Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 5 November 2013

Penumbuk Wanita UMNO Sudah Ditahan, Pencetus Provokasi Patung Kaki Bagaimana?


Ditahan. Di ambil keterangan. Di soal siasat. Kemudian dilepaskan. Jika perlu POLIS akan memanggil suspect tersebut untuk siasatan lanjut. Maaf cakapla. Aku kurang percaya kat makcik tue sebenarnya. Lebih kepada drama queen.

Aku tak nafikan, kalau aku kena tumbuk kat muka pun aku mesti marah bagai. BOHONG! Nak kata tak marah apa seme. Tak kira la sapa2 salah sekalipun tetapi jika sesiapa kena tumbuk kat MUKA, memang la akan rasa MARAH punya. Mesti terfikir2, awat tak tumbuk kat tempat lagi? Muka gak ko tumbuk? Chelake apa itu.

Mesti punya la ada perasaan macam neh.

Hehe.

Tapi kan makcik UMNO semalam tue drama queen sebab ;

1. Kena tumbuk, dan2 nak pitam pengsan apa bagai.

2. Naik ambulance la pula..

3. Tunjuk2 gambar naik ambulance macam dah nazak je lagaknya.

4. Lepas tue update kat media arus perdana macam hapa.

5. Dah p klinik tak mahu, kena dikejarkan ke hospital.

6. Perkataan DIKEJARKAN itu.. hak eney.. orang geleng2 je baca bhai.

Orang bukan bekap sesiapa sesiapa tapi bab memperbesar2kan citer tue yang orang heran sangat tue. Tak agak2 langsung nak drama swasta. Dari orang kesian kat dia kena tumbuk terus orang rasa menyampah. Fikir2kan la ek.

Hehe.

Apa pun seperti  yang kita sedia maklum, si tukang tumbuk makcik tue dah pun ditahan dan kes sedang disiasat. Tak sampai satu hari pun polis amek masa untuk cekup dan siasat individu tersebut. Bagus. Dalam masa 6 jam suspect berjaya diberkas. Tahniah kita ucapkan kepada PDRM di atas kecekapan mereka menjalan tugas bila ia melibatkan PAKATAN RAKYAT.

Hehe.

Tapi sekarang neh kan kita dok..

Tik tok tik tok..

Tunggu jek. Jam dah tengok beberapa kali neh. Hari pun dah bertukar ganti neh. Tatau la sampai perlu tunggu tukar bulan dan tahun juga. Bila la agak2nya individu yang gantung patung kaki dengan tujuan provokasi bagi menyindir arwah Ustaz Azizan akan ditahan2? Dah lama tunggu neh.. takan la masih tak dapat dikesan2 lagi kot?

Jangan la bagi rakyat peluang untuk sangka buruk ma.

Nanti kalau PDRM masih gagal menangkap pihak2 yang terbabit, rakyat akan fikir itu kerja UMNO.

Bila rakyat fikir itu kerja UMNO, maka rakyat akan jadi benci pada UMNO. Faham tak? Sebab tue kat sini PDRM kena mainkan peranan dengan bersegerala tangkap dan tahan individu2 yang terbabit. Jika ia dari PAS, kita akan desak tindakan diambil juga. Jika ia dari UMNO, kita akan desak perkara yang sama. Ia bukan penting pada kita  individu tersebut sokong siapa atau datang dari parti mana, sebab yang penting perbuatan biadap dan melampaui batas dia perlu di ajar supaya dijadikan pengajaran yang berguna untuk pihak2 lain di masa akan datang.

So polis, minta tolong yer, kita harap kes provokasi patung kaki itu cepat2 menemui jalan noktah dengan menangkap pihak yang terbabit, bukan tutup kes sebab gagal siasat. Hehe..

Oke bai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...