Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 25 Julai 2013

Anggota Polis Dakwa Dijadikan 'Kambing Hitam' Oleh PDRM Dalam Insiden Lahad Datu.


Aku terbaca satu berita yang wajar menjadi tanda tanya bagi rakyat Malaysia macam kita. Siyes. Cuba korang baca petikan berita kat bawah neh sat ;


Anggota polis, Koperal Hassan Ali Basari hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia dijadikan 'kambing hitam' oleh pihak polis dalam kes pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu baru-baru ini.

Hassan, 55, yang memberi keterangan membela diri tanpa bersumpah di kandang tertuduh berkata, dia menjalankan tugas dengan baik dan menyalurkan kesemua maklumat mengenai kegiatan pencerobohan kumpulan pengganas berkenaan kepada Ketua Cawangan Khas Lahad Datu.

Sambil menafikan terlibat dengan pengikut Kiram Sulu, dia menyatakan, semua bukti yang dikemukakan oleh pihak polis cawangan khas adalah tidak betul, berat sebelah dan hanyalah propaganda untuk menganiayanya.

Dan yang lebih menimbulkan keraguan ialah ;

Tertuduh memberitahu, sebelum arahan diberikan pihak atasan kepadanya untuk membuat risikan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah telah mengetahui maklumat berhubung tuntutan kumpulan Kiram ke atas Sabah dan mengetahui maklumat pencerobohan pengikut kumpulan itu di Kampung Tanduo, Lahad Datu lebih awal lagi.

Jelasnya, seorang pegawai kanan polis Sabah telah mengetahui kemungkinan pencerobohan pengikut Kiram dan mempunyai maklumat pertama berhubung pencerobohan dan ancaman pengikut kumpulan itu.
''Saya sangat hairan kenapa saya sebagai anggota polis berpangkat paling rendah dipersalahkan walaupun saya melaporkan semua maklumat yang diperoleh daripada sumber saya kepada Ketua Cawangan Khas Daerah, sedangkan bukan saya seorang sahaja membuat risikan maklumat kes itu. 

Hish..

Nak menganiaya orang yang tak bersalah untuk membela kepentingan pihak atasan ka? Sedar tak sedar dah dekat beberapa bulan berlalu selepas PRU ke 13 tamat, sampai sekarang menteri kita tak dedah2kan lagi 3 pemimpin kanan pembangkang yang dikatakan sebagai dalang dalam insiden Lahad Datu.

Siapa pemimpin tersebut?

Bila nak buka kertas siasatan dan dakwa di mahkamah?

Apasal senyap sampai sekarang?

Takan BN, PDRM takut pada pemimpin pembangkang pula?

Aku dah boleh agak. Kes neh dari awal sampai sekarang memang menimbulkan banyak keraguan2 yang tak terjawab. Hanya orang2 dalam jek yang mampu memberikan penjelasan menyeluruh, itupun kalau mereka nak buka mulut. Kalau tidak, tunggu je la masing2 bersara baru sibuk beria2 nak dedahkan perkara sebenar.

Apa pun tak boleh.   

Rujukan :   http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130725/ma_04/Hassan-dakwa-dijadi-kambing-hitam

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...