Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 7 Disember 2012

Hot : Luahan Sultan Selangor Yang Sedih - Dan ini jawapan kepada Sultan Selangor.

Aku half selangorian. Kira tertakluk juga la dengan luahan kat bawah neh. Oke nanti saya berikan pendapat saya ek sultan. Sebelum tue saya nak ajak kekawan baca dulu luahan sultan kat bawah neh sat ;




Memandangkan hari pengundian semakin hampir, baginda Sultan mendapati dirinya menjadi mangsa dalam percubaan mengheret nama baginda ke medan politik.
Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah baginda sedih apabila baginda telah menjadi sasaran kumpulan dan individu yang sengaja memutar-belitkan kata-kata dan tindakan baginda dengan membayangkan sebahagiannya terarah kepada Umno.
"Mengapa beta? Beta tidak mendapat apa-apa manfaat dengan menyebelahi Umno, PKR atau mana-mana parti," titah baginda. "Apa yang telah Umno berikan kepada beta?
"Mereka meletakkan jenama Umno kepada beta, buktikannya. Tunjukkan kepada beta bila beta cenderung untuk bersama dengan Umno. Jangan membuta tuli menuduh beta perkara yang beta tidak salah. Beta tidak mempunyai agenda politik.
"Sebagai ketua negeri, beta berada di atas politik. Mari kita sama-sama jelas tentang perkara ini," titah baginda, lantang.
Sultan Sharafuddin bertitah, kini baginda menggunakan berhati-hati apabila memberikan ucapan, tetapi bertitah bahawa baginda akan bercakap mengenai isu-isu yang menjejaskan Islam dan kebajikan dan keharmonian rakyat.
Dalam satu wawancara dengan The Star, Sultan bertitah baginda akan kekal konsisten menentang penggunaan masjid untuk tujuan politik di Selangor, dengan bertitah: "Politik dan agama tidak sepatutnya dicampur."
Baginda bertitah politik adalah di luar masjid. "Ini adalah tempat yang suci untuk mencari ketenangan rohani dan bukan untuk menyemai kebencian di kalangan saudara-saudara seseorang."
Sultan juga mendedahkan terdapat cubaan oleh ahli-ahli politik tertentu untuk mengubah landskap di Shah Alam, ibu negeri Selangor.
"Terdapat satu langkah oleh wakil rakyat untuk menamakan Shah Alam sebagai Bandar Islamik Selangor. Kemudian, terdapat ahli-ahli politik lain cuba untuk mengharamkan pawagam di pusat beli-belah kerana mereka tidak bermoral, lupa bahawa kita hidup dalam sebuah negara yang berbilang kaum.
"Kemudian, ada wakil rakyat yang lain yang mencadangkan supaya gerbang dibina di Little India di Klang.
"Beta tidak suka apa-apa idea penjenamaan semula Shah Alam. Di kemudian hari, seseorang mungkin mahu Petaling Jaya diisytiharkan sebagai 'China Town' di Selangor.
"Kuala Lumpur adalah sebahagian daripada Selangor dan kita sudah mempunyai China Town di Petaling Street dan Little India di Brickfields, ini sudah cukup.
"Apa lagi seterusnya? Mengadakan 'Little Bangladesh' apabila orang lain mencadangkannya? Beta tidak suka rakyat dipisahkan mengikut kumpulan."
Sultan Sharafuddin bertitah baginda terpaksa campur tangan di dalam kes-kes di mana gangguan ahli politik tertentu 'menjejaskan keharmonian rakyat.
Sultan Sharafuddin bertitah demografi Shah Alam telah berubah secara drastik kerana pembangunan di Kuala Lumpur telah bertukar.
"Tugas utama beta ialah untuk menjaga rakyat beta," titah baginda. "Beta tidak terkeluar daripada garisan dan beta tidak mahu nama beta disalahgunakan."
Sultan bertitah baginda sentiasa mengalu-alukan maklum balas daripada rakyat, tetapi ini perlu disalurkan dengan sewajarnya.
"Rakyat beta boleh menulis kepada beta melalui istana," Sultan bertitah.
"Jangan gunakan blog untuk menyebarkan kebencian terhadap beta. Jika beta telah melakukan kesalahan, beritahu beta, tetapi menggunakan saluran yang betul. " -MSTAR-

Protokol.

Protokol itu menyakitkan rakyat le tuanku. Kita tiada jaminan bahkan kita tidak yakin sejauh mana penulisan kita akan sampai kepada sultan selangor. Maka blog itu at least relevant. Tak sampai kepada tuanku tetapi sampai kepada orang lain. Dapat juga bertukar pendapat dan mengumpul pandangan.

Apa pun jika sungguh tuanku bukan jenis umno tuanku la kena buktikan. Sejujurnya kalau sultan selangor tanya saya, maka saya emmmmmm errrrr bukan meh? Sebab itulah yang saya rasa sejak tahu apa itu politik.

Setiap kali ada apa2 isu di selangor yang melibatkan pr vs bn kenapa tuanku dilihat seperti menyebelahi bn? Walaupun bukan pro umno tetapi jika asyik keluarkan statement senada dengan umno macam mana kita tak anggap tuanku = umno = satu geng?

Lepas tue asyik2 nak menyindir dan mempersoalkan keputusan kerajaan negeri. Then kerajaan negeri diperlihatkan seolah2 manusia yang derhaka. Jadi salah ka anggapan kita bila kita diperlihatkan dengan perbuatan2 sultan selangor yang kerap bekap umno?

Maybe la.. maybe la kebetulan sultan selangor punya pendapat yang serupa dengan umno. Tapi bila pendapat2 itu tidak senada dengan rakyat majoriti, bagaimana pula sultan boleh menganggap diri sultan menjaga kepentingan rakyat?

Bukan sultan je reti sedih oke. Rakyat pun reti sedih bila tak faham apa peranan sultan yang sampai kita tengok eh boleh pula bn berbuat sesuka ahti seolah2 sultan pun bawah dorang. So nak salahkan sapa? Takan ini pun rakyat gak yang salah?

Begini la sultan. Jika ini berkenaan anak sultan, yelah maybe itu sesuatu yang sultan kena ubah la juga. Tapi itu bab lain. Sekarang bab yang direct melibatkan kami sebagai rakyat dan anda sebagai sultan ialah bab pentadbiran. BN tue zalim dan sultan kena bantu tumbangkan kerajaan yang zalim. Sultan juga kena buka akaun facebook, twitter. Jom kita chatting dan bertukar2 pendapat. 

Takyah guna surat2 dah. Zaman di mana teknologi menguasai dunia, maklumat di hujung jari, astro pun buat kempen selamatkan pokok don't waste paper anymore, takan sultan nak suruh kita tulis2 surat macam zaman dulu? Kena la adapt dengan suasana terkini. Baru la tak dikatakan old-fashioned. 

Idea pertama saya kepada sultan ialah buka akaun twitter. Dan buat page facebook. Percayalah ada ramai di luar sana yang nak bercakap macam2 hal kepada sultan. Nak mengadu macam2 masalah. Dan nak luahkan macam2 perkara. Bila sultan baca nanti sultan akan faham kenapa kami bertindak seperti ini. Buat permulaan jangan hukum dan nilai kami sebaliknya belajar kenali kami. Boleh?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...