Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 22 Julai 2013

Kerajaan Malaysia Merayu Kes Liwat II - Saiful Diliwat Anwar Ibrahim.

Apa neh?

Aku tak faham kes la. Kenapa kerajaan kita terlibat lagi dalam isu liwat II? Ini semua membazirkan wang pembayar cukai la untuk proceed kes2 bodoh gini. Saiful dah berkahwin la. Dah ada isteri dah pun. Dari bujang trang2 kepada suami orang. Dari pelajar yang CPGA tah hapa2 kepada pelajar cemerlang. 

Pendek kata pelbagai frasa perubahan telah pun berlaku dalam tempoh waktu tersebut. So apa rasionalnya meneruskan dakwaan yang tak berasas dan sampah macam neh?

Ada bukti baru ke? Yang aneh kenapa KERAJAAN tergamak MERAYU? Kes yang begitu memalukan neh sepatutnya ditamatkan begitu saja tanpa perlu melalui proses rayuan.

Aduhai.

Baca bawah sat ;
Mahkamah Rayuan Putrajaya bersetuju menangguhkan prosiding rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. {1}

Penal tiga hakim Ramly Ali, Tengku Maimun Tuan Mat dan Mohd Zawawi Salleh membuat keputusan itu kerana peguam utama Anwar, Karpal Singh, tidak sihat dan dimasukkan ke hospital. 

Pengurusan kes ditetapkan pada 1 Ogos.

Anwar tiba di mahkamah pada jam 9.04 pagi tadi bersama isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail, yang juga presiden PKR. Turut hadir pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

Selepas setahun setengah, Anwar hari ini kembali ke mahkamah ekoran rayuan kerajaan terhadap keputusan pembebasan beliau dalam kes yang mendapat perhatian meluas itu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Januari tahun lalu melepas dan membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat Saiful di Kondominium Desa Damansara antara jam 3.10 dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Anwar, 65, yang juga ketua pembangkang dan ahli parlimen Permatang Pauh, didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan {2} yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.


1. Akhirnya kita kembali membicarakan isu liwat. Aku syak sampai aku mati pun kes neh tak habis2 lagi kot.

2. Kerajaan yang buat keputusan untuk merayu.

3. Kerajaan kita neh, telah pun sebulat ahti menjadi wakil sampai mampos kepada SBA. So tak aneh kenapa kerajaan kita yang merayu kes tersebut di mahkamah.

4. Aku tak sure apa istimewanya si SBA neh yang beria2 kerajaan kita defendkan sangat.

5. Kalau nak ikutkan ada berapa banyak pertuduhan2 jenayah yang di luar sana.. yang menjadi mangsa yang memerlukan pembelaan sewajarnya dari pendakwaraya.. ada tak mereka teliti dan setegas neh dalam kes2 tersebut? No. Penjenayah asyik terlepas atas alasan tak cukup bukti, bukti tak kukuh, bukti tak lengkap, bukti tercemar, bukti tak boleh digunapakai dan blablabla lagi.

6. Melebihkan isu SBA dengan meminggirkan kes2 jenayah yang lebih seriyus lagi kesan nya terhadap masyarakat? Something is wrong in somewhere la.

7. Kes SBA neh dibicarakan oleh semua agensi undang2 yang beroperasi menggunakan wang pembayar cukai.

8. Aku rasa sebagai rakyat marhaen kita sendiri kena amek satu langkah dengan mendesak kerajaan jangan bermain politik dengan menggunakan undang2 bagi menakut2kan musuh politik mereka.

Walaupun selepas neh kerajaan akan bagi macam2 alasan untuk menerangkan kenapa mereka berbuat demikian, ada rasionalnya, ada kewajaran nya tapi aku anggap alasan2 tersebut boleh masuk bakul sampah. Aku dah jemu baca isu liwat dan paling menyampah aku dah jemu tengok orang luar asyik perkotak katikkan Malaysia dalam kes liwat. Tatau ke kes neh memalukan dan menjejaskan imej Malaysia dari pelbagai segi? Sudah2 la tue oit.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...