Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 1 April 2014

Hishammudin, Ini Bukti Kosmo Lapor #MH370 Terhempas.

Hishammudin berkata ;


Aku faham. Aku faham sangat apa yang Najib telah berkata. Tapi aku rasa sepertimana aku dan ramai orang diluar sana keliru dengan cara penyampaian Najib dan bahasa badan serta mimik muka yang ditunjukkan oleh Najib ketika melakukan pengucapan itu.

Apakah Hishammudin faham yang itu?

Imbas kembali apa yang Najib sebutkan disini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2014/03/najib-umum-penerbangan-mh370-berakhir.html

Aku dahulunya keliru. Dari keliru aku sekarang faham. Kenapa agaknya Hishammudin dan pelbagai media BN menegaskan berkali2 NAJIB HANYA SEBUT ENDED = BERAKHIR DI LAUTAN HINDI?

Ini kerana NAJIB dipersalahkan oleh pelbagai pihak baik agensi, baik masyarakat dalam dan luar negara selepas melakukan pengumuman tersebut.

Ingin aku tegaskan.

Ia bukan sekadar NAJIB SEBUT ENDED semata2.

Sebaliknya dari bahasa badan, mimik muka NAJIB sedang menyampaikan kematian. Atas sebab itulah MAS menghantar dan menghubungi 1,000 lebih ahli keluarga mangsa untuk menyatakan hal ini.

Apakah ini bukan fakta?

Ini ialah fakta. Jalan cerita dia ;

1. Selepas kabinet NAJIB membuat kesimpulan mengenai MH370, mereka maklumkan pada MAS.

2. MAS maklumkan pada keluarga mangsa menerusi panggilan telefon dan SMS. Mereka menyatakan kami kesal tiada yang terselamat. 

3. Najib kata tunggu keputusan dari majlis fatwa negara.

4. Majlis fatwa memutuskan tiada solat ghaib sehingga mereka semua dibuktikan telah mati. 

PADA HAKIKATNYA NAJIB TELAH MENGUMUMKAN KEMATIAN. KRONOLOGI SUDAH MENCERMINKAN PERKARA ITU.

APAKAH KITA SEMUA PERLU BUAT2 MACAM TAK NAMPAK?

Aku tahu, Hishammudin tahu dan kita semua tahu. Masalahnya kenapa kita perlu buat2 macam tatau dan me-reka2 jalan cerita baru untuk menyelamatkan karier politik Najib?

Kenapa kita perlu bertanggungjawab dan menipu seluruh dunia untuk menyelamatkan karier politik dan jawatan Najib?

Kenapa kita mesti ada pemikiran seperti itu?

Itulah yang aku tak faham. Bila ia bercakap pasal pemimpin dan mana2 parti politik aku cenderung tidak faham kenapa rakyat macam kami perlu entitled untuk selamatkan karier politik mereka2 ini?

Well, lihat saja apa yang KOSMO update di akhbarnya selepas pengumuman NAJIB. 


Boleh tahu apa langkah BN dan NAJIB sejurus adik beradik sendiri pun sangka lain bila NAJIB sebut lain? Ia terlalu mudah bukan untuk salahkan persepsi masyarakat dalam dan luar negara. Ya, konon nya kami tidak faham, kami tidak tahu apa yang NAJIB cuba sampaikan, kami salah sangka, masalahnya bukan hanya kami aje kot. Adik beradik BN juga tidak faham. Sekarang apa tindakan HISHAMMUDIN bila orang2 sendiri juga ada persepsi yang sama sepertimana sangkaan majoriti?

Lue fikirlah sendiri.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...