Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 24 Oktober 2012

Nik Abduh Jawab Dr. Asri.

Bagus.


Suka tengok para ilmuan agama bertukar2 pandangan dan pendapat. Rileks2 jek. 


Kata MAZA kepada PAS ;
“Kalau kita tidak hati-hati terutamanya parti politik termasuk Pas... kalau mereka naik (menjadi pemerintah) dengan mentaliti orang agama tidak boleh disentuh, ditambah dengan isu pemimpin dan tokoh agama itu ada kuasa pula, kita akan menghadapi negara yang lebih  korup daripada apa yang berlaku sekarang,” katanya ketika menjawab soalan dari moderator Dr Mazlee Malik berhubung sejauh  mana beliau melihat pemimpin ulama Pas yang tidak boleh ditegur.

Menurut Asri, keadaan itu perlu dihapuskan sejak dari awal sebelum berlaku apa-apa perubahan politik.

Somehow aku bersetuju dengan Dr. Asri. Tak perlu tunggu naik dan jadi kerajaan pusat pun. Mentaliti seperti tue memang dah ada pada pemimpin2 pas. Bukan seme la. Ada. Tapi tak seme. Dan bukan golongan majoriti. 

Ada ramai di dalam PAS yang berlapang dada menerima teguran. Bahkan ada juga situasi di mana sesetengah kes bukan pemimpin yang ditegur itu melenting bila ditegur tetapi penyokong pemimpin itu yang over2. Pemimpin rileks2 tapi penyokong2 lebih2. 

Namun kritikan membina DR. Asri dibalas oleh Nik Abduh. Mereka bukan bercakaran oke. Cuma berbahas mengenai perbezaan pendapat di antara mereka.

Dr Asri ingatkan PAS jangan jadi macam Ayatullah, ulama tak boleh ditegur. Ia mengundurkan Malaysia ke belakang.

Saya tegur Asri: Janganlah baca buku pasal 'sulthah diniyyah' dan seumpamanya, lalu merujukkannya kepada PAS. Itu milik kerajaan kuno, Syiah dan milik raja-raja Islam zalim dahulu.

Ulama PAS dah hadam bab ni lama dah. Yang berlaku dalam PAS ialah penghormatan ahli terhadap para ulama, sementelahan melalui qudwah TGNA memerintah Kelantan sejak 22 tahun.


Janganlah kerana terbawa-bawa dengan 'keracunan' idea baru PAS dengan kepimpinan Islam menyebabkan dr Asri tidak berlaku adil terhadap kepimpinan ulama dalam PAS.

PAS mempertahankan sebuah kerajaan madani, hadhari dan demokratik yang mengembalikan hak rakyat sebagai sumber hukum berpandukan panduan agung Ilahi.

Ulama diihormati secara tabie oleh umat Islam. Jika mereka dipertahankan, maka itu kerana ugama yang memartabatkan mereka. 

Halakan kritikan tuan doc seumpama itu ke jamaah lain. Itu jika ada di Malaysia ini. 

Jika mahu kritik ulama PAS, kritik pada persembahan dan akhlak mereka, bukan pada perkara asas sebegitu. Saya tidak selesa dan berat hati dipandang serong..

Sekali pandang nampak macam tak boleh ditegur. Tetapi yang sebenarnya pihak yang ditegur juga boleh membalas semula teguran tersebut andai dia rasa teguran yang dia terima itu sebenarnya tidak tepat dan tidak mengambarkan apa yang ditegurkan.

Yang sebenarnya berbeza pendapat di kalangan ahli agamawan adalah perkara biasa. Perbezaan pendapat di kalangan pengikut pun perkara biasa. Yang jadi luar biasa bila ada pengikut2 yang taksub dan tak boleh menerima perbezaan tersebut lalu menuduh pihak yang berbeza dengan dia, dengan bermacam2 gelaran.

Walaupun aku selari dan senada dengan Ustaz Asri dalam bab neh tapi tak dinafikan kadang2 PAS seringkali juga diberikan gambaran yang serong oleh sesetengah pihak. Namun, tak semua persepsi2 serong itu dihasilkan oleh orang luar dalam pas oke. 

Ada orang2 pas sendiri yang menghasilkan persepsi serong tersebut. Nasruddin Mat Isa sebagai contoh. Rasanya dia kot contoh ulama yang tak boleh kena tegur yang wujud dalam PAS? 

kah kah kah 

Rujukan ;

https://www.facebook.com/nik.abduh?fref=ts 

http://www.sinarharian.com.my/politik/pas-jangan-jadi-macam-ayatullah-jika-ke-putrajaya-1.97504 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...