tindas atas akta yang zalim ialah tajuk yang lain.

Rafizi satukan semua sekali kerana melihat batang tubuh itu lebih penting. 

Yang sebenarnya. Batang tubuh rakyat sebenarnya sedang menderita. Kalau la dia dan pemimpin2 yang lain mahu faham.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...