Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 3 Ogos 2013

PDRM Bidas Media Singapura Isu Pembunuh Upahan.

Baru2 neh salah satu akhbar tempatan SG sindir Malaysia yang mana kos untuk mati lebih murah berbanding kos untuk terus hidup di Malaysia di samping mengaitkan perkara tersebut dengan beberapa siri kejadian tembakan di Malaysia lewat kebelakangan neh.

Rujuk sini ;

http://amenoworld.blogspot.com/2013/08/akhbar-singapura-sindir-malaysia-ekoran.html

Berikut kat bawah neh pula statement balas dari PDRM kepada media terbabit ;

LAPORAN THE NEW PAPER MENGENAI JENAYAH DI MALAYSIA BERNIAT JAHAT - KPN

Kuala Lumpur, 3 Ogos - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan laporan muka depan sebuah akhbar Singapura, The New Paper, mengenai kejadian jenayah di Malaysia baru-baru ini, berniat jahat.

Sebaliknya Khalid menegur akhbar tersebut agar mengawasi hal ehwal jenayah di dalam negara sendiri daripada membuat satu spekulasi yang tidak benar mengenai jenayah di Malaysia.

"Ia adalah satu kenyataan jahat, eloklah dia jaga rumah sendiri daripada menjaga rumah orang," katanya kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Jalinan Ramadan Bersama Pasukan Beruniform di sini hari ini.

Akhbar The New Paper pada 31 Julai, telah menerbitkan sebuah artikel bertajuk 'Selamat datang ke Malaysia di mana kematian adalah murah dan untuk kekal hidup sangat mahal' yang turut menyatakan bahawa untuk mengupah seorang pembunuh hanya memerlukan $2,000 (RM5,000).

Artikel tersebut menerima maklum balas negatif daripada pelbagai pihak yang menyatakan ia tidak beretika dan menggesa agar akhbar harian itu memohon maaf kepada Malaysia kerana menghina. - BERNAMA

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...