Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 9 September 2014

Nik Aziz Di TV3 - Adakah UMNO Sudah Beli TGNA?


Hari tue. Kemain galak geng2 PKR dok mengutuk dan menyindir pemimpin2 PAS yang kerap kali dijadikan tajuk utama oleh Buletin Utama dalam isu berkaitan kemelut MB di Selangor. Ingatkan nak menyindir tv3 dan UMNO yang menangguk di air yang keruh dengan mengambil kesempatan atas isu tersebut, tapi rupa2nya depa dok kutuk dan balon pemimpin2 tersebut.

Biasalah.

Media kot.

Mana2 isu yang memberikan kelebihan kepada parti politik yang mereka sokong memang la depa lapor kaw2. 

Lagipun. Mereka akan lapor apa2 isu yang memberikan millage berita kepada mereka. Isu yang kontroversi, yang ada nilai berita, sensasi, pasti semua media memilih untuk melaporkan ia. Bukan 'sesuatu yang pelik' pun. 

Yang pelik ialah ;

1. Bila pemimpin PKR muncul di tv3 ko tak kutuk kaw2 plak.
2. Bila pemimpin PAS muncul di tv3 kemain lagi ko maki hamun.
3. Siap gunakan kenyataan2 bekas presiden PAS untuk kuatkan hujah2 ko.

Ingat dah cukup bagus sangat ke bila melakukan penilaian berat sebelah dan bersikap tidak adil terhadap pihak tertentu? Kalau betul ko angin satu badan sebab pemimpin2 PAS muncul kat tv3, ko patut angin satu badan juga bila pimpinan PKR dan DAP jadi tajuk berita utama di tv3. Kenapa buat hukuman terpilih dan berat sebelah? Lagi nak kutuk BN tidak adil? Korang sedar tak korang sendiri bersikap tidak adil? Hak ala.

Semalam TV3 bagi slot khas untuk TGNA. Bukan seminit dua. Bukan hujung berita. Tapi di awal berita. Bahkan lebih kurang 5 minit. Gila kaw. Tapi aku tahu sangat apa yang fakta dan apa persepsi yang tv3 cuba serap. 


 

Point TGNA adalah begini ; 

- Semua pihak DAP dan PKR perlu la meraikan dan menghormati pengalaman dan kemampuan yang ada pada PAS memandangkan PAS sudah lama wujud dalam politik tanahair. Cabaran, dugaan dan bermacam segala sudah mereka tempuhi.

- TGNA tidak menyebelahi mana2 pihak jauh sekali kondem mana2 pihak. Walaupun tajuk tv3 macam tue, tapi hakikatnya ia lari dari point yang TGNA cuma sampaikan. Bahkan pemberita2 tv3 cuba serapkan elemen2 hasutan dengan memaksa rakyat berfikir seperti apa yang dorang sampaikan, hakikatnya kalau ko tengok berita tue, TGNA tak berniat menyelar ataupun mengkritik sekadar memberikan pandangan agar menghormati peranan PAS dalam PR. Bukan melarang atau menghalang PKR dan DAP daripada tidak bersetuju dengan PAS.

- Bila ditanya tentang isu PKR dan DAP derhaka pada sultan, TGNA cuma menjawab raja adalah raja, nak cakap apa, raja tue raja. 

Macam menyindir pun ada. Aku tak pasti sangat point TGNA sebut macam tue. Tapi itulah respon TGNA bila diminta mengulas tentang sikap PKR dan DAP terhadap sultan Selangor.

Dan, yang terkini. TGNA menyeru jika ahli2 parti mempunyai masalah dengan parti, elok suarakan dalam muktamar. Bahaskan dan bincangkan dalam majlis rasmi jangan suarakan di laman2 sosial.

Mungkin inila yang sepatutnya ahli2 PAS follow memandangkan sesama korang gagal meraikan kepelbagaian hujah. Nak berbeza hujah macam nak berperang. Habis semua maki hamun terkeluar, fitnah, acc fake semua cukup. Tak masuk lagi bab bergaduh sesama sendiri sampai tertubuhnya NGO PASma dan akhirnya buat forum untuk kutuk geng2 sendiri.

Apa sudah jadi?

Geng presiden buat majlis dok kutuk geng2 endorgan dalam PAS.
Geng2 endorgan buat forum dok kutuk geng2 ulama dalam PAS.

Ini ke cara perjuangan Islam yang dijaja oleh geng2 ustaz dan endorgan? Kenapa buruk sangat? Aku tak faham. Dorang jadikan islam tu kunci pada perjuangan dorang. Tapi pernah tak dorang fikirkan solusi (untuk selesaikan masalah) ikut acuan islam? Ke dorang hanya menjual Islam dalam politik tapi takde niat nak ikut apa2 yang Islam anjurkan? Memandangkan wujudnya perpecahan yang sangat2 teruk dalam organisasi PAS, bukan kah selayaknya semua pemimpin2 PAS termasuk AJK dan sebagainya bermuhasabah diri dan berperanan membetulkan keadaan? Bukan bagi tambah rumit dan huru hara. Betul ke? Ini pejuang bukan Islam punya pemikiran. Aku bukan pejuang Islam. Aku tak minat nak jual Islam macam PAS, macam pemimpin2 PAS, macam PR, macam pemimpin2 PR dan macam BN. Jelas?

Kalau ada sedikit hormat pada TGNA, aku cadangkan kesemua ahli PAS tak kira peringkat umur dan jawatan, kembali la kepada fikrah perjuangan PAS. Jika ada masalah, bahaskan dalam perjumpaan rasmi. Berhentilah buat atau rangka apa2 program yang mendorong kepada perpecahan dan merumitkan lagi situasi. Walaupun sebenarnya bagus tapi merujuk kepada keadaan sekarang, ianya tak bagus memandangkan perpecahan dalaman yang wujud itu sangat kritikal. 

Geng2 ustaz tuduh PASma macam2. Dan geng2 endorgan pula tuduh geng2 ustaz macam2. Tuduh menuduh antara satu sama lain tidak menyelesaikan masalah bahkan mengelirukan ahli korang sendiri. Yang lebih teruk bila main tuduh2 ada yang berdendam dan sakit ahti. Lepas tue mula rangka strategi untuk berperang dan membalas dendam. Sampai kiamat pun tak settle masalah dalaman korang. Kalau ada kemahuan nak selesaikan masalah, maka masing2 berhentila berlaga di media. Semua pihak perlu berhenti. Atau, mungkin jika PAS berpecah, PKR berpecah, PR berpecah baru korang semua nak rasa puas ahti? Tatau la pula aku kalau ada yang fikir sejauh itu.

Haha.

Apa2 pun. Nasihat aku. Jika sungguh la ;

PKR, PAS, DAP mahu selesaikan masalah,
Ahli2 PKR, PAS dan DAP mahu selesaikan masalah,
Penyokong2 PKR, PAS, DAP dan PR mahu selesaikan masalah,

Berhentila melaga2kan sesama sendiri dengan buat kenyataan2 mengarut dan bagi tambah api di media, provoke memprovokasi di media, sosial M, forum dan sebagainya.

Baik korang kumpulkan tenaga dan emosi korang untuk fikirkan satu plan bagaimana korang boleh selesaikan masalah dalaman parti korang. 

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...