Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 1 Ogos 2013

Khairy Jamaluddin Tolak Saranan Fatwa Mengenai Atlet.

Ini bukan hina Islam. Ini hanya pendapat peribadi dia. Pendapat dia sebagai seorang menteri. Perkara ini masih boleh dibahaskan dan diperdebatkan sehingga mencapai satu keputusan yang benar2 muktamad.

Ini pendapat aku. 

Kalau Majlis Fatwa dan KBS boleh duduk berbincang agar atlet muslim boleh memenuhi protokol tuntutan aurat paling semaksima sekalipun ia lebih baik berbanding tidak berbuat apa2 perubahan.

Nasib baik yang bercakap neh menteri UMNO. Kalau la dia orang PAS, PKR dan DAP. Setakat report polis satu negara itu perkara biasa. Setakat disiasat di bawah beberapa akta itu pun perkara biasa. Menteri UMNO boleh membahaskan fatwa, orang biasa macam peserta ratu cantik tak boleh bahaskan fatwa. Apatah lagi orang politik pro pembangkang.

Lain kali.. 

Sebelum nak menunjukkan apa2 perbezaan, sila declare sokongan padu kepada BN dan UMNO. Itu mampu menyelamatkan kamu dari dihina, dikecam, disalahkan dan dimaki hamun.

Jika rasa tak mampu nak kena kecam, maka nyatakan sokongan terbuka kepada BN dan baru nyatakan perbezaan.

Jika rasa tak heran macam aku, maka nyatakan je la perbezaan.

Risiko? Tanggung sendiri.

Ini pendapat Khairy Jamaluddin atas saranan Majlis Fatwa Negara yang mencadangkan agar wanita muslim dilarang menyertai beberapa acara sukan yang mendedahkan aurat mereka ;

Putrajaya will not agree to a fatwa keeping Muslim women out of certain competitive sports, minister Khairy Jamaluddin assured athletes and sports officials today after the National Fatwa Council (NFC) proposed the idea.
Yesterday Penang Mufti Hassan Ahmad was quoted as saying the NFC may ban Muslim women from certain sports events such as swimming and competitive gymnastics as it would expose their "aurat", on the heels of a similar fatwa on beauty pageants that recently sparked a storm over the Miss Malaysia World 2013 contest.
"I don't think this is a good idea at all. Sporting competitions are different from beauty contests. I would object to any banning of sporting events," Khairy told The Malay Mail Online in a text message.

Yang heran nya, majlis fatwa hanya sasarkan wanita muslim. Bagaimana pula dengan lelaki muslim? Pakai spender, tunjuk badan itu betul ka mengikut tuntutan aurat dalam Islam bagi seorang lelaki?

Tolong jangan lakukan diskriminasi seperti ini.

Wanita berdosa tayang aurat, lelaki tak pula berpahala bila tayang aurat.

KBS tidak akan bersetuju dengan saranan mufti Penang mengenai kemungkinan menetapkan fatwa bagi melarang mana2 wanita muslim melibatkan diri dalam mana2 acara sukan yang mendedahkan aurat mereka.

KJ juga mengulas bahawa sukan berbeza dengan pertandingan ratu cantik. Sebenarnya KJ silap. Apa beza sukan dengan ratu cantik?

Dua2 sama jek.

Tujuan nya untuk meraikan sesuatu kelebihan dan mendapatkan ganjaran dari kelebihan yang kita miliki. Bahkan ia digunakan sebagai medium untuk menjalin persahabatan dan hubungan perniagaan dengan negara2 lain.

Mungkin impaknya disini, sukan mempunyai persepsi positif berbanding pertandingan ratu cantik yang rata2 di pandang negatif.

Ikhlas aku cakap. Melarang tak mengubah apa2. Kenapa tidak kita tetapkan dress code yang sesuai bagi penganut muslim di negara ini agar dapat melibatkan diri dengan sukan?

Majlis fatwa patut usulkan kepada KBS agar membolehkan pakaian khusus yang menutup aurat untuk penganut muslim samada lelaki mahupun perempuan agar mereka boleh bersukan tanpa rasa was2 dan melanggar peraturan dalam Islam.

KBS patut mempertimbangkan usul tersebut agar penganut muslim boleh bersukan dan tidak di kritik cara mereka berpakaian. Paling2 koman, semaksima mungkin yang mampu mereka tutup.

Atlet yang terlibat dalam acara sukan ini kebanyakkan mereka benar2 meminati bidang yang mereka ceburi. Tidak sesuai menghalang mereka kerana faktor pakaian sebab pakaian boleh di ubah jika kita mahu mengubahnya. Ia bukan satu ketetapan yang tak boleh di ubah sampai bila2.

Teringat kes AzizulHasni dan olimpik. Dia dipertikaikan oleh orang ramai kerana pakaian nya. Kami pernah membincangkan isu neh di KBSB suatu ketika dulu. Sayang, ramai yang memilih untuk menjadi tuhan dari tuhan itu sendiri di saat dia berusaha sebaik mungkin untuk memastikan sekurang2nya dia mampu menutup auratnya paling minima. Usaha dia, Allah tahu.

Ini la mentaliti masyarakat yang perlu kita fahami.

Kebanyakkan dari mereka lebih cenderung letak tali gantung berbanding bagi tali untuk kita daki. 

Rujukan : http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/fatwa-on-muslim-athletes-a-bad-call-says-khairy

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...