Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 6 Mei 2014

Satu Lagi Kes Penculikkan Berlaku Di Sabah - ESSCOM Makan Gaji Buta Ke?

Gambaran Khayalan ESSCOM untuk tipu orang mengenai kecekapan organisasi mereka.

Kes penculikkan sebelum neh tak selesai lagi kan? Yang kita dengar PDRM asyik cakap mangsa culik berada dalam keadaan selamat (pfttt.. adakah seseorang yang diculik akan berasa selamat?) dan sampai sekarang haram tebusan tue diselamatkan oleh agensi keselamatan negara kita.

Berita terakhir diterima ialah nilai wang tebusan yang diminta oleh penculik ke atas Malaysia.

USD 11juta ataupun 36.4juta nilai ringgit Malaysia. 2 orang yang diculik itu masih belum dilepaskan sampai sekarang. Masa kes penculikkan tue tengah kecoh2, ESSCOM ;

1. Kata akan pasang CCTV di semua resort/hotel bagi tujuan pengawasan yang lebih rapi.

2. Akan memastikan perairan negara dipantau dengan lebih ketat. 

3. Akan memastikan resort / hotel hanya mengupah mereka2 yang mempunyai permit pekerja yang sah.

Baikla.

Jom kita baca dulu fakta kes penculikkan terbaru. 

Satu lagi kes penculikan bersenjata dilaporkan berlaku di perairan Sabah membabitkan sekumpulan lima orang lelaki yang dilaporkan melarikan seorang lelaki dipercayai warga China.

Menteri pelancongan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, kejadian berkenaan berlaku di Pulai Baik di perairan Silam, Lahad Datu pada kira-kira jam 2.45 pagi.

Beliau mengesahkan bahawa kumpulan bersenjata itu melarikan Yang Zailin, seorang pengurus di syarikat Wonderful Terrace Sdn Bhd.

"Pengurus satu syarikat ternakan ikan dalam sangkar dipercayai warga China dilarikan oleh lima orang lelaki bersenjata di Pulau Baik, Lahad Datu pada jam 2.45 pagi ini," tulisnya di Twitter.

Kumpulan berkenaan dipercayai menuju ke selatan Filipina.

Kejadian berkenaan berlaku tidak sampai 24 jam selepas sekumpulan lelaki bersenjata melarikan enjin bot dari satu bot pemancing di perairan Tanjung Labian.

Dalam kejadian 11 malam itu, kumpulan lanun bersenjata raifal M16 itu bertindak demikian dalam kejadian dekat Sungai Bilis, lapor The Star.

Kejadian penculikan di perairan Silam tersebut merupakan kejadian kedua yang berlaku tahun ini di Sabah, sebulan selepas kejadian penculikan di Singamata Reef Resort, Semporna.

Dalam kejadian di Semporna itu, kumpulan berkenaan menculik dua orang wanita, salah seorangnya berusia berusia 40 tahun warganegara Filipina yang bekerja di pusat peranginan tersebut dan seorang lagi adalah adalah pelancong warga yang berusia lingkungan 20-an.

Pada November tahun lepas, seorang pelancong Taiwan ditemui mati ditembak dan isterinya diculik oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian di Pulau Pom Pom, Semporna. -MKINI-

Apa dah jadi dengan kenyataan ESSCOM sebelum neh? Mahu memantau kawasan perairan dengan lebih ketat?

Mahu memastikan keselamatan penduduk dan pelancong di Sabah khususnya di kawasan2 yang sering dilanda masalah dengan lebih rapi?

Mahu memastikan agar kawasan pulau2 yang sering dijadikan sasaran penculik ditempatkan pegawai2 pemantau yang lebih ramai?

Mahu memastikan pegawai2 ESSCOM terlatih agar tindakan pantas dan bersepadu dengan pihak keselamatan dapat dilakukan dengan segera untuk membendung aktiviti penculikkan.

Bukan itu ke yang keluar kat tv huha huha selama neh?

Alamak aiiiiii..

Peruntukkan dapat. Siap keluar carta bagaimana korang akan memastikan perairan negara selamat dari anasir2 asing. 

Alih2 satu lagi orang kena culik. Makan gaji buta ke korang neh? Rakyat takut tahu tak? TAKUT!

Ada dua isu.

Pertama, sebab ia babitkan orang China. Sentimen anti-Malaysia oleh warga China akan terus melonjak. Berita ini pasti akan dilaporkan secara meluas di media2 tempatan mereka.

Kedua, isu pelancongan. Pelancongan di dalam negara terutamanya di Sabah akan terjejas memandangkan isu keselamatan tidak dititikberatkan oleh agensi keselamatan negara.

Yang kita bimbangkan bukan pasal kehilangan wang untuk selamatkan tebusan2 ini. Pada kita nyawa yang lebih utama. Yang kita bimbangkan jika penculik hilang sabar, dia mungkin membunuh tebusan untuk mengertak agensi keselamatan negara. Yang lebih membimbangkan lagi, jika2 ahli keluarga yang kehilangan anggota pula bertindak balas dendam atas apa yang berlaku dengan menimbulkan huru hara di Malaysia.

Agak2 pemimpin2 kita ada fikir tak macam yang kita fikirkan?

Kbai. 

Keep on dreaming. We aren't secured at all under ESSCOM.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...