Aku tepuk2 tangan je la.
Sanggup tue penyokong2 UMNO bertegang urat sampai ada yang bertindak melabel dan menghina pengkritik2 kenyataan2 pemimpin mereka dengan label2 yang keras lagi dasat. Last2 semua pembelaan dan tindakan mewajarkan kenyataan pemimpin2 UMNO mereka menjadi sia2 sebab apa?
Sebab ini.
Patriotik bukan tindakan pemimpin korang?
Menurut laman web beritasemasa aka beritaterkini ;
Dan akhirnya…… kerajaan Malaysia sebulat suara bersetuju dan mengumumkan secara rasmi melalui pekeliling yang dikeluarkan sendiri melalui Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara Malaysia, bahawa kereta Nasional yang menjadi “kebanggaan” rakyat Malaysia atas nama “patriotik” dan “cintakan negara” iaitu Proton Perdana Executive ditukar kepada model lain.“Proton Inspira yang masih baru & masih dikeluarkan pun kena ganti juga”Adakah kerajaan Malaysia memilih Proton Preve? Bukan! Model bagi kereta rasmi kerajaan bukan lagi di bawah logo Proton, tetapi Honda.Yelah. Yang mengkritik dan memberikan pendapat keras mengenai proton hanyala mahu membantu PROTON menjadi lebih baik
Rujukan : http://www.beritaterkini.my/kereta-kerajaan-malaysia-honda-accord
Ikhlas aku cakap.
Aku bukan nak marah ke apa dengan tindakan kerajaan atas keputusan ini. Jika keputusan ini dibuat untuk menjimatkan kos penyelenggaraan kereta, momantai. Aku takde hal.
Jika keputusan ini dibuat untuk keselesaan para pemimpin negara agar perjalanan mereka tidak kerap terganggu, aku pun no hal.
Tetapi oleh kerana mereka pernah mengkritik, melabel dengan keras, menuduh orang lain seolah2 mana2 pemimpin yang tidak menggunakan proton sebagai kenderaan rasmi merupakan pengkhianat, tidak ada semangat sayangkan product tempatan, tindakan mereka pada kali neh memang wajar dipersoalkan.
Masih ingat kes toyota camry? Masih ingat pemimpin2 UMNO yang berikan kenyataan2 yang keras? Masih ingat betapa PR di tuduh tidak patriotik? Masih ingat segala kritikan kepada PROTON di anggap tidak relevant dan perlu dibakulsampahkan?
Bila kita mengkritik dikatakan kita menghina. Walhal disebalik setiap kritikan2 tersebut terselit satu harapan, rakyat Malaysia mahu melihat PROTON berdaya saing dan menghasilkan product berkualiti yang mampu membanggakan rakyat Malaysia tak kira la di mana2 pun mereka berada.
Ooo.. jahat sangatla orang yang ada harapan nak tengok PROTON berdaya saing dengan HONDA sekurang2nya.
Impian yang jahat. Cita2 yang jahat. Harapan yang jahat.
Kita patut biarkan PROTON terus terusan tidak maju. Mengkritik PROTON merupakan kesalahan kerana itu tidak patriotik namanya.
Tolong faham.
KAH KAH KAH