Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 24 Julai 2013

Guru Besar Pertahankan Tindakan, Pemimpin Islam Kritik Tindakan SRK Seri Pristina.

Kesian aku tengok. Bukan saja gagal memahami isu pokok bahkan langsung tidak menjawab kepada permasalahan yang timbul.



Inila respon balas yang diterima setelah seorang ibu meminta agar tempat makan di alihkan ke kantin. Mereka makan di situ bagi membuktikan tindakan mereka tepat. Dah alang2 nak amek gambar tue, biarla makan sambil duduk. Walaupun ia telah dibersihkan [jangan abaikan statement neh sebab aku dah sebut dalam entry yang lepas] tetapi jika seseorang itu tidak selesa makan disitu, mereka tetap rasa tidak selesa. Jangan samakan situasi ;

1. Sendiri yang rela makan tepi longkang.

2. Seseorang yang dipaksa makan tepi longkang.

Ini dua keadaan yang berbeza. Dalam kes di atas, ia merujuk kepada situasi kedua. Harap2 sampai sini semua masih memberikan perhatian, bukan hilang tumpuan sampai lari point.

Rujuk pula jawapan dari seorang guru. 


Apa yang cikgu neh sebutkan ialah semasa sebelum berpuasa = kantin padat = bilangan murid yang makan ramai = maka bilik tambahan terpaksa diwujudkan untuk menampung kekurangan fasilitis.

Jadi sudah semestinya bulan ramadhan = kantin tak padat = tiada keperluan untuk menggunakan bilik tambahan tersebut = disebabkan rata2 pelajar islam tidak dibenarkan untuk turun makan [tidak dibenarkan tidak berpuasa di kawasan sekolah]. 

So alasan lagi kukuh la. Kantin patut boleh digunakan sepanjang bulan ramadhan tanpa perlu menggunakan bilik tambahan yang direnovate menjadi tempat makan.

Point tambahan.

Walaupun ada anak2 muslim yang makan disitu, ia tak bermaksud kita boleh membenarkan perkara tersebut berlaku. Samada bulan ramadhan mahupun bukan bulan ramadhan, kita patut persiapkan ruang makan yang selesa untuk kanak2 tersebut.

Hanya kerana mereka tak sebut tak bermaksud mereka selesa. Mereka cuma belum faham bahawa mereka sebenarnya layak mendapat kemudahan yang lebih baik. Kita sepatutnya tolong mereka dapatkan kemudahan yang lebih baik bukan mengiyakan kekurangan yang wujud hanya semata2 mata kita selesa melihat perkara tersebut.

Sememangnya kantin ditutup kerana menghormati bulan ramadhan. Isu neh dikesan time bulan ramadhan sebab kantin ditutup. Mereka tak faham kenapa menutup kantin dan mengarahkan pelajar menggunakan bilik tambahan. Bilik tambahan hanya sepatutnya digunakan jika kantin padat. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kantin tak padat, ditutup dan mereka diarahkan makan dalam bilik tambahan sehingga mencetuskan konflik.

Lebih teruk, aduan sudah sampai ke pengetahuan pihak sekolah. Sepatutnya mereka tanggani aduan si ibu secara berhemah. Sudah la pihak sekolah gagal memberikan respon satu hal, tetapi menyalahkan pula si ibu yang protes di facebook. Kan kurang tepat cara itu?

Dan jika benar la tindakan pihak sekolah itu betul, atas alasan apa KPM mengarahkan agar kantin di buka serta merta? Bukan kah kantin sedang di renovate? Eh boleh pula buka serta merta? Bukan kah bilik tambahan itu selesa? Kenapa KPM tidak bersetuju dengan tindakan pihak sekolah? Ini kerana KPM sendiri pun merasakan tindakan tersebut tidak wajar. Walaupun kita merasa selesa makan di tepi longkang tapi jangan la samakan situasi kita yang rela dengan situasi orang yang dipaksa.

Pihak sekolah sepatutnya menggunakan kesempatan ini untuk mendapatkan peruntukkan tambahan bagi membesarkan kantin / ruang makan. Bukan nya mempertahankan tindakan mereka sedangkan ia peluang yang baik untuk mereka memperolehi peruntukkan yang sewajarnya disebabkan sekolah di bawah jagaan anda kekurangan fasilitis.

Tiada sesiapa pun yang mengatakan isu neh isu racist tetapi tindakan penyokong BN menjadikan isu neh isu perkauman amatlah mengecewakan. Bahkan lebih teruk mereka menjadikan isu neh isu politik dengan memarahi orang lain jangan jadikan isu neh isu politik dengan menghasilkan komen2 yang berbaur politik walaupun dari awal lagi tidak pula pihak pengadu yang sebut UMNO mahupun BN dalam kes neh. Apa yang disebutkan jelas. Hanya ibu bapa pelajar + pihak sekolah tersebut. Tiada UMNO, tiada BN dalam kes neh. Boleh jadi si pengadu ialah pengundi BN, penyokong BN, siapa yang tahu?

Tolong berikan perhatian dengan memahami isu pokok sebelum menzahirkan komen. Nak komen tiada salahnya tetapi bagi mereka yang tak memahami isu asas akan mula menghasilkan komen2 dan pendapat2 yang melencong sampaikan takde kena mengena dengan apa yang sedang dibincangkan. Satu2 masalah apabila ia diutarakan, ia adalah bertujuan untuk diselesaikan. Ia bukan bertujuan untuk menjadikan ia isu perkauman, politik ataupun menyuruh anda saling bertekak, saling taking side berdasarkan pandangan politik masing2 mahupun berdasarkan agama dan kaum. 

Aku boleh makan tepi longkang aku rilex je, yang makan depan tv takmo tegur ka? Tidak. Jangan hilang tumpuan apabila kita berbincang.

Berikut di bawah ialah pendapat dari pemimpin2 Islam. Mereka tidak bersetuju dengan perkara tersebut. Menutup kantin disebabkan bulan ramadhan bukan sesuatu yang kita perlu akur dalam keadaan kantin sedia ada boleh digunakan tanpa sebarang masalah.

==> http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sekolah-sungai-buloh-silap-kata-pemimpin-islam

Guru Besar sepatutnya buka kertas kerja. Buat usul. Minta dana tambahan. Bukan makan di bilik tambahan. Gunakan kekurangan kita untuk mendapatkan bantuan sebab itu yang selayaknya. Itu kalau Guru Besar benar2 memikirkan bahawa fasilitis lebih penting dari ego manusia.

Fikir2kan.

Updated :

Sekolah tersebut telah diberikan peruntukan segera sebanyak RM10,000 dan akan diberikan peruntukkan tambahan bagi membesarkan kantin sekolah. 

Rujuk :  http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/07/24/School-changing-room-makan-issue-resolved.aspx
  
Aku tahu la GB neh pro BN tapi aku harap kita tak menghukum dia melulu disebabkan dia PRO UMNO. Mungkin tindakan mengantung itu terlalu berat bagi kesalahan yang dia lakukan. Aku rasa daripada mengantung cukupla dengan tindakan dia yang dah pun meminta maaf kepada pihak2 yang terbabit. Pendapat politik dia adalah pendapat peribadi. Yang penting kekurangan sekolah tersebut akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat dengan peruntukkan yang akan diperolehi oleh mereka tak lama lagi.

Sekian.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...