Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 23 Julai 2013

Hot : Kanak2 Sekolah Ini Makan Dalam Bilik Tambahan [MP Tolong Alert]

Menghormati bulan ramadhan atau apa?

Lihat gambar2 kat bawah neh dulu ;







Oke. Tadi ada orang mesej aku. Dan ada orang share link neh di wall aku. Dua individu yang berbeza. Yang mesej aku tak bagitau nama sekolah neh tapi dia citer kat aku bahawanya ;

1. Kanak2 non muslim disuruh berehat dalam bilik tambahan.

2. Mereka makan kat sini sepanjang bulan puasa hari tue.

3. Alasan tak dinyatakan dengan jelas tetapi ibu bapa non muslim sedih anak2 diperlakukan seperti berikut.

4. Kata si pengadu, meskipun bilik tambahan tersebut telah dibersihkan tetapi still berbau. So tak selesa untuk anak2 mereka makan.

5. Aduan sudah dihantar tetapi tiada respon itu punca si pengadu upload di facebook.

6. Sekolah yang dinyatakan ialah Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Pristana. Seperti yang aku petik dari link asal yang disharekan. ==>  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10200899734149459&set=pcb.10200899734349464&type=1&relevant_count=1&ref=nf

7. Apa yang ibu bapa neh minta ialah kemudahan kantin jek.

Dulu member2 cina aku sebelum nak minum dalam kelas, dorang tanya aku. Saya nak minum, sorry ya. Jangan marah.

Aku cakap minum je la. Aku satusen tak heran. Aku percaya budak2 non muslim neh hormati rakan2 yang berpuasa tetapi perlu kah kita melayan mereka sampai macam neh sekali? Lemah sangat ka iman kita sampai budak2 neh kena makan sorok2 dan makan dalam bilik tambahan?

Mohon kes neh di siasat dan dengar penjelasan dari kesemua pihak sebelum mengambil apa2 pendekatan, kesimpulan dan tindakan.

Tq.

Updated ;

Pembetulan.

Perkataan bilik air telah digantikan kepada bilik tambahan bagi menghormati permintaan guru di sekolah tersebut. 

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...