Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 3 November 2013

Patung Kaki Angkara UMNO - Sebaran SMS.


SMS bertulis begini...
"Pada jam 4.30 pagi 3.11.2013 semasa bertugas di Pejabat Pertanyaan IPD Yan, saya telah terima panggilan telefon dari seorang lelaki melayu bernama Sulaiman bin Aziz 37 tahun menyatakan 3 lelaki Melayu dalam keadaan cedera dipercayai telah dicederakan oleh beberapa orang kampung lelaki Melayu dan juga telah memaklumkan mereka ditangkap sedang menggantungkan patung kaki di kampung Batu 16. Ketiga-tiga suspek juga dipercayai ahli UMNO dari ranting Pokok Sena. Ketiga-tiga suspek ditahan utk perlindungan keselamatan. sekian laporan saya. Saya terus jadikan repot pertama kejadian. sekian laporan saya."

Pertama, bukan aku yang dapat SMS di atas. Tetapi cerita di atas dicedok dari dari laman TKO. Menurut penulis ;

1. Terima SMS.

2. Ada dilaporkan orang kena tahan.

3. Dan UMNO membuat taktik dengan melapor polis bagi mengalihkan tumpuan.

Perghhhhh...

Rujuk ==>  http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=9780

Memandangkan, kita sudah ada petunjuk baru, aku cadangkan agar penulis cerita di atas boleh bersegera ke balai polis untuk membuat laporan berkaitan bagi membantu siasatan.

Ini juga memudahkan proses tindakan undang2 dapat diambil ke atas individu tersebut. Samada oleh PDRM mahupun ahli keluarga arwah Ustaz Azizan.

Kenyataan terkini dari ahli keluarga arwah ;

Keluarga bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menggantung patung kaki tertera tulisan ‘Kaki Azizan’.

Anak kelima daripada isteri pertama Allahyarham, Muhammad Rafi’iy Azizan, 32, berkata, kejadian yang berlaku merupakan satu bentuk penghinaan kepada Allahyarham bapanya.

“Kami sekeluarga cukup kecewa, marah dan sedih. Perkara itu jelas mengaibkan dan menghina Allahyarham.

“Saya percaya pihak yang terlibat bertujuan menimbulkan provokasi kepada Pas dan Umno. Sedangkan, sebelum ini kami sudah mengeluarkan kenyataan agar semua pihak menghormati Allahyarham,” katanya.

Menurutnya, pihak yang terbabit juga sepatutnya berkempen mengikut lunas Islam dan undang-undang Perlembagaan.

“Kejadian ini bukan sahaja salah dari sisi Islam, malah moral. Cukuplah dengan segala penderitaan yang ditanggung kami sekeluarga," katanya.

Tak aneh beb kalau mereka terguris. Kalau aku jadi anak dia pun aku terguris. Walaupun bukan anak kepada arwah pun aku rasa perbuatan ini terlalunya biadap. Apatah lagi kalau jadi anak dia.

Akai ada ka?

Yang aku heran tue, ada la sorang mamat UMNO poyo2 jek kondem tindakan yang bakal diambil oleh anak arwah Ustaz Azizan.

Korang baca sini sendiri ==>  http://www.sinarharian.com.my/keluarga-azizan-mahu-ambil-tindakan-undang-undang-1.217168

Jangan2 rakan sekonspirasi kot. Semacam jek ayat dia.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...