Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 3 April 2014

Bila Utusan Sendiri Lapor #MH370 Terhempas - Bila Hishammudin Mahu Saman Utusan?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Aku nak tergelak aje tengok permainan Hishamuddin, Najib dan BN dalam menjawab insiden #MH370.

Orang kita minta bukti.

Orang luar pun minta bukti.

Kita minta bukti apa 'bukti' yang dorang ada untuk mengatakan MH370 berakhir di lautan hindi?

- Serpihan?
- Mayat?
- Bangkai pesawat?
- Kotak Hitam?

Baikla. Apa pun takde. So kita minta bukti. Kenapa pula dorang sensitif sangat bila kita minta bukti berkaitan? Bila kita minta bukti, tolong jangan negatif sangat sangka kita tak percaya pada kata2 korang. Tetapi kita minta bukti sebab kita nak cuba untuk mempercayai kata2 korang. Kalau kita tak percaya, kita tak minta bukti dah. Kita terus maki aje. Hey pergi la mampos sama lue. Ko ingat aku nak percaya semua kenyataan2 ko? Pergi jahanam la korang. Itu caranya. Tapi adakah kita berbuat demikian? 

Kita tidak.

Sebaliknya kita tanya baik2.

Bukti ada? Mao tengok.

Itu sebab salah seorang ahli keluarga mangsa yang dari Indonesia tue saman MAS dan MALAYSIA. Dia bukan saman kerana MH370 hilang tau. Dia bukan saman kerana tak boleh terima kehilangan anak dia tau. Dia bukan saman kerana tak faham ini tragedi tau. Tapi dia saman MALAYSIA supaya MALAYSIA boleh serahkan kepada dia bukti2 berkaitan insiden MH370 untuk dia menilai dua perkara ;

- Bukti bahawa MH370 benar2 berakhir di Lautan Hindi.

- Bukti bahawa tiada apa2 masalah teknikal/mekanikal pada pesawat itu yang menyebabkan ia gagal sampai ke destinasinya.

Itu citer dia.

BTW, Hishammudin masih mahu bermain dengan kata2 lagi? Najib masih mahu mengelak lagi? BN masih mahu menipu dan terus menipu lagi? Hishammudin mahu menyaman media2 yang tersalah lapor ek? Takde masalah dengan tindakan Hishammudin itu. Tapi mari kita perhalusi satu persatu kenyataan korang. Benarkah ini kesalahan media ataupun kesalahan korang sendiri.

Nilaikan dengan seadilnya.

Kita perhatikan sendiri kenyataan yang tersiar di Utusan. Ia boleh diakses melalui Utusan Online.


Salah satu caption bergambar di utusan melaporkan pesawat MH370 disahkan terhempas. Ia mengaitkan dengan pengumuman Najib dalam sidang media tergempar pada malam itu. Utusan tersalah lapor? Ada kemungkinan itu. Tapi kalau UTUSAN akhbar kesayangan UMNO pun boleh beranggapan bahawa NAJIB SEDANG MENGAMBARKAN MH370 telah terhempas, maka apa lagi akhbar2 yang lain, ye tak?

Lihat kenyataan yang Najib gunakan pada malam itu ;

 
Ia merupakan lokasi terpencil dan jauh dari sebarang lokasi pendaratan. <-- Ini apa maksudnya? Bukan kah nak bagitau tak mungkin pesawat tersebut boleh mendarat dengan selamat di atas daratan disebabkan tiada lokasi pendaratan? Apa yang ada hanyalah air disana disini, betul?

Saya sedih, saya kesal, MH370 berakhir di Lautan Hindi. <-- Mula2 cakap tiada lokasi pendaratan, kemudian sambung lagi katanya berakhir di Lautan Hindi. Ini bukan nak gambarkan yang MH370 terhempas ke?

Bagi mereka dua minggu yang berlalu cukup memeritkan, saya sedar berita ini lebih sukar lagi. <-- 2 minggu yang lalu ahli keluarga mangsa dihadapkan dengan berita kehilangan, MH370 hilang dari radar, tidak dapat dikesan, dan kali neh Najib umumkan ia telah berakhir, yakni, ada satu keputusan yang pasti mengenai riwayat anak2 kapal dan penumpang 9M-MRO kan? Maksudnya bercakap pasal nyawa orang. Dari diklasifikasikan sebagai hilang kini bertukar kepada kematian. Bukan ini yang NAJIB telah gambarkan kepada masyarakat seluruh dunia?

Beri mereka ruang privacy, untuk hadapi saat getir <-- Kenyataan akhir Najib menguatkan lagi hujah bahawa Najib sedang mengumumkan berita kematian mereka semua bukan?

Kemudian gambar2 Najib sugul tersebar. Sedih kata media pro BN.

Gambar2 Hishammudin menangis pun tersebar. Semua menangis. Pengarah DCA pun menangis.

Kemudian ASTRO tak henti2 mainkan ucapan takziah.

Media PRIMA pun sama.

Kemudian esoknya (selepas pengumuman Najib pada malam itu) KOSMO tampil melaporkan MH370 telah terhempas. Ada mana2 pemimpin BN tampil secepat yang mungkin menempis penulisan KOSMO itu? Tiada.

Semua ucapan takziah disampaikan secara berulangan. Secara berterusan. Dan Najib sebut pasal majlis fatwa akan memutuskan status penumpang muslim. Kenapa NAJIB HERET MAJLIS FATWA? Sebab Najib sedar dia tengah citer pasal KEMATIAN.

NAJIB SEDAR.

HISHAMMUDDIN PUN SEDAR.

SEMUA PENYOKONG2 BN PUN SEDAR.

SELURUH RAKYAT MALAYSIA JUGA SEDAR.

MASYARAKAT DUNIA JUGA SEDAR.

Jadi, siapa yang kita nak tipu neh? Apa tujuan kita menipu neh? Selepas orang asak kita pasal bukti, kita TWIST kenyataan kita, betul ke cara tersebut? Kita bukan sahaja TWIST bahkan lebih parah, kita salahkan pihak lain pula atas kesalahan yang kita sendiri buat, adakah itu cara yang betul?

Minta maaf sudah la Najib.
Hishammudin. 

Meminta maaf tidak merendahkan taraf dan maruah kita sebagai pemimpin pun.

Sudah2 la bermain dengan kata2 karut lagi mengarut. Minta maaf, letak jawatan, bukan penamat kepada kehidupan ini. Jika ia berat untuk dibuat oleh pemimpin2 negara, fikirlah lagi berat kot ujian kepada semua anak2 kapal dan penumpang2 MH370 yang sampai sekarang kita tatau apa jadi pada mereka. Mati atau hidup. Hilang atau tersesat. Dikurung atau diseksa? 

Sapa pun tatau. Allah je yang tahu.

Dan aku terfikir2 satu perkara. Apakah ada kemungkinan ini? Katakanla MH370 pernah hantar isyarat komunikasi kecemasan, sebaliknya tiada sesiapa disitu untuk menerima isyarat kecemasan tersebut? Pegawai2 yang bertugas ketika itu mungkin ke tandas ke, apa ke..

Adakah kemungkinan seperti ini wujud?

Bai.  

Rujukan : http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140325/dn_01/Berakhir-di-tengah-Lautan-Hindi

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...