Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 3 November 2013

Anwar Tak Pernah Bersyukur Ujar Mahathir.

Mahathir memberitahu kepada pihak media bahawa ;

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil kesempatan di hari terakhir kempen pilihan raya kecil DUN Sungai Limau untuk menyerang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai orang yang tidak tahu bersyukur.

Sedangkan, Anwar sendiri mampu mendapat pendidikan yang baik kerana bapa kepada bekas timbalan perdana menteri itu, Datuk Ibrahim Abdul Rahman seorang ahli Umno, kata Mahathir.

"Itulah Anwar dia tak pernah bersyukur langsung. Orang Melayu ini kena terhutang budi tetapi Anwar ini nampaknya tak pernah rasa terhutang budi.

"Dulu masa dia dalam kerajaan semuanya baik-baik sahaja," katanya pada sidang media selepas hadir di Karnival Luar Bandar Rakyat 1Malaysia di Bukit Besar.

Beliau turut ditanya sama ada kehadirannya ke Sungai limau adalah usaha terakhir BN untuk meraih sokongan penduduk Sungai Limau.

"Saya sepatutnya ke Vietnam tetapi isteri saya sakit.

"Jadi, saya ada satu hari lapang untuk buat apa-apa saya mahu dan saya datang ke sini," katanya.

Rujukan :  http://www.malaysiakini.com/news/245693



Aku masalah sket nak faham statement neh. Kalau tak silap aku la kan kita memang kena bersyukur. Tapi bukan pada sesama manusia. Sebaliknya kepada Allah. Dengan manusia kita ucapkan terima kasih. Bukan nya kena syukur apa seme. Kalau Mahathir nak bidas Anwar sepatutnya bidas tatau nak berterima kasih. 

Tapi kan, dia tahu ke yang Anwar tak pernah panjatkan kesyukuran kepada Allah selama neh? Nampak ke apa?

Hehe..

Ke aku yang salah faham apa yang Mahathir cuba ulaskan neh?

Sesiapa boleh tolong jelaskan tak? 

Yang aku heran la juga. Ini kan kempen PRK SG LIMAU. Bukan nya nak bawa nama calon2 yang bertanding, nama Anwar juga yang kena petik. Apa la salahnya dok citer pasal kebaikan calon BN. Aku ingat tak rugi apa pun kot dengan citer pasal pembangunan2 dan kemajuan2 yang BN nak bawa..

Alahaiiiiii

Kelakar la pula aku tengok.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...