Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 31 Julai 2013

Ini Penjelasan Dari Individu Yang Upload Video Anjing Meraikan Aidilfitri.


Aku kena sound kat ruangan komen pasal video tersebut. Aku tak ingat page apa yang upload video tersebut.. sebab page tue dah delete kot video tersebut.. aku check2 kat notification tak jumpa2. Last2 aku mengalah jek. Banyak lagi benda penting nak difikirkan kot.

KAH KAH KAH

Aku cakap terus terang. First time aku tengok video tersebut. AKu tak rasa ia hina Islam. AKu luahkan di ruangan komen sebelum aku kena bashing dengan penjihad2 dan pejuang2 islam sunni.

Komen2 yang dikeluarkan membayangkan individu yang buat video tersebut ;

1. Bukan orang Islam

2. Menghina Islam sebab memegang anjing.

3. Membayangkan ia perkara yang sangat sensitif dan kategori menghina Islam.

Apa yang aku fahamkan mengenai video tersebut ;

1. Dia merayakan hari raya

2. Dia bawa anjing dia jalan2 ketika takbir raya sebab nak membayangkan yang hari tue hari raya.

3. Dia bagi anjing dia makan atas meja sebab dia nak membayangkan anjing juga ciptaan tuhan

4. Dia juga memberikan nasihat jangan diskriminasi terhadap makhluk Allah.

Apa yang aku nampak dia cuba nak wujudkan pendapat bahawa anjing sekalipun ia makhluk Allah. Kehadiran dia bukan untuk dibenci tetapi kita boleh pergunakan ia untuk tujuan2 tertentu, dan jangan juga pandang hina terhadap mana2 pihak yang jaga anjing jalanan. Jangan anggap semua yang bela anjing itu pengotor.

Aku rasa dia melalui diskriminasi seperti itu. Sebab itu dia zahirkan video tersebut.

Aku tertarik dengan sikap dia yang membela anjing2 jalanan. Bagus juga. Daripada merayau di jalanan dan menyusahkan orang ramai, kot2 kacau budak2 yang nak pergi sekolah, elokla dia amek dan bela. Kenapa kita perlu menghina perlakuan tersebut, ek?

Tiada yang salahnya dengan sikap dia. Aku sokong dia. Lantakla korang nak cakap apa pun.

Berikut kat bawah neh penjelasan dia. Baca la dengan ahti yang terbuka. Dan jangan kaitkan ia dengan isu politik seperti yang dilakukan oleh puak2 sebelah sana. Tak habis2 seme benda dikatakan salah DAP. Apa pun tak boleh.

KUALA LUMPUR – “Saya tiada niat hina Islam”.
Itulah kata-kata yang diungkapkan oleh pembikin video yang kini menjadi viral di laman sosial Facebook, Chetz Yusof, yang merupakan seorang penganut Islam.
Menurut wanita berusia 38 tahun ini, tujuannya memuat naik video itu adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat di luar sana mengenai penjagaan anjing seperti mana yang dilakukannya.
“Saya takde niat pun hina Islam sebaliknya video itu adalah pada mulanya saya memang buat suka-suka tapi alang-alang baik saya ‘educate’ orang di luar mengenai penjagaan anjing dan kebersihan,” katanya eksklusif ketika dihubungi Mynewshub sebentar tadi.
Selain itu, Chetz yang merupakan seorang jurutera, turut berasa pelik apabila video yang sudah lama dimuat naik sejak 2010 itu, hanya kini hendak diperkatakan.
“Benda ni dah lama kenapa dia (video) timbul sekarang? Orang Melayu terlebih sensitif,” katanya yang memiliki lapan ekor anjing yang semuanya merupakan anjing jalanan.
Chetz turut menyatakan tujuan video itu direkod adalah untuk menunjukkan kebersihan dalam menjaga haiwan peliharaan selain menyatakan anjing itu tidak haram untuk dibela.
Anjing-anjing yang dibela itu kesemuanya merupakan anjing terbiar dan dibuang di jalanan malah ada di antaranya yang buta serta pernah dilanggar orang.
“(Bela) Anjing ini tak haram, kalau basah, kita samak,” katanya lagi.
Ketika ditanya tidakkah dia takut sekiranya pihak berkuasa bakal mengambil tindakan terhadapnya, Chetz mengatakan, “saya risau ambil masa saya, buat report polis, kena buat ‘statement’ kepada polis, itu yang saya risau sebab ia mengambil masa saya”.
Chetz yang masih bujang ini tinggal bersama dua lagi rakan serumahnya yang beragama Islam malah mereka turut sama menjaga anjing-anjingnya yang merupakan baka Mix Breed atau Mongrel itu.
Menurutnya lagi, keluarganya turut menyokong tindakannya menyelamatkan anjing jalanan dan terbiar walaupun ada di antara ahli keluarganya tidak bersetuju pada mulanya.
“Ada ahli keluarga pada mulanya tak bersetuju, tapi bila saya terangkan, mereka boleh terima benda ini,” katanya yang mengharapkan semua pihak tidak cepat melatah dengan perkara ini.
Menerusi video berdurasi satu minit 14 saat itu, Chetz meraikan Aidilfitri bersama tiga ekor anjingnya dengan berlatar belakangkan audio Takbir Raya sekali gus menimbulkan kemarahan segelintir pihak kerana dikatakan menghina umat Islam di Malaysia.-Mynewshub

Sapa ada link facebook dia? Aku nak friend dengan dia. Kalau ada inbox atau share kat aku oke. 
Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...