Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 3 April 2014

Laporan Polis Satu Malaysia Terhadap Anwar Mengenai Insiden #MH370.


Mula2 PPP.

Percayalah. Lepas tu nanti parti itu parti ini akan tampil membuat laporan polis terhadap Anwar. 

Lepas tue NGO itu, NGO ini.

Lepas tue tv akan siarkan isu2 mengenai Anwar yang biadap, kurang ajar nak mampos, tak sedar diri sebab sibuk dok pertikai cara kerajaan urus #MH370 untuk alihkan perhatian rakyat terhadap masalah yang dihadapi oleh Najib dan Hishammudin ketika ini.

Masalah apa ek?

Najib + Hishammudin = kena balon bertubi2 sebab keluarkan statement2 bangang mengenai kenyataan Najib mengenai MH370 ended di lautan hindi. Sejak tue Najib kena balon. Ajli keluarga mangsa iaitu orang Indonesia pun dah keluarkan saman. Angin sebab takde bukti tapi cara penyampaian Najib tue macam sah2 penumpang #MH370 semua dah mati. Then yang lebih memburukkan situasi ialah Hishammudin boleh uturn dan buat statement bangang p bekap Najib pula. Lagi la orang angin satu badan. 

Dan sekarang bagi mengalihkan persepsi, pemikiran, focus dan tumpuan rakyat mereka perlu cipta sesuatu insiden supaya semua orang berhenti cakap pasal kelemahan mereka dan bercerita pasal hal lain pula.

Seperti biasa, mangsa yang paling senang dibuli pada mereka ialah Anwar Ibrahim.

Punyalah berlambak2 orang dalam dan masyarakat luar mempertikaikan cara kerajaan menanggani insiden #MH370, bahkan mempertikaikan juga apakah kerajaan kita ada sorokkan bukti, kebenaran apa semua, tapi depa hanya nampak kenyataan Anwar je.

KAH KAH KAH

ANWAR MEMANG MANGSA BULI YANG SENANG PADA BN. APA2 PUN KITA BALON ANWAR. AYUH, BN, MASA UNTUK BULI ANWAR KINI KEMBALI LAGI.

KAH KAH KAH

Parti Progresif Penduduk (PPP) hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa menuduh Malaysia menyembunyikan fakta berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370.
   
Pengerusi PPP Datuk A.Chandrakumanan membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul. Beliau diiringi ke balai polis itu oleh 30 penyokong parti.
   
Chandrakumanan mengggesa polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas ke atas Anwar.
   
Beliau mendakwa Anwar membuat kenyataan itu pada 22 Mac sebelum pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang dalam media sosial termasuk laman blog, facebook dan twitternya yang mendakwa kononnya kerajaan Malaysia menyembunyikan kebenaran mengenai siasatan MH370.
   
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan Chandrakumanan.
   
Zakaria berkata, laporan itu akan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang kerana laporan awal mengenai isu sama telah diterima sebelum ini. - Bernama

Oitt.. cikgu yang bunuh kucing tue pun salah Anwar gak. Ada sapa2 nak buat laporan polis?

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...