Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 25 September 2013

RM20juta Untuk Rangka Draf Pelan Pendididikan Negara - Logik Ke?


Aku dok terfikir2. Sejak2 tengok berita berkaitan isu neh aku terus terfikir dan terfikir. RM20 juta pada aku ialah satu angka yang sangat sangat sangat sangat besar.. 

BANYAK tue..

Kalau nak dibandingkan dengan apa yang Rosmah dapat, RM150juta memang la pada dia RM20 juta tak banyak mana..

Tapi pada rakyat biasa, angka tue banyak oke.

20 juta ini kan ;

Anggota Parlimen pembangkang hari ini mempersoalkan penglibatan perunding antarabangsa McKinsey and Co dalam merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Menurut jawapan Parlimen oleh Kementerian Pendidikan, firma itu dibayar RM20.56 juta untuk menyediakan dokumen itu.

Bagi anggota Parlimen Serdang Ong Kian Ming, langkah itu hanya membazirkan wang pembayar cukai.

Katanya, McKinsey adalah firma perunding pentadbiran umum yang didakwa tiada kepakaran khusus dalam bidang pendidikan, terutamanya apabila dibandingkan dengan pasukan petugas untuk projek itu.

"Setakat yang saya tahu, ini kali pertama perunding luar digunakan untuk mendraf rangka dasar pendidikan Malaysia dan dengan kos ini," kata Ong dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sudah tentulah bukan semata2 menyediakan dokumen. Firma itu terlibat juga dalam proses research, teknikal yang melibatkan beberapa perkara dalaman sebelum menghasilkan dokumen tersebut.

Orang cakap kerja2 belakang tabir tue banyak. Tapi tak kira la bab tue, cuma angka 20juta itu sangat tinggi jika dibandingkan dengan hasil kerja yang kita perolehi.

Rujukan :  http://www.malaysiakini.com/news/242003

Fahamkan sedikit persoalan yang bermain2 di fikiran rakyat ;

1. Menurut MP PR, firma tersebut tiada kepakaran dalam bidang yang dinyatakan. Maksudnya kerajaan telah melantik seseorang yang takde kena mengena dengan apa yang kerajaan nak sasarkan sekarang neh.

2. Firma tersebut juga melantik individu2 yang juga tiada kepakaran dalam bidang yang berkaitan. Maksudnya mereka tak gunakan pakar sebenar ketika menghasilkan pelan ini.

3. Alangkah baiknya jika kerajaan beri duit tersebut kepada firma tempatan.

4. Orang kita lebih sedia maklum apa yang kita nak dalam pendidikan kita. 

5. Alangkah baiknya juga jika kerajaan libatkan orang awam dalam proses menambahbaikkan pendidikan negara.

6. Alangkah baiknya juga jika kerajaan libatkan pelbagai parti politik dan pemimpin2 seperti pemimpin mahasiswa untuk melibatkan diri dalam dasar pelan pendidikan negara.

7. Alangkah baiknya juga jika kerajaan adakan punggutan suara orang ramai mengenai pelan pendidikan negara.

8. Begitu juga alangkah baiknya jika kerajaan mengadakan beberapa siri forum terbuka di pelbagai2 media termasuk internet untuk mengutip pandangan orang ramai.

9. Selepas itu satu badan memperhalusi cadangan2 tersebut, bentangkan hasil kajian untuk tujuan perbincangan dan penambahbaikan sebelum dilaksanakan secara menyeluruh..

Tapi..?

Lue fikirlah sendiri. Lepas neh sesiapa yang mempersoalkan angka neh mesti kena sembur punya la. Tak caya korang tunggu dan lihat oke.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...