Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 2 Ogos 2013

Akhbar Singapura Sindir Malaysia Ekoran Kes Tembakan Di Negara Ini.

Kematian yang murah. Serendah $2,000 untuk mengupah pembunuh upahan bagi melakukan pembunuhan di negara ini.

Apa point negara tersebut melakukan sindiran tersebut, ek?

Lihat bawah ;


Ada kawan share satu link facebook tadi. Aku baca2 rupanya pasal satu laporan berita oleh media Singapore mengenai kejadian tembak menembak kat Malaysia yang semakin lama semakin kritikal.

Sumber gambar kat sini.

Positif ada, negatif pun ada. Itu yang aku nampak laporan berita oleh media luar mengenai jenayah di negara kita.

Aku kurang arif dari mana media Singapore mendapatkan maklumat bahawa upah yang dikenakan oleh pembunuh upahan di negara ini ialah $2,000 sekali bunuh. Ini kerana aku tak pula pernah nampak media2 kita ada menyiarkan laporan seperti itu. Jika aku terlepas pandang itu lain citer la kan.

Kalau negara tersebut beranggapan $2,000 murah di negara ini memang la betul. Kami dibebani dengan kos sara hidup yang tinggi. Setakat dapat RM1,000 sebulan buat lepas bayar hutang2 je la. Itupun kalau ada hutang kereta dan hutang utilities. Kalau ada beli rumah dan harapkan gaji ko rm1,000? Pergi mampos le jawabnya.

Tapi kos sara hidup di Singapore pun tak rendah mana untuk kritik negara kita pasal kos sara hidup. Yang boleh di banggakan ialah tahap keselamatan dan kebersihan. Tapi bab keterbukaan, Singapore masih jauh lagi. Kalau baca kritikan2 pembangkang di negara itu terhadap kerajaan Singapore, memang mampu buka mata kita mengenai negara itu beb. 

Tapi aku agak terkesan juga dengan sindiran media Singapore neh. Terus terang cakap. Aku tak faham sangat niat dorang cuba membayangkan ;

1. Kematian di negara ini mudah dan murah

2. Untuk kekal hidup pula mahal.

Adakah nak membayangkan kos perubatan di negara ini mahal?

Kalau itu memang betul la. Tapi still ada klinik satu Malaysia untuk terus buat rakyat Malaysia rasa bersyukur.

Kan?

Haha.

Lagipun tak lama lagi nak kenalkan pelan insurans perubatan yang wajib untuk semua rakyat Malaysia.. so tak la membebankan sangat. 

HAHAHA.

Pelan insurans tue kalau kena pada konsepnya ia memang idea yang menarik kalau difikirkan untuk kesejahteraan rakyat di negara ini. Tetapi oleh kerana niat asalnya untuk mengkayakan sesetengah pihak maka sistem yang digunapakai pun semestinya tidak akan menyebelahi rakyat, so nak taknak terpaksa tolak sehingga idea tersebut diperkemaskan bagi menjaga kepentingan rakyat sebagai matlamat utamanya dan sasaran nya untuk memastikan semua rakyat berhak dirawat tanpa kira status dan pangkat.

Tapi apa pun sindiran yang ingin di sampaikan oleh media tersebut, kita sepatutnya kena seriyus memikirkan masalah pokok. Masalah pokok kat sini ialah kejadian tembakan yang semakin lama semakin membimbangkan rakyat marhaen. Ianya  di tahap yang kritikal dan rakyat rasa tak selamat.. kalau la kita dapat duduk berbincang2 dengan PDRM sambil bertukar2 idea kan bagus. PDRM takmo ka buat forum terbuka ataupun online bagi mendengar pendapat dan kritikan mengenai agensi tersebut di negara ini?

Aku fikir mewujudkan suasana yang aman dan selamat itu tanggungjawab bersama. Sudah sampai masanya untuk PDRM bersikap terbuka dan mendekati rakyat bagi bertukar2 idea, bagaimana? Setuju?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...