Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 23 September 2013

Menteri Saran Pengguna Jalanraya Utamakan VIP Dan Kerabat Diraja.

Jangan harap.


Ini ialah cadangan dari menteri. Sebagai rakyat aku memberikan respon. Respon aku ialah jangan harap. Aku memang sesekali tidak akan berkompromi dengan mereka dalam apa jua keadaan dan situasi.

Itu tak masuk lagi bab sembang kencang dalam kereta bila berhadapan dengan situasi tersebut. Kita sama kita tahu sudah la ek, oke tak?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Kata menteri ;
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek menggesa pengguna jalan raya untuk memberi laluan kepada pengawal bermotosikal yang mengiringi keluarga DiRaja atau golongan VIP, kerana ia adalah sebahagian daripada budaya Malaysia, lapor portal The Sun Daily hari ini.

Hasan berkata ini kerana mereka yang diiringi mempunyai tugas rasmi untuk dilaksanakan dan perlu tiba ke destinasi dalam masa yang ditetapkan.

"Saya telah menerima aduan bahawa apabila Raja-Raja kita menggunakan jalan raya, pengguna tidak memberi laluan.

"Kita mesti menghentikan perkara ini, menunjukkan rasa hormat kepada pemimpin-pemimpin kita adalah sebahagian daripada budaya kita," katanya dalam satu sidang akhbar.

Walaupun undang-undang menyatakan bahawa pengguna jalan raya hanya perlu memberi laluan kepada ambulan dan kereta bomba, Hasan menegaskan bahawa memberi laluan kepada pengawal bermotosikal harus menjadi sebahagian daripada budaya tempatan.


Kata aku ;

1. Jalanraya dibina menggunakan wang pembayar cukai. Waima yang bayar sikit atau banyak. Rakyat biasa mahupun VIP. Semua bayar tak kira la dalam apa jua bentuk dan situasi. Pokoknya semua ada saham. Maka atas sebab ini la mereka berhak menggunakan jalanraya secara bersama. Atas level dan standard yang sama. Ini kerana sama2 menyumbang ke arah pembinaan jalanraya tak kira la ko sapa pun.

2. Bila bina istana negara, rakyat takde standard macam kami tak dapat pun nak hadap dan rasa benda tue. Alasan. Special untuk VIP dan kaum kerabat kan. Siapa la rakyat takde standard neh. Duduk dalam kelas masyarakat yang rendah. Ada kasta bhai.

3. Kat sini kalau ikut keistimewaan, mereka, kaum kerabat dan VIP dah dapat pelbagai keistimewaan yang perlu, samada wajar atau tidak itu belakang citer.

4. Jadi tak perlu la nak menambahkan lagi perkara itu.

5. Dalam erti kata lain, rakyat tiada keperluan nak berikan laluan kepada mereka.

6. Rakyat pun ada banyak benda penting nak buat neh. Kos sara hidup tinggi. Lambat masuk kerja kang kena buang. Lepas tue tak mampu bayar hutang kereta kena isytihar muflis pula. Kalau berikan laluan nak berlama2an atas jalanraya nak kena tambah duit minyak lagi. Maaf, maaf, maaf, rakyat sangat terkesan even 20sen pun. Bukanla mereka berduit banyak macam VIP dan kaum kerabat kan. Lagipun bila rakyat terjejas ada VIP neh nak tolong? Ada kaum kerabat neh nak bantu? Hey pergi la mampos sama rakyat marhaen. Mana ada sapa2 nak tolong kami pun. Allah je yang tolong bhai. Itupun melalui rakan2 seperjuangan yang faham situasi. Dan sedara mara kami. VIP dan kaum kerabat ada nak pandang kami?

7. Maka jika mereka tak berikan laluan, pandai2 la korang nak hidup. Tatau pula rakyat yang mereka bayar gaji penjawat awam macam POLIS untuk escort pihak2 tertentu.

8. Begitu juga pihak2 tertentu sembang kencang bab minyak dan jalanraya effisen la sangat tapi hadap jalan jem tak hingin pun. Kan?

9. Kalau nak cepat, lain kali keluar awal. Jangan babitkan dan libatkan orang lain.

10. Rancangla perjalanan anda, eh tak pernah tengok iklan tue kat tv ka?

KAH KAH KAH

Oke, bai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...