Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 24 September 2013

Kisah 'Seorang' Babi Yang Beli Gula Dan Bawa Kereta.

Hai saya cik babi. Tahu cik babi tue apa? Hah itu la saya. Saya neh nak story sikit kisah kehidupan saya kat dunia neh. Sebenarnya saya pun tertekan juga dengan kos sara hidup yang tinggi melaut kat Malaysia neh, tahu tak? Hah tak tau le tue. Acececehh mengaku macam tahu tapi tak tau kan?

Citer dia macam neh. Baru2 neh ada satu mamat tue kan. Dia bagitau macam neh di laman sosial ;

==> 



Ya ampunnnnnnnn

Ya Tuhannnnnnnnn

Balik balik babi. Balik balik babi. Apa la dosa nya kewujudan babi2 ini kepada kamu semua? Saya ini juga ciptaan Allah, tau tak? Sama je macam korang semua. Cukupla dengan semua perkara dikaitkan dengan babi2 sedunia. Ingat kami neh takde maruah ke apa. Bercerita pasal subsidi neh kan, saya nak citer la sikit kepada ILMU. Apa nama? Ulama Muda UMNO tue kan. Dia citer pasal BABI pun bangun pagi dan cari rezeki sendiri tanpa mengharapkan subsidi kerajaan. Marilah saya bercerita lanjut kenapa tanpa subsidi saya oke se oke okeynya. Dan err walaupun saya babi, saya tahu subsidi itu apa maksudnya oke. Jangan nak perasan la macam subsidi tue duit BN. Saya sebagai babi Malaysia agak getik melihatkan adanya orang2 BN beranggapan bahawa duit subsidi itu adalah duit hak mutlak BN semata2. Jijik tau tak, jijik.

Pertamanya saya kena bayar cukai ke? Itulah pasal saya tak heran bab subsidi tue ILMU. Pasal bila masa tah saya bayar cukai kan. Saya kerja bagai nak mati pun tak kena bayar cukai. Yang kena tue manusia je. Bila lak masa binatang2 di dunia ini perlu membayar cukai ye tak?

Yang kedua, saya tak bancuh air sendiri. Contohnya macam nak buat air kopi ke. Air milo ke. Jadi takde keperluan la untuk saya membeli gula dan segala bagai barang tue kan. Apa yang ada, saya minum. Apa yang ada saya makan. Sebab apa? Sebab itu fitrah kejadian saya. Allah jadikan saya macam neh kan. Saya terima dan bersyukur seadanya. Janji saya tak kacau orang. Kalau ada babi2 yang menyondol orang tue kan, tue pasal korang puak2 manusia kacau penempatan babi2 terlebih dahulu. Habis semua tempat tinggal  babi dan para binatang dihapuskan atas nama pembangunan. Mentang2 la kami tak bayar cukai segala, sesedap aje kan nak buli binatang. Itulah dia manusia. Apa pun tak boleh. Bila bertekak, bergaduh, marah, sakit ahti, babi juga la yang jadi mangsa. Kalau tak babi, anjing. Seronok la juga kan babi2 dan anjing2 jadi glamer di dunia manusia tapi kan, dalam pada seronok2 tue tak bagus la juga kalau semua benda pun babi dan anjing jadi contoh. Cuba2 bawa contoh yang lebih akedemik sikit. Ini babi disamakan dengan isu subsidi. Hello, bila pula kami ada kereta nak bergerak neh? Bila pula kami kena sara anak2 kami? Bila plak kami kena beli rumah dan bayar duit untuk dapatkan keperluan harian? Baju pun kami tak payah beli oke.

Kehidupan kami dengan manusia neh jauh sangat bezanya. Nak buat perbandingan sekalipun bandingkan dengan benda yang betul2 logik. Ada ke kehidupan manusia di samakan dengan babi? Betul ke tak betul akal orang yang menulis benda tue? I rasa la kan, better you buat medical checkup oke. Cuba la check kot2 ada something yang putus terbakar ke kat dalam otak tue. Kalau dapat dikesan dengan lebih awal, boleh la repair apa2 yang patut.

Anyway i perlu tamatkan benda neh dengan segera. Sebab apa? Sebab i nak pergi cari rezeki le. Nak masuk lama2 dalam mimpi orang nak buat apa. I pun dah tak larat nak tepis semua penghinaan dan kata2 nista terhadap diri i neh hah. Letih tau tak, letih.

Kesimpulan nya, i nak nasihatkan sikit kepada ILMU. Kalau nak bagi perbandingan sekalipun, cuba la you geng2 ustaz neh perhatikan cara hidup babi2 sedunia neh macam mana. Nak kata kena bayar cukai pun tidak. Nak kata kena beli makanan pun tidak. Nak kata perlu gunakan kereta pun tidak. Nak kata kena ke sekolah pun tidak. Nak kata kena bekerja dalam satu organisasi pun tidak. Yang i kena ialah hidup puas2, makan puas2 dan tunggu dimatikan sebelum daging2 i di makan oleh you all yang bukan non muslim tue. Pendek kata babi2 sedunia neh tak patut dijadikan contoh dan tak patut dilibatkan dalam apa juga peperangan manusia sesama manusia. Leave babi-babi alone oke. We don't kacau2 you and please stop kacau2 us. Faham tak?

Nota : Babi neh datang dalam mimpi minta buat penjelasan bagi pihak babi2 sedunia. Moga2 ILMU faham la serba sedikit sebelum buat perbandingan macam budak2 yang tak pernah ke sekolah. TQ

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...