Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 3 Julai 2013

Anak-Anak Yatim Ini Mencari Kita..

Tadi terbaca satu komen yang sangat menyakitkan ahti di wall facebook. Setakat bayar zakat fitrah jek dan lepas tue nak kondem pusat zakat macam2 baik tak payah. Lebih kurang begitulah maksud komen dia. Komen dia tak sebijik2 seperti yang aku tulis. Tapi gambaran yang dia cuba lahirkan, seperti itula.

Dia komen begitu sebab membalas komen seseorang yang kondem pusat zakat. Kalau la aku jadi individu yang kena sound tue aku akan sound dia balik.

Usah kata bayar zakat fitrah, hatta yang tak bayar pun memang layak kondem pusat zakat tue. Apa dia ingat keadilan dan kebenaran berpihak kepada mereka2 yang BAYAR ZAKAT ka?

Apa dia ingat orang2 yang tak bayar zakat tak boleh kritik dan kondem pusat zakat ka?

Ini la satu contoh pembodohan yang cuba diterapkan kepada kita masyarakat yang sentiasa berfikir non stop. 

Semua orang tak kira la ko miskin atau kaya, bayar zakat sikit atau banyak, tak bayar zakat langsung atau bayar sekali setahun ko tetap layak bercakap pasal pusat zakat di Malaysia sebab apa?

Sebab jika benda yang ko sebut tue benda betul, ko tak perlu takut. Allah tak sebut hanya bayar zakat jek boleh kondem mana2 benda yang tak betul di dunia neh. Antara manusia dengan Allah siapa yang ko pilih?

Sambung balik isu anak2 yatim. Sebenarnya semua neh bermula bila ada seseorang update di facebook dia pasal anak2 yatim yang memerlukan kita..

Lihat gambar kat bawah neh ;


Korang makan mewah....Anak anak ini hanya itulah makanan mereka sehari hari...Lauk Ikan Kering Nasi Putih.....

Hati mana yg tidak sebak.....


Roti dan Milo Nugget yg Den beli sekejap aje ditelan...Insyaallah atas kelapangan masa Den akan berkunjung lagi.....

Orang tue update status seperti di atas. Dan percaya tak, ada sesetengah dari kita kondem pasal dia tulis MILO,

Ya MILO.

Milo kan kena boikot sebab product Nestle. 

Instead melihat kepada masalah anak2 neh, dia pergi KRITIK pasal MILO. Aduhai.

Tak boleh ke? Tak boleh ke kita jangan berkira bab2 gini? 

Aku tak faham sesetengah orang. Pasal update kesusahan anak yatim pun depa anggap menunjuk2 kebaikan. Padahal kita nak cakap hello kat sini ada anak yatim yang memerlukan kita, mari la kita berbuat sesuatu untuk menolong mereka. Itu jek point yang perlu kita faham dan nampak. Yang lain2 tue benda2 kecik jangan ko berkira sangat la.

Apa pun berbalik kepada rumah anak2 yatim neh ;



1. Lokasi rumah anak yatim neh ialah seperti di dalam gambar di atas.

2. Gambar neh gambar lama tahun 2011 dan 2012. Aku petik dari internet.

3. Ikut pengalaman orang yang dah melawat rumah anak2 yatim neh sememangnya mereka memerlukan bantuan dalam pelbagai bentuk.

4. Ia dikendalikan oleh sepasangan suami isteri yang sudah berusia.

5. Aku takmo mengharap pada pusat zakat. Namun jika ada sesiapa yang ada link dengan pusat zakat dan rasa ia berbaloi untuk usahakan sesuatu, maka usahakanla.

6. Banting bawah Selangor. Sudah sepatutnya kerajaan negeri fikirkan pelan yang sesuai untuk membantu anak2 yatim neh.

7. Apa pun yang penting sekarang ialah usaha dan alternatif dari kita sendiri terlebih dahulu.

8. Sebab tue aku sebarkan neh supaya sesiapa yang berdekatan dan mahu lakukan sesuatu boleh la kita ramai2 ke sana.. bantu setakat yang mampu. Mari geng, kita lakukan sesuatu untuk anak2 neh. Rekod, aku pernah duduk di rumah anak yatim selama 2 tahun. Begitu la susahnya mak aku membesarkan aku suatu ketika dulu. So aku faham apa perasan anak2 yatim neh. Bukan kita orang suka sangat orang anggap kita orang macam peminta sedekah. Siyes.

Tapi keadaan memaksa untuk kita mencari bantuan. Nak taknak terpaksa la telan dan hadap dengan semua pandangan dan persepsi umum.

Aku dah melepasi frasa itu. Bahkan pelbagai frasa penghinaan dan kesusahan dah aku lepasi. Persepsi umum yang miskin akan cenderung dituduh mencuri tak pernah berubah walaupun aku dah dewasa.

Baru2 neh ada seseorang budak umur 8 tahun citer kat aku orang tuduh dia mencuri sebab dia miskin. Aku citer kat dia benda yang ko kena aku pun selalu kena dulu dah. Selagi ko miskin + bodoh + merempat masyarakat takan respect dan dongak kepala untuk hormat ko.

JANGAN KO PERNAH MIMPI.

Aku hasut dia sepertimana aku hasut diri aku dulu.

Jadi, ko kena majukan diri ko. Pandaikan diri ko. Cari ilmu banyak2. Cari duit banyak2.  Bukan nak sangat jadi kaya. Tetapi lebih kepada nak ubah persepsi masyarakat yang memandang hina pada anak2 miskin. Gunakan duit kita sebaik2nya. Supaya kanak2 miskin lain kita boleh bantu.  Dan jangan sesekali jadi sebahagian dari masyarakat yang memandang serong pada anak2 miskin, anak2 yang takde bapa atau anak2 yang duduk dengan ibu tunggal.

Oke bai.

Baca sini juga :  http://www.kisahkatakpink.my/2012/08/rumah-anak-yatim-dan-asnaf-as-solihin.html?m=1

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...