Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 3 Ogos 2013

SKMM Siasat Ibu Alvin, Ibu Alvin Pun Tak Sokong Anak Dia..

Alvin kantoi.


Dulu dia cakap keluarga dia menyokong tindakan merepek dia selama neh. Last2 kantoi. Mak dia buat pengakuan yang mak dia tak setuju dengan apa yang dia buat selama neh. Memang gile ah ada mak yang sanggup sokong anak sendiri buat video seks secara terbuka untuk tayangan umum.

Kalau secara tertutup ada maafnya lagi.

Ini secara terbuka beb. Memang nampak sangat mengarut nya. Cuma aku heran. Kenapa SKMM nak soal siasat Ibu Alvin pula?

Untuk membantu siasatan atau apa? Si Alvin neh dah masuk dalam kategori anak tak kenang budi. Baca luahan mak dia kat bawah neh. Nak beromen pun menyusahkan orang.

Baca bawah ;

Ibu kepada blogger seks Alvin Tan (gambar) dipanggil untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada Isnin ini jam 10.00 pagi.
Peguam kepada Tan Chong Joo Tian mengesahkan SKMM menghubunginya untuk bercakap dengan ibu kepada Tan.
"SKMM menghubungi pejabat saya dan beritahu mereka mahu ambil kenyataan dari ibu Alvin. Untuk mengelakkan terjadi sesuatu dan menghentikan mereka ke rumah untuk menahannya, saya akan bawa dia ke SKMM pada pagi Isnin," kata Chong kepada The Malaysian Insider.
"Saya tanya mereka mengapa mahu panggil ibu Alvin tetapi mereka tidak menyatakan sebabnya."
Menurut Chong, beliau sudah meminta SKMM mengeluarkan surat secara formal. 
Dalam wawancara bersama The Malaysian Insider baru-baru ini, Puan Tan juga mengakui perbuatan pasangan itu yang gemar digelar Alvivi, sebagai bertentangan dengan budaya kehidupan di Malaysia.
"Saya terkejut apabila tersebar isu video seks sebelum ini. Saya beri amaran kerana Malaysia sebuah negara konservatif, bukan seperti negara Barat," katanya yang menyedari kecenderungan Alvin berbeza dengan rakan seusianya.
Selain itu, beliau berkata, keluarganya juga diganggu orang tidak dikenali hingga mereka berasa trauma dan hidup dalam serba kebimbangan.
"Selain tekanan fizikal dan emosi, kami juga berdepan masalah beban kewangan yang besar seperti kebanyakan keluarga sederhana lain. Kami tidak kaya.
"Dan, kejadian ini menambahkan masalah kewangan kami," katanya.
Menceritakan detik perbuatan anaknya berkaitan paparan video seks dan Bak Kut Teh 'halal' diketahuinya, beliau mengakui berasa kecewa dengan Alvin.
"Sangat payah untuk ditelan. Secara mudah, saya tidak memahami dunia Alvin. Tapi mereka hanya dua anak muda. Masih mentah dan mudah melakukan kesilapan bodoh," katanya. – 2 Ogos, 2013.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...